HilalAsyraf
Nirnama

Nirnama

37,453 748 6

Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama.Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya?Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih?Siapakah sebenarnya Nirnama?…

NIRNAMA(Nameless) English Version

NIRNAMA(Nameless) English Version

5,550 54 6

The story of nameless warrior that roaming Tanah Semenanjung, helping people, mostly those who oppressed by tyranny. He never shared his name, thus people start calling him Nirnama, meaning nameless.…

Samurai Melayu

Samurai Melayu

10,143 226 6

Mus'ab menyimpan kisah silam yang hitam. Sebagai algojo organisasi gelap terbesar asia - Ryuken, dia telah banyak meragut nyawa. 15 tahun yang lalu, dia dihantar pulang ke Malaysia untuk menjadi senjata rahsia bagi organisasi tersebut. Menanti untuk diaktifkan sambil menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Namun sesuatu telah mengubah kehidupannya.Apabila tiba masanya, dia telah diaktifkan oleh cabang Ryuken di Malaysia, Organisasi Mitsuhide. Apabila Mus'ab membantah seruan tersebut, nyawa keluarganya diugut. Mus'ab telah masuk campur dalam urusan menumbangkan Mitsuhide secara tidak sengaja, sekaligus menjadikan dirinya sasaran Ryuken.Tindakan Mus'ab itu juga mengakibatkan dia berada di dalam radar Inteligen Kerajaan Malaysia.Bakri dan Faisal telah dihantar oleh Direktor Amiri untuk memburu Mus'ab. Sementara Ryuken mula mengarahkan operatif elitnya, Syaitan Bertujuh, menerjah Malaysia bagi menamatkan nyawanya.Mus'ab terseret ke dalam konflik yang lebih besar. Nama lamanya, Ryujin kembali didengari. Katananya, Muramasa, yang telah lama 'tidur' kini kembali bermandikan darah. Dalamannya berkonflik dan tertanya-tanya apakah Tuhan tidak sudi mengampunkan dosa-dosa lamanya? Apakah tidak cukup perubahan yang telah diusahakan? Perlahan-lahan Mus'ab seakan kembali didakap dirinya yang lama. Seorang algojo.Di tengah-tengah keserabutan konflik bertingkat-tingkat ini, Ryuken pula punya agenda misteri yang dianggap senjata terakhir untuk menghalang kemaraan Malaysia dan Islam di persada antarabangsa.Mampukah Mus'ab berhadapan dengan semua cabaran yang menuju ke arahnya?Apakah Ryuken akan berjaya mencapai misi mereka?…

Sahaja Aku Nak Bernikah

Sahaja Aku Nak Bernikah

540 19 5

Mursyid jatuh cinta pandang pertama terhadap Wahidah. Keinginan untuk bernikah awal membara tinggi. Tetapi ibu bapanya meletakkan syarat. RM40,000 perlu berada di dalam tangan Mursyid sebelum pernikahan diizinkan. Pada masa yang sama, perasaan Mursyid kepada Wahidah masih pada tahap syok sendiri. Mursyid perlu membuktikan diri kepada ibu dan bapanya, pada masa yang sama mengharapkan Wahidah akan menerimanya. Apakah Mursyid akan berjaya?…

Sinergi

Sinergi

424 9 5

Irfan Hakimi dan Rasyid Zakwan merupakan dua sahabat yang amat erat hubungannya. Sudah seperti adik beradik. Kedua-duanya belajar di Irbid, Jordan dan merupakan pelajar yang disegani di sana. Sehinggalah sekumpulan pelajar bermasalah datang menyambung pengajian di sana, dan menggegarkan komuniti pelajar melayu di Irbid. Hubungan antara Irfan Hakimi dan Rasyid pula teruji kerana Sara Nasuha. Pada masa yang sama, satu watak misteri di sebalik tabir sedang berusaha menghancurkan kehidupan Irfan Hakimi.Konflik demi konflik menguji. Mampukah mereka bersinergi untuk menghadapinya?…

TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam

TAKDIR - Cahaya Yang Tidak Terpadam

6,027 110 6

Sedekad berlalu semenjak Sang Ashura menumbangkan Kesatuan Lima Kerajaan dan mengabsahkan Kerajaan Utopia miliknya. Dengan meletakkan Lima Wilayah di bawah kekuasaan jeneral-jeneralnya, Sang Ashura mengangkat dirinya sebagai Tuhan Yang Agung dan memerintah 2/3 dunia. Di tengah kegelapan yang pekat ini, rata-rata menganggap bahawa cahaya telah pun terpadam. Pun begitu di tengah padang pasir luas, Kerajaan Tanah Haram Makkah antara yang masih percaya kepada janji-janji Yang Maha Berkuasa Atas Segala-galanya dan meneruskan perjuangan menentang Sang Ashura. Jauh dari Ujong Medini, muncul seorang pemuda bernama Angkasa Sakti, diamanahkan bapanya untuk ke Kerajaan Tanah Haram Makkah, membawa obor bagi mengubah keadaan dunia. Apakah dia merupakan cahayanya?…

Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta

Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta

196 11 4

Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta memuatkan 24 cerpen karangan Hilal Asyraf yang bertemakan percintaan, pernikahan dan rumah tangga, serta meneroka makna cinta yang lebih luas lagi. Cerpen-cerpen ini banyaknya dikarang sebelum Hilal Asyraf berumah tangga pada tahun 2012, menjadikan ini antara kumpulan karya terawalnya juga.…

Kumpulan Cerpen Matahari

Kumpulan Cerpen Matahari

242 16 4

Kumpulan Cerpen Matahari memuatkan 18 cerpen karangan Hilal Asyraf di awal karier penulisannya. Sebelum mendapat perhatian syarikat penerbitan, Hilal Asyraf bermula dengan berblog, dan antara rutinnya di blog ketika itu adalah mengarang cerpen. Melalui Cerpen Matahari, Hilal Asyraf ditawarkan mengarang Novel VT(Kini Gelombang Baru) dan berjaya menjadi penulis yang diterbitkan karyanya pada April 2009.Kumpulan Cerpen Matahari ini diterbitkan semula untuk para pembaca menikmati cerpen-cerpen awal Hilal Asyraf.…

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan

6,610 111 7

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan - Enam bulan telah berlalu selepas tragedi di Wagangada. Enam bulan juga Ariki dan rakan-rakannya berkampung di Hutan Maut bersama Ibu Umeira. Enam bulanlah juga Ishmakil tidak pulang-pulang kepada mereka.Ibu Umeira telah memutuskan untuk menghantar Ariki dan rakan-rakan mengembara ke Negara-Negara Timur, mencari Ishmakil. Destinasi pertama mereka ialah Mastazadi, sebuah negara yang dipimpin seorang budak bernama Arata.Di sana, mereka akan teruji dengan konflik demi konflik, yang menjemput 1001 persoalan terhadap perjuangan mereka, persahabatan dan masa hadapan antara mereka!Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagangada telah menginspirasikan pemberontakan di Mukan'Aja. Kini mereka berkumpul di Masjid Al-Aqsa yang terletak di LikuWaku. Keadaan itu memaksa Lutello turun ke sana untuk berhadapan dengan mereka, tanpa mengetahui ada kejutan sedang menanti dirinya.Sambungan Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ini pastinya penuh dengan debaran!…

Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru

Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru

12,664 289 7

Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru - Novel ini kisah seorang pemuda bernama Ariki. Dia ini anak angkat kepada Maharaja Lutello, yang sedang menguasai hampir 2/3 dunia.Satu hari, sebab nak cuba bantu orang yang dizalimi, Ariki sudah terbunuh Wirawan ayahandanya. Takut kena hukum, sebab ayahanda dia memang zalim gila, Ariki lari.Di tengah pelarian, dia ditakdirkan bertemu seorang srikandi bernama Aifer, yang kemudian memperkenalkan Ariki kepada bapanya yang bernama Kabeer. Kabeer arahkan Ariki bekerja dan buat beberapa rutin aneh, tetapi rupa-rupanya Kabeer telah melatih Ariki menjadi seorang satria.Ketika itulah baru Ariki tahu, Kabeer ialah salah seorang dari kumpulan Satria-Satria Sejati yang pernah menentang ayahandanya satu masa dahulu.Bermulalah perjalanan Ariki yang penuh mehnah dan tribulasi, menggalas tanggungjawab untuk menumbangkan kerajaan ayahandanya sendiri.…

Sumpahan Legenda

Sumpahan Legenda

3,001 79 5

Novel Sumpahan Legenda mengisahkan pengembaraan Rusyd, pemuda yang mahu menuntut bela kematian ibu bapanya yang telah dibunuh sedekad yang lepas. Namun di tengah perjalanan, dia mula mengetahui akan kewujudan 'Legenda', satu gelaran yang dinobatkan kepada pendekar terhebat di atas muka bumi ini. Tanpa disangka-sangka, dendam kesumat yang mahu dilunaskan, dan gelaran ulung itu, punya kaitan yang tersangat rapat!…

Amru Rebellion

Amru Rebellion

1,863 47 5

Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. CInta juga berputih di dalam jiwannya dengan santri rupawan, Zaharah.Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah, yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribu mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk.Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung, dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya.Tanpa Amru ketahui, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya.…

HERO

HERO

12,348 338 7

HERO - Novel ini menceritakan Amir Faheem, seorang pemuda yang hidupnya jauh dari syariat Islam. Satu hari, ibu bapanya mati dalam tragedi. Rupa-rupanya, tragedi itu dirancang sebuah organisasi rahsia. Didedahkan dengan kenyataan tersebut, Amir Faheem menyarung Hyper Exosuit Reinforcement Operator(HERO) untuk menuntut bela.Tetapi selepas dua tahun berusaha, Amir Faheem masih gagal.Menambah serabut hidup dia, Amir Faheem terpaksa berkahwin dengan seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna sebab bapanya sudah wasiatkan demikian. Jika tidak dipatuhi, semua harta yang diwarisi Amir Faheem akan diberi kepada anak yatim. Makin bengang lah dia sebab ada Jabatan Agama pula di rumah, sedangkan dia hidup tak solat, perokok tegar, Al-Quran lagi tak pernah sentuh. Nak kena jaga identiti sebagai HERO lagi.Menambah konflik, muncul satu watak jahat yang sangat misteri, sangat menggerunkan, menganggu gugat operasi Amir Faheem sebagai HERO. Kerajaan Malaysia pula korup, lagi tambah buat dia frust.Ya, ini cerita HERO yang lain macam sikit. Konflik dia bertingkat-tingkat!…

Encik Pembunuh

Encik Pembunuh

25,883 515 7

Encik Pembunuh - Tajuk memang macam drama TV melayu, tetapi sorry, jalan cerita novel ni lagi awesome.Ini cerita Faisal, seorang pembunuh profesional yang sangat menggerunkan. Sudah bunuh ratusan orang, dan nak kata orang gerun pada dia tu sampai dunia kongsi gelap di Malaysia gelarkan dia 'Izrail', nama israiliyyat bagi Malaikat Maut.Tetapi nak dijadikan cerita, kalau tak takdelah novel ni, Faisal rasa muak dan meluat dengan karier dia. Faisal nak berhenti, nak berubah, tetapi tak jumpa jalan. Ketika inilah, masa tengah layan frust dengan gaya hidup dia, sekonyong-konyong muncul Amirah Sophia, kenalan dia semasa di universiti dahulu. Dia kenal Amirah sebagai budak dakwah yang aktif. Jadi Faisal terus aja lamar Amirah Sophia, menganggap Amirah Sophia mampu menyelamatkannya.Keputusan itu telah menjemput konflik yang banyak kepada hidup Faisal. Apakah Faisal akan berjaya berubah? Bagaimana?…

Pemburu

Pemburu

7,031 193 7

PEMBURU - Ini pula kisah seorang pemuda bernama Bakri. Dia ini berkebolehan luar biasa. Bukan sebab dia ada magik, tetapi sebab dia melalui satu eksperimen yang bapa dia, Mustafa, jalankan kepada dia semasa Bakri masih budak. Mereka ini sedang dalam usaha untuk menumbangkan sebuah organisasi jahat yang sangat berkuasa tetapi juga sangat rahsia. Organisasi jahat itulah yang meragut nyawa ibu Bakri.Negara Malaysia pula ketika ini sudah hampir hendak berjaya membebaskan Palestin. Jadi kuasa-kuasa besar dunia tengah bengkek dengan Malaysia. Organisasi rahsia lagi jahat ini pun memberikan fokus kepada negara yang bergelar Harimau Asia itu.Ini menyebabkan Bakri dan Mustafa pergi ke Malaysia untuk menyelesaikan misi besar mereka. Namun tanpa pengetahuan Bakri, bapanya ada menyimpan lebih banyak rahsia.…

Membunuh Muhammad

Membunuh Muhammad

3,016 57 5

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiri dan bersedia untuk kemungkinan terburuk.Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi yang besar - MEMBUNUH MUHAMMAD.Satu usaha drastik yang bermatlamatkan pengakhiran pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.Bagaimana pengakhiran Saga HERO ini?Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!…

Tetamu Tuhan 50 Hari

Tetamu Tuhan 50 Hari

5,471 112 5

Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?…

Gelombang Baru: Membina Arus

Gelombang Baru: Membina Arus

1,407 47 6

Dihurung prestasi yang menjunam, ditambah dengan masalah peribadi para pemain, Pasukan Bola Tampar Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) bakal dibubarkan tidak lama lagi. Kehadiran seorang jurulatih bernama Hussam, cuba mengubah keadaan tersebut. Tetapi, usaha itu tidak disambut dengan gembira oleh pemain-pemain, yang tidak menggemari gaya jurulatih tersebut.Mampukah Pasukan Bola Tampar MATRI mengubah keadaan mereka, dan selamat dari pembubaran?…