ππ¨ππ§ kesekian kalinya, Ellia mengeluh panjang. Mengapalah dia bersetuju dengan ajakan CL untuk menyertai Duo Battle pada hari ini? Agak-agaknya, kalau dia bagi alasan sakit perut atau demam, adakah CL akan percaya?
Tanpa dia ketahui, dua pasang mata sedang fokus memerhatikan aksi mundar-mandirnya semenjak dari tadi. Seandainya dia tahu akan hal itu, entah bagaimana dia akan memberi respons... Silap hari bulan, mungkin sahaja dia akan tinggal di wadnya sambil berbungkus dalam selimut akibat rasa malu.
"Doc, patut ke saya cancelβ"
"No! Kamu dah ajak, dia pun dah setuju. Sekarang dia teragak-agak, kamu pula buat keputusan nak batalkan rancangan Duo Battle tu? Gosh, you two... Untuk apa ajak main Duo Battle kalau akhirnya nak tarik balik ajakan tu? Dan buat apa bersetuju kalau akhirnya nak tarik diri? Tak fahamlah saya dengan korang ni!" Vierra berleter, geram. Dia bukannya apa, dia hanya tidak bersetuju dengan pola pemikiran dua anak muda itu. Jika sudah buat keputusan, haruslah menetapkan hati pada keputusan tersebut. Bayangkan sahaja andai situasi mereka saat ini ialah perlawanan kejuaraan VRS sebenar... Tarik diri pada saat-saat akhir, bukankah menconteng arang ke muka sendiri?
Some choices in life, once made, there would never be any chance to back out. So, think well before you decide. It's either you step up to face it or never make any choice at all. Just a friendly reminder, if you ever get unsure, keep in mind that an 'oops' is better than a 'what if'.
Terkulat-kulat CL apabila Vierra meninggalkan wadnya. "Kenapa dia moody sangat hari ni? Tak cukup tidur ke? Atau gaduh dengan Uncle Seth?"
Jam diperhatikan. Kini, sudah pukul 9.55 pagi. Jika mengikut jadual Duo Battle yang dia join, dia dan Ellia perlu masuk ke medan Duo Battle tepat pukul 10.00 pagi. Namun, CL agak keliru saat ini. Patutkah dia membatalkan sahaja acara Duo Battle tersebut atau mendengar kata Vierra? Lagi pula, ada betulnya juga apa yang Vierra katakan. Jika sudah sama-sama sepakat semenjak dari awal, mengapa perlu berundur pada saat-saat akhir seperti sekarang? Satu message lantas dikirimkan kepada Ellia.
β’ CULLEN
βEllia, are you ready?
Atau kau nak tarik
diri bila dah last
Ellia tersentap sedikit apabila membaca pertanyaan kedua CL itu. 'Tarik diri bila dah last minute', bunyinya seakan satu sindiran halus tidak kiralah sama ada CL benar-benar sekadar bermaksud untuk menyoal atau memang bertujuan menyindir dirinya. "Tak boleh jadi ni... Sofie Gracellia, kau dah setuju sebelum ni. I repeat, you have agreed to him. So, why are you going back on your own words?" Dia menyoal diri sendiri dengan tegas.
Nafas ditarik lalu dihembus perlahan-lahan. Selanjutnya, barulah dia membalas message CL.
β’ AELICE
βI'm ready. Don't worry, saya
takkan berundur. Dah setuju,
jadi kenalah pergi. Now, jom
masuk Battle Arena.β
CL mengukir senyuman nipis sebaik selesai membaca balasan Ellia itu. Dia tidak membalas, sebaliknya terus memasuki Battle Arena untuk Duo Battle terancang di kawasan iklim Laurentia yang dia dan Ellia sertai.
Selang sedetik selepas Vinci masuk ke arena Duo Battle, Aelice muncul di sisinya. Hal itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana mereka berdua merupakan pasangan duo. Di dalam arena Solo Battle pula, penetapan kedudukan players selepas menyertai battle adalah bebas dan tidak terancang. Boleh jadi seseorang player itu tiba di arena dalam keadaan bersendirian atau tiba di kawasan yang terdapat players lain. Sebab itulah, Solo Battle agak mencabar sedikit. Sekiranya tiba di kawasan yang terdapat players lain, kebarangkalian untuk menjadi mangsa killing para players di situ adalah sangat tinggi. Terleka sesaat, pasti bakal menghadapi risiko 'killing in units', iaitu dibunuh secara beramai-ramai. Jadi, bagaimana caranya untuk terselamat? Mudah sahaja, run for your life (RFYL). Tetapi, risikonya tetap ada juga. Seandainya tidak reti mengelak dan dihentam banyak serangan ketika melarikan diri, seseorang player itu tetap akan terbunuh jua.
Dan bagi arena Team Battle, penetapan kedudukan players adalah berdasarkan posisi mereka di dalam team. Karakter pelindung seperti Knight yang menjaga Ace dan Healer yang melindungi Detector akan berada pada jarak yang dekat dengan karakter-karakter yang mereka lindungi itu, yakni Ace dan Detector. Player yang memegang posisi Protector pula akan berada dekat dengan Pagoda memandangkan tugasnya adalah melindungi aset-aset team di dalam Pagoda tersebut. Ace biasanya akan berada di tapak tengah kawasan teamnya yang juga dikenali sebagai Mid Point atau kawasan-kawasan lain yang berhampiran dengan garisan pengasing kawasan team lawan.
Pada masa yang sama, player yang memegang posisi sebagai Detector akan ditempatkan di kawasan musuh. Walau bagaimanapun, Detector tidak akan berada di tempat yang sama dengan mana-mana ahli team lawan. Harus diingatkan bahawa ini tidak bermakna Detector tidak dapat dikesan dengan mudah oleh ahli team lawan. Sebarang kecuaian akan mendatangkan padah, terutamanya ketidakmahiran player yang memegang posisi Detector dalam bersembunyi. Secara kontranya, Detector yang mahir berupaya menjadi 'senjata' pembunuh team lawan. Dengan mengenal pasti kedudukan musuh-musuh dan menghantar lokasi mereka kepada ahli team, player yang memegang posisi ini akan memudahkan killing untuk dilakukan.
Selain daripada itu, wujud juga Detector yang turut berkebolehan melakukan killing. Akan tetapi, kewujudan Detector sedemikian merupakan suatu kejarangan. Selepas penentuan lokasi musuh dihantar, adalah menjadi tugas Ace dan Knight untuk memulakan pelancaran serangan. Sesetengah daripada players yang bertanggungjawab memegang posisi Ace dan Knight memiliki kebolehan cemerlang bagi melancarkan serangan jarak jauh. Kebolehan membuat serangan jenis ini merupakan salah satu daripada aksi killing yang berkualiti tinggi dalam VRS.
"Vinci, belum mula ke?" Karakter Aelice saat ini menghadap ke arah Vinci.
"Not yet. Tapi tak lama lagi, akan ada hitungan masa selama lima saat... Lepas hitungan tu, Duo Battle ni akan bermula."
Ellia terangguk-angguk mendengar pemberitahuan CL itu. Dia memerhatikan karakter yang CL gunakan sebagai Vinci. Masih lagi karakter Akane. Dia sendiri juga menggunakan karakter yang sama, iaitu Umeko. Penampilan kedua-dua karakter Akane dan Umeko tidak berubah kerana penetapan Character Designing yang CL dan Ellia lakukan ketika Solo Battle sebelum ini.
Mengikut peraturan VRS, players boleh menggunakan karakter yang sama dalam suatu battle. Mengapa? Kerana Character Designing oleh setiap player adalah berbeza mengikut rekaan masing-masing. Players bebas untuk menghasilkan rekaan sendiri atau menggunakan rekaan karakter sedia ada yang disediakan oleh pihak VRS. Bagi players yang menggunakan rekaan karakter sedia ada, mereka tetap tidak akan dapat menyamakan gaya karakter mereka dengan satu sama lain. Ini kerana VRS telah merekodkan setiap character design bagi players VRS di serata dunia. Sekiranya rekaan karakter seseorang player itu memiliki kesamaan dengan player lain, player tersebut akan menerima notis VRS di mana dia akan diminta untuk menggayakan semula karakternya. Setelah melakukan penetapan Character Designing, design untuk karakter yang digunakan dalam suatu battle itu akan kekal sekiranya karakter tersebut digunakan semula dalam setiap battle yang akan datang. Itulah sebabnya mengapa character design bagi Akane kepunyaan CL dan Umeko milik Ellia sama sahaja seperti design di arena Solo Battle sebelumnya.
"5... 4... 3... 2... 1...
Battle Starts!"
Usai pemberitahuan itu terpancar pada skrin komputer mini CL dan Ellia, mereka berdua terus bersiap-siap untuk menggerakkan karakter Aelice dan Vinci.
"Vinci, let's move separately."
CL sedikit terkejut mendengar kata-kata Ellia itu. "Kau yakin ke ni?" soalnya, menginginkan kepastian.
"Yes, I'm sure. Kalau aku kena kill sekalipun, kau tetap akan okey juga. Sure this is a Duo Battle, but as long as one of us can survive, we still could win, right?"
"Mmm... Then, you take care of yourself." Itu sahaja balasan yang CL berikan. 'You're right. But the thing is... Aku tak nak kau kena kill, Sofie. Aku nak kita sama-sama juarai Duo Battle ni,' bisik hati kecilnya.
CL akui, dia agak berat hati untuk mempersetujui keputusan Ellia itu. Tetapi, masakan mungkin dia mahu melindungi Ellia setiap masa, bukan? Ellia bukan lagi dirinya yang tidak kenal VRS sebelum ini. Sekarang, dia ialah Aelice. Gadis itu pada awalnya memang seperti Alice yang tidak tahu apa-apa berkenaan Wonderland. Namun pada kala ini, Ellia sudah mampu mengemudi haluannya sendiri dalam VRS. CL sedar tentang hakikat tersebut, dan dia tidak akan sesekali membiarkan dirinya menjadi batu penghalang buat gadis itu mengembangkan kemahiran bertempurnya.
"She's not that know-nothing girl anymore... Sekarang, dia betul-betul dah jadi seorang player dalam VRS. Who knows? Mungkin tak lama lagi, dia juga akan jadi international player." CL tersenyum nipis memikirkan kemungkinan itu. Sejujurnya, dia tidak terkejut kalau-kalau kemungkinan itu menjadi kenyataan. Because he sees her in Ellia.
Tidak berapa lama kemudian, CL mengesan kehadiran musuh di sekeliling Vinci. Dia memfokuskan pandangannya ke skrin komputer, berwaspada terhadap sebarang serangan mengejut daripada players lain.
Vinci mengelak pantas apabila sekuntum bunga daisi berwarna emas dilontarkan ke arahnya. Belum pun sempat ingin bertenang, dia dikejutkan pula dengan lontaran pedang perak yang datangnya entah dari mana.
CL tersenyum senget. Flower Poison skill dan Silverine Sword attack, kedua-dua skill itu tersenarai sebagai serangan maut dalam VRS. Karakter-karakter asal yang boleh menghasilkan serangan tersebut ialah karakter posisi Ace, Chrisoula dan Katsu. Karakter-karakter lain pula hanya dapat menghasilkan dua serangan itu sekiranya memperolehi Power Combining Potion, iaitu sejenis aset yang membolehkan berlakunya penggabungan teknik serangan dengan mana-mana karakter yang diingini.
'Two Ace characters... Teaming up against me? Pandang rendah dekat aku sebab aku guna karakter posisi Healer? Great, just bring it on!' getus CL dalam hatinya.
Karakter Chrisoula dan Katsu muncul di hadapan Vinci. Sekali pandang sahaja, CL langsung dapat mengenali identiti di sebalik character ID mereka, iaitu GRV_Lion dan GRV_Eclipse. Mereka berdua merupakan ahli team Gravity (GRV), Leo dan Moon. Pasangan Ace dan Knight yang saat ini sudah semakin terkenal. Maklumlah, team Gravity baru sahaja disahkan menjadi salah satu team tetap untuk menyertai IGCC bermula tahun ini.
Sengaja ingin menguji kekuatan mereka, CL sama sekali tidak melancarkan sebarang serangan. Biarlah mereka menyangka dirinya tiada kebolehan yang hebat. Apa yang dia peduli, dia cuma mahu menganalisis teknik dua pendatang baharu IGCC itu. Dan dia tidak berniat ingin memandang rendah terhadap kemampuan mereka berdua.
Chrisoula yang dikawal oleh Lion dan Katsu yang digunakan oleh Eclipse bergerak secara serentak. Sipi lagi Vinci bakal terkena jarum-jarum emas Lion dan pusaran pedang Eclipse, busur panah yang berada dalam simpanannya dikeluarkan. Sepantas kilat dia memutarkan busur itu dengan begitu mahir, mematahbalikkan serangan jarum emas Lion dan pusaran pedang Eclipse.
CL yang sudah selesai memahami teknik-teknik mereka tidak lagi berniat mahu berlembut. Dua anak panah ais Vinci lepaskan tepat ke arah Eclipse dan Lion yang hampir kehabisan LR akibat terkena serangan mereka sendiri yang dia balikkan sebelum ini. Inilah apa yang orang gelarkan sebagai senjata makan tuan!
"Slash Kill!"
Cukup sedar akan kewujudan musuh-musuh lain yang bersembunyi di sekelilingnya, Vinci tanpa teragak-agak terus melepaskan panahan berganda ke segenap arah. Dan...
"Havoc Soul!"
"Pfft..." CL mendengus kecil. Sembilan players? Terlalu jelas bahawa mereka bersembilan cuma berniat ingin mengambil kesempatan ke atas Eclipse dan Lion sebelum ini. Sekiranya Eclipse dan Lion berjaya membunuh karakter Vinci tadi, pasti mereka bersembilan akan melancarkan serangan untuk membunuh mereka berdua pula selepas itu. Tergeleng-geleng dia dibuatnya. Players VRS memang ramai yang suka main tipu dan mengaut keuntungan peribadi semata-mata. Cuba bayangkan jika sembilan players tadi bergabung tenaga dengan Eclipse dan Lion untuk membunuh Vinci... Nescaya saat ini, CL pasti sudah out daripada arena battle itu. Sungguh hal itu merupakan suatu kerugian bagi mereka, namun ianya suatu keuntungan kepada CL!
Pada ketika itu, di kawasan yang berasingan daripada Vinci, Aelice pula sedang berjalan bebas sambil mengekalkan kewaspadaan terhadap persekitarannya.
"Your partner got a Slash Kill!"
"Your partner got a Havoc Soul!"
Ternganga luas mulut Ellia menyaksikan dua pemberitahuan berturut-turut itu. Tidak sampai seminit dapat Slash Kill, sudah dapat Havoc Soul pula? "Is he even a human?" gumamnya dengan nada yang cukup perlahan.
Hampir sahaja Ellia bertepuk tangan jika bukan kerana dia menyaksikan sekumpulan players sedang mengadakan 'pertemuan' yang agak tegang. Dengan langkah yang lincah, Aelice segera bersembunyi di balik semak-samun.
LR players yang mengadakan 'pertemuan' itu diperhatikan oleh Ellia. Ramai dalam kalangan mereka masih memiliki LR yang lebih daripada separuh dan hanya sebilangan sahaja yang mempunyai LR rendah. Ellia mengeluh kecil. Nampaknya, dia perlu menunggu sebelum melancarkan serangan. Dia masih lagi berada dalam rank Base, membawa makna bahawa tahap damage yang dia dapat hasilkan melalui serangannya adalah rendah. Peratusan untuk dia menjayakan killing cumalah 15 peratus ketika ini. Ceritanya cuma akan mempunyai plot yang berbeza sekiranya dia mempunyai weapon tahap tinggi seperti CL atau sebarang skill dan potion yang boleh melemahkan musuh.
Melihat mereka semua mula bertempur, Ellia menjadi agak teruja dan sedikit gugup. Pada Ellia, semua players itu jauh lebih berkemahiran daripada dirinya. Jadi, andai kata serangan hendapnya gagal, besar kemungkinan dia yang akan menjadi mangsa killing!
Beberapa detik berlalu, sesetengah daripada players yang bertempur sebelum ini telah ditumpaskan. Akan tetapi, masih terdapat lebih 50 players yang tersisa di situ. LR mereka semua telah berada pada tahap yang sederhana. Terketar-ketar tangan Ellia ingin menekan papan kekunci bagi melaksanakan pelan serang hendapnya. Sudahnya, dia tidak jadi menggerakkan karakter Aelice.
'Kenapa tak berani nak move pula ni? Ingatkan kau tak kesah kalau kena kill.' Satu suara timbul di dalam benak Ellia, membuatkan gadis itu tersedar kembali. Memang benar, bukan? Bukankah sebentar tadi, dia bersikap seolah-olah tidak kesah sekiranya dia menjadi mangsa killing? Lalu, mengapa sekarang dia kecut perut untuk membuat serangan?
Ellia mengepal erat penumbuknya. Peduli apa jika kena kill? Dia perlu mencuba nasib dahulu. Matanya bersinar memancarkan tekad yang ada di dalam hatinya. Selepas menyelaraskan arah lontaran kipas Aelice dengan setepat mungkin, jari-jemari Ellia langsung sahaja bergerak tangkas di atas papan kekunci komputernya.
Sesaat sebelum serangan itu terkena mana-mana player, Ellia sudah terlebih dahulu memejamkan matanya. Sungguh dia gementar melihat hasilnya! Nafasnya kemudian terhenti buat sejenak waktu kala suara server VRS kedengaran.
"Saga Kill!"
Sedikit demi sedikit, mata Ellia yang tadinya terkatup kembali terbuka. Otaknya mendadak blank, sama sekali tidak dapat mencerna peristiwa yang baru sahaja berlaku. Ke mana semua players tadi? Dan apa yang baru sahaja server VRS itu katakan? "Sa-Saga Kill? Kill berterusan dalam masa yang singkat?"
"Your partner got a Saga Kill!"
CL menggosok-gosok matanya beberapa kali apabila pemberitahuan itu muncul pada skrin komputernya. Terlopong dia jadinya. "She... Beat me up... Wow!"
Jumlah players sekarang hanya tinggal 40 orang sahaja. Maknanya, daripada 800 players, atau sejumlah 400 duo players, saat ini cuma tersisa 20 duo players sahaja termasuk dirinya dan Ellia.
Vinci lantas bergerak laju untuk mencari mangsanya. Akan tetapi, satu pemberitahuan mengejut muncul sehingga membuatkan dia lekas-lekas menukar arahnya.
"Your partner is currently under attack!"
CL mengaktifkan Flying skill pada karakter Vinci agar dapat tiba dengan lebih cepat di kawasan Aelice berada. "Hang in there, I'm coming," gumamnya, berharap Aelice mampu bertahan.
Aelice pula sedaya upaya melawan players yang menyerangnya dengan ganas. Malang sekali, kemahirannya masih jauh jika hendak dibandingkan dengan mereka. Lontaran kipasnya seperti hampir tiada kesan langsung ke atas mereka memandangkan tahap LR mereka masih tinggi lagi. Pada hakikatnya, itulah keistimewaan yang ada pada karakter Umeko. Serangan kipasnya sangat efektif bagi players yang mempunyai tahap LR rendah, dan harus Ellia tegaskan bahawa peratus kejayaannya dalam membuat killing pada players dengan tahap LR yang rendah menjangkau 99 peratus.
Bilamana Ellia terfikir untuk menyerah sahaja disebabkan dia menyedari pertahanannya tidak berguna lagi, dia dikejutkan dengan satu serangan grenade yang menimpa para penyerangnya. Vinci!
"Are you okay?" Karakter Vinci memandang ke arah Aelice yang tahap LRnya sudah tenat.
"Kenapa awak datang sini? Awak kena survive, saya tak penβ"
"Penting, kau penting untuk aku," cantas CL sebelum Ellia menyudahkan bicaranya.
Terkesima Ellia mendengar sebaris ayat yang diucapkan dengan lancar oleh CL itu. Irama jantungnya kala ini telah pun hilang arah.
"Oh my... So smooth!"
"Girl, you're so lucky... I
You are reading the story above: TeenFic.Net