๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฐ โ€ฃ ๐˜ผ ๐™’๐™š๐™ก๐™ก ๐™๐™ž๐™ง๐™จ๐™ฉ ๐™๐™ž๐™ข๐™š

Background color
Font
Font size
Line height

MATA Ellia membulat besar apabila membaca message CL. Dia mengulang bacaannya berkali-kali selama hampir lima minit. "Ke-Kenapa dia tiba-tiba tanya soalan ni?"

โ€ข CULLEN
โKau dah banyak berlatih.
Tak nak cuba main Rank
Mode ke?โž

CL menanti balasan Ellia buat messagenya itu sambil menikmati minuman oatnya. Sejujurnya, dia hanya ingin menduga reaksi gadis itu sahaja dan bukannya berniat memaksa mahupun memberi tekanan kepada Ellia. Jika Ellia ingin bermain dalam Rank Mode, itu merupakan suatu perkembangan yang positif. Namun seandainya Ellia hanya mahu bermain dalam Testing Mode buat masa sekarang, itu juga bukan suatu masalah. Semua keputusan terletak di tangan gadis itu, dan dia tidak akan sesekali menghakimi keputusan Ellia.

"Ellia, kenapa kau nak risau sangat ni? Walaupun kau kalah, tak ada sesiapa yang akan peduli pun nanti. Lagipun, mana ada orang yang tahu kau main game ni... So, why don't you give it a try? Bukannya Rank Mode tu boleh bunuh kau... Tak mati pun kalau main mod tu." Ellia berbicara kepada dirinya sendiri.

Tingkahnya itu diperhatikan oleh CL dari wad sebelah. CL tersenyum segaris. Ini bukan kali pertama dia melihat Ellia bertingkah sedemikian. Sewaktu pertama kali bermain dalam arena Testing Mode sebelum ini pun, Ellia pernah melakukan hal yang sama. Dia berbual-bual sendirian seolah membaca jampi. Tidak dinafikan, berkemungkinan besar orang yang melihat akan menganggap dirinya kurang waras. Namun, CL tahu bahawa gadis itu sekadar menyampaikan kata-kata semangat kepada dirinya sahaja. Oleh itu, dia tidak berasa pelik dengan tingkah Ellia.

Beberapa detik berlalu, akhirnya CL menerima balasan daripada Ellia. Dia tersedak sedikit selepas membaca message tersebut.

โ€ข AELICE
โSaya nak cuba... Tapi, tak
apa ke?โž

โ€ข CULLEN
โOf courselah tak apa. Tak
payahlah risau kena kecam
atau apa... Nobody in VRS
knows who you are. Urm,

well, make me an
exception. So, kau betul-
betul nak cuba Rank Mode
ke?โž

โ€ข AELICE
โYes. Urm, awak tak main
ke?โž

"She has grown braver..." CL menggumam kecil.

โ€ข CULLEN
โNope. But, I will be
rooting for you
though. Is that
alright, Sofie?โž

Balasan kepada message Ellia itu dikirimnya sebelum dia dengan pantas mengintai reaksi Ellia melalui cermin kaca pada pintu wadnya. Gadis itu membuat muncung itik. Nampak jelas dia sedang menunjukkan reaksi tidak puas hati terhadap CL! Namun anehnya, reaksi tidak puas hati Ellia itu malah membuatkan CL tidak mampu mengawal dirinya daripada tersenyum. "God, she's so cute..."

Setelah menenangkan fikirannya, barulah Ellia meringankan tangannya untuk memilih Rank Mode. Dia kemudiannya pergi ke bahagian karakter posisi Knight. Lima karakter khas bagi posisi Knight, iaitu Yuta, Talula, Umeko, Newt dan Olga, terpapar di hadapan matanya.

Tanpa teragak-agak, Ellia pantas mengetik karakter Umeko. Mengapa? Kerana Umeko merupakan karakter yang Ellia gunakan selama berlatih di arena Testing Mode sebelum ini. Karakter Umeko tampak lembut dengan kipas tangannya yang dihiasi bunga sakura dan rambut panjang berwarna hitam pekat yang melepasi pinggang, jadi karakter ini agak jarang digunakan oleh players lain. Malah, Umeko juga dianggap sebagai karakter yang lemah oleh kebanyakan players. Namun bagi Ellia, Umeko sama sekali tidak lemah. Berkat tunjuk ajar CL, dia berjaya mengetahui kelebihan karakter yang terabai itu. Malang sekali, kelebihan tersebut tidak pernah disedari mahupun diketahui oleh players lain.

Nama character ID Ellia, Aelice, muncul di atas kepala Umeko selepas masuk ke bahagian Character Designing. Ellia mengubah gaya pakaian Umeko daripada memakai kimono tradisional putih labuh berhiaskan bunga-bungaan merah kepada kimono moden ungu yang sedikit singkat dan dihiasi corak buluh. Kipas tangan Umeko juga diubah warnanya daripada merah kepada hijau lumut.

Usai menggayakan semula karakter Umeko, akhirnya dia masuk ke medan Rank Mode. Lokasi medan Rank Mode yang dimasukinya saat ini adalah Frost Town, iaitu medan tempur iklim Tundra, zon yang paling sejuk. Ellia meneliti peta di bahagian bawah skrin komputer mininya, mengenal pasti kedudukan musuh-musuhnya. Matanya sempat memerhatikan jumlah players dalam medan itu. Kala ini, hanya tersisa seramai 988 orang sahaja daripada 1000 players awal tadi. Nampak gayanya, players lain sudah sibuk membuat killing.

Ellia yang mengesan keributan di hadapan jalan yang Aelice lalui segera bersembunyi. Bukannya takut, tetapi dia teringat akan pesan CL sebelum ini. Kata CL, jangan bertindak melulu dengan melibatkan diri dalam masalah jika masalah itu pada awalnya langsung tidak melibatkan dirinya. Dia harus mengelak daripada terlibat dengan masalah apabila bertempur dalam medan Solo Battle. Namun sekiranya masalah itu memang tidak dapat dielakkan, maka dia mesti bertindak. Kesimpulannya, jadilah player yang bijak.

Aelice yang saat itu bersembunyi di belakang sebongkah batu ais tiba-tiba disentuh pada bahagian bahunya. Ellia mengerutkan dahinya. Dia sudah bersedia untuk melancarkan serangan, tetapi niatnya terbatal apabila mendengar suara karakter yang menyentuh bahunya.

"It's me, Sofie."

"Whoโ”€ Tunggu... Awak... Cโ”€" Naik seoktaf nada Ellia sebelum dia cepat-cepat menekup mulutnya.

"Chill out, lady. Kenapa emo sangat ni?"

Ellia sempat mengamati karakter pilihan CL. Karakter lelaki itu merupakan salah satu daripada karakter posisi Healer, Akane. Tidak banyak perubahan yang CL buat pada karakter Akane selain daripada menukar warna rambutnya daripada merah kepada biru gelap. Akan tetapi, ada sesuatu yang sedikit mengganggu Ellia. Nama di atas kepala karakter Akane ialah... Vinci? Mengapa bukan Cullen? Baru sahaja dia mahu menyoal, tiba-tiba sahaja Vinci menarik Aelice dan melarikan diri dari tempat persembunyian mereka.

Terpinga-pinga Ellia dibuatnya. Sejenak kemudian, dia tersedar akan hakikat bahawa Aelice dan Vinci saat itu sedang dikejar oleh musuh-musuh mereka. Fikirannya kosong ketika players lain sibuk melancarkan serangan kepada mereka sehinggakan dia sama sekali tidak menyerang balas.

Dalam pada itu, Vinci pula melempar beberapa grenades kepada karakter-karakter yang menyerang dirinya dan Aelice.

"Dear Aelice, kau nak mengkhayal sampai bila tu?" tegur CL.

"Crazy Wave!"

Seramai 10 orang musuh yang menyerang Vinci sebelum ini kini tumpas akibat grenades yang dilemparkannya. Vinci beralih memandang Aelice yang kaku di sebelahnya.

Ellia menelan air liurnya dengan agak payah. Melihat karakter Vinci yang merenung tajam ke arah Aelice, dia sedikit gerun. Tambah-tambah lagi, visualisasi game VRS begitu sempurna sampaikan ekspresi Vinci ketika itu kelihatan sangat real. "Err... Sorry... Otak saya blank tadi."

"If aku tak ada tadi, agak-agaknya macam mana nasib kau eh? My lady... You need to focus, okay?"

Terangguk-angguk kepala Ellia. Gayanya seakan-akan dia bertemu empat mata dengan CL sewaktu itu. "Free-free kena bebel dengan coach. Haih, Ellia... Ellia... Boleh pula kau blank masa kena serang oleh musuh," leternya kepada diri sendiri. Namun, leteran itu sebenarnya lebih kepada bisikan. Dia tidak mahu didengari oleh CL.

"Tapi, kan... Kenapa awak tak guna karakter posisi Ace? Dan kenapa awak tak guna character ID awak sebagai Cullen?" Aelice memandang Vinci yang berada di sisinya.

Soalan tersebut berjaya membuatkan CL sedikit tersentak. Dia kemudiannya berdehem kecil. "Untuk soalan pertama kau, adalah sebabnya. Dan untuk soalan kedua kau, I just don't feel like using that character ID," jawabnya dengan nada datar.

Merasakan bahawa CL tidak ingin membahas lebih lanjut tentang dua soalan yang dia ajukan itu, Ellia tidak lagi mengatakan apa-apa.

Suasana mendadak berubah hening antara mereka berdua. Kedua-dua karakter mereka, Aelice dan Vinci pula sibuk mengawasi persekitaran mereka sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku serangan hendap.

CL memerhatikan lokasi mereka pada peta. Aneh... Terdapat beberapa tanda merah di lokasi tempat karakter mereka berada sekarang. Tetapi, mengapa langsung tiada sesiapa yang kelihatan? "Aelice, if there is a sneak attack... Kau berani nak hadap ke?"

Ellia tersenyum nipis mendengar soalan tersebut. "Don't worry. I'm all ready for it."

Tepat seperti yang mereka berdua jangkakan, Aelice dan Vinci diserang hendap beberapa saat kemudian. Tidak menunggu lama, Aelice lekas-lekas menyerang balas dengan melontarkan kipas tangannya. Lima karakter yang tadinya ingin membunuh mereka terus terbunuh akibat serangannya.

"Sparta!"

Senyuman puas terukir pada bibir Ellia. "Masa LR diaorang dah nak habis, still berani nak serang hendap orang? Gosh, salute!"

CL tersengih mendengar bicara gadis itu. "Aelice, you sounded way too happy... Do you know that?"

"Dear Mr. Bro Vinci, saya tak boleh rasa gembira ke? Ni kali pertama saya buat killing in Rank Mode, tahu? First time, and I got Sparta!"

Selesai sahaja mengucapkan kata-kata itu, Aelice dipanah secara mengejut. Tergamam Ellia dek kejadian tersebut. Sekali lagi, Vinci membawa Aelice pergi agar dapat mengelakkan penyerang yang memiliki senjata memanah itu.

"Nak rasa happy tu boleh, tapi kau kena kekal waspada juga. Tengok apa jadi tadi... Kalau kau alone, dah lama kau kena kill." CL mengaktifkan kuasa healing yang ada pada karakter Akane. Vinci lantas menyentuh dahi Aelice yang kehilangan hampir 50 peratus LRnya. Secepat mungkin dia berusaha memulihkan tenaga Aelice.

"How are you so good at avoiding the attacks?" Ellia mengeluh perlahan.

"Aku dah lama jadi player dalam VRS. Jadi, aku lebih berpengalaman daripada kau. That's why I can avoid the attacks. Tapi, kau janganlah risau sangat. Kemahiran kau akan meningkat kalau kau rajin practice. Faham?"

"Faham." Seperti lembu dicucuk hidung, Ellia membalas dengan penuh bertenaga.

Selepas memulihkan kembali LR Aelice, barulah Vinci meninjau keadaan sekitarnya. Mengetahui jumlah players hanya tersisa 99 orang sahaja pada saat ini, dia yakin ada pertempuran tegang yang akan berlangsung tidak lama lagi.

"Let's move," kata Ellia.

"Erm..." CL menyahut ringkas.

Sebaik Aelice dan Vinci tiba di Arena Core, iaitu lokasi tempur utama bagi Solo Battle atau Duo Battle, mereka melihat sekumpulan players bersaing ganas untuk membunuh satu sama lain. Mereka berdua menyembunyikan diri, tidak ingin mendedahkan diri kepada musuh-musuh mereka.

"They are so cool," ucap Ellia.

"Cool? Lady, kau belum tengok lagi macam mana players dalam Merciless stage berlawan. Right now, kita ada di Normal stage... Tell you what, this battle is nothing compared to the battles in the Merciless stage. Battles dalam Moderate, Difficult and Extreme stage pun berlangsung dengan lebih cepat berbanding battle diaorang ni."

Ellia mengerutkan dahinya. Cara CL mengatakan hal itu menunjukkan seolah-olah dia pernah memasuki semua stage tersebut. "Vinci, I'm wondering... Awak sebenarnya stage apa?"

Sepi, tiada balasan yang kedengaran daripada CL sama sekali. Ellia menggigit bibirnya. Siapa sebenarnya CL dalam VRS? Tidak mungkin CL figura yang biasa-biasa sahaja dalam VRS bilamana CL asyik menyepi setiap kali dia mempertanyakan apa-apa tentang rank dan stage lelaki itu!

"Now is the time, attack." Tenang sahaja CL memberikan arahan.

Ellia menggerakkan karakter Aelice dengan lincah lalu melontarkan kipas tangannya, menyebabkan LR bagi beberapa players yang tersisa di kawasan itu terjejas. Belum sempat mereka ingin menyerang balas, Vinci terlebih dahulu muncul dan melepaskan berpuluh-puluh anak panah kepada mereka.

"Saga Kill!"

Ternganga Ellia menyaksikan serangan yang dilancarkan oleh CL itu. Apa yang baru berlaku? Seminit yang lalu, dia mengakibatkan LR players yang ada di situ merosot. Dan sedetik kemudian, CL membunuh mereka dengan melepaskan berpuluh-puluh anak panah? Tapi, sejak bila pula lelaki itu memperoleh busur panah? 'He is so scary. Really a vampire,' desis hatinya.

"Sekarang, cuma kita yang tinggal," ujar CL. "How should we fight?"

Enggan berundur begitu sahaja, Ellia memajukan karakter Aelice. "Let's do a real fight. Saya takkan berundur."

"Great, let's do it. Sebab aku pun tak bercadang nak berlembut dengan kau."

Aelice dan Vinci, sebelumnya kawan dan saat ini, menjadi lawan. Mereka saling bertatapan antara satu sama lain sebelum masing-masing melancarkan serangan. Panahan berganda yang dilepaskan oleh Vinci berjaya dielak oleh Aelice manakala Vinci pula mematahbalikkan serangan kipasnya.

Aelice mara tanpa gentar, menyambut semula kipasnya yang hampir menyerang dirinya sendiri. Dia memutarkan kipas itu lalu melemparkannya kembali ke arah Vinci mengikut gerakan zigzag.

Vinci membuat beberapa putaran, berusaha mengelak daripada terkena serangan kipas Aelice yang ganas itu. Mengesan kewujudan peluang untuk membunuh Aelice yang tiada skill shield mahupun weapon pelindung, Vinci terus melompat ke atas bongkah ais yang berdekatan dengannya. Satu anak panah dilepaskan tepat ke arah Aelice yang tidak meramalkan gerakan itu. Dan...

"Starlight Party!"

CL dan Ellia menghela nafas lega. Akhirnya, pertempuran antara mereka selesai jua. Kedua-duanya tersenyum, gembira dengan pertempuran mereka di arena Solo Battle sebentar tadi.

Perasaan lega mengisi ruangan hati CL tatkala menyaksikan reaksi Ellia. Gadis itu menunjukkan riak gembira, dan riak tersebut bukanlah palsu sepertimana yang pernah dia lihat selama ini. "You did well, Sofie. You did it very well."

Ellia menggenggam kedua-dua belah tangannya. Ada pelbagai rasa yang terbit dalam jiwanya. Namun, dia merasakan dia perlu mengucapkan satu hal kepada dirinya sendiri. Nafas dihela lembut sebelum dia menggumam perlahan. "Well done, Sofie Gracellia."

ใ€„โจพใ€„โจพใ€„

โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’โ–’

Huhuhuhuhu... Tak tahulah okey ke tak apa yang Yna tulis dalam chapter ni. Apa-apa sekalipun, kalau ada pertanyaan, just ask me, okay? ๐Ÿ˜๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

Crazy Wave = Kill 10 enemies
Sparta = Kill 5 enemies

Untuk Saga Kill, Yna dah mention dalam VRS (Guides). So, siapa yang tak ingat maksudnya tu, sila rujuk semula that chapter๐Ÿ˜…๐Ÿ‘Œ๐Ÿป

Lokasi pertempuran dalam Rank Mode mengikut iklim dunia:

SEJUK: Tundra

SEJUK SEDERHANA: Laurentia (atau Siberia)

PANAS SEDERHANA: Mediterranean (atau Steppe dan China)

PANAS: Khatulistiwa (atau Gurun panas dan Monsun Tropika)

Untuk Character Designing, just nak ingatkan yang players cuma boleh ubah gaya karakter pilihan diaorang. Tapi, tak boleh ubah nama karakter tu. Maksudnya, kalau nama karakter tu Umeko, Umeko lah namanya... Yet, nama yang akan disebut masa pertandingan ialah character ID, contohnya: Cullen. By the way, nak penjelasan tak pasal beza profile name / character ID? Ke tak payah? ๐Ÿ˜…

Alright, rasanya tu aje kut... Bye-bye.๐Ÿ‘‹๐Ÿป


You are reading the story above: TeenFic.Net