𝐁𝟖

Background color
Font
Font size
Line height

Tanpa sedar sudah sebulan berlalu begitu pantas, banyak berlaku pada seminggu sebelum kemasukan bulan yang baharu. Hidupnya tenang apabila tidak lagi merisaukan tentang hutang yang palsu, datang dengan berita yang baik iaitu adik bongsunya, Maira, telah berjaya dapat 9A dalam SPM pada tahun ini. Maira juga akan meneruskan pembelajarannya di University Science Putra Malaysia yang terletak di Johor manakala, Mariam pula akan menamatkan ijazahnya dan terus berkerja di syarikat milik Tuan Azriel.

Bag roda bewarna biru cair ditarik kasar oleh Mariam lalu meletakkan bag itu diatas lantai secara membaringkan nya supaya senang untuk memasukkan barang di dalam. Mariam mengambil baju-baju yang digantung hanger di dalam almari lalu meletakkannya di atas tilam, baju dalam yang dilipat juga diambil dan letak di tepi bag roda tersebut.

Perasaannya teruja sehinggakan mahu balik hari ini juga kalau diikutkan, dia memang bercadang untuk balik sekejap di kampung sebelum hari graduan nya di Uni kerana sudah lama dia tidak menjenguk pusaka arwah ibunya sambil boleh mengambil susana di kampung sebelum berpindah di Putrajaya. Iya, dia akan berpindah di Putrajaya bersama abah tetapi masalahnya sekarang ini dia masih tidak memberi tahu Tuan Ibrahim walapun dia tahu bahawa abah tidak akan setuju dia tetap akan heret abah pindah bersamanya.

"Amboi, seronok betul dia nak balik kampung! " Mariam pandang sekilas ke arah Mawar sambil tersenyum lalu menyambung melipat baju t-shirt nya

"kau tak balik ke? " soal Mariam

"malas aku, lagipun berbaki seminggu je lagi sebelum aku bawa semua barang aku ni balik" Mariam sekadar menganguk dangan jawapan Mawar, dia juga hanya balik 5 hari sebelum dia angkut semua barang-barang di rumah sewanya itu.

"kau pula? Dah jumpa belum rumah untuk pindah? " Mariam terhenti sebentar lalu dia menoleh kearah Mawar

"dah, tapi kalau abah tak setuju macam mana? " jawab Mariam, itu yang paling dia risaukan sekali jika bapaknya berkeras untuk tidak mahu berpindah. Dia faham jika abah tidak mahu berpindah kerana pusaka arwah ibunya di situ tetapi sampai bila abah mahu tinggal di rumah kayu yang sudah lusuh itu? Tunggu masa sahaja rumah itu akan Toboh kerana diperbuat daripada kayu.

"tidak apa, Insya-Allah abah setuju dengan cadangan kau. Okaylah aku mandi dulu! " kata Mawar lalu mencapai towel milik nya dan beredar dari bilik itu meninggalkan Mariam berseorangan. Tanpa berfikir panjang Mariam terus sambung mengemas pakaian dan barang-barangnya.

Selepas saja dia siap mengemas pakain Mariam terus mencapai hand bag nya lalu beredar untuk pergi ke kerja. Dia juga tidak tahu jika dia ingin meneruskan berkerja di sana atau di tempat yang lain, tetapi kalau boleh dia ingin meneruskan perkerjaan nya di sana jika abah tidak melarangnya.

Mariam berjalan terus ke arah lif sambil matanya tidak mengalih dari telefon bimbit. Ditengah ralik bermain dengan telefon bimbit akhirnya dia tersembam di belakang seorang lelaki, Mariam mengusap dahinya yang jelas kelihatan sedikit merah tenpa sedar lelaki yang dia terlanggar tadi sedang memerhatikannya.

"dah langgar orang tak reti minta maaf ke? " kata lelaki itu dengan penuh sarkastik. Mariam mendongak kepalanya dan terkejut sedikit kerana muka Adyan betul-betul di hadapannya

"maaf tuan.... " kepalanya menurun kebawah dengan perlahan-lahan beserta tangannya elok terletak di belakang

"tau pun, aku dengar kau dah nak graduate betul ke? " soal Adyan sambil tanganya elok terletak di dalam kocek seluar

Mariam sekadar angguk dengan persoalan yang keluar dari mulut Adyan.

"congrats " kata Adyan lalu masuk di dalam lif tersebut sambil Mariam yang masih terkedu dan juga blur dengan apa yang dikatakan oleh Adyan sebentar tadi

"taknak masuk ke? " terus Mariam tersedar lalu masuk ke dalam lif tersebut. Tanpa Mariam sedar bahawa Adyan tersenyum apabila merenung kearahnya.

























"Bayam kau termenung apa? " celah Maya entah dari mana membuat kan Mariam yang dari tadi termenung terus menoleh ke arahnya

"Tak ada apa la" jawab Mariam ringkas lalu sambung membuat kerjanya, bukannya apa dia hanya terfikir tentang bagaimana cara untuk memujuk ayahnya supaya berpindah ke Putrajaya.

"kalau ada masalah boleh cerita dekat aku ok? Apa-apa pun congrats dah graduate! " kata Maya, bukannya dia tidak tahu bahawa Mariam ada masalah tengok muka sahaja sudah boleh detect

"Terima kasih walaupun aku belum graduate lagi" Maya tergelak kecil lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi ofis berhadapan dengan meja kerja Mariam untuk menyambung kerjanya yang terkendala.

Manakala Mariam pula sambil membuat kerja sambil itu lah sibuk memikir tentang perpindahan tersebut, kalau diikut kan dia juga berat hati untuk meninggalkan rumah kayu itu kerana rumah itu lah paling banyak memori dia telah cipta bersama ibu dan juga keluarganya, tetapi dia tiada pilihan selain berpindah di tempat lain kerana rumah itu terlalu lusuh sehinggakan jiran di sana juga berpindah di tempat yang lain.

Mariam bangun dari duduknya lalu berjalan keluar untuk pergi ke kafe, tenangkan fikiran mungkin?

Tidak lain tidak bukan kafe kegemarannya iaitu kafe yang terletak di hadapan syarikat tersebut, boleh dikatakan hari-hari juga dia datang ke sini sampaikan barista di kafe tersebut turut mengenalinya.

"Macam biasa ke? " Mariam tersenyum lalu menggeleng

"hari ni lain sedikit, bagi saya iced americano" memang selalu biasanya dia akan order latte atau hot chocolate tetapi hari ini dia mahu mencuba air yang jelas bukan seleranya. Mariam mengambil tempat di bahagian hujung lalu bermain dengan telefon bimbitnya sambil menunggu pesanan yang tadi.

"Mariam? " Mariam mengangkat wajah, alangkah terkejutnya apabila lelaki yang dia pernah cintai sekarang berada di hadapannya. Mariam hanya menayangkan senyuman yang palsu walaupun dia tahu bahawa lelaki itu cuba untuk menafikan atas kesalahan diri sendiri dengan menggunakan alasan 'kembarnya'.

"Irfan.... Awak buat apa dekat sini? " soal Mariam sambil bibirnya masih menayangkan senyuman yang palsu, sungguh dia mahu lelaki yang bernama 'Irfan' itu berambus dari pandangan nya sekarang ini tetapi dia hanya sabar untuk tidak melepaskan kata-kata tersebut.

"saya saja jalan-jalan di sini, awak pula? " soal Irfan balik

"saya berkerja" jawab Mariam ringkas, mahu saja dia berkabus dari kafe itu. Berasa jijik apabila dia memandang wajah itu lagi bertambah jijik apabila dia teringat yang dia pernah mencintai pemilik wajah itu.

"awak kerja di syarikat depan ini? " Irfan melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan Mariam. Mariam sudah berasa tidak selesa bagaikan mahu beredar sahaja dari situ.

"iya, kalau tiada apa lagi saya sambung kerja. Assalamualaikum " Mariam bangun lalu cepat-cepat berjalan menuju ke pintu kafe tersebut, sempat dia keluar tetapi tiba-tiba Irfan menarik pergelangan tangannya dengan kasar

"Mariam, bagi i explain " kata Irfan sambil masih memegang pergelangan tangan milik Mariam

"Irfan, let. Me. Go" kata Mariam dengan wajahnya begitu dingin berserta suaranya pun bertukar menjadi lebih serius

"No. You perlu dengar penjelasan dari i baru i lepas kan you" Irfan masih berkeras membuatkan hati Mariam semakin berapi dengan sikapnya

"jangan nak mengarut, tiada guna kau jelaskan aku dah tahu semua benda" Mariam melepaskan tangannya lalu beredar meninggalkan Irfan berseorangan. Tanpa mereka berdua sedar ada seseorang yang sedang memerhati perbualan mereka tadi.

Bukannya dia tidak tahu bahawa lelaki itu sudah menipu kepadanya, lelaki yang dia terjumpa di kedai makan sambil berpegang tangan bersama kawan baiknya buatkan dia berasa jijik dengan dua orang itu. Mungkin kad yang bertulis 'A' di bunga kepunyaan Irfan tetapi dia sengaja menukarkan huruf supaya mereka tidak tertangkap olehnya.

Sudah malas memikirkannya Mariam mengambil keputusan untuk tidak endah lagi dengan kekasihnya yang bernama Irfan atau lebih spesifik lagi bekas teman lelakinya.




















Mariam melabuhkan punggungnya di kerusi sambil menunggu basnya datang, sambil menunggu dia memutuskan untuk makan roti yang dibelinya semalam untuk sarapan hari ini. Punyalah tidak mahu terlepas bas sanggup dia makan roti untuk mengalas perutnya.

Dia memandang skrin telefonnya dan jelas menunjukkan sekarang baru pukul 8:00 pagi tepat tapi dia sudah duduk di kerusi menunggu itu

Setelah beberapa minit akhirnya bas yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Mariam memberikan bag pakaiannya ke seorang pekerja lalu perkerja tersebut menyumbat bag rodanya di dalam tempat yang disediakan, Mariam naik di dalam bas lalu mengambil tempat di sebelah tingkap kanan kerana dia lebih suka bersandar di tingkap dari duduk di tempat lain.

Tidak lama selepas itu akhirnya bas pun telah gerak untuk menuju ke destinasi yang seterusnya.



To be continued............






You are reading the story above: TeenFic.Net