"KAU tak tahu aku mengamuk macam mana. Kata takde rasa cinta kenapa kau perlu mengamuk? Oh nak aku hormat kau sebagai seorang suami yang mithali?"Sinis sahaja percakapan Rifqah.
"Perkahwinan kita ni masih baru lagi beginikah cara awak terhadap saya Nur Rifqah? Jawab!"kata Adwa dengan suara yang kuat.
"Aku sumpah aku takkan cinta dan sayangkan kau. Biarlah orang nak cakap aku ni kejam tapi pernah tak orang fikir apa aku rasa?!"kata Rifqah sambil menepuk dadanya beberapa kali. Hanis menggosok belakang badan sahabatnya.
Semua yang memerhati menjadi saksi pergaduhan Adwa dan Rifqah.
"Lupa...kau anggap aku ni perempuan naif yang tak tahu apa-apa. Aku tak pernah rasa diri aku betul. Kau jangan pernah nak mainkan perempuan yang dah berani buang lelaki yang sakitkan hati dia,"kata Rifqah.
"Aku menahan rasa sakit ni seorang diri kau tu pentingkan diri. Sejak aku putus dengan kau, aku tak buka hati untuk sesiapa pun. Depan semua orang bolehlah kau nak cover,"kata Rifqah lagi.
"Kenapa kau masih tak boleh lepaskan aku walaupun kita dah pernah putus? Sebab kau takut aku akan pergi pada Raiden? Macam tu ke Adwa?"tanya Rifqah dan Adwa seakan sudah tidak tahu untuk berkata apa.
"Kau ingat aku kahwin dengan kau untuk aku berharap pada kau saja? Perempuan sekarang tak perlu bergantung pada lelaki. Sikit pun aku tak bangga kau buka kafe ni. Kau lupa apa kau buat kat kawan baik Izzati, Tya Edlina?"ujar Rifqah.
"Tak perlu sebut nama perempuan tu Rifqah. Tya Edlina hanya memori sahaja,"kata Adwa perlahan dan Rifqah berdecit sinis.
"Kau takut dia tuntut keadilan? Apa yang kau buat tu hampir rosakkan diri dia. Aku tak nak cakap benda tu sebab ini privasi,"ujar Rifqah. Raiden tergamam mendengar kata-kata Rifqah.
"Kau patut bersyukur Adwa aku kahwin dengan kau sebab fikir keluarga aku yang merayu yang nak sangat aku kahwin. Aku benci kau. Kau ingat tu sampai bila-bila,"kata Rifqah.
"Kalau betul kau lelaki sejati, kau akan mengaku kesalahan kau pada perempuan yang kau sayang. Rifqah tinggalkan kau sebab dia nak lari dari kau. Dia tak tahan dengan sikap kau,"ucap Raiden pula. Dia mengabaikan renungan tajam Adwa terhadapnya.
"Semua yang melihat pergaduhan ni mohon jangan sebarkan di media sosial demi menjaga nama baik suami saya,"kata Rifqah lalu mengajak Raiden dan Hanis keluar dari kafe Adwa.
Ada pelanggan yang berbisik perlahan tentang kejadian Adwa dan Rifqah.
"Hoi kau jalan laju sangat penat aku nak kejar kau,"kata Hanis dan Raiden hanya memerhati Rifqah.
"Aku malas nak tengok muka jantan tu. Itu nasib baik aku tak beritahu rahsia besar dia di depan semua orang,"kata Rifqah.
"Rahsia besar dia? Yang mana satu aku tak tahu,"kata Hanis. Rifqah membisikkan di telinga sahabat baiknya. Hanis menekup mulutnya seakan tidak percaya.
"Tya Edlina? Kawan sekelas Izzati tu? Aku tak sangka dia macam tu,"ucap Hanis.
"Aku dah lama tahu rahsia ni itu pun Rifqah yang minta aku simpan benda ni,"kata Raiden. Hanis mengangguk perlahan.
"Hantar aku balik Hanis,"kata Rifqah.
"Kau tak nak aku hantarkan ke?"tanya Raiden.
"Kejap lagi ada yang mengamuk. Takpelah aku boleh sambung gaduh dengan dia,"jawab Rifqah selamba dan Raiden hanya ketawa. Dia meminta diri untuk kembali ke syarikatnya.
Rifqah pulang ke rumah agak lewat dan Adwa sudah menunggu di ruang tamu. Terhenti langkah Rifqah apabila dia dipanggil oleh suaminya.
"Lambat balik keluar dengan jantan tu ke?"tanya Adwa. Ayatnya berbaur sindiran.
"Setiap aku hari aku balik lambat kau akan anggap aku keluar dengan Raiden? Dia pun ada hidup dia sendiri. Takkan sepanjang masa dia nak hadap aku?"ujar Rifqah sambil menyilang tangannya.
"Bagusnya awak ni nak malukan saya depan pelanggan saya tadi?"ujar Adwa. Rifqah ketawa sinis.
"Malukan? Sikit lagi Adwa. Jangan ingat aku tak tahu apa kau nak buat kat Tya dulu,"kata Rifqah.
"Bila Izzati tu buat hal dengan kau, tahulah pula kau nak cari aku. Merayu suruh bagi peluang kedua,"balas Rifqah.
"Suka sangat nak ungkit kisah dulu? Ungkit segala kesalahan saya? Habis awak tu takde buat salah kat saya?"ucap Adwa pula.
"Aku pun manusia tapi aku tahu nak mengaku salah sendiri dari kau? Tahu nak salahkan orang tapi semua ni jadi disebabkan oleh kau,"kata Rifqah.
"Apa susah sangat nak buka hati untuk saya? Awak ni kejam Rifqah,"kata Adwa.
"Kejam? Aku kejam dengan orang yang tak tahu nak hargai aku. Untuk apa aku buka hati untuk kau? Aku dah mati rasa,"balas Rifqah.
"Gaduh pasal benda sama tak penat ke? Boleh tak kita hidup macam pasangan lain? Sampai bila nak jadi macam ni?"kata Adwa.
"Sampai mati! Aku ni memang tak nak hidup dengan kau tapi bertahan. Suatu hari nanti keluarga kau akan tahu perangai sebenar kau!"jawab Rifqah dan Adwa meraup kasar wajahnya.
"Bila dah tiba waktunya, kau kena lepaskan aku. Kau kena sedar Adwa kau tu hidup dalam memori lama! Kita yang dulu dah takde. Semua tu dah berakhir,"ujar Rifqah. Dia melangkah ke arah tangga namun tangannya dipegang oleh suaminya.
"Apa yang awak nak supaya saya boleh berbaik dengan awak?"tanya Adwa perlahan.
"Cerai,"jawab Rifqah dan Adwa melepaskan tangan isterinya dari terus dipegang.
"Takde istilah cerai dalam perkahwinan kita!"kata Adwa.
"Takde istilah cinta dalam perkahwinan ni. Aku nak kau rasa apa aku rasa selama ni. Kau hancurkan semuanya. Aku takkan terpedaya dengan pujuk rayu kau,"ujar Rifqah lagi.
"Hina sangat ke saya di mata awak?"soal Adwa lagi.
"Hina! Sebab aku yang berkorban untuk kau. Aku percaya segala ayat manis tapi semua tu hanya sia-sia,"ucap Rifqah dan Adwa memejamkan matanya.
Hatinya bagaikan terluka dengan kata-kata isterinya. Begitu mudah Rifqah melontarkan kata-kata tersebut. Dia mengharapkan perkahwinan ini dipenuhi dengan bahagia namun hanya derita yang menyapa.
"Kau menangis pun aku tak pandang! Ramai cakap aku kejam sebab buat kau macam ni. Tapi orang anggap kau ni baik. Baik yang penuh dengan kepuraan!"kata Rifqah.
"Mana pergi rasa hormat awak terhadap saya? Dengan Raiden bukan main lagi awak bermesra,"ujar Adwa. Dia cuba menahan rasa sakit di hati.
"Masa kau curang dulu, aku yang tahan rasa sakit ni. Betul orang cakap curang dan setia ni pilihan. Kau ingat tak sakit ke kau tuduh aku curang. Aku bagi segalanya kat kau!"kata Rifqah. Adwa terlihat Rifqah sedang menahan air mata dari mengalir.
"Dulu awak tak macam ni Rifqah,"kata Adwa.
"Kau nak berharap apa lagi dari aku? Tolong sedar Adwa! Kita berkahwin sebab nak jaga nama baik keluarga,"balas Rifqah. Dia pantas berlari naik ke arah tangga untuk masuk ke dalam bilik tidur.
MASA berlalu dengan pantas, perkahwinan Adwa dan Rifqah sudah genap tiga bulan. Namun mereka berdua masih tidak berbaik.
"Jangan nak malukan saya lagi,"kata Adwa dan Rifqah menjulingkan mata ke atas.
"Aku malas nak malukan melainkan kau yang malukan diri sendiri,"jawab Rifqah.
"Datang pun! Aku ingat kau tak nak datang majlis hari jadi. Waheeda dari tadi tunggu kau,"ujar Hanis dan Rifqah hanya mengangguk sahaja.
"Lepaskan tangan aku,"kata Rifqah apabila Adwa memegang tangannya.
"Kenapa? Saya tak boleh pegang tangan isteri sendiri?"tanya Adwa. Rifqah melepaskan tangannya dari dipegang oleh Adwa. Dia pantas menuju ke arah Waheeda yang sedang menikmati makanan itu.
"Lama saya tunggu awak. Datang dengan Adwa ke?"tanya Waheeda.
"Terpaksa je datang dengan dia. Saya boleh je datang sendiri. Dah Hanis jemput dia sekali, tak boleh nak buat apa,"balas Rifqah dan Waheeda mengangguk tanda faham.
"Pergi ambil makanan dulu saya tunggu sini,"kata Waheeda. Rifqah menuju ke arah meja yang dipenuhi dengan makanan.
"Kenapa Raiden boleh ada kat sini? Kat mana-mana je mesti dia ada,"ujar Adwa yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya.
"Biarlah dia ada kat sini bukan dia kacau kau pun,"kata Rifqah yang mengambil mac and cheese dan diletakkan di pinggan. Dia mengambil sedikit buah tembikai. Dia pantas mengambil air sirap yang disediakan.
Adwa hanya memerhati sahaja Rifqah yang sedang berbual dengan Waheeda.
"Aku takkan biarkan Rifqah hidup dengan kau Adwa,"kata Raiden dan Adwa terkejut dengan kehadiran jejaka itu.
"Fikir kau boleh dapatkan isteri aku tu? Tak payah nak berangan,"balas Adwa. Raiden berdecit sinis.
"Bukan berangan tapi aku tak rasa Rifqah bahagia dengan kau,"kata Raiden yang masih berlagak tenang.
"Apa yang dia mengadu kat kau sampai muka aku ni pun dia tak nak pandang? Kau cuma orang luar je dalam hal ni,"kata Adwa.
"Aku tak hasut dia tapi dia sendiri yang nak benci kau. Aku sekadar memberikan nasihat kat dia,"balas Raiden.
"Nak gaduh jumpa aku kat depan kolam renang kat luar tu,"kata Raiden dan Raiden terus keluar dari rumah tersebut. Adwa bangun dan mengikuti Raiden.
Pergaduhan Adwa dan Raiden itu menyebabkan semua orang termasuk Rifqah dan Waheeda menghampiri mereka.
"Adwa! Kau buat apa ni sampai lebam muka Raiden?!"ujar Rifqah dengan suara yang kuat.
"Ini bukan urusan awak. Saya nak ajar lelaki ni supaya tak kacau hak orang,"jawab Adwa sambil menumbuk wajah Raiden namun Raiden sempat menghalang tangan Adwa.
"Dengan cara tumbuk dia? Eh buat benda pakai otak ke tak?!"balas Rifqah. Dia cuba meleraikan pergaduhan Adwa dan Raiden namun Adwa secara sengaja menepis Rifqah sehingga terjatuh ke dalam kolam renang.
"Rifqah! Kurang ajar kau ni!"kata Raiden lalu menampar pipi Adwa. Adwa terus terjun menyelamatkan Rifqah dan meletakkan Rifqah di tepi kolam renang.
"Kau ni tak layak jadi suami tahu tak?"kata Raiden yang cuba memeriksa keadaan wanita kesayangannya.
"Diam! Dia ni isteri aku bukan isteri kau,"ujar Adwa dan dia melakukan CPR untuk isterinya. Seketika kemudian, Rifqah terbatuk dan dia membuka matanya dengan perlahan.
"Ya Allah Rifqah! Kau okay ke tak ni?"tanya Hanis yang terus menerpa ke arah Rifqah. Dia meletakkan tuala di badan sahabat baiknya.
"Aku tak apa-apa. Raiden kau jangan risau aku sejuk sikit je ni,"kata Rifqah.
"Gila aku tak risau kau tu wanita kesayangan aku!"jawab Raiden. Adwa sempat menjeling tajam ke arah Raiden.
"Adwa, kau tak boleh ke jaga perangai? Biar Rifqah tidur sini memang aku tak bagi kau bawa balik dia,"kata Hanis yang membawa masuk Rifqah ke bilik tetamu.
Tetamu lain hanya terdiam melihat kejadian tersebut.
"Aku takkan benarkan apa-apa jadi kat Rifqah. Ingat tu sampai kau mati,"kata Raiden lalu menunding jari ke arah Adwa. Dia terus melangkah keluar dari rumah Hanis.
Waheeda pula hanya menggelengkan kepala sahaja. Dia juga terus keluar dari rumah Hanis. Adwa meraup kasar wajahnya.
"MACAM mana kau jaga Rifqah? Kau ni memang suka memalukan orang ke?"kata Nurin dan Adwa hanya menundukkan kepalanya.
"Eh Rifqah tu yang tak berhati-hati tu sebab boleh jatuh dalam kolam renang,"kata Datin Laila.
"Masih nak bela anak kesayangan ni? Open your eyes, mama,"balas Nurin lalu menyilang tangannya.
"Akak asyik bela Rifqah macam dia tu takde salah pula. Adwa tak sengaja tolak dia. Kawan kesayangan dia tu yang nak sangat gaduh dengan Adwa,"ujar Adwa yang cuba membela nasib dirinya.
"Kalau kawan dia pun boleh lindungi Rifqah, kenapa Adwa tak boleh?"balas Nurin.
"Akak ni cakap macam kenal sangat Rifqah tu. Akak sorokkan sesuatu dari Adwa dan yang lain?"tanya Adwa.
"Aku nak sorokkan sesuatu? Takde masa. Cuma aku sedang tunggu masa yang sesuai untuk bezakan mana satu permata dan kaca. Masih lagi tak nak mengaku salah sendiri?"sindir Nurin. Datin Laila memandang pelik ke arah anaknya.
"Jangan nak tuduh adik sendiri tanpa bukti, Nurin Husnina,"kata Datin Laila.
"Tak tuduh cuma cakap je. Bela anak mama ni selagi mampu,"balas Nurin. Dato Aidi tidak mampu berkata apa-apa dia tahu sebab utama Nurin bersikap dingin dengan Adwa.
"Patutlah takde lelaki nak kat Nurin. Perangai tu tak berapa nak elok,"bidas Datin Laila.
"Jual mahal. Tak mudah percaya pada lelaki,"ucap Nurin dengan wajah yang tenang. Dia terus melangkah naik ke arah tangga.
"Kenapa abang tak tegur anak abang tu?"soal Datin Laila kepada Dato Aidi.
"Dia takkan jadi macam tu tanpa sebab. Kita sebagai ibu bapa jangan terlalu bela anak sangat,"ucap Dato Aidi. Naura dan Izham pula sudah berpindah ke rumah baru mereka.
"Adwa tu memang sengaja nak tolak kau?"tanya Hanis apabila Rifqah sedang bersandar di kepala katil.
"Entah tapi setahu aku Raiden saja nak cabar Adwa. Tapi tak sangka sampai nak bertumbuk,"kata Rifqah dan Hanis bersila di hadapan sahabat baiknya.
"Dua lelaki bergaduh disebabkan nak dapatkan kau. Siapa suruh kau jadi comel sangat,"kata Hanis lalu menggelengkan kepala.
"Ilek ilek peace yoo,"ujar Rifqah selamba.
Itu adalah slogan Rifqah sejak sekolah menengah lagi.
"Sampai sekarang guna slogan tu. Takde nak bertenang sekarang ni nasib kau tu takde apa-apa kecederaan. Kalau tidak, aku juga yang kena soal dengan ibu kau,"bebel Hanis dan Rifqah ketawa sahaja.
"Kau ni dah macam ibu aku. 24 jam nak jaga aku,"kata Rifqah.
"Dari majlis hari jadi terus jadi hari tragedi,"kata Hanis. Sekali lagi Rifqah ketawa sehingga perutnya sakit.
"Eh takpelah janji aku dah bagi hadiah kat kau,"jawab Rifqah. Hanis meminta diri untuk membiarkan Rifqah berehat di biliknya. Biarlah dia tidur di lantai berlapik dengan toto asalkan Rifqah berasa selesa.
Keesokan harinya, Rifqah terkejut apabila ada bungkusan plastik yang ada bubur itu. Ada nota kecil di bekas bubur tersebut
Get well soon Rifqah.
- Raiden .
"Eh dia ni aku bukan demam pun yang pergi hantar makanan kat aku dah kenapa?"kata Rifqah perlahan.
"Dia sayang kaulah tu,"balas Hanis yang muncul dari dapur secara tiba-tiba.
"Sayang sebagai seorang kawan,"kata Rifqah.
"Kawan apanya sampai hantar bubur ke rumah aku ni? Dia mampu jaga kau dari jauh je kau kan isteri Adwa,"kata Hanis.
"Kau ni merepek. Entah bila nak kahwin? Jodoh sesat lagi ke?"soal Rifqah.
"Sesat lagi dalam hutan rasanya. Eh kau nak mengelak je kalau aku cakap pasal Mr.Darkness kau tu,"kata Hanis lalu bercekak pinggang. Rifqah tersengih.
Sekali sekala mengusik kawan sendiri, desis hati Rifqah.
"Kau makan bubur tu dulu aku nak telefon mak aku kejap mesti dia kat kampung rindu anak dia yang kecoh ni,"kata Hanis.
"Memang kecoh pun. Kalau boleh sampai satu Malaysia kau nak kecoh semua benda,"jawab Rifqah selamba. Belakang badannya ditepuk kuat oleh Hanis.
"Sesedap cucur adabi je kau cakap aku ni kecoh? Aku kecoh untuk menceriakan suasana,"kata Hanis. Dia pantas mengambil telefon pintarnya untuk menghubungi ibunya.
Cucur adabi enak dimakan begitu saja. Eh tu bukan iklan roti Gardenia ke?
ADWA memerhati telefon pintarnya. Langsung tiada mesej atau panggilan daripada Rifqah. Dia memang marah kat aku ke?
"Tunggu isteri telefon ke bos?"tegur Nazim secara tiba-tiba.
"Dia marah kat aku,"jawab Adwa acuh tidak acuh. Nazim menepuk dahi. Kadang bendul juga bos aku ni,desis hati Nazim.
"Bos pujuklah dia takkan itu saya nak kena ajar? Jangan biar isteri tu merajuk,"ucap Nazim lagi.
"Cakap macam kau ni dah kahwin. Pergi buat kerja aku yang bayar gaji kau,"kata Adwa dan Nazim sempat menayangkan jari peace.
Tiba-tiba pintu kafe ditolak perlahan oleh pasangan suami isteri. Adwa memandang ke arah pintu dan dia terkejut melihat pasangan tersebut.
"T...Tya Edlina?"kata Adwa yang cuba menahan rasa takutnya. Tya memandang ke arah suaminya dan suaminya yang bernama Asyraf membenarkan Tya berbincang dengan Adwa.
"Adwa kita perlu berbincang,"kata Tya. Adwa tidak berani memandang wajah suami Tya.
Dia nak bincang apa dengan aku? Adwa bermonolog sendirian. Dia menyuruh Tya dan Asyraf duduk di meja yang berdekatan dengan kaunter pembayaran.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net