"MEMANG aku yang nak culik korang berdua. Kenapa? Terkejut?" kata Riyana lalu ketawa seperti orang tidak waras. Raiden tidak menyangka Riyana akan bertindak di luar jangkaan.
"Kenapa kau obses sangat dengan aku? Aku ni suami orang, Riyana! Suami orang!" kata Raiden.
"Apa kau cakap? Suami orang? Ada aku kisah pasal status kau tu? Yang penting aku kena dapatkan kau. Rifqah ni pun tak sesuai untuk kau," balas Riyana.
"Berubahlah Riyana kau tak kasihan kat mak dan abang kau? Jangan disebabkan oleh terlalu taksub dengan cinta, kau hanyut," ujar Rifqah dan Riyana tunjal kepala isteri Raiden.
"Eh perempuan aku tak cakap dengan kau aku tengah cakap dengan Raiden. Macam mana Raiden boleh sayang kat kau?" ujar Riyana dan Rifqah masih lagi mengawal dirinya.
"Jangan sentuh isteri aku! Hadap aku dulu! Aku sanggup mati demi isteri aku! Cakap dengan aku apa kau nak!" tempik Raiden.
"Well..." Pistol dikeluarkan lalu Riyana membelek pistol itu. Rifqah mulai ketakutan memandang pistol yang dipegang oleh Riyana. Sungguh Riyana seorang perempuan yang psiko.
"Tolong pegang Rifqah ni," kata Riyana dan orang suruhan Riyana memegang kuat badan Rifqah. Riyana membuka ikatan tangan Raiden pula.
"Riyana, lepaskan isteri aku. Isteri aku tak bersalah! Kau berdendam dengan aku, tembak aku. Tapi bukan Rifqah. Aku merayu Riyana," ujar Raiden dan Riyana hanya tersenyum jahat.
"Aku nak kau Raiden! Kalau kau tak lepaskan Rifqah, dia akan mati di tangan aku!" jawab Riyana. Mata Raiden melihat ke arah Rifqah. Rifqah sedang menangis dan dia sudah buntu untuk membuat pilihan.
"Cakap dengan aku apa kau nak tapi aku takkan sesekali lepaskan Rifqah!" balas Raiden. Riyana menjerit lalu mengangkat kerusi lalu dibaling ke atas lantai.
"Apa yang kau susah sangat nak buat apa yang aku minta?! Perempuan ni yang kau sanjung! Apa kurangnya aku di mata kau Raiden?" jerit Riyana dan Raiden terkedu.
"Kau tak macam lelaki lain. Siapa je tak nak lelaki macam kau, Raiden. Hati aku sakit tengok kau dan Rifqah! Sebab tu aku sanggup buat apa saja untuk runtuhkan perkahwinan kau," balas Riyana.
"Kau sedar tak apa kau cakap sekarang ni? Ramai lagi lelaki lain tapi kenapa mesti aku jadi pilihan kau? Aku dah berkahwin tolong terima hakikat!" Raiden berkata dengan suara bergetar.
"Kau nampak pistol ni Raiden?! Ceraikan Rifqah atau kau tengok dia mati depan mata kau!" Pistol diletakkan di kepala Rifqah. Rifqah memejamkan matanya.
Ya Allah lindungilah aku dan suami aku, bisik hati Rifqah.
"Sampai aku mati pun, aku takkan ceraikan Rifqah! Aku tak sanggup nak hilang dia! Cukup Riyana! Sedarlah aku ni bukan jodoh kau," Raiden cuba merayu sekali lagi.
Rifqah cuba melepaskan diri namun badannya dipegang kuat oleh orang suruhan Riyana.
"Aku akan lepaskan Rifqah. Lepaskan isteri dia," Orang suruhan Riyana terus melepaskan Rifqah. Rifqah berlari ke arah Raiden lalu memeluknya erat.
Saat Raiden sudah menyelamatkan Rifqah dari diserang oleh Riyana, dia berkata sesuatu.
"Cinta! Jangan risau aku ada untuk kau. Kau akan selamat. Sekarang ni dengar cakap aku, keluar dari sini. Aakif dan yang lain ada kat luar," kata Raiden lalu memegang muka isterinya.
"Habis kau macam mana Raiden? Aku tak nak tinggalkan kau," ujar Rifqah dengan nada risau. Air matanya masih mengalir. Wajah Raiden dipandang lama. Mata Raiden itu penuh dengan keikhlasan.
"Aku akan okey, cinta. Aku akan keluar juga dari sini. Cuma kau selamatkan diri dulu. Aku akan datang pada kau semula," kata Raiden lembut dengan senyuman lemah di bibirnya.
Berat hati untuk Rifqah meninggalkan suaminya, namun kakinya terus menapak keluar menuju keluar dari situ.
Tiba-tiba bunyi tembakan dari Riyana dan tembakan itu tepat terkena pada Raiden. Rifqah berhenti melangkah dan berpaling ke arah sang suami.
Raiden rebah di lantai dan Rifqah menjerit nama suaminya itu.
"Raiden! Tolong bertahan!" Rifqah berlari ke arah Raiden yang sudah terbaring. Kepala Raiden diangkat sedikit dan Rifqah mengusap wajah Raiden.
Maizatul dan Aakif juga masuk saat mereka mendengar bunyi tembakan. Tangisan Rifqah semakin kuat lalu Maizatul memeluk erat badan Rifqah cuba untuk menenangkan isteri Raiden.
Raiden terbatuk sambil menahan kesakitan.
"Cinta..." ucap Raiden perlahan.
"Ya aku ada Raiden. Tolong jangan tinggalkan aku. Aku tak boleh hidup tanpa kau. Lelaki lain takkan boleh jadi macam kau. Bertahan demi aku...demi bakal anak kita..." Akhirnya Rifqah memberitahu dirinya sedang berbadan dua.
"Anak kita? Cinta, kau mengandung," ujar Raiden lemah. Rifqah tersenyum pahit lalu kepala diangguk perlahan. Tangan Raiden terus diletakkan di perut kempis Rifqah.
"Impian kau tercapai, Raiden. Anak kita kembar. Bertahanlah aku tahu kau kuat," kata Rifqah. Aakif cuba menahan sebak melihat kekuatan cinta antara Raiden dan Rifqah.
"Aku...sayang kau, cinta," ucap Raiden. Nafasnya tersekat-sekat menahan kesakitan di perutnya. Air mata Rifqah mengalir lalu dia memegang erat tangan Raiden.
"Tolong call ambulans!!" kata Rifqah dan Maizatul pantas menghubungi kecemasan. Riyana terus berlari keluar dari gudang namun belum sempat dia melarikan diri, polis sudah datang.
Mata Raiden terpejam rapat dan Rifqah menggoncangkan badan suaminya.
"Raiden! Raiden! Bangun..." ujar Rifqah lalu memeluk badan Raiden.
DI hospital, Rifqah menunggu di luar wad. Maizatul melihat wajah Rifqah pucat. Mungkin kerana alahan mengandung yang dialaminya.
"Rifqah kena makan. Ni dah muntah sampai lemah badan. Rifqah mengandung kena jaga kesihatan," pujuk Maizatul. Rifqah menggeleng kepala perlahan. Fikirannya hanya Raiden.
"Betul kau kena jaga kandungan kau. Kau kuat. Raiden pun kuat dia akan selamat," ujar Aakif pula. Seketika kemudian, Puan Haura dan Encik Shahrul berlari ke arah anak tunggalnya.
"Ibu... suami Iqa. Iqa tak kuat," kata Rifqah. Puan Haura menarik Rifqah dalam pelukannya.
"Iqa dengar cakap ibu. Suami Iqa akan selamat. Berdoalah supaya semuanya baik-baik saja," kata Puan Haura. Sudah beberapa jam Raiden berada di dalam wad kecemasan.
"Anak ayah kuat kan? Ibu dan ayah sentiasa doakan Iqa dan suami. Iqa kena ingat ada malaikat kecil dalam rahim Iqa. Raiden mesti tak nak tengok Iqa sedih macam ni," tambah Encik Shahrul pula.
Doktor yang merawat Raiden terus melangkah keluar dari wad Raiden. Rifqah terus bangun untuk tahu keadaan suaminya.
"Macam mana dengan suami saya doktor?" tanya Rifqah. Doktor itu tersenyum nipis.
"Alhamdulillah suami puan stabil cuma dia belum sedarkan diri. Puan jangan risau ya?" ujar doktor itu dan Rifqah menarik nafas lega.
Kaki Rifqah terus masuk ke dalam wad Raiden dan matanya memandang Raiden yang terbaring lemah di atas katil dan mata masih terpejam rapat.
Kerusi dirapatkan di katil Raiden dan tangan Raiden dipegang.
"Raiden, bangunlah. Aku rindu nak dengar suara kau. Rindu nak dengar kau cakap pasal ayam. Dah lama kau tak pakai kasut ayam kau tu," kata Rifqah yang cuba tersenyum. Senyuman yang dipenuhi dengan kepedihan.
"Kenapa kau berkorban untuk aku? Cinta kau terhadap aku terlalu besar. Sekarang aku faham kenapa kau sanggup tunggu aku dari dulu lagi," ucap Rifqah. Dia melepaskan segala perasaan walaupun Raiden tidak mendengarnya.
"Kau memang berpegang pada janji. Kau akan setia dengan aku sampai mati. Berkorban apa saja untuk aku tanpa rasa jemu. Kau penuhi segala permintaan aku," luah Rifqah lagi. Mata Rifqah memandang dada Raiden berombak perlahan.
"Kali ni, aku tunggu kau bangun. Bangunlah sayang..." Terlontar perkataan itu dari mulut Rifqah. Rifqah meletakkan kepalanya di katil Raiden. Tanpa sedar, Raiden mengalirkan air mata walaupun dia masih belum sedarkan diri.
Beberapa hari di hospital, Rifqah masih setia menunggu Raiden membuka mata.
"Bangunlah Raiden. Aku teringin sangat nak makan ayam goreng yang kau suka tu," ujar Rifqah. Mata terasa berat lalu dia terlelap. Mungkin sudah penat menangis.
Beberapa jam kemudian, Raiden membuka matanya dan melihat Rifqah sedang tidur lena. Tangannya perlahan mengusap kepala sang isteri.
Dia fikir dia sudah tiada di dunia ini namun Allah masih panjangkan usianya.
"Cinta...aku dah bangun," ucap Raiden dan Rifqah terus mengangkat kepalanya.
"Raiden, aku rindu kau. Aku ingat kau takkan bangun," balas Raiden. Raiden tersenyum lemah.
"Aku pun rindu kau. Kenapa muka kau pucat sangat ni? Kau tak makan?" soal Raiden.
"Alahan aku teruk. Aku muntah banyak kali," jawab Rifqah.
"Aku minta maaf ya cinta? Kau seorang diri tanggung semua ni," kata Raiden dan Rifqah pantas menggelengkan kepalanya.
"Aku boleh tahan. Mungkin bakal anak-anak kita rindu kau. Anak kita kembar doktor dah beritahu," ucap Rifqah lalu mengeluarkan sekeping gambar. Terlihat ada dua kantung dan Raiden terus memeluk isterinya.
"Terima kasih cinta. Aku akan ada dengan kau. Kau jangan buat kerja berat lepas ni semua kerja aku yang buat. Kau kena rehat," ucap Raiden dan Rifqah tersenyum nipis.
"Aku dah kata mulut aku masin. Anak kita kembar," balas Raiden selamba dan Rifqah mencubit lengan suaminya.
"Sakit pun sempat lagi nak bergurau ke?" soal Rifqah dan Raiden hanya tertawa kecil.
Raiden bersyukur dengan rezeki yang diberikan. Kini mereka boleh bahagia tanpa gangguan sesiapa.
BEBERAPA bulan kemudian...
Kandungan Rifqah sudah mencecah tujuh bulan. Perut diusap perlahan dan lagi dua bulan dia bakal melahirkan anak kembar mereka.
"Cinta! Aku dah balik ni," kata Raiden dan dia duduk di sebelah isterinya. Perut isterinya diusap dan lalu dia menciumnya.
"Hari ni anak-anak kita macam mana? Behave tak?" tanya Raiden dengan prihatin.
"Anak-anak kita okey je. Kau ni terlebih teruja dah kenapa? Dah tak sabar nak jumpa?" balas Rifqah dengan senyuman manis.
"Eh mestilah aku tak sabar lagi dua bulan. Kejap je masa berlalu kan. Dari kawan baik sekarang kita akan jadi daddy dan mummy," kata Raiden dan Rifqah hanya ketawa kecil.
Pada waktu malam, Rifqah terjaga dari tidur dan dia lapar. Dia memandang ke arah Raiden yang sedang tidur itu.
"Raiden..." panggil Rifqah namun Raiden masih lena dibuai mimpi. Bantal diambil lalu dibaling kuat ke arah Raiden.
Raiden bangun dan dia masih lagi mamai.
"Kenapa, cinta?" tanya Raiden.
"Aku teringin nak makan spaghetti bolognese. Air aku nak air tembikai," kata Rifqah dengan gaya manjanya.
Raiden menggosok matanya. Alahai mana aku nak cari ni?
"Mana nak cari tengah malam ni cinta? Kedai takde yang buka," kata Raiden. Rifqah memuncungkan bibirnya.
"Kau tak beli, kau dah tak sayang aku. Cepatlah," pujuk Rifqah dan Raiden menggaru kepalanya. Jam sudah menunjukkan sudah pukul satu pagi.
"Kau cakap kau nak air tembikai? Tapi sebelum ni kau bukannya suka air tembikai!" ujar Raiden lagi. Rifqah tersengih.
"Anak kembar kita yang nak bukan aku," kata Rifqah.
"Wah kau fitnah anak kita ya? Aku rasa bahan masak ada je kat dapur aku. Aku masakkan untuk kau," Raiden terus bangun menuju ke dapur.
Seketika kemudian, Raiden muncul bersama spaghetti bolognese dan air tembikai. Mata Rifqah bersinar melihat makanan tersebut.
"Biar aku yang suapkan kau. Kau tu tengah sarat," ucap Raiden lalu menyuap makanan pada sang isteri. Rifqah tersenyum bahagia.
Mata Raiden hampir tertutup namun Raiden cuba menahan dirinya dari terlelap. Rifqah yang meneguk air tembikai terpandang suaminya.
"Kalau kau mengantuk, tidurlah biar aku makan sendiri," kata Rifqah. Suaminya tidak pernah membantah dengan apa yang dia mahu.
"Dah habis makan baru aku tidur," jawab Raiden dan Rifqah hanya diam. Selesai sahaja, Raiden membawa pinggan dan gelas ke dapur.
Keesokan hari, Datin Tiara melayani Rifqah seperti ratu. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada Rifqah dan juga cucunya.
"Umi, teringin nak makan ayam goreng. Umi boleh buat?" soal Rifqah dan Datin Tiara tersenyum manis.
"Boleh je. Makan dengan nasi pun sedap. Raiden hantar Iqa ke sini pun supaya tak jadi apa-apa. Umi boleh jagakan Iqa," kata Datin Tiara. Dia bangun untuk menyediakan makanan untuk menantunya.
Tiba-tiba Rifqah merasakan perutnya ditendang. Dia tersenyum kecil anak-anaknya menendang. Baginya, agak sukar apabila mengandung anak kembar.
"Anak mummy dah tak sabar ke nak keluar hm?" ujar Rifqah perlahan. Dia memandang sekeliling dan dia bangun menuju ke arah Datin Tiara.
"Eh menantu umi! Duduk diam-diam Iqa tu mengandung. Biar umi masak sendiri umi boleh buat sayang," kata Datin Tiara lalu menarik kerusi untuk Rifqah.
Setiap hari keluarga Raiden tidak membenarkan Rifqah melakukan apa-apa kerja. Raiden pula terlalu melindungi Rifqah.
Raiden membeli keperluan bayi kembar yang bakal lahir. Dia gembira saat mengetahui Rifqah berbadan dua. Dia meletak beberapa beg kertas di atas meja dan mata Rifqah terbuntang.
"Banyaknya kau beli. Tak membazir ke?" tanya Rifqah dan Raiden hanya tersenyum. Dia menghampiri isterinya lalu tangan mengusap perut Rifqah.
"Ni untuk persediaan. Semua aku dah beli. Beg untuk kau pergi hospital nanti pun aku dah sediakan. Tak sabarnya nak tunggu anak kita lahir," kata Raiden dengan nada lembut.
"Maaflah aku tak berapa larat nak pergi kerja dan nak buat kerja rumah. Takut susahkan kau je," kata Rifqah pula. Raiden mengusap pipi mulus Rifqah.
"Tak susahkan aku pun sebab aku faham. Kaki kau ada bengkak tak? Nak aku urutkan?" ujar Raiden lagi dan Rifqah mengangguk perlahan.
Raiden mengurut kaki isterinya. Rifqah melihat muka Raiden terlalu penat namun Raiden tidak pernah jemu untuk melayaninya seperti seorang permaisuri.
Saat mereka mengetahui anak kembar mereka adalah bayi lelaki dan perempuan, Raiden sangat gembira.
Akhirnya Rifqah terlelap. Raiden mencium dahi isterinya.
"Terima kasih sebab bagi aku zuriat, cinta. Kau memang wanita yang kuat," kata Raiden lalu dia bangun untuk menunaikan solat.
DUA bulan kemudian...
Keluarga Raiden sibuk membuat persiapan untuk ulang tahun perkahwinan Dato Razif dan Datin Tiara. Sejak dari tadi Raiden memandang muka Rifqah kelihatan pucat.
"Cinta? Kau okey tak ni? Kalau tak okey, rehat dulu dalam bilik," kata Raiden lalu memegang bahu isterinya.
"Aku okey jangan risau. Kau pergi siapkan apa yang patut," kata Rifqah. Dia bersalin pada minggu hadapan namun rasa contraction itu selalu datang.
Raiden yang berat hati untuk meninggalkan isterinya melangkah untuk menyiapkan makanan. Rifqah duduk di beranda luar rumah. Dia cuba mengusap perutnya. Perutnya semakin mengeras.
"Ya Allah sakitnya," keluh Rifqah dan majlis ulang tahun perkahwinan Dato Razif dan Datin Tiara sudah bermula namun badannya tidak larat untuk berjalan.
Radhiyah yang lalu di hadapan beranda terus menerpa ke arah kakak iparnya. Muka Rifqah terlalu pucat.
"Akak? Akak kenapa ni?" soal Radhiyah cemas. Rifqah memegang tangan Radhiyah dengan kuat. Sakit contraction itu semakin kuat.
Mata Radhiyah fokus pada skirt yang dipakai oleh Rifqah. Basah dan dia terus menjerit sekuat hati.
"Akak! Air ketuban akak dah pecah. Abang Raiden!!" jerit Radhiyah dan Raiden yang sedang berbual terus berlari ke arah adik perempuannya.
"Kenapa Rad? Apa jadi?" soal Raiden.
"Isteri abang dah nak bersalin air ketuban dah pecah! Cepat bawa pergi hospital!" balas Radhiyah. Tanpa membuang masa, Raiden mencempung badan isterinya lalu dibawa masuk ke dalam kereta.
Aakif yang akan membawa Raiden dan Rifqah ke hospital.
"Bertahan, cinta. Semuanya akan selamat," ucap Raiden lalu mengelap peluh di dahi Rifqah. Aakif cuba memandu dengan berhemah.
Habis kecoh satu rumah apabila mendengar Rifqah ingin bersalin. Semua berharap semuanya berjalan lancar.
Bersambung...
"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"
You are reading the story above: TeenFic.Net