π‘πšπ’ππžπ§π‘π’πŸπͺ𝐚𝐑 𝟏𝟐

Background color
Font
Font size
Line height

YAZID sempat mengikuti Adwa dari belakang. Sesekali dia menyorok di sebalik dinding apabila Adwa menoleh ke belakang. Yazid berhenti apabila dia melihat Adwa berjumpa dengan seorang lelaki berusia 20-an.

"Apa motif Adwa jumpa dengan lelaki tu?"kata Yazid perlahan. Dia sempat mengambil beberapa gambar Adwa dengan lelaki tersebut. Yazid terus meninggalkan kawasan itu.

"Kau tahu kan apa kau nak buat? Ikut je mana Raiden pergi. Walaupun dia dengan bini aku,"kata Adwa dan lelaki tersebut mengangguk tanda faham.

Adwa memberikan sampul yang berisi duit RM2000 kepada lelaki yang bernama Amirul itu.

"Asalkan aku dapat duit aku buat. Kau nak aku buat apa-apa kat Raiden?"tanya Amirul.

"Tak perlu. Pastikan Raiden tak nampak kau,"jawab Adwa dan Amirul akur dengan arahan Adwa. Dia meminta diri untuk pulang. Adwa menyedut air yang dipesannya.

"Kau tahu apa yang aku akan buat Raiden untuk pastikan Rifqah tak pergi kat kau. Rifqah tetap hak aku,"kata Adwa perlahan. Gambar Rifqah ditenung tajam oleh Adwa.

"Ingat Rifqah...jangan harap kau akan dapat pergi kat Raiden,"ujar Adwa lagi.

Yazid terus masuk ke dalam kereta dan pintu kereta dikunci. Raiden yang duduk di belakang sedang menunggu Yazid memberitahu maklumat yang diperolehi.

"Macam ni aku ternampak Adwa jumpa dengan seorang lelaki muda tengok dalam umur 20-an. Lepas tu aku nampak Adwa bagi sampul duit. Aku rasa banyak duit tu,"kata Yazid dan Raiden membuka cermin mata hitamnya.

"Ada gambar?"soal Raiden dan Yazid pantas membuka telefon pintarnya lalu menunjukkan gambar Adwa kepada Raiden. Raiden memandang gambar itu dengan lama.

"Aku syak dia upah orang untuk ikut aku dan Rifqah ke mana saja. Lagi satu, aku nak kau cari lelaki yang dengan Adwa tu. Aku nak kau warning dia,"ujar Raiden lagi dan Yazid mengangguk perlahan.

"Semuanya akan dibuat secepat mungkin Raiden. Jangan risau kau percaya je cakap aku,"jawab Yazid dengan nada yakin. Yazid memulakan pemanduannya untuk menuju ke lokasi yang lain.

"Kau tunggu nasib kau Adwa. Kau ingat kau akan terlepas?"kata Raiden perlahan sambil matanya memandang ke arah luar tingkap. Dia akan memastikan Rifqah sentiasa selamat.

"KAU tak rasa ada orang ikut kita?"tanya Hanis kepada Rifqah. Sudah beberapa hari Hanis merasakan ada seseorang yang mengikuti mereka.

"Dah kenapa pula orang nak ikut kita?"soal Rifqah yang berjalan bersama dengan Hanis.

"Aku dapat rasa ada orang ikut kita. Kau ni kat dunia ni ramai orang jahat,"balas Hanis sambil memukul lengan sahabat baiknya. Mereka terus berhenti dan menoleh ke belakang.

Aik takde siapa pun? Habis siapa yang ikut aku dan Hanis?

Sebaik sahaja Rifqah dan Hanis menoleh ke hadapan alangkah terkejutnya orang upahan Adwa iaitu Amirul berada di hadapan mereka.

"Nak lari mana hm Nur Rifqah? Aku nak pastikan kau tak keluar dengan Raiden,"ujar Amirul dengan senyuman sinis. Hanis mulai ketakutan.

"Siapa kau?! Siapa upah kau? Mesti Adwa kan?"tanya Rifqah bertubi-tubi.

"Huh kau tak perlu tahu siapa yang upah aku. Aku cuma nak ingatkan kau aku akan perhatikan kau setiap masa,"kata Amirul.

"Berani kau nak sentuh dia?"Raiden menarik belakang baju Amirul lalu menolak kasar badan Amirul sampai terjatuh. Yazid turut bersama Raiden.

"Aku kata bangun! Siapa yang upah kau untuk ikut aku dan Rifqah? Cakap! Dah bisu ke apa?!"Raiden menengking Amirul.

Hanis tergamam melihat wajah gerun Raiden. Lain macam dia marah orang, bisik hati Hanis.

"Aku..."Amirul takut untuk menjawab pertanyaan Raiden.

"Aku apa?! Cakap kat aku sekarang!"balas Raiden. Yazid cuba menenangkan Raiden yang sedang marah itu.

"Aku...diupah oleh Adwa. Suami Rifqah sendiri. Aku ikut arahan dia je,"jawab Amirul yang akhirnya mengaku.

Raiden menarik kolar baju Amirul dengan kuat.

"Sekali lagi aku nampak muka kau, kau jangan sampai aku humban kau dalam penjara. Bla dari sini!"kata Raiden. Dia menolak badan Amirul dan Amirul terus melarikan diri.

"Kau tak apa-apa Rifqah?"soal Raiden tanda dia prihatin terhadap Rifqah.

"Aku tak apa-apa. Terima kasih Raiden dan Yazid sebab selamatkan kami. Nasib korang datang kalau tidak tak tahulah apa yang akan jadi,"balas Rifqah. Raiden menghela nafas berat.

"Adwa dia memang tak puas hati dengan aku sebab tu dia upah budak lelaki tu supaya ikut aku dan kau ke mana saja,"kata Raiden.

"Suami kau ni dah gila ke Rifqah? Asal perlu buat macam tu? Jantan ni memang psycho,"kata Hanis pula.

Tak guna kau Adwa...Kau memang lelaki paling gila. Rifqah bermonolog sendirian.

"Dia kan selalu macam tu. Dia akan buat apa saja kalau orang cari pasal dengan dia. Memang kejap lagi aku marah dia,"ujar Rifqah.

"Sekarang ni aku hantar korang kat butik kakak Adwa tu. Aku hantar korang sampai sana. Aku nak pastikan Adwa tu tak ikut kita juga,"kata Raiden. Rifqah dan Hanis mengangguk serentak.

Setelah selesai semuanya, Rifqah pulang ke rumah keluarga Adwa kerana Adwa berada di rumahnya. Sampai sahaja di rumah, Rifqah pantas menghampiri suaminya dan terus menampar pipi Adwa.

Semua ahli keluarga yang lain terkaku melihat tindakan Rifqah.

"Apa kau buat ni Adwa? Ingat apa kau buat ni akan buat aku rasa gembira?!"tengking Rifqah.

"Apa yang saya buat?"soal Adwa yang tidak ada rasa bersalah.

"Kau upah orang untuk ikut aku dan Raiden? Orang tu siap ugut aku tahu tak?!"ujar Rifqah. Dato Aidi dan yang lain terkejut mendengar kata-kata Rifqah.

"Jangan tuduh anak aku macam tu takkan Adwa nak upah orang. Aku kenal anak aku macam mana,"kata Datin Laila.

"Bukti ada kat aku! Ada orang bagi kat aku. Kenapa kau perlu upah orang ambil gambar aku dan Raiden? Kau ingat aku ni nak sangat perhatian lelaki? Tell me Adwa!"balas Rifqah yang mencampakkan beberapa gambar ke muka suaminya.

"Kau tu sedarlah diri Rifqah. Anak aku ni dah cukup sempurna tapi kau sibuk cari lelaki lain dah kenapa?"ujar Datin Laila sinis.

"Diam Laila binti Ismail. Abang tak pernah ajar awak macam ni,"balas Dato Aidi dengan nada tegas.

"Kalau saya yang buat pun apa salahnya? Awak tetap hak saya. Raiden tu punca segalanya!"kata Adwa.

"Tanpa rasa bersalah, kau buat semua ni untuk kepentingan diri kau kan? Kau jangan sampai aku buat sesuatu yang kau tak suka,"ujar Rifqah.

Rifqah langsung tidak nampak sinar kebahagiaan bersama Adwa. Malah hanya penuh dengan duka dan Adwa tidak pernah peduli akan kesedihannya.

"Sesuatu yang Adwa tak suka? Apa yang Rifqah cuba nak cakap ni?"tanya Naura yang masih keliru dengan apa yang terjadi.

"Sebenarnya..."Ayat Rifqah terhenti apabila Datin Laila menyampuk percakapannya.

"Tak payah nak percaya apa Rifqah ni cakap. Dia saja nak acah jadi mangsa keadaan,"ujar Datin Laila. Rifqah cuba menahan geram dengan sikap ibu mentuanya.

"Jangan berani awak nak burukkan saya di hadapan keluarga saya,"ucap Adwa lalu jarinya ditunding ke arah isterinya. Rifqah berdecit sinis.

"Takut semua orang akan benci dan kecewa dengan kau? Kenapa aku mudah sangat terima semua ni? Aku tak bahagia dengan kau!"kata Rifqah lagi. Nurin dan yang lain tergamam dengan kata-kata Rifqah.

"Pernah kau fikir apa sebab aku jadi isteri yang jahat? Tak pernah kan? Kau langsung takde rasa bersalah,"kata Rifqah. Adwa seakan terkedu dengan ayat isterinya.

"Takkan aku perlu menangis depan keluarga kau untuk raih simpati? Aku simpan apa yang aku rasa. Manusia takkan berubah kalau tiada yang menyakiti dia,"Rifqah berbicara tentang apa yang dirasainya selama ini.

"I hate everything about you. No matter how much I try to loving you again but I always end up hating you. Kau ingat hati aku mudah untuk cintakan kau sekali lagi?"kata Rifqah.

"Alasan apa lagi kau nak bagi kat aku Adwa? Fikir Adwa apa aku cakap ni,"Rifqah terus naik ke arah tangga. Adwa meraup kasar wajahnya.

"Arsyad tak faham dengan apa yang terjadi sekarang ni,"kata Arsyad sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nurin hanya mengangkat bahu sahaja.

"Puas hati awak sakitkan hati menantu sendiri? Apa yang rasuk fikiran awak ni Laila?"kata Dato Aidi. Kepalanya terus digeleng.

RIFQAH hanya mendiamkan diri saat Raiden rancak berbual dengan Yazid dan Maizatul.

"Raiden, kenapa dengan Rifqah tu?"tanya Yazid dan Raiden memandang Rifqah.

"Are you okay? Do you need anything from me?"Lembut sahaja percakapan Raiden. Raiden terlihat air mata Rifqah jatuh mengalir di pipi. Maizatul pantas memberikan tisu kepada Rifqah.

"Hey kenapa kau menangis ni? Adwa buat apa kat kau? Cakap dengan aku. Jangan pendam,"ucap Raiden. Rifqah mengambil tisu dan mengelap air matanya.

"Aku ni jahat ke Raiden?"tanya Rifqah.

"Asal kau cakap macam tu? Kau tak jahat Rifqah cuma keadaan yang memaksa kau jadi jahat. Kau cuma nak orang faham perasaan kau kan?"ucap Raiden dan Rifqah mengangguk perlahan.

"Orang yang boleh faham kau adalah aku, Hanis dan Waheeda. Adwa tu dulu buta tak pernah nampak pengorbanan kau,"kata Raiden.

"Adwa fikir kau ni punching bag untuk dia lepaskan marah. Kalau dia lelaki matang, dia takkan tuduh kau,"kata Raiden lagi.

"Akak faham perasaan Rifqah. Ada satu tahap kita dah penat dengan segala benda. Menangis bukan tanda kita lemah,"balas Maizatul dan Raiden setuju dengan kata-kata Maizatul.

"Adwa tak layak untuk kau,"ujar Yazid pula. Rifqah bersyukur kerana masih dikurniakan orang-orang yang baik di sekelilingnya.

"Dah jangan nangis! Nanti dah tak comel macam donat,"kata Raiden yang cuba buat Rifqah gembira.

"Ish kau samakan aku dengan kuih donat pula? Habis kau tu apa? Karipap ke?"kata Rifqah dan Raiden ketawa.

"Haah aku karipap kentang,"balas Raiden. Yazid dan Maizatul hanya tersenyum nipis melihat Raiden bahagia bersama Rifqah.

"Kau dan kuih karipap memang tak boleh berpisah,"ujar Rifqah. Raiden menayangkan muka bosan.

"Karipap kentang sedap. Kau tu suka sangat makan donat,"Raiden sengaja mengusik sahabat baiknya. Rifqah menjulingkan mata ke atas. Dia meminta diri untuk pergi kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

Sementara itu, Adwa termenung memikirkan kejadian semalam. Dia meminta Nazim menjaga kafenya. Dia pergi ke sebuah tasik dan dia memandang ke arah langit.

"Why..."rintih Adwa sendirian. Ramai orang yang datang ke tasik untuk meluangkan masa bersama orang tersayang.

Dia memejamkan matanya apabila teringat kata-kata Rifqah terhadapnya.

Kau tak sedar aku ni terluka sebab perbuatan kau. Kau rasa kau je yang rasa sakit.

Dia membuka matanya semula. Haruskah dia mengalah? Dia sangat buntu dengan segalanya. Dia melihat ada pasangan suami isteri yang sedang ketawa bersama. Alangkah indahnya dia dapat merasai itu.

"Salah aku ke?"kata Adwa ringkas.

"It's your fault. Tapi kau yang tak nak mengalah. Dikuasai oleh ego sendiri,"kata Izzati yang muncul di sebelahnya.

"Izzati? Macam mana boleh ada kat sini?"tanya Adwa.

"Itu kau tak perlu tahu. Kau yang keruhkan keadaan. Kau tak cari jalan penyelesaian. Aku tahu apa yang terjadi antara kau dan Rifqah,"jawab Izzati. Tiada senyuman manis di bibirnya.

"Jadi salah saya menyakiti hati perempuan? Habis saya ni pun ada perasaan,"ujar Adwa.

"Aku sangka kau dah berubah tapi masih sama. Kau tak sedar ke dulu aku dekat dengan kau sebab nak balas dendam je,"kata Izzati.

"Jadi awak ambil peluang untuk hancurkan saya?"soal Adwa lagi. Izzati mengangguk kepalanya.

"Sama je macam Rifqah. Dia kahwin dengan kau sebab nak jatuhkan kau. Dia tunggu masa sesuai untuk kau ceraikan dia,"Sinis sahaja bicara Izzati.

"Cerai? Tak pernah nak lepaskan dia pun. Apahal dia beria sangat nak cerai dengan saya?"tanya Adwa lagi.

"Dia nak cari lelaki lagi bagus dari kau,"balas Izzati selamba. Tanpa sedar, Rifqah tersenyum dan dia berjaya menyuruh Izzati untuk berjumpa dengan Adwa.

Padan muka kau Adwa! Biar Izzati tu ceramah kau sampai kau muak nak dengar, desis hati Rifqah.

Rifqah menghubungi seorang perempuan yang digelar sebagai Miss Secret untuk memberitahu maklumat terbaru.

"Saya dah berjaya suruh Izzati jumpa Adwa. Sekarang ini apa rancangan kita?"tanya Rifqah.

"Just wait and see. Kita perhatikan dulu Adwa,"kata perempuan itu. Rifqah akur dengan arahan perempuan tersebut.

TELEFON milik Rifqah berbunyi banyak kali menyebabkan Rifqah bangun dari katilnya dan mengambil telefon pintarnya. Alangkah terkejutnya dia menerima banyak komen dari sebuah gambar yang disebarkan oleh seseorang yang tidak dikenali.

@phoenix_dark

Seorang wanita yang bergelar isteri orang keluar dengan CEO muda?

Rifqah menahan geram dengan gambar yang disebarkan. Gambarnya bersama Raiden menjadi perbualan orang. Dia membaca komen di bawah.

@daisyzahra_
Perempuan murahan. Ni mesti nak cari lelaki yang berharta kan?

@queenlovely
Oh my perempuan macam ni pun ada lagi ke? Eeee kesian suami dia kan?

@_littlemochi_
Dasar mata duitan! Tak tahu nak hargai suami sendiri ke?

@rosiesweety._
Kalau aku dapat jumpa perempuan ni, memang aku tarik tudung dia tu.

@nurul_ezryn
Perempuan macam ni memang dah takde maruah. Suami sendiri tak terjaga sibuk cari lelaki kaya.

Tiba-tiba Rifqah mendapat panggilan daripada Raiden. Dia pantas menjawab panggilan tersebut.

"Kau tahu tak gambar kita dah viral? Aku rasa aku tahu siapa yang buat ni!"kata Raiden yang tidak berpuas hati. Habis namanya akan tercalar.

"Kalau keluarga aku nampak benda ni, aku tak selamat Raiden,"kata Rifqah yang sudah berfikiran negatif.

"Kau bertenang dulu aku akan minta Yazid uruskan semua ni. Tapi masa gambar tu diambil personal assistant aku ada cuma dia pergi ke tandas!"ujar Raiden.

"Aku rasa ini kerja orang upahan Adwa. Aku dah bagi amaran takkan tak sedar lagi kot?"Rifqah mendengar Raiden melepaskan keluhan.

"Ini kalau aku tanya Adwa memang dia takkan mengaku. Dia kuat berlakon,"balas Rifqah.

"Tak payah tanya dia. Memang sampai mati dia takkan mengaku. Sekarang ni aku akan suruh Yazid siasat dan cari siapa penyebar gambar ni,"kata Raiden lagi. Panggilan terus dimatikan.

"Buat lagi perangai kan? Tengoklah orang pun menyampah sampai sebarkan gambar awak dan Raiden,"kata Adwa yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik isterinya.

"Eh aku ni tak pernah lagi nak sebarkan gambar takut jatuh fitnah. Memang orang jenis macam ni tak nak dengar penjelasan orang ke?"soal Rifqah.

"Buat apa nak dengar dah saya nampak gambar awak dan Raiden tu sedang bermesra. Huh ada orang bagi kat saya dah tentu saya akan rasa nak marah,"jawab Adwa.

"Marah untuk apa? Kau takde hak nak marah sebab aku tahu aku tak bersalah dalam hal ni! Habis nanti orang pandang serong kat aku. Inilah manusia ada juga yang dengki ya?"Ayat Rifqah berbaur sindiran.

"Lain kali kalau dah ada suami, buat cara macam dah ada suami. Nampak sangat awak ni terdesak kan?"Adwa menyindir isterinya semula.

"Kasihan kau kan terdesak sangat dulu sampai cari perempuan lain lepas putus dengan aku? Perempuan tu memang cantik tapi jadi tak cantik sebab dapat lelaki seperti kau!"kata Rifqah dan Adwa tersentak.

"Terasa ke? Oh maaflah dah memang kenyataan kan? Siapa yang rasa cili, dia yang rasa pedasnya,"kata Rifqah lalu senyuman sinis diberikan.

"Ini balasan untuk isteri jahat macam awak,"balas Adwa.

"Jahat? Aku atau kau yang jahat? Kau tu suami tak guna. Suami pengecut,"kata Rifqah pula. Adwa seakan tercabar dengan kata-kata isterinya.

"Jangan pernah nak pukul perempuan. Kemarahan kau tu tak dapat apa pun,"ujar Rifqah. Adwa menghampiri Rifqah dan Rifqah mengundurkan diri ke belakang.

Adwa ingin mencengkam leher Rifqah namun sempat dihalang oleh Arsyad.

"Abang Adwa!"Arsyad menepis kasar tangan Adwa.

"Abang gila ke apa nak bunuh isteri sendiri ke?"kata Arsyad dan Adwa memandang ke arah isterinya dengan rasa tidak puas hati.

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"










You are reading the story above: TeenFic.Net