𝐑𝐚𝐢𝐝𝐞𝐧𝐑𝐢𝐟𝐪𝐚𝐡 𝟏𝟎

Background color
Font
Font size
Line height

"SAYA tak habis cakap lagi Rifqah. Apa maksud awak sebenarnya? Awak tu memang tak suka dengan mama saya kan?"tanya Adwa yang mengikut Rifqah masuk ke dalam bilik.

"Kalau aku tak suka pun apa masalahnya? Aku ni takdelah teruk sangat sampai tak hormat mak kau. Tapi sikap mak kau tu buat aku hilang hormat terhadap dia,"ujar Rifqah.

"Eh mama saya tu baik takkan dia nak buat jahat kat menantu dia?"ujar Adwa yang cuba membela Datin Laila.

"Baik? Huh kau ni pandai ke tak nak nilai orang? Orang terdekat pun boleh hancurkan hidup kita,"jawab Rifqah.

"Takkan mama saya nak hancurkan perkahwinan kita?"balas Adwa.

"Oh maaf 'kita'? Kau je yang nak kahwin dengan aku bukan aku. Aku kahwin dengan kau bukan sebab cinta tapi dendam!"ucap Rifqah.

"Rela jatuhkan suami sendiri atas sebab dendam? Kenapa awak boleh berubah sampai macam ni? Dulu sendiri kata saya ni milik awak seorang je. Mana pergi semua tu?"ucap Adwa pula yang mengungkit kisah lama mereka.

"Semua tu dah takde sejak kau anggap aku ni curang dengan kau. Takde lagi cinta untuk kau. Kau khianat cinta suci aku!"kata Rifqah lagi yang menolak kasar badan suaminya.

"Kau dan aku tidak sepatutnya bersama,"kata Rifqah yang berpaling ke arah lain. Apabila dia memandang wajah suaminya, perasaan benci sering muncul dalam dirinya.

"Apa yang awak dapat bila berjaya jatuhkan saya? Tell me Rifqah!"balas Adwa.

"Aku rasa berpuas hati. Bila rancangan aku dah berjaya, aku akan minta kau ceraikan aku,"kata Rifqah lalu tersenyum jahat. Adwa tidak menyangka kata-kata isterinya itu amat memeritkan.

"Kau tak perlu rasa tersakiti. Aku ni kenal kau macam mana. Kasihan kan crush kau yang dulu dapat lelaki macam kau,"kata Rifqah yang mengejek suaminya.

"Tak perlu sebut pasal dia. You're my wife so please respect me!"ujar Adwa. Rifqah ketawa sinis.

"Jangan nak ajar aku erti hormat tu apa. Kalau kau sendiri anggap aku ni perempuan murah, kau fikir aku akan hormat dan sanjung kau?"kata Rifqah.

"Kau ni seorang lelaki yang penuh dengan rahsia. Semua rahsia kau ada dengan aku. Tinggal nak bocorkan je. Pengecut kan mana ada buat salah,"kata Rifqah.

"Diam! Jangan berani nak pecahkan rahsia saya!"kata Adwa.

"Asal nak takut? Aku baru cakap sikit kau dah gelabah. Benda boleh relax,"kata Rifqah. Reaksi Adwa sudah berubah dan dia mulai ketakutan.

"Aku ni susah nak benci orang sekali aku dah benci, memang aku takkan maafkan kau. Kau tunggu Adwa semua ni akan terbongkar juga!"ujar Rifqah.

"Kau...keluar dari bilik aku! Aku tak nak tengok muka kau. Keluar sebelum aku hilang kawalan,"kata Rifqah lalu menolak kasar badan Adwa keluar dari biliknya. Pintu dihempas kuat.

"Ingat aku ni tak boleh nak balas balik apa kau buat Rifqah? Jangan ingat aku ni lemah,"kata Adwa perlahan. Dia pantas berjalan menuju ke arah bilik tidurnya. Apa yang terjadi antara mereka bagaikan ada angin yang berlalu. Semua terjadi dalam sekelip mata.

RIFQAH berjalan tanpa memandang kiri dan kanan tanpa sedar ada kereta yang sedang memandu laju ke arahnya. Raiden yang kebetulan lalu di situ terus berlari menarik Rifqah dan tanpa sengaja Rifqah terpegang tangan Raiden.

Raiden terkejut dengan tindakan sahabat baiknya. Rifqah pantas melepaskan tangan Raiden. Kau buat apa ni Rifqah!

"Tak guna betul kereta tu. Ingat ni jalan bapak dia ke?"kata Raiden.

"Kau ada cedera tak? Nak aku bawa pergi klinik?"tanya Raiden. Jelas sekali kebimbangan terpancar di wajah Raiden.

"Tak...aku minta maaf sebab ters
ntuh tangan kau aku terkejut tadi aku tak sedar ada kereta nak langgar aku,"kata Rifqah.

"Itulah kau cuai sangat. Kereta yang nak langgar kau tu kereta orang suruhan ibu mentua kau. Selagi ibu mentua kau tak dapat balas dendam, selagi tu dia akan cuba hancurkan hidup kau,"ujar Raiden.

"Aku pun pelik Adwa masih nak bela mak dia tu. Aku hampir kena langgar kot tadi,"kata Rifqah.

"Tapi kan...kalau kau nak sentuh tangan aku pun kahwin dengan aku dulu. Gelojoh sangat kau ni,"kata Raiden selamba. Lidah Rifqah terasa kelu. Apa yang Raiden mengarut ni?

"Aku bini orang kau ingat aku terdesak sangat ke?"tanya Rifqah.

"Mungkin boleh jadi bini sementara,"kata Raiden. Rifqah mengerutkan dahinya.

"Tak payah nak kerut dahi tu. Macam aku tak tahu sebab kau kahwin dengan Adwa,"kata Raiden. Tekaan Raiden sentiasa tepat!

"Halah aku saja nak uji kau,"balas Rifqah. Raiden tersenyum mendengar jawapan Rifqah itu. Raiden terpandang ke arah air kotak di beg galas Rifqah.

"Ini air kau kan?"tanya Raiden yang memegang air kotak berperisa anggur itu. Tanpa sempat Rifqah menyempurnakan kata-katanya, Raiden sudah memegang air kotak tersebut.

"Aku punyalah,"jawab Rifqah yang sedikit tercengang dengan soalan Raiden.

"Bagi aku air ni kau beli baru. Bye!"ujar Raiden yang terus melangkah pergi meninggalkan Rifqah.

"Hoi! Aku belum minum lagi..."Sekali lagi kata-kata Rifqah terputus dan Raiden sudah pun jauh meninggalkannya.

Dahi Rifqah berkerut, pelik dengan sikap Raiden itu. Kepalanya digeleng perlahan dan dia kembali fokus untuk menuju ke butik Nurin.

Belum sempat Rifqah memulakan kerjanya, dia terus disergah oleh Hanis. Ish Hanis ni nasib aku takde sakit jantung kalau tidak dah masuk hospital!

"Lambat kau masuk keluar dengan Raiden ke?"soal Hanis sambil menyiku tangan Rifqah. Eh minah ni pakai spy ke?

"Aku terserempak je takde makna nak keluar. Dia pun sibuk dengan kerja dia,"ujar Rifqah.

"Eleh kau ni memang tak nak mengaku ke?"tanya Hanis lagi.

"Aku malas nak layan kau sekarang ni baik aku buat kerja sebelum kak Nurin mengamuk,"ujar Rifqah yang mula mengambil penyapu untuk membersihkan butik.

Hanis menayangkan muka menyampah. Dia juga memulakan kerjanya sebelum pelanggan datang ke butik Nurin.

KAFE milik Adwa tidak begitu sibuk kerana tidak ramai pelanggan datang. Hanya ada beberapa orang sahaja yang datang ke kafenya. Adwa sedang sibuk menyusun kek cawan yang baru disiapkan.

Tiba-tiba ada seorang wanita muda yang sedang diragut oleh seorang lelaki di hadapan kafe Adwa. Adwa yang tersedar akan kejadian tersebut terus berlari keluar untuk menyelamatkan wanita itu.

Adwa ingin menumbuk wajah lelaki tersebut namun lelaki itu pantas melepaskan beg milik wanita itu dan dia melarikan diri.

Wajah wanita itu direnung lama. Macam aku kenal dia ni, bisik hati Adwa.

"Aralyn?"tanya Adwa dan Aralyn memandang ke arah Adwa. Dia menelan air liurnya lalu mengambil beg tangannya yang terjatuh itu.

"Adwa?"kata Aralyn dan Adwa tersenyum nipis. Aralyn cuba mengawal perasaannya.

"Masih ingat saya? Saya fikir awak dah lupakan saya,"ucap Adwa. Aralyn menggelengkan kepalanya.

"Mana mungkin saya lupa dengan lelaki yang pernah suka saya,"balas Aralyn. Adwa melepaskan keluhan berat.

"Saya dah jadi suami Rifqah. Bekas kekasih saya dulu,"ujar Adwa.

"Oh saya tak kisah pasal tu semoga bahagia dengan dia,"jawab Aralyn tanpa ada senyuman di bibirnya.

Dia tak kisah? Dia memang takde perasaan kat aku? Banyak persoalan yang bermain di fikiran Adwa.

"Kita boleh jumpa lagi lepas ni?"soal Adwa ringkas.

"I don't know,"ujar Aralyn. Maafkan saya Adwa saya diupah oleh isteri awak sendiri, desis hati Aralyn. Dia terus melarikan diri dari Adwa.

Belum sempat Adwa membalas, Aralyn sudah pergi dari situ. Dia berharap dia akan bertemu semula dengan Aralyn.

"Semoga kita akan jumpa lagi,"ucap Adwa perlahan.

Lelaki yang meragut Aralyn tadi terus meminta duit dari Rifqah. Rifqah memberikan beberapa keping RM50 kepada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum dan terus pergi meninggalkan Rifqah.

Tanpa Adwa sedar, Rifqah memerhati dari jauh sambil tersenyum jahat.

"Rancangan aku berjaya. Semakin lama aku sakitkan kau, semakin mudah kau akan ceraikan aku Adwa,"kata Rifqah. Dia sempat memandang Adwa yang masuk ke dalam kafe.

Adwa terkejut apabila Rifqah sudah berada di rumah sambil bermain dengan telefon pintarnya.

"Awal balik? Selalunya balik lewat,"kata Adwa yang seakan ingin menyindir isterinya.

"Seronok jumpa ex crush? Aku patut bersyukur kau jumpa balik ex crush kau tu. Aku tak cemburu langsung. Kau je yang cemburu tengok aku dan Raiden,"balas Rifqah dengan muka tenang.

Adwa tergamam seketika. Macam mana Rifqah boleh tahu?

"Saya cemburu sebab awak tu isteri saya,"kata Adwa.

"Oh maksudnya kau masih ada rasa sayang kat aku?"soal Rifqah. Dia sempat meneguk air susu coklat itu.

"Kalau betul apa salahnya? Takkan awak masih tak nampak?"soal Adwa.

"Aku tak nampak cinta kau terhadap aku,"balas Rifqah lagi. Adwa menghela nafas berat.

"Sebab awak tu buta awak nampak muka Raiden je kan?"tanya Adwa lagi.

"Kenapa? Itu kena minta permission kau dulu ke?"soal Rifqah pula.

"Apa yang awak dapat buat semua ni? Nak tengok saya ni lemah ke? Jangan pernah ingat saya ni akan lupakan segala perbuatan awak,"balas Adwa lagi.

"Satisfaction. Plus your attidude can't hurt me,"jawab Rifqah dengan jujur. Rifqah ingin melangkah naik ke arah bilik namun Adwa memegang tangan isterinya.

"Apa ni?! Lepaskan tangan aku!"kata Rifqah yang cuba melepaskan tangannya dari dicengkam oleh Adwa.

"Saya takkan lepaskan awak kalau awak tak berhenti nak jatuhkan saya!"balas Adwa.

"Ah aku takkan sesekali termakan dengan kata-kata kau Adwa!"ujar Rifqah. Dia pantas melepaskan tangannya dan dia menampar pipi Adwa.

"Awak...tampar saya? Saya suami awak!"kata Adwa dan Rifqah tersenyum sinis.

"Berani kau tampar anak aku!"Tiba-tiba Datin Laila datang menampar menantunya. Rifqah memandang Datin Laila sambil memegang pipinya.

"Dah anak kau ni buat salah besar dengan aku. Langsung takde rasa nak minta maaf memang patut aku tampar dia walaupun dia suami aku,"ujar Rifqah.

"Habis kau tu takde buat salah dengan dia? Harap je ada ijazah tapi cakap memang tak pakai otak ke?"kata Datin Laila lagi.

"Habis kau ingat aku tak tahu apa motif kau suruh aku kahwin dengan anak kau ni? Kau siapa nak lawan aku?"kata Rifqah sambil menunding jari ke arah ibu mentuanya. Adwa pantas menurunkan tangan isterinya.

"Jaga percakapan awak Rifqah! Jangan nak tuduh mama saya macam tu! Ni mesti Raiden hasut awak kan?"balas Adwa. Datin Laila tersenyum sinis apabila Adwa sentiasa mencari salah Rifqah.

"Ini takde mengena dengan Raiden. Asal setiap kali nak gaduh kau perlu libatkan Raiden? Kau lupa Raiden tu tak pandang kau langsung sebab kau bukan level dia,"ucap Rifqah.

"Sedarlah diri tu murah ada lelaki lain. Aku mak dia aku tak pernah sakitkan dia. Kau ni memang takde belas kasihan kan?"kata Datin Laila.

"Diam mama! Iqa ni masih nak hormat mama kalau tidak Iqa bongkarkan perbuatan jahat mama tu,"kata Rifqah lagi.

"Aku...buat salah apa kat kau? Hey tolong hormat aku sebagai ibu mentua kau!"jawab Datin Laila lagi yang masih menafikan segala perbuatan jahatnya di hadapan Adwa.

"Asal mama takut? Adwa kan ada boleh bela mama. Eh mama ni pakai topeng ke? Depan Adwa pakai topeng baik belakang Adwa pakai topeng jahat? Macam tu?"bidas Rifqah dengan wajah tenang.

"Shut up Nur Rifqah. Enough!"kata Adwa. Suaranya sedikit kuat.

"You lost me. While I was fighting for not losing you. Lupa dulu aku yang backup kau bila orang cari pasal dengan kau?"kata Rifqah. Adwa terdiam.

"My mind is my weapon. Remember, don't talk about loyalty and I'm still here holding secrets from people who are throwing dirt on my name,"kata Rifqah.

"Jangan pernah ada niat nak jatuhkan Iqa. Mama ni nampak je baik tapi sayangnya penuh dengan muslihat,"kata Rifqah.

"Rahsia kau Adwa masih tersimpan rapi jangan risau aku takkan jatuhkan maruah kau macam mana kau jatuhkan maruah aku dulu. Hurm kasihan hidup nak cari perhatian je,"ujar Rifqah yang pura-pura menayangkan muka sedih di hadapan suaminya.

"Kau memang pendusta Adwa. Kau tak pernah nak mengaku salah kau. Aku tak pasti sampai bila kau nak bertahan dengan aku?"ujar Rifqah.

"Kau yang tinggalkan anak aku kau lupa ke? Kau memang cari lelaki yang kaya je. Nampak sangat mata duitan,"kata Datin Laila tanpa rasa bersalah.

"Huh memanglah Iqa tinggalkan dia kalau sikap dia tu buat Iqa sakit hati je,"kata Rifqah.

"Lebih baik mama balik nanti papa cari pula. Nasib papa dapat isteri jahat macam mama ni,"kata Rifqah.

"Habis awak tu tak jahat ke?"soal Adwa.

"Aku jahat pun ada sebab. Tanya diri kau apa yang kau buat pada aku dulu,"kata Rifqah lalu melangkah naik untuk masuk ke dalam bilik tidur.

"Eee mama menyampah dengan isteri Adwa tu. Dia memang kurang ajar dengan Adwa setiap hari?"tanya Datin Laila. Adwa mengangguk perlahan.

"Ergh dasar menantu tak sedar diri. Takpe Adwa boleh je cari mama kalau Adwa ada masalah,"balas Datin Laila. Dia meminta diri untuk pulang ke rumah.

"TUDUH bini keluar dengan aku kau tak nampak ada Yazid dan kak Maizatul ni? Diorang ni pekerja aku,"kata Raiden apabila Adwa menyerang dia secara tiba-tiba.

"Habis kau berkepit dengan isteri aku je macam takde perempuan lain kat dunia ni,"kata Adwa selamba. Raiden berdecit sinis.

"Dah dia nak jumpa aku. Aku bawa sekali Yazid dan kak Maizatul. Senang sikit kerja aku,"jawab Raiden dan kening Adwa terangkat.

"Senang kerja kau nak rampas Rifqah dari aku?"soal Adwa.

"Adwa boleh tak jangan asyik nak cari pasal dengan orang? Eh malu aku ada suami macam kau,"kata Rifqah.

"Dengar tak apa dia kata? Kau ni tuduh aku takde bukti yang kukuh. Jadi lelaki yang matang,"balas Raiden lagi.

"At least aku tak fake macam Rifqah ni,"kata Adwa dengan yakin. Rifqah cuba menahan ketawanya.

Dia yang fake bukannya aku, bisik hati Rifqah. Rifqah menyedut minumannya.

Raiden berdehem sebelum menyambung bicaranya.

"Bro at least aku tak hina dan tak tengking perempuan,"kata Raiden. Yazid bangga melihat majikannya itu.

"Aku tak nak malukan kau tapi boleh fikir sendiri apa salah kau kat Rifqah dulu? You're not my level dude,"kata Raiden lagi.

"Suatu hari nanti keluarga kau akan tahu perkara yang sebenar. Tunggu je Adwa,"ujar Raiden. Dia tidak mahu Rifqah terluka kerana Adwa.

"Saya tak habis lagi dengan awak Rifqah,"balas Adwa dan dia terus melangkah pergi dari situ.

"Macam tu je kau kalahkan Adwa si gila tu?"soal Yazid seakan tidak percaya.

"Well this is Muhammad Raiden. Aku tahu apa aku buat ni. Tenang je tak perlu gelabah,"jawab Raiden sambil menyilang kakinya.

"Boleh gila aku jadi isteri dia Raiden. Ni baru tiga bulan kahwin huh hanya mampu bersabar je,"kata Rifqah.

"Aku pun boleh gila tengok perangai Adwa tu. Baik tak payah jadi manusia. Jadi kucing lagi bagus,"balas Raiden. Terhambur ketawa Rifqah, Yazid dan Maizatul.

"Kucing pun tak macam dia. Tolonglah kau ni jangan random sangat,"kata Rifqah.

"Kalau aku tak random, siapa yang nak buat kau gembira? Aku je boleh buat kau gelak sampai sakit perut,"ujar Raiden.

"Ceh sweet talker! Kau suka siapa je Rifqah?"tanya Yazid selamba.

"Apa punya soalan tu?"tanya Rifqah pula. Yazid hanya tertawa kecil.

"Aku suka semua orang kecuali Adwa,"kata Rifqah.

"Oh habis kau tak suka aku ke?"soal Raiden.

"Suka. Suka sebagai seorang kawan baik,"ucap Rifqah sambil tersengih.

Adeh sekali lagi kena friendzone ! Bertabahlah Raiden!

Bersambung...

"YOU OWN MY LOVE AND LOYALTY"












You are reading the story above: TeenFic.Net