π‘ƒπ‘Žπ‘Ÿπ‘‘ 17🍁

Background color
Font
Font size
Line height

- π‘π‘Ÿπ‘œπ‘šπ‘–π‘ π‘’π‘  π‘Žπ‘Ÿπ‘’ π‘‘β„Žπ‘’ 𝑠𝑀𝑒𝑒𝑑𝑒𝑠𝑑 𝑙𝑖𝑒𝑠 -
.
.
.
.

Laju kaki melangkah sambil mulut tidak henti terkumat - kamit membebel pada diri sendiri. Sudah tahu diri tu lambat, makin dibuatnya jadi lebih lambat.

"Tu lah kau Tiha! Tahu dah yang kau kena masuk kerja sekarang. Tapi sibuk juga nak beli kuih pandan ni! Kan dah mendapat, free - free jer kena beratur panjang!" Bebel dia pada dirinya tidak henti.

Tangan utuh memegang beg plastik berisikan kuih pandan. Dia kempunan nak makan kuih pandan tu yang bila nampak jer kuih itu dijual terus dia mahu membelinya.

Sampai terlupa yang dia perlu masuk kerja sedikit awal hari ni. Nasib sahaja Uwais tidak mengetahui tentang dia yang keluar pejabat selepas lelaki itu beredar ke tempat yang perlu dia tujui.

Terlupa pula Fatihah mahu bertanya ke mana Uwais mahu pergi. Ah, tak mengapa lah itu bukan urusan dia.. Yang penting sekarang dia perlu cepat sampai ke office sebelum boss dia yang sampai dulu.

Naya pak abu jer kalau dia sampai lambat sebelum boss nya itu. Mahu di tazkhirah Fatihah 3 tahun! Itu tak apa lagi, kalau di pecatnya. Bagaimana?! Mahu tercekik meggi dia buatnya.

Sekali tu, Fatihah belikan lebih kuih tersebut. Boleh lah dia bagi pada Mirah dan staff - staff yang lain, ehem.. Termasuklah si pujaan hati dia Tuan Uwais!

Bila teringatkan wajah kacak boss sendiri terus Fatihah senyum - senyum malu. Dia sangat happy kerana Uwais sudi untuk ambil dan hantar dia pulang dalam masa 2 hari ini.

Lepas Qaseh sihat, adakah Uwais tidak akan mengambil dan menghantar dia pulang lagi? Fikirkan itu membuatkan senyuman Fatihah pudar bergantu muncung yang panjang.

Akibat dari berjalan tanpa memandang kedepan Fatihah tidak sengaja terlanggar seorang gadis yang tinggi lampai yang cantik.

"Aduh!" Desis Fatihah dan gadis itu. Membulat terus mata Fatihah selepas menyedari dirinya telah pun melanggar orang!

Apa yang kau buat ni Tiha?!..

Dia terus meminta maaf berkali - kali dengan kepala yang ditundukkan sebelum di angkat memanah tepat ke wajah gadis itu.

Alangkah terpegun nya Fatihah tatkala matanya di jamukan dengan wajah yang cantik bak bidadari.

Alis yang terbentuk.

Bulu mata panjang yang lentik.

Mata yang berwarna coklat keperang - perangan.

Dan.. Ya, bibir nya. Bibir mugil yang merah dan cantik. Sekali pandang pasti semua jejaka akan jatuh cinta padanya.

"Beautiful" Tanpa Fatihah sedar perkataan itu terluncur keluar sendiri dari bibirnya. Gadis itu terkedu sebelum dia ketawa kecil.

Tangan dilambai - lambaikan dihadapan mata Fatihah yang masih khusyuk menatap dirinya. Sebelum dia memetik jarinya kuat dihadapan Fatihah.

"Hello! Miss!" Panggil gadis cantik itu. Terus Fatihah tersedar dari lamunan nya. Dia menatap gadis itu malu.

Kenapa lah kau tenung anak dara orang macam tu?!..

"C-cik, saya minta maaf yer? Saya tak sengaja terlanggar Cik. Cik tak apa - apakan?" Kata Fatihah. Gadis itu hanya senyum kecil sahaja.

"Nope, I tak apa - apa. Cuma, I nak pesan pada you kalau berjalan tu silalah pandang kehadapan. Well takut - takut kalau you sendiri yang dapat sakit akibat dari kecuaian you" Kata Diandra pada Fatihah.

Fatihah senyum kekok. Betul lah tu apa yang gadis cantik ini katakan. Fatihah ni memang cuai pun!

"Baiklah saya akan ingat pesanan Cik. Ouh yer, nah!" Fatihah menghulurkan kuih sebungkus kecil kuih padan itu pada Diandra.

"Cik, ambil lah ni. Sebagai tanda saya minta maaf pada Cik.." Ujar Fatihah lembut dengan senyuman dibibir.

Diandra menggeleng.

"No it's oky.." Tolak Diandra dengan senyuman hambar. Dia tidak makan kuih - kuih tepi jalan ni. Kotor!

"Takpe Cik, ambil lah. Saya ada banyak lagi ni. Ambil lah.." Paksa Fatihah masih lembut dengan nada suaranya.

Teragak - agak Diandra mahu mencapai plastik berisikan kuih pandan tersebut. Dia senyum nipis sahaja pada Fatihah.

"Um, sorry. I tak ada apa - apa yang boleh diberi pada you" Kata Diandra kekok sedikit.

Plastik kuih itupun dipegang pada hujung - hujung jari sahaja. Fatihah menggeleng laju.

"Eh, tak apa Cik! Saya tak nak balasan pun, saya bagi pada Cik sebagai tanda maaf jer" Balas Fatihah lalu Diandra mengangguk kecil.

Faham.

Lama Fatihah memandang Diandra sambil tersenyum sebelum mata dia membulat. OMG! Baru dia teringat dia perlu cepat sampai ke office!

"C-cik, saya.. S-saya dah lambat! Saya pergi dulu Cik. Semoga kita berjumpa lagi, Assalamualaikum" Kata Fatihah meminta untuk mengundur diri.

Belum sempat Diandra mahu membalas Fatihah telah berlari pecut terlebih dahulu. Diandra memandang pemergian Fatihah dengan satu pandangan yang tidak dapat di tafsir.

Plastik kuih pandan itu dipandang sekilas.

"Yer, semoga kita berjumpa lagi" Tutur Diandra perlahan sebelum mata kembali menatap ke arah laluan yang digunakan Fatihah.

***
Papan kekunci ditekan - tekan tanpa henti. Matanya naik turun - naik turun sehingga hampir - hampir sahaja juling kerana terlalu lama menghadap komputer tersebut.

Dia mencapai kopi hitam yang berada ditepinya lalu disisip sedikit. Fail dicapai kemudian dia melarikan anak mata pen pada kertas - kertas tersebut.

Sehingga dia tidak sedar akan kehadiran seseorang disitu. Jejaka tersebut meletakkan kedua belah tangan ke dalam poket seluarnya sambil bersandar sedikit di tepi pintu bilik kerja gadis itu.

"Khusyuk betul" Tegur jejaka itu. Laju Fatihah mengangkat wajah tatkala suara garau yang di mimpi - mimpikan menerjah ke gegendang telinga nya.

"T-tuan?" Jawab Fatihah sambil mata nya terbeliak melihat Uwais yang sudah bersandar ditepi pintu biliknya.

"Hi Fatihah! Jom lunch sekali" Ajak Uwais sambil kakinya melangkah masuk ke dalam bilik kerja PA nya itu. Dia melabuhkan punggung nya ke atas kerusi yang berhadapan dengan Fatihah.

Dia bertanggu dagu sambil mata nya tidak lepas dari memandang pemandangan indah didepan mata. Sungguh asyik.

Wajah Fatihah memucat sambil matanya tidak lepas menoleh ke kanan dan ke kiri.

"Tuan! Kenapa Tuan datang sini? Nanti kalau staff lain nampak macam mana?" Kata Fatihah separa berbisik. Terkejut dia!

Uwais ketawa kecil.

"Fatihah, jam sekarang dah pukul berapa?" Tanya Uwais sambil berpeluk tubuh. Fatihah laju menilik ke arah jam yang dipakai ditangan nya.

Pukul 12:30 baru. Sekali lagi Fatihah menilik ke arah jam nya lalu mata terbeliak besar. 12:30?!

Uwais yang berada dihadapan nya dia pandangan malu, sambil sengih kambing.

"Pukul berapa?" Tanya Uwais sekali lagi.

"Pukul, 12:30.." Jawab Fatihah lembik. Dah waktu lunch hour!

"Tahu pun, so sekarang waktu apa?" Tanya Uwais lagi sengaja mahu mengusik gadis kecil itu.

"Waktu lunch.. Hehe, sorry Tuan" Balas Fatihah dengan senyuman hambar sebelum dia garu kepala yang tidak gatal. Malu nyer!!

Uwais angguk.

"So, tunggu apa lagi? jom lah kita pergi lunch" Ajak Uwais sekali lagi.

"T-tak apa lah Tuan. Saya tak rasa lapar pun, Tuan pergi lah makan.." Tolak Fatihah. Uwais merenung gadis itu datar.

Dia bangun dari duduknya sambil mata langsung tidak lepas dari menatap Fatihah. Fatihah pula sudah kecut perut.

Alamak, asal boss pandang aku macam tu? Aku salah cakap ker?..

"Kerja, kerja juga Fatihah. Tapi time makan awak tetap kena makan. Jadi sekarang jom kita pergi makan" Kata Uwais mendatar. Entah kenapa dia tidak suka apabila Fatihah menolak ajakan nya.

Fatihah menggeleng laju.

"Takpe Tuan! Saya tak lapar pun, betul.. Saya diet, hehe Tuan makan lah yer?" Tolak Fatihah semula. Dia betul - betul tidak mahu menyusahkan Uwais.

Nanti Uwais pasti akan belanja dia. Itu yang dia tidak suka!

"Saya tak menerima penolakan. Saya tunggu awak di lobi Fatihah, awak tak turun saya jerit dari lobi tu. Kita tengok lah nanti, sama ada awak akan jadi perhatian semua atau tidak" Arah Uwais sambil mengugut PA nya itu.

Terbeliak mata Fatihah mendengar nya. Uwais ugut dia? Seriously? Wah... Ini salah disisi undang - undang!

Uwais yang sudah berlalu pergi itu ditatap nya sekejap sebelum dia laju - laju bangkit dari duduknya. Pantas tangan mengemas semua fail - tail kerja dan turn off computer.

Fatihah mencapai beg tangan nya lalu dia beredar dengan segera. Dia tidak mahu menjadi perhatian ramai akibat dari jeritan tarzan Tuan Uwais!

***
Jam ditangan dia kerling sedikit sebelum dia melepaskan keluhan buat kali yang ke- 100. Menyusahkan sungguh.

"Time aku bukan main lagi kau masam muka. Tapi bila time kau, takde pula aku nak masam - masam muka!" Rungut Zarif sambil berpeluk tubuh.

Seketika matanya tertangkap susuk tubuh seseorang yang dia kenali. Dia mengecilkan matanya untuk melihat gerangan tersebut.

Itu bukan ker Is?...

Zarif masih statik merenung rakannya itu dan seorang lagi perempuan bertudung disebelahnya.

Siapa pula perempuan tu? Takkan Dian kot..

Zarif mengerutkan kening nya. Uwais yang sedang mengoder makanan itu di pandang dari luar kedai.

Kemudian Zarif berpaling kebelakang bagi memerhatikan gerangan yang dia tunggu dari tadi. Mata nya menangkap susuk tubuh Lisa yang sedang mencari - cari disekeliling.

Mencari dirinya yang pasti.

Zarif sekali lagi berpaling menatap Uwais sebelum dia menatap Lisa yang masih tidak perasan akan dirinya. Berselang - seli dia menatap kedua makhluk itu. Salah! Tiga makhluk!

Laju dia melangkah ke arah Lisa. Lalu dia menghalang pemandangan gadis itu dari depan.

"Ha! Ini pun kau! Dah, jom! Aku lapar ni. Dah bergendang - gendang perut aku ni haa, dari tadi lagi" Ajak Lisa sebelum dia membuka langkah.

Namun laju di halang Zarif.

"Eh takpayah lah! Aku rasa macam taknak makan dekat sini pula. Apakata kita makan dekat tempat lain?" Ajak Zarif.

Dia tidak boleh membiarkan Lisa melihat adegan tak berapa nak sweet itu! Mahu terbalik meja dan kerusi yang berada di kedai makan tersebut sekiranya Lisa melihat adegan itu.

Lisa mengerutkan kening nya tanda tidak mengerti.

"Lah, apahal pulak?! Tadi kata nak makan dekat sini kan? Sekarang aku dah sampai kau boleh pula kata taknak makan dekat sini? Kau nak mampus dengan aku ker apa?" Datar Lisa berkata.

Kang elok makan nasi, tak pasal - pasal makan kaki dia kang! Zarif membuat muka malasnya. Menyampah sungguh mendengar butir bicara gadis dihadapan dia ini.

Kasar nak mati!

"Haish kau ni! Aku dah tengok kedai tu tadi. Ramai sangat orang, penuh! So kalau kita nak makan dekat situ pun kena tunggu lama. Baik kita cari kedai makan lain!" Tipu Zarif.

Tolong lah percaya..

Lisa terdiam seketika. Wajah Zarif dipandang seakan tidak percaya.

"Betul ker kau ni?" Sangsi Lisa. Zarif mengeluh kuat sebelum dia membalas laju dan tegas.

"Yer! Dah jom!" Balas Zarif seraya menarik tangan Lisa agar mengikuti dirinya. Mereka berjalan laju meninggalkan tempat itu.

Lisa masih terkebil - kebil manakala Zarif pula sudah mengucap syukur. Sempat dia melirik sekilas kearah Uwais yang sedang menyuap gadis bertudung itu.

Kau hutang satu penjelasan pada aku Is..








































































β€’1666 wordβ€’

Aigoo.. Zarif dah nampak, Lis dah nampak. Bila pula Diandra nak nampak eh?..


You are reading the story above: TeenFic.Net