•⊰ Prologue ⊱•

Background color
Font
Font size
Line height

Prologue

⛈️⛈️⛈️
Hujan turun tanpa henti.Suga berpeluk lutut ditepi dinding sambil wajahnya berpaling kearah jendela besar disebelah kanannya.Hujan kian lebat,diserta dentuman petir yang seakan tiada tanda mahu berhenti.Ruangan yang kian kelam dan mendung diendahkan.Dia tidak takut dengan situasi sebegini.Kerana hatinya sudah tawar.

Rumahnya kini kosong,sekosong hatinya.Tiada lagi gelakan riang si kecil,tiada lagi bebelan merdu sang isteri.Semuanya hancur,hancur sehancurnya bermula dari dua hari yang lepas.

Berita kematian isterinya,Min Yoora dan anak perempuannya berusia 5 tahun, Min Minji akibat nahas kebakaran di rumahnya buatkan dia rasa seolah olah kehilangan sebahagian dari nyawanya.

Tergiang giang teriakan Minji meminta tolong darinya.Kalaulah pada hari itu dia tidak ke pejabat atas urusan kerja,mungkin dia boleh menemani Minji dan Yoora.Sudahlah ketika itu Yoora sedang demam tenat di rumah.Ya,Yoora demam ketika itu dan badannya sangat lemah.

"Appa!!Appa!! Tolong Minji!!Appa!!Minji tak boleh bernafas!!Appa!!"

"Aku tak guna.Aku tak patut hidup.Kenapa aku hidup?Apa function tuhan ciptakan aku ?"Entah keberapa kali Suga menyebut perkataan itu.

Akibat diri terlalu letih dan penat kerana menangis dan termenung dua hari lamanya,dia tertidur di ruangan gelap itu.Dengan panorama dibelakanganya yang ditemani hujan dan petir.Kepala disembabkan di lutut manakala kedua tangannya memeluk kakinya.Panorama yang menyeramkan untuk sang lelaki itu.

Kalau penat,tidur posisi macam mana sekalipun tetap sedap.Maruah ego lelakinya dicalarkan dengan air matanya yang tidak habis habis menitik.

------💜-----

"Apa jadi ni?"

Suga meliar sekeliling.Kelihatan api marak dimerata tempat.Serta merta,dia teringat Minji dan Yoora.

"Yoora!!Minji!!"Tak kira akan api yang semakin mengganas,dia merempuh segalanya bagi mencari orang tersayang.

Setibanya dibilik dia dan Yoora,dia ternampak Yoora sedang mendukung Minji sambil menghadap balkoni.Suga terkejut.Kenapa mereka berdiri sahaja disitu dan tidak berganjak?

"Y..Yoora sayang?Minji?"

Yoora menoleh.Wajah wanitanya pucat sekali.Minji menyorokkan wajahnya dibahu Yoora.

"Oppa..."

"Yoora!"Suga terus memeluk Yoora erat walaupun Minji menjadi penghalang.Dia tersenyum gembira.Manakala Yoora,lagaknya biasa sahaja.

"Oppa bersyukur sangat sayang dah selamat.Jom,kita keluar dari sini."

Saat Suga menarik tangan Yoora,Yoora langsung tidak berganjak.Malah,hanya berdiri seperti patung Mannequin.Berkerut dahi Suga,disamping rasa gelabah.

"Yoora-ah?"

"Oppa,tinggalkan Yoora dan Minji."

Zzup!⚡

"Ap...apa Yoora cakap ni?"

Yoora tersenyum.Ya,senyum yang berjaya mencuri hati cool plus savage milik Suga.Sesungguhnya,dia takut senyuman itu hilang.Takut sangat.

"Jangka hayat Yoora dan Minji dah tamat dekat sini.Yoora kena pergi.Siapa Yoora nak halang takdir,oppa?"

Suga tersentak.Dia segera memegang bahu Yoora sambil kepalanya menggeleng laju."No!No...Yoora salah!Ni bukan takdir,ni just kemalangan!"

"Oppa..."

"Tak mungkin oppa nak tinggalkan sayang!Cepat,ikut oppa.Ni arahan suami."

"Habistu,arahan tuhan macam mana?"

Suga terdiam.Sentap.

Yoora senyum sambil mengusap pipi Suga yang gebu dan putih tu."Oppa,oppa tak boleh halang takdir tau.Jangka hayat oppa jauh lagi,pergilah cari cinta sejati oppa yang boleh bawa hingga syurga.Mungkin,cinta kita bersemi sampai sini sahaja.Oppa janganla sedih,oppa takde hak nak sedih.Oppa kena gembira.Kalau muka oppa macam ni,macam mana Yoora dengan Minji dan pergi dengan aman?"

Bibir diketap erat.Suga tidak dapat menahan tangisan.Mindanya bercelaru.Dia penat,dalam mindanya cuma nak Yoora dan Minji selamat dibawa keluar.

Bush!!🔥

Bilik itu mula dipenuhi api yang marak.Suga cemas.Dia memegang tangan Yoora,tapi entah kenapa tangan Yoora seolah olah halimunan.Tiada deria sentuhan terasa olehnya!

'Kenapa ni?Tadi elok je aku pegang badan Yoora.Kenapa...tiba tiba halus semacam ni?Macam angin....'Desis hati Suga.Otaknya bercelaru.

"Yoora,please jangan mainkan perasaan oppa!"

"Bye oppa."Sahut Yoora dengan manis sebelum api mulai marak dan semakin besar disebelah Yoora dan Minji.Yoora dan Minji mulai dimamah api yang besar.

"Yoora!!!Minji!!!"

Perlahan lahan,badan Yoora dan Minji terbakar dihadapan mata kucing Suga.Suga tergamam dan hanya mampu melopong.Dia cuba hampiri mereka tetapi api semakin merebak,seolah olah api itu mahu jauhkan dia dari keluarganya.

Saat itulah,Minji berpaling memandang Suga,appanya.Suga tersenyum gembira.Sekurang kurangnya,dia dapat lihat wajah Minji kali terakhir.

Tetapi,wajah Minji hanya kusam dan geram.Senyuman Suga kendur.

"Minji?"

"Jangan sebut nama aku.Kau tak layakla."Ujar Minji menyampah.

Prak!!💔

"M..Minji?"

Air mata Suga mengalir deras.Hatinya seolah olah disiat mendengar anaknya berkata begitu.Kenapa Minji cakap sebegitu pada dirinya?Apa salah dia?

"Tolongla Ya tuhan,cabut nyawa aku sekarang.Aku tak kuat hadapi benda ni semua."

Suga jatuh terlutut sebelum menangis hiba disitu.Tiba tiba,dia terdengar suara Minji meminta tolong.Suga tersentak.Walaupon Minji bersikap kurang ajar dengannya tadi,dia tiada masa berkecil hati.

"Appa!!Appa!!Tolong Minji!!Appa!!Minji tak boleh bernafas!!Appa!!"

Suga rempuh api yang sedang menyempitkan dia.Dia ternampak Yoora yang sudah terbaring rentung manakala Minji menangis teresak esak disebelah jasad Yoora.Suga hampiri Minji dan menyentuh bahunya.

"Min...Minji?"

Minji menoleh geram memandang appanya.Suga terdiam.Dia...dia tak faham dengan situasi yang berlaku.Dia betul betul tak faham.

"Kau,LAMBAT!!"Jerit Minji lantang.

Serta merta jeritan menyeringai Minji itu...

"Minji!!"Suga bangun dari mimpi buruknya.

Dadanya berombak kencang.Wajah Minji, mayat Yoora yang rentung,api yang seolah olah mengejek dirinya,semu itu sangat ngeri.Wajahnya berpeluh sebelum memandang keluar tingkap.

Dah malam.

Suga raup wajahnya."Tuhan,aku penat."Ujar Suga merayu.Dia menyambung rutin hariannya,menangis sambil berpeluk lutut.Walaupon penat,dia tidak tahan.Dia ketagih dengan tangisan dan stress.

"Suga-sshi..."

Suga mengangkat wajahnya perlahan lahan.Dia memandang kearah laluan dapur yang sepi.Ternampak Yoora sedang tersenyum kearahnya.Suga tergamam.

"Yoora?"

"Oppa penat?"

Suga hanya diam sambil tertunduk.Dia penat halusinasi.Dia memilih untuk abaikan Yoora.

"Oppa,oppa kena pandai uruskan minda oppa.Kalau tak dapat cari ketenangan kat rumah ni,cari ketenangan kat tempat lain."

Suga memandang Yoora.Ketika itu,Minji muncul sebalik Yoora dan menggenggam kain skirt milik Yoora.

"Minji!"Suga senyum.

Minji buat muka geram dan mencerlung tajam kearah Suga.Suga terdiam sebelum wajahnya pucat.Dia tak faham,setiap kali mimpi atau halusinasinya datang,wajah Minji seolah olah geram melihatnya.

"Berambus."Kata Minji kemarahan.

Suga memandang kearah lain.Dia taknak biarkan halusinasinya ni menguasai mindanya.Dia memilih untuk abaikan Yoora dan Minji.

"Kau tak faham ke?!Kau takde fungsi sebagai ayah dan ketua keluarga!Kau takde guna dalam rumah ni! Rumah ni dah rentung pon,sebab kau!Kau kesahkan kerja selain keluarga!Berambusla!!"Jerit Minji dengan amarah.

"Diam!!"Suga bangun dari duduk dan mula mencampak sofa kearah dapur.Saat itu juga,Minji dan Yoora lesap.

Yoora lesap dengan senyuman.Minji lesap dengan kemarahan.

Suga rauo rambutnya.Dia pecahkan cermin tingkap dan menyepak segala benda yang berhampirannya.

"Keluar!!Pergi!!Diamm!!!"Jerit Suga bagai histeria.

Apabila sudah penat,Suga terduduk ditepi dinding semula.Dia menangis dan meraung tanpa henti.Dia sakit hati,stress dan terasa nak bunuh diri je.Tapi dia masih waras,bunuh diri pon masuk neraka.Apa guna?

"Aku akan keluar dari rumah ni."

-----💜-----

TBC

How?Best tak?✨Kalau best sudi sudilah tekan bintang oren yang comel kat bawah tuh😊Kalau rajin,komen sekali.Insya Allah kita balas😉Thank you baca sampai part ni!Sorry panjang sangat😅

Saranghae!❤️Votemment!


You are reading the story above: TeenFic.Net