•⊰ 27 ⊱•

Background color
Font
Font size
Line height

Episod 27

"Suga!!!"

Bingit vila itu di waktu pagi apabila Jiyeon tiba tiba menjerit memanggil namanya.Suga menggosok gosok mata.

"Pahal minah ni?Terjerit pepagi buta.Tak sayang suara ke?"

Suga mencebik sebelum menyumbat earpod ke dalam telinganya.Kemudian,dia menyambung tidurnya yang tergendala tadi.Bibirnya mengukir senyum.

Sementara Jiyeon,sudah mulai hilang sabar memanggil Suga.Ikutkan hati,semua tenaga mahu dikerah demi memanggil si jejaka mayat hidup itu.Darah kian mendidih.

"Yah Suga paboya!!"

Terus kaki dilangkah kearah bilik Suga.Pintu ditendang kuat gadis itu.Terbeliak mata dia melihat Suga, sebelum memandang jam yang tergantung kemas di bilik itu.

Sudah menginjak pukul 12 tengah hari kut!Takkan tak bangun lagi,hoi!

"Suga!Bangunlah pabo anak may-"

"Ahh~"

"Erk."Jiyeon terkedu seketika melihat Suga diatas katil.Tangannya tergapai gapai manakala Suga menjilat bibirnya angresif sambil menutup mata.

Terfikir juga Jiyeon,apa yang dimimpikan Suga sehingga menjadi sebegitu rupa? Langkahan didekati kearah Suga sebelum bahu lelaki itu digoncangnya.

"Wey Suga,bangunla dah tengah hari dah ni."

"Sayang~"

Jiyeon rolling eyes. Mimpi Yoora lah tu.Ya Tuhan,mimpikan isteri sampai jilat jilat bibir lagi.Tak senonoh betul!

Tiba tiba,Jiyeon mendapat idea.Dia keluar dari jasadnya sebelum rohnya masuk kedalam mimpi Suga.

Automatik dalam masa kurang daripada 1 minit,Suga dah bangun dari tidur dalam keadaan berpeluh peluh.Pada masa itu juga,Jiyeon kembali semula ke jasadnya.

"Fuh~Dahsyat."Itu sahaja Suga mampu ungkapkan sambil mengibas baju T putih yang dipakainya.Takut sampai berpeluh peluh!

Jiyeon sekadar tersenyum sebaris."Sedap mimpi saya bagi tadi?"

Suga berpaling kearah Jiyeon dengan wajah berkerut,cuba memahami ayat Jiyeon.Jiyeon mencebik.Lambat pickup la si Suga ni.

"Tadi saya rasuk mimpi awak.Tulah,siapa suruh tak bangun tidur.Tengok jam,dah pukul 12 tahu!"

"Yahh!Kau ni takde kerja ke rasuk mimpi orang?! Kalau bagi mimpi indah takpelah juga,ni kau bagi mimpi aku hampir nak cium nenek kebayan!Kau dah kenapa,sial!"

Ambil kau,Suga dah mengamuk.Jiyeon mengetap bibir sambil memandang muka cemberut Suga tu.Dia bercekak pinggang.

"Kalau boleh,saya nak je bakar bilik awak ni tau?Baru ingat akhirat sikit!"

"Eii minah ni kan!Kau me-"

"Dah dah!Saya bukan kejutkan awak semata mata nak dengar awak membebel!"

"Dah tu?!Pah-"

"Meh sini!"

Jiyeon terus memegang lengan Suga sebelum menarik Suga keluar dari bilik itu.Suga mengetap bibir,marah apabila Jiyeon asyik mencantas ayatnya.

Setibanya di bilik Historial of Kim's, Jiyeon berhenti dan merentap kasar lengan Suga tadi.Suga sekadar mencebik.

"Awak nampak tu?Cepat bagitau saya,siapa buat?!"

Suga memandang kearah tempat yang ditunjukkan Jiyeon.Terkejut dia apabila terlihat potret Jiyeon yang koyak dan pecah akibat perbuatan dia dahulu.

"Siapa?!"

"Akulah,aku!"Akhirnya Suga menjawab.Mata Jiyeon terus bertukar merah.Suga memandang kosong wajah Jiyeon itu.

"Awak ni kan?!Tau tak potret tu berharga!Mahal tau tak?!Eii sesuka hati mak nenek awak je pecahkan!!"

"Ala rilek la...benda dah lepas jangan dikenang."Ujar Suga tenang.Jiyeon rolling eyes.

"Perbuatan memang dah lepas,tapi impaknya masih segar sampai bila bila."

Suga terdiam.Okay dia tahu dia salah.Macam mana dia mahu ganti potret mahal sebegitu?Sudahla potret itu dibuat dengan kemas dan rapi.Mana dia mahu dapat duit?Sekarang pun dia tidka bekerja,hanya bergantung pada duit simpanan.

Jiyeon mengeluh melihat Suga terkaku sebegitu,sebelum berlalu meninggalkan Suga.Dirinya menjamu mata melihat semua potret keluarganya.

Sampai di potret Puan Song dan Tuan Kim,dia terhenti.Tangannya mengusap potret itu dengan senyuman,sebelum mengalir air mata dari matanya.

"Mama...papa...Jiyeon rindu mama dengan papa."

Disudut pintu bilik itu,Suga kekal sebagai pemerhati.Dia juga rindu mendiang omma dan mendiang appanya.Dia faham,perit kehilangan orang tersayang macam mana.

Perlahan lahan,Jiyeon terduduk disitu.Tangan ditekup di muka sambil menangis tersedu sedu.Setiap titisan air jernih mengena lantai marmar di bilik itu lalu membuatkan Suga dihimpit rasa simpati.

Langkahan didekati kearah gadis itu.Tangannya mengusap lembut belakang badan Jiyeon.

"Hey,dahlah tu.Apa gunanya kau menangis?Benda dah jadi dah pun."

"Aku menyesal.Kalaulah Tuhan bagi aku peluang kedua,mesti aku boleh betulkan keadaan."

Suga melutut dihadapan Jiyeon yang terduduk itu.Dia memandang Jiyeon,sebelum perlahan lahan meleraikan tangan yang menutup wajah gadis itu.

Mata Jiyeon yang merah akibat air mata dipandang.Walaupun jasad itu bukan jasad miliknya,namun dia dapat rasakan,anak mata Jiyeon ada disebalik mata Kim So-hyun.

Tangan ditekap di kedua pipi gadis itu,buatkan Jiyeon terkedu.Kedengaran dia tersedu halus.

"Aku tau,kau mesti menyesal sebab perbuatan kau dulu.Tuhan dah bagi kau peluang kedua dah.Tengok,kau masih mampu hidup sampai sekarang.Masih mampu betulkan keadaan.Aku ada ni,kalau kau sudi,kau luah je dekat aku.Aku dengar."

Buat seketika,Jiyeon terasa seperti dihargai.Matanya dan mata Suga saling berlawanan.Jelas nampak derita dan keikhlasan di mata sang lelaki itu.

Agaknya,apalah bebanan berat yang ditanggung lelaki itu?

-----💜-----

"Suga,macam mana kau sekarang?Dah okay?"

Jin mempamerkan senyuman kepada Suga.Suga menarik nafas panjang sebelum memandang kearah lain.

Setiap hujung minggu,Jin akan datang ke vila Suga untuk memeriksa kesihatan mentalnya.Pada awalnya,dia agak agresif.Namun,nasib baik Jin seorang kawan yang prihatin.

"Okay je.Aku dah tak mimpi buruk pasal Minji dan Yoora dah."

"Baguslah tu.Ada peningkatan."Jin memandang sejenak ke ruangan dalam vila."Perempuan tu mana?"

"Siapa?Jiyeon?"

"Oh haah.Jiyeon.Lupa nama dia."

Suga sekadar mengangkat bahu."Entah.Mungkin keluar mencari darah."

Jin mengangguk.Dipandang wajah Suga yang tenang itu.Kalau bukan agresif,tenang sajalah riaknya.Personaliti yang membuatkan Jin suka melihatnya.

"Suga."

"Hurm?"

"Kau tau ke serba sedikit pasal hidup Jiyeon tu?"

"Macam aku cerita semalam lah.Dia jadi vampire sebab kerja teman lelaki dia."

Jin mengurut pelipisnya sambil mengangguk."Siapa teman lelaki dia tu?Kau tau?"

Suga terdiam seketika.Imbasan kertas lama yang diberikan pada Jiyeon haritu bermain di kotak fikirannya.

"Ada aku jumpa satu kertas lama ni.Dulu,Jiyeon tinggalkan keluarganya sebab ikut teman lelaki dia.Tak silap aku,nama dia Jimin."

"Jimin?"

Automatik Jin terkenang zaman persekolahannya,dimana dia pernah berkawan dengan seorang lelaki bernama Jimin.Park Jimin.Lelaki itu sangat pandai dalam bidang sains,banyak Jin belajar dari dia.

"Nama penuh?"

"Entah."

"Haih kau ni.Susahla.Kalau Park Jimin kan,senang kerja Namjoon."

Suga menjongket kening sebelah.Apa yang kena mengena Park Jimin dengan Namjoon?

Melihat wajah Suga yang seperti tidak tahu apa yang berlaku,Jin mengeluh.Berapa lama agaknya Suga tidak melihat berita?Banyak layan TV tapi tengok benda lain.

"Kau tak tau ke?Park Jimin sekarang ni diburu polis.Dia dah jadi sasaran polis sebab banyak lakukan jenayah.Dah lama dia start jenayah since keluar universiti."

"Bwoya?Jimin?Tak mungkinla..."

"Pada mulanya aku memang tak percaya.Tapi, banyak bukti wey. Cuma tulah,sampai sekarang Jimin tidak dijumpai diorang."

Suga mulai hairan dengan sikap Jimin yang tiba tiba sahaja berubah.Mana perginya Jimin yang ceria dan innocent dahulu?

-----💜-----

TBC

Done for this day! Don't forget votemment ya?Goodbye~✨
.

.
.
.
.


You are reading the story above: TeenFic.Net