Prolog 2

Background color
Font
Font size
Line height

⚠️Amaran⚠️ Bab ini mengandungi aksi keganasan yang memerlukan pemantauan. BUKAN AKSI SEKSUAL! TAPI AKSI KEGANASAN DAN KEKEJAMAN

HARAP MAKLUM!‼️‼️‼️

****

Tuah, Bang Lan dan juga Maknya iaitu Puan Hajijah kini berada dihadapan sebuah rumah agam. Rumah ini dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang berbadan tegap dan juga berpakaiannya serba hitam.

Tuah menarik tangan abangnya kerana agak gerun melihat muka-muka mereka yang ada disitu. Ada yang bertatu, ada yang berparut dimuka. Masing-masing membuat Tuah agak gerun. Wajah tampa reaksi. Serius dan bengis.

Leo memandang Tuah yang seakan takut itu. Terbit rasa kasihan tapi itulah takdir hidup. Nanti Tuah akan terbiasa juga dengan suasana ini.

"Jom." Ucap Leo lalu Berjalan menaiki tangga untuk ke pintu. Dia menolak pintu utama seluas-luasnya. Dia kembali Memalingkan dirinya ke arah mereka bertiga itu.

"Masuk." Ucap Leo.

Tuah yang baru saja ingin masuk itu ditahan oleh Bang Lan. Lantas dia memandang ke arah abangnya itu. Bang Lan memberi Isyarat mata untuk Tuah bersabar.

Bang Lan kembali memandang Leo. "Kami tak akan masuk selagi kau tak beritahu kami apa yang jadi sebenarnya. Siapa kauorang semua?" Ucap Bang Lan Tegas.

Leo menghelakan nafas pendek sebelum memandang ke arah Bang Lan semula.

"Kau orang masuk jumpa Boss aku diruang tamu. Disana dia akan explain pada kau orang semua apa yang berlaku. Sudah cepat-cepat jangan buang masa." Ucap Leo.

Bang Lan hang masih ragu-ragu itu terpaksa melangkah masuk ke dalam rumah dengan memeluk ibunya dan memegang erat adiknya itu.

Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah dan mengekori Leo hingga ke arah ruang Tamu. Setibanya mereka disitu terlihat seorang lelaki berbangsa Cina sedang duduk sambil menghadap mereka.

Maknya terus melepaskan diri daripada pelukan anaknya.

"Tuan Huan." Ucap Maknya terkejut.

Tuan Huan menganggukkan kepalanya sekali. Maknya terkejut lalu memandang kedua-dua anaknya itu. Bang Lan dan Tuah kehairanan memandang Maknya yang mengenali lelaki cina itu.

"Mak kenal?"

"Ye. Ini boss lama bapak kamu. Tapi..."

"Duduk dulu Puan Hajijah. Duduk dulu." Ucap Tuan Huan yang fasih berbahasa Malaysia tanpa pelat itu.

Tuah dan Bang Lan memandang Maknya yang menganggukkan kepalanya itu. Mahu tak mahu mereka berdua ikutkan saja. Mereka bertiga terus duduk berjalan ke arah sofa yang ada didepan mereka.

Tuan Huan memandang ke arah Leo dan mengarahkan Leo untuk berbuat sesuatu. Leo yang faham itu terus membuka tv dan menyucuk pendrive pada televisyen.

"Puan Hajijah. Saya ada sesuatu yang hendak ditunjukkan pada Puan dan saya harap puan bersabar dan kawal emosi Puan." Ucap Tuan Huan pada Puan Hajijah.

Tuah memandang Maknya. Wajahnya maknya tanpa berkerut seperti kebingungan dengan kata-kata Tuan Huan. Bang Lan memegang tangan Maknya untuk menyalurkan kekuatan.

"Tengok itu." Ucap Tuah Huan lalu mata mereka semua memandang skrin tv.

Membulat mata Tuah apabila melihat video yang disiarkan pada skrin tv itu. Serta merta kejadian ditanah lapang tadi mula tergambar dimatanya.

***Flashback ***

Dia mengayuh basikal sekuat hatinya. Bunyi hon kereta dan motosikal yang ada dibelakang langsung tidak dia hiraukan. Dia airmatanya mengalir deras membasahi pipinya. Dia nak selamatkan bapaknya saja.

Skret!!!!

"Arghh."

Kerana daya geseran yang tinggi menyebabkan Tuah tidak mampu mengawal pergerakan basikal membuat dia hilang keseimbangan dan terjatuh ke tanah.

Tuah merengis kesakitan. Tapi dia gagahkan diri untuk bangun.

"Tuah!"

Suara orang kampung yang memanggilnya dia abaikan. Dia kembali berdiri dan berlari selaju mungkin ke arah tanah lapang yang tidak jauh dari pandangan matanya itu.

Dari jauh dia lihat sebuah unggun api besar dengan api yang sangat marak.

"Bapak..." Ucap Tuah dalam tangisan. Terlihat ada sekumpulan orang kampung berada disitu dengan wajah yang cemas.

Kakinya mula perlahan melangkah apabila dia melihatnya bapaknya diseret seperti binatang ke ada hadapan beberapa orang lelaki.

"Tuah!"

"Lepas." Ucap Tuah apabila abang kamal dapat memeluknya supaya dia tak pergi dari situ.

"Tuah bahaya Tuah!! Tuah kena pergi!!" Ucap Kamal cemas dan kerisauan.

"Lepas!!! Tuah nak selamatkan bapak." Ucap Tuah kuat.

Kamal terus menekup mulut Tuah daripada terus berbunyi. Ini kalau penjahat-penjahat itu tahu kehadiran Tuah pasti mereka akan apa-apakan Tuah nanti.

"Kau peluk dan tekup saja mulut Tuah Kamal biarkan ditengok." Ucap Pak Jamal iaitu ketua kampung mereka.

"Tapi..."

"Buat saja Kamal biar dia tengok." Ucap Pak Jamal. Kamal mahu tak mahu terpaksa juga berbuat demikian.

"Nah Pak Jamal." Ucap seorang pemuda kampung sambil menyerahkan sepucuk pistol pada Pak Jamal. Pak Jamal mengambil. Sebagai langkah berjaga-jaga mereka terpaksa mengambil lesen senjata api ini. Itupun mereka kena berkerjasama dengan pihak polis kerana kumpulan penjahat ini juga menjadi buruan lihak polis.

"Wahai seluruh penduduk kampung. Korang tengoklah siapa dihadapan korang semua!!!!!" Ucap Seorang lelaki dengan kuat.

Semua orang kampung memandang Mustafa yang sudah tidak bermaya itu kerana habis disebelasah oleh penjahat-penjahat itu. Kalau mereka kau ingin saja mereka menolang Mustafa. Tapi apakan daya mereka?!

"Ini ada muka pengkhianatan! Muka pembelot!" Ucap Lelaki itu kuat. Semua penjahat-penjahat disitu tersenyum sinis.

"Kau orang mahu tahu apa salah anjing ini?" Tanya seorang laki lelaki berbangsa cina.

"DIA PERGI BERKOMPLOT DENGAN PIHAK POLIS UNTUK MENJATUHKAN KAMI . SEDANGKAN DIA BERKERJA DENGAN KAMI!!!!!" Ucap lelaki cina itu lalu memberi isyarat tangan pada seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum sinis.

Sebatang besi panas yang telah dibakar hujungnya pada unggun api itu diambil lalu ditekannya pada kaki Mustafa

"ARGHHHHHHHHHHHHH." Mustafa meraung sekuat hatinya. Ada juga suara orang kampung menjerit kerana ketakutan.

"Bapak!!!!!" Ucap Tuah yang cuba meraung itu tetapi sukar kerana mulutnya ditekup. Luluh hatinya memandang keadaan bapaknya yang seperti itu. Berlumuran darah dan juga lebam-lebam dimuka dengan baju yang koyak rabak.

"Ini amaran terakhir untuk SEMUA ORANG KAMPUNG SINI. TIDAK ADA SESIAPA YANG BOLEH KELUAR DARI KAMPUNG INI DAN TIDAK ADA SESIAPA YANG BOLEH JADI PENGKHIANATAN. KAUORANG SEMUA DIBAWAH KEKUASAAN AKU. KALAU AKU TAHU ADA YANG MEMBELOT!!! NASIB KAU AKAN SAMA MACAM PEMBELOT INI.!!!!!" Ucap Lelaki pertama.

Lelaki pertama itu terus mengambil besi panas yang ada disitu dan ditekannya pada dada Mustafa dan sekali lagi Mustafa meraung kesakitan..

Orang kampung yang menyaksikan itu turun meruang dan ada juga yang menangis melihat ke arah Mustafa yang sangat terok itu.

"Tapi aku rasa keadaan Mustafa seperti ini tidak akan membuatkan korang semua berdiam diri." Ucap lelaki itu lagi.

Dia tersenyum sinis pada semua orang kampung yang ada.

Dia mengangkat tangan kirinya separuh ke paras pinggangnya. Serta-merta beberapa orang lelaki menghampiri Mustafa dan mengangkatnya Mustafa yang jangan lemah longlai itu.

"Jangan!!!"

"Jangan!!!!"

"Jangan!!!"

"Jangan!!!"

Suara orang kampung mula kedengaran berteriak melarang Lelaki itu untuk berbuat sesuatu yang lebih jauh.

Lelaki itu tersenyum sinis pada semua.

"Dengar. Ini amaran terakhir kepada sesiapa saja yang terfikir hendak membelot! Sesiapa yang  terfikirkan nak membelot nasib kauorang akan sama macam nasib MUSATAFA?!!!!" Ucap Lelaki itu sambil menekankan nama Mustafa sebelum dia menurunkan tanganya ke bawah menyatu dengan paha.

Dan secara tiba-tiba lelaki-lelaki yang membawa Mustafa itu mengangguk Mustafa hingga ke unggun api sebelum dia menghumbankan Mustafa ke dalam unggu apa yang besar itu.

"Arghhhhh...."

"Jangan.."""""

Riuh-rendah kedengaran suara teriak orang kampung melihat kekejama yang berada dihadapannya mata mereka.

"Bapak...... Bapak!!!!!!! Bapak!!!!! Bapak!!!!! Lepas!!!!! Bapak!!!!!!" Tuah meronta-ronta seperti orang kema rasuk didalam pelukan Kamal. Sesekeli tekupan mulut Tuah terlepas.

Semua yang ada disitu sudah menangis semahu-mahunya menyaksikan kekejaman yang dilakukan oleh penjahat-penjahat itu.

****

"Abang!!!!!!!!!!!"

Raungan Maknya menyentak lamunan Tuah. Tuah terus memandang Maknya meronta-ronta didalam pelukan Bang Lan.

"Lan.... bapak kau Lan...... Bapak kau!!!!!!!!" Jerit Maknya sekuatnya hati dalam pelukan Bang Lan.

Bang Lan tidak dapat menahan tangisannya. Dia menarik kepala maknya untuk dibenankan ke dadanya. Dia memeluk erat ibunya yang meruang-ruang itu.

"Mak.... Dah..." Ucap Bang Lan memujuk Maknya yang berada dalam pelukan.

Tuah hanya mampu menyaksiakan saja keadaan maknya yang meronta-ronta dalam pelukan bangnya itu.

"Lepas!!!!!!! Lepas!!!!!! Arghhhhhhhhhhhh lepass!!!!!! Suami aku!!!!!! Suami aku!!!!!!!!;"

Tuah menutup telingannya. Perasaan jadi takut, gementar, cemas dan risau. Otaknya serabut. Telinganya mendengarnya suara-suara lain selain suara raungan maknya.

"Tolong buat sesuatu!!!!!!" Jerkah Bang Lan meminta tolong apabila maknya makin kuat meraung Seperti orang kena rasuk itu.

Lantas leo membukanya laci dan mengeluarkan first aid. Satu epidural diambil dan dia laju menuju ke arah bang lan dan Maknya.

"Ubat penenang jangan risau." Ucap Leo apabila Bang Lan menahan tangannya dari menyuntik maknya itu.

Agak sukar untuk Leo menyuntiknya. Setelah cecair itu berjaya dimasukkan. Dalam beberapa saat raungan maknya mula perlahan-lahan. Rontaan juga muka perlahan.

Tuan Huan memandang Tuah yang menekup Telinga itu. Dia terus berdiri lalu berjalan ke arah Tuah. Tuah hanya memandang Tuan Huan dengan tangannya masih menekup kedua belah telingannya.

Tuan Huan mencangkung sedikit dihadapan Tuah. Tangan Tuah yang melekat ditelinga dipegang seketika sebelum dia menarik tangan itu.

Tuah memandang kosong ke arah Tuan Huan. Tuan Huan mengusap kepala Tuah dan mencium dahi Tuah.

"Jaga keluarga kamu, lindungi mereka, tebus kembali maruah keluarga kamu yang sudah dipijak."


You are reading the story above: TeenFic.Net