Bab 9

Background color
Font
Font size
Line height

Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi penghawa dingin dan enjin kereta saja. Arsyakayla membuang pandangannya ke luar tingkap. Hatinya masih panas dan sakit apabila mengingatkan kehadiran Sofea tanpa di undang itu. Sakit betul hatinya melihat wajah sombong perempuan itu.

Berlagak macam tuan rumah!

Tuah memandang ke arah Arsyakayla yang mendiamkan diri dari tadi. Dia tahu Arsyakayla tengah panas hati sekarang sebab itu dia biarkan Arsyakayla melayan perasaannya terlebih dahulu. Kalau di tegur mahu mengamuk nanti habislah terbabas mereka.

Dia juga terkejut dengan kehadiran Sofea. Sofea merupakan seorang architect di London. Sudah hampir satu tahun mereka tidak berjumpa. Hanya berkomunikasi melalui panggilan video. Itupun dari MakSu Ainul.

Tak sangka Sofea akan datang pada waktu yang kurang tepat itu. Tapi itu sudah takdir. Semuanya kembali berjumpa tanpa dirancang. Semua berlaku secara tiba-tiba. Cuma dia tak mahu ada masalah baru lagi yang perlu dia fikirkan nanti.

Makik serabut hidupnya nanti.

"Dia Isteri kau?" Tanya Arsyakayla pada Tuah. Kesunyian mulai terganggu dengan soalan Arsyakayla. Tuah terkejut mendengar soalan itu. Lantas dia memikirkan kereta ditepi jalan. Macam manalah Arsyakayla boleh fikir Sofea itu isterinya.

Arsyakayla yang merasakan kereta tiba-tiba berhenti itu terus memandang ke arah Tuah. "Kenapa berhenti?" Tanya Arsyakayla dingin.

"Kenapa tanya soalan macam itu?" Tanya Tuah pada Arsyakayla dengan nada dingin juga.

Arsyakayla memalingkan badannya menghadap Tuah. "Eh salah ke aku tanya? Wajarlahkan aku tanya selepas apa yang jadi 3 tahun lepas. Logik kot soalan aku. Dia isteri kau?" Jawab Arsyakayla kasar dan emosi.

"Tak sekarang ini apa masalah kau tiba-tiba nak marah-marah aku? Kalau ye pun dia Isteri aku kenapa? Aku rasa tak ada kaitan dengan kau." Ucap Tuah agak kasar namun cuba ditahan. Tak mahu dia mudah-mudah saja untuk naik angin.

"Then jangan muncul dalam hidup aku kalau betul dia isteri kau. Sebab aku tak nak jadi perosak rumah tangga orang. Dan aku tak hingin nak tengok kebahagiaan manusia-manusia yang hancurkan hidup aku." Ujur Arsyakayla emosi dan berbaur sindiran itu.

Tuah diam. Sebesar itukah salah dia sampai Arsyakayla tidak manu memaafkan dia dan tidak mahu dia berada dalam hidup gadis itu? Kenapa gadis itu tidak pernah untuk mendengar penjelasan atau meminta penjelasan daripada langsung.

"Dia bukan Isteri aku." Jawab Tuah menyandarkan badannya pada kerusi.

"Girlfriend?" Teka Arsyakayla.

Tuah menghela nafas pendek lalu memandang Arsyakayla. "Kenapa nak tahu sangat siapa dia pada aku."

"Saja sebab nak tahu apa hasil selepas musnahkan hubungan orang?" Kata Arsyakayla pada Tuah lalu menyandarkan badannya ke kerusi juga dan menyilangkan tangannya.

"Dia tak salah. Semua yang berlaku ini salah faham Kayla." Kata Tuah cuba untuk memperbetulkan keadaan.

"Salah faham? Tuah Salah faham kau cakap? Aku sendiri yang tengok dengan mata kepala aku sendiri kau keluar daripada bilik itu. Itu kau cakap salah faham?" Ucap Arsyakayla tidak puas hati apabila Tuah seolah-olah memenangkan Sofea.

"Kau tak pernah minta penjelasan daripada aku dan kau tak pernah nak dengar apa yang aku cuba jelaskan."

"Jelaskan apa lagi Tuah? Jelaskan apa? Jelaskan apa yang aku tengok 3 tahun lepas itu salah faham? Betina itu tak salah? Semua berkalu secara tiba-tiba. Or kau nak cakap aku salah sebab terlalu cepat menghukum?" Tanya Arsyakayla emosi lagi.

Tauh yang terkejut perkataan ' beyina' yang keluar dari mulut Arsyakayla itu mulai terusik emosinya. "Watch your mouth Kayla. Dia ada nama. Yes memamg salah faham pun dan Sofea tak salah. Kau terlalu cepat menghukum." Kata Tuah dingin pada Arsyakayla. Nada suaranya naik senoktah membuat Arsyakayla terkejut.

"Kau menangkan perempuan yang dah hancur hubungan kita?" Tanya Arsyakayla tidak percaya. Matanga mulai berkaca menandakan ingin nangis. Dia terasa dengan sikap Tuah yang seolah-olah membela perempuan itu. Tuah naikkan suara hanya kerana dia gelar Sofea 'betina'.

Tuah memejamkan matanya lalu memalingkan mukanya kehadapan. Sedar bahawa dirinya terbawa emosi sampai tinggikan suara pada Arsyakayla. Tapi dia penat dengar Arsyakayla asyik berburuk sangka dengannya.

"Kayla aku..."

Ring!! Ring!!

Pertengkaran mereka terganggu oleh suara panggilan telefon masuk dari telefon Pintar Tuah. Tuah terus mengambil telefon lalu menjawab penggilan itu. Sempat dia melirik ke arah Arsyakayla. Jelas matanya melihat Arsyakayla mengusap air mata yang mengalir dipipi. Dia terkejut. Rasa serba salah menyelubungi dirinya.

Teruk sangat ke dia marah tadi? Rasanya dia daj sedaya upaya kawal emosinya.

"Hello Tan Sri?"

"Dekat sekitar perumahan Tan Sri."

"Baiklah kami datang sekarang."

Akhirnya Tuah meletakkan panggilan telefon. Dia kembali memandang Arsyakayla. Dia benar-benar serba salah sekarang dan tak sedap hati melihat perubahan wajah Arsyakayla itu.

"Kayla aku..."

"Don't talk to me. And don't call me by that name." Kata Arsyakayla lemah lalu menutup matanya lalu menyandarkan kepalanya ke tingkap kereta.

Tuah terus diam tidak bersuara. Dia memperbetulkan duduknya lalu dia mulai menurutkan pedal break lalu menekan pedal minyak. Nanti-nantilah dia cuba pujuk Arsyakayla lagi.

****

Inspektor Azlan berjalan keluar daripada rumah Tan Sri Aariz. Dia memandang sekeliling kawasan itu masih tidak menjumpai apa-apa tanda bahawa barang-barang itu milik Tan Sri Aariz. Mungkin dia perlu pergi jumpa Tuan Hanz untuk siasatan selanjutnya.

"So inspektor ada apa-apa lagi yang boleh kami bantu?" Tanya Tan Sri Aariz pada Inspektor Azlan yang membelakanginya itu. Halif disebelah Tan Sri Aariz memandang sinis pada Inspektor Azlan. Nampak wajah tidak puas hati terpancar daripada raut wajah Inspektor Azlan.

"Tak ada. Saya minta diri dulu." Kata Inspektor Azlan lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tan Sri Aariz.

Tan Sri Aariz menyambut huluran tangan itu. Inspektor Azlan tersenyum sinis lalu mendekatkan dirinya pada Tn Sri Aariz.

"Jangan suka sangat Tan Sri. Takut nanti rumah kata pergi kubur kata mari." Ucap Inspektor Azlan sinis pada Tan Sri Aariz. Cukup didengari oleh mereka berdua saja.

"Tak semua kerja jahat Tan sri terlepas daripada dakwaan mahkamah dan polis. Ingat kami bukan bodoh cuma kami ikut protokol. Jangan sampai kes pembunuh 16 tahun lepas dibuka semula." Sambung Inspektor Azlan lalu pergi meninggalkan Tempat itu tanpa pamit. Sempat dia lirik tajan ke arah Halif.

Halif berkerut dahi melihat Inspektor Azlan yang seperti mengatakan sesuatu pada Tan Sri Aariz itu. Pemergian Inspektor Azlan dihantar dengan pandangan mata.

"Kenapa Tan Sri?" Tanya Halif apabila menyedari perubahan pada raut wajah Tan Sri Aariz itu. Tan Sri Aariz menggelengkan kepalanya. Namun hatinya mulai gelisah apabila inspektor Azlan menyebut tentang kejadian 16 tahun lepas. Nampaknya inspektor Azlan mulai membongkar semua aktiviti-aktivitinya yang pihak polis pernah siasat sebelum ini.

"Aku masuk dulu." Ucap Tan Sri Aariz tanpa nada. Kakinya yang baru ingin melangkah dihalang oleh Halif. Membuatkan dia memandang ke arah Halif.

"Tuah datang." Kata Halif. Tan Sri Aariz terus memandang ke arah pintu gerbang masuk kawasan rumah itu.

"Polis? Kenapa ini?" Tanya Arsyakayla pelik dan mulai risau. Namun ada sedikit lega melihat daddynya dan Halif ada di depan pintu itu.

Tuah memandang serius ke arah kereta polis yang dipandu lawan arahnya dari sebelah kanan itu. Tuah memberhentikan kereta lalu membuka tingkap. Kereta polis itu juga berhenti disebelah kereta Tuah. Tingkap terbuka.

Pandangan mata mereka yang bertaut dahulu sebelum senyuman sinis inspektor Azlan dihadiahkan pada Tuah. "Long time no see you Tuah Akalil." Ucap Inspektor Azlan mesra

Tuah memandang tajam ke arah Inspektor Azlan. Dadanya turun naik. Nafasnya tidak teratur akibat menahan amarah yang mulai menyelubungi hatinya itu. Urat leher mulai timbul. Dia benci untuk berjumpa dengan lelaki itu. Lelaki yang dia anggap seorang manusia yang tak berguna dan sanggup membuang keluarga sendiri demi kepentingan diri sendiri.

Dialah Azlan Aqwa atau lebih dikenali sebagai Inspektor Azlan. Abang kepada Tuah Akalil.

"Aku pergi dulu. Assalamualaikum." Pamit Inspektor Azlan laku memandang kereta keluar daripada perkarangan rumah itu.

"Kau kenal?" Tanya Arsyakayla serius.

"Mustahil tak kenal." Jawah Tuah ringkas lalu memandang kereta hingga di tempat parkir kereta.

Arsyakayla diam. Tidak bertanya apa-apa lagi. Berhenti saja kereta Arsyakayla terus keluar dari kereta lalu berlari ke arah Tan Sri Aariz.

"Daddy." Panggil Arsyakayla risau sambil memeluk Tan Sri Aariz. Tan Sri Aariz menyambut pelukan Arsyakayla. Mujur anaknya tak sempat bertemu dengan inspektor Azlan. Kalau tidak habislah inspektor Azlan itu disoal siasat oleh Arsyakayla.

"Daddy okey ke? Apa jadi? Kenapa polis datang rumah kita?" Tanya Arsyakayla risau.

Tan Sri Aariz tersenyum kecil. "Masuk dulu nanti Daddy explain." Ajak Tan Sri Aariz.

"Hey sweety. Tak rindu saya ke?" Tegur Halif apabila melihat Arsyakayla tidak menegurnya lansung. Seperti tidak menghiraukan kewujudannya disini.

Arsyakayla melepaskan pegangan tangan Tan Sri Aariz lalu dia menuju ke arah Halif. "Mana boleh lupa my lovely brother ini." Ucap Arsyakayla lalu menepuk bahu Halif. Halif tersenyum lalu mencapai tangan Arsyakayla lalu diciumnya sekilas.

Tuah menahan hati melihat kelakuan Halif itu. Sewenang-wenangnya dia mencium tangan Arsyakayla. Kalau dia boleh memang dia tumbuk laki itu. Tapi dia tak ada hak nak menghalang. Terus dia memalingkan wajahnya ke tepi. Tidak mahu melihat adegan mesra Arsyakayla dengan Halif.

Sakit hatinya dengan sikap Arsyakayla. Dengan Halif boleh pula senyum lebar. Eh dengan dia pula jangan kata senyuman lebar muka dia pun Arsyakayla nak muntah tengok.

"Jom masuk." Kata Tan Sri Aariz pada mereka semua. Semua menganggukkan kepala. Halif terlebih dahulu menyusuli Tan Sri Aariz.

Arsyakayla yang baru saja ingin melangkahkan kaki itu terbantut apabila Tuah menahan tangan kanannya itu. Arsyakayla terus memalingkan wajahnya pada Tuah. Tuah memandang serius pada Arsyakayla. Tangan kanannya menyeluk pada poket seluarnya.

Sapu tangan dikeluarkan daripada poket lalu diletakkannya pada tangan Arsyakayla.

"Lap tangan kau. Aku tak suka hak aku disentuh sesiapa." Arah Tuah pada Arsyakayla lalu dia pergi masuk ke dalam tanpa menoleh lagi kebelakang.

Arsyakayla mengemam bibir menahan senyuman. Tiba-tiba hatinya berbunga-bunga apabila Tuah mengeluarkan kata-kata tadi.

Tak suka haknya disentuh sesiapa?

Cemburu?

Ye ke Tuah cemburu?

Dia masih sayangkan dia?

Tiba-tiba senyuman hilang dari bibir Arsyakayla apabila dia teringat tentang Sofea.

"Jangan mudah cair dan lembut hati Arsyakayla. Kau kena buat hati Tuah terseksa. Biar dia rasa sakit hati kau 3 tahun lepas. Kau kena kuat untuk tidak jatuh cinta lagi." Ucap Arsyakayla sambil mengelap tangannya menggunakan kain yang diberikan Tuah tadi.

Dia menghela nafas berat lalu masuk ke dalam rumah.

****

Sofea menbawa dulang berisi minuman dan kudapan ke ruang tamu. Terlihat MakSu Ainul, Mak Jijah, Akmal dam Amir sednag berkumpul disana.

"Jemput makan minum." Pelawa Sofea sambil meletakkan dulang itu diatas meja. Sofea terus duduk disebelah Maksu Ainul.

Mak Jijah, Akmal dak Amir terus merapi meja. Nampak kerepek yang tersedia itu menarik perhatian mereka.

"Tengokkan Mak Jijah itu." Kata MakSu Ainul pada mereka berdua.

"MakSu apa perempuan itu buat dekat sini?" Tanya Sofea pada Maksu Ainul.

"Entahlah Sofea. MakSu belum sempat nak tanya apa-apa pada Tuah. MakSu pun terkejut dia ada dirumah ini. Itu pun Akmal dan Amir yang beritahu Maksu yang Kayla bermalam disini." Jelas MakSu Ainul pada Sofea.

Sofea berkerut dahi mendengarnya apabila MakSu Ainul cakap yang Arsyakayla tidur disini malam tadi. Jadi Tuah lah yang dia lihat malam tadi di airport.

"Apa jadi sebenarnya? Bukan ke Tuah dan Kayla sudah berpisah? Macam mana Kayla boleh ada dengan Tuah?" Tanya Sofea mulai kehairanan.

Amir yang mendengar soalan Sofea itu terus mendekati Sofea. "Meh sini Amir cerita." Kata Amir memperbetulkan posisi duduknya.

"Tuah dia kerja balik dengan Tan Sri Aari. Ermm not really jadi pekerja Tan Sri Aariz. Dia lebih kepada berkejarsama. Jadi sekutu ha." Beritahu Amir menjelaskannya pada Sofea.

Sofea terbutang terkejut mendengar penjelasan itu. "Hah?! Tuah gila ke apa?! Kenapa dia masuk balik? Jangan main main." Dia betul-betul tak percayakan apa yang dia dengar

"Betul Sofea Amir tak main-main pun. Memang dia masuk balik kerja dengan Tan Sri Aariz. Tapi kemasukan dia Kali ini bukan kemasukan biasa. Dia masuk untuk tamatkan segalanya. Untuk habiskan kerjanya yang tergendala itu." Jawab MakSu Ainul pula. Amir menganggukkan kepalanya tanda benar.

Sofea memandang Maksu Ainul kembali. Dia masih perlukan penjelasan dengan apa yang Tuah nak buat. "Boleh jelaskan pada Fea apa yang jadi? Kenapa tiba-tiba Tuah nak masuk balik? Nak habiskan Tan Sri Aariz? Kenapa tak 3 tahun lepas? Kenapa baru sekarang? Apa yang Tuah tunggu lagi?" Tanya Sofea bertubi-tubi.

MakSu Ainul menghela nafas berat. Sukar dia nak jelaskan tapi Sofea juga berhak tahu kerana Sofea sudah macak keluarga mereka sendiri. Dari kecil pula itu Sofea berkawan dengan Tuah.

"Sepatutnya Tuah habiskan kerja dia 3 tahun lepas. Tapa dia jumpa sesuatu yang pelik pada Tuan Hanz. Jadi dia tangguhkan rancangan dia semula. Sekarang ini pula dia dah yakin untuk lanjutkan semula rancangan dia dan tamatkan segalanya." Kata MakSu Ainul pada Sofea.

"Kenapa dengan Tuah Hanz?" Tanya Sofea pelik.

Maksu Ainul mendekati dirinya pada Sofea. Dia memandang Mak Jijah yang sibuk makan kerepek dengan Akmal itu lalu memandang ke arah Sofea.

"Kalau MakSu cakap Tuan Hanz ada kaitan dengan Pembunuham 16 tahun lepas. Sofea percaya tak?" Tanya MakSu Ainul pada Sofea. Sofea jelas terkejut dengan apa yang dia dengar itu. Namun dia masih belum percaya kerana semua ini tak mungkin berlaku.

"Tak mungkin. Tuan Hanz baik dengan Tuah dan kita semua. Dia yang bantu keluarga Tuah dan korang semua. Dia yang tolong sembunyikan korang semua daripada pengetahuan Tan Sri Aariz. Mustahil dia bunuh juga. Tuah Hanz pencen pegawai polis pangkat besar. Tan Sri Aariz itu penjenayah. Mana mungkin Tuan Hanz terlibat." Kata Sofea cuba menafikannya dakwaan itu.

MakSu Ainul memandang ke rah Akmal. "Mal kau jaga Mak Jijah dulu ya. Aku nak bercakap dengan Sofea." Kata MakSu Ainul. Akmal menganggukkan kepalanya faham. Mak Jijah pula sudah berada dalam dunianya sendiri.

MakSu Ainul, Sofea dan Amir terus bangun dari duduk mereka lalu keluar. Dia tak mahu kakak iparnya mendengar tentang perbualam mereka. Kakak iparnya itu walaupun kurang sihat tapi ingatannya kuat jika berkiatan keluarga dan suaminya.

"Dengar MakSu Explain. Tuah dapat tahun sesuatu 3 tahun lepas berkaitan dengan Tuan Hanz dan Tan Sri Aariz. Tuah tak sengaja jumpa satu dokumen perjanjian perniagaan dalam bilik kerja Tuan Hanz. Dokumen itu dibuat pada tahun 2004 4 tahun sebelum Pak Cik mus dibunuh dan ditandatangani oleh 2 belah pihak iaitu Tuan Hanz dan Juga Tan Sri Aariz yang dulu digelar dato sri Aariz. Kita semua tahu Tuan Hanz ialah pegawai polis pangkat besar dan mustahil untuk Tuan Hanz tidak tahu siapa Tan Sri Aariz ketika itu? Persoalannya macam mana mereka boleh jalinkan hubungan perniagaan sedangkan seorang polis dan seorang lagi penjenayah." Jelas MakSu Ainul pada Sofea.

Sofea berkerut dahi mendengar penjelasan MakSu. Ya mustahil Tuan Hanz tak tahu siapa Tan Sri Aariz ketika itu. Tan Sri Aariz itu buruan polis sejak dulu lagi.

"Apa isi dokumen itu?" Tanya Sofea ingin tahu. MakSu Ainul menggerakkan bahu ke atas tanda dia tak tahu. Sofea kemudiannya memandang Amir. Amir buat benda yang sama gerakkan bahu ke atas tanda tidak tahu.

"Jadi apa yang Tuah nak buat?" Tanya Sofea pada mereka berdua.

"Macam yang kita tahu pembunuh-pembunuh Pak Cik Mus ada 4 orang betul? Tan Sri Aariz, 2 orang lagi Tuah dah tahu keberadaan mereka tapi belum sempat jumpa dan yang seorang lagi itu yang jadi tanda tanya sebab Tuah memang tak nampak langsung muka yang sorang lagi sebab dia membelakangi semua dan dia yang menyaksikan Pak Cik Mus dibakar hidup-hidup betul? Awalnya Tuah syak itu Tuan Hanz tapi takkan Tuan Hanz cepat sangat beredar dari situ sedangkan yang pergi dulu Tuah kan? Tuah ada terfikir juga rancangan ini bukan dilakukannya oleh 4 orang tapi dilakukan oelh 5 orang dan yang kelima lah yang cover kerja-kerja mereka daripada pihak polis. Jadi Tuah Syak orang yang kelima ialah Tuan Hanz dan orang yang ke empat Tuah belum dapat jawapannya lagi." Jelas MakSu Ainul panjang lebar.


Sofea terdiam seketika. Ada logik apa yang dijelaskan Maksu Ainul. Mesti ada orang yang tolong mereka supaya kerja-kerja mereka tak diketahui oleh pihak polis. Yang pasti orang itu mesti orang yang berpengaruh juga dan dikenali oleh pihak polis.

Terdetik hatinya untuk membantu Tuah. Dia yakin Tuah takkan dapat buat seorang diri benda ini. Kalau dapat sudah 3 tahun lepas semua ini selesai. Tuah perlukan bantuan orang yang jika untuk membantunya.

Dia kena buat sesuatu juga. Dia mesti cari idea. Ini masanya untuk balas saja Tuah terhadapnya. Mungkin cara ini dia boleh menarik perhatian Tuah terhadapnya?

****

Assalamualaikum semua. Thankyou sebab Voting 🥰 Enjoy Reading.

Share jika Story ini menarik. Maaf atas salah silap yang di buat. Tolong komen jika ada yang perlu diperbetulkan dalam bab ini✨

Maaf kalau agak hambar sedikit.🥰


You are reading the story above: TeenFic.Net