Bunga Sofiea
Flora Sofiea, seorang gadis berdarah kacukan yang mempunyai satu butik tudung yang berjaya dibuka atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan duit yang ibu bapanya miliki.Flora mempunyai satu sifat yang dia pamerkan kepada orang sekelilingnya di mana, dia tidak sukakan lelaki. Dia tidak kisah akan makhluk tuhan yang bernama lelaki melainkan keluarganya.Sampai satu saat, ibu bapanya mahu menjodohkan dia kerana kejadian yang berlaku di butiknya dahulu. Flora membantah namun dia juga tidak mahu menghampakan orang tuanya."The very best relationship has a gardener and a flower. The gardener nurtures and the flower blooms."Flora setuju. Hinggalah.. satu kejadian malang sekali lagi datang menimpa Flora saat dia mula menerima lelaki di dalam hidupnya. Apakah Flora berjaya bangkit kembali dan meneruskan hidupnya bersama lelaki itu? Atau sebaliknya? Jika Flora berjaya, adakah dia masih ingin bersama dengan makhluk tuhan yang bernama lelaki setelah dia mendapat tahu kejadian malangnya berlaku disebabkan seorang 'lelaki' juga?…