Read Stories Jabran Danial : Her Precious Gift - TeenFic.Net

Random

Updating

03-08-2024

Jabran Danial : Her Precious Gift

148 likes / 1,068 reads
Status; on going.

"I might not be the first, but I can say that I'm the last."

Daneen Elisha. Nama seindah rupa, namun tidak dengan kisah hidupnya. Dilayan tidak ubah seperti orang asing oleh ibunya sendiri, menyebabkan dia perlu mengorak langkah ke dunia luar sendiri. Siapa sangka? Gadis berumur sepertinya perlu menghadapi cabaran sebegitu.

Jabran Danial. Beku? Tegas? Tidak ramah? Nah, itu hanya luaran. Jika orang luar, mungkin itulah yang akan keluar dari bibir masing-masing. Tapi, siapa sangka? Lelaki ini mempunyai sifat yang tidak disangka-sangka.

Pertemuan pertama mereka bukanlah pertemuan yang dirancang. Siapa sangka, pertemuan pertama itulah yang menjadi titik permulaan hubungan mereka di antara pekerja-majikan. Tidak cukup dengan itu, sifat yang ditunjukkan Jabran Danial mampu untuk membuat hati Daneen Elisha kacau.

Keputusan yang tidak disangka-sangka oleh keluarga Daneen Elisha sendiri telah menyebabkan dua insan ini bertemu di dalam satu ikatan yang sah. Tanpa kerelaan mereka. Baru saja hubungan mereka bertemu kebahagiaan, satu rahsia yang telah disimpan rapi terbongkar. Hubungan mereka hampir menemui jalan buntu apabila Jabran Danial tidak dapat meyakinkan Daneen Elisha bahawa manusia sepertinya juga melakukan dosa.

"Semua orang memang akan terjerumus dengan dosa. Tapi, bukan semua orang akan dapat peluang untuk membaiki masa lalunya."

Start: 9 March 24
Re-publish: 20 April 24
End:
May be you like?