hawadyraa
Jabran Danial : Her Precious Gift

Jabran Danial : Her Precious Gift

1,068 148 16

Status; on going."I might not be the first, but I can say that I'm the last."Daneen Elisha. Nama seindah rupa, namun tidak dengan kisah hidupnya. Dilayan tidak ubah seperti orang asing oleh ibunya sendiri, menyebabkan dia perlu mengorak langkah ke dunia luar sendiri. Siapa sangka? Gadis berumur sepertinya perlu menghadapi cabaran sebegitu.Jabran Danial. Beku? Tegas? Tidak ramah? Nah, itu hanya luaran. Jika orang luar, mungkin itulah yang akan keluar dari bibir masing-masing. Tapi, siapa sangka? Lelaki ini mempunyai sifat yang tidak disangka-sangka.Pertemuan pertama mereka bukanlah pertemuan yang dirancang. Siapa sangka, pertemuan pertama itulah yang menjadi titik permulaan hubungan mereka di antara pekerja-majikan. Tidak cukup dengan itu, sifat yang ditunjukkan Jabran Danial mampu untuk membuat hati Daneen Elisha kacau.Keputusan yang tidak disangka-sangka oleh keluarga Daneen Elisha sendiri telah menyebabkan dua insan ini bertemu di dalam satu ikatan yang sah. Tanpa kerelaan mereka. Baru saja hubungan mereka bertemu kebahagiaan, satu rahsia yang telah disimpan rapi terbongkar. Hubungan mereka hampir menemui jalan buntu apabila Jabran Danial tidak dapat meyakinkan Daneen Elisha bahawa manusia sepertinya juga melakukan dosa."Semua orang memang akan terjerumus dengan dosa. Tapi, bukan semua orang akan dapat peluang untuk membaiki masa lalunya."Start: 9 March 24Re-publish: 20 April 24End:…

Kau, semestaku

Kau, semestaku

51 7 2

"Hadir di dalam hidupmu adalah takdir, namun berdiri bersamamu adalah pilihanku."Pertemuan kali kedua antara Dhani Akwa dan Ryn Fariha telah menjadi titik permulaan di dalam hubungan mereka setelah sembilan tahun tidak mendengar khabar. Tanpa Dhani sedar, masa lalu Ryn telah menghantuinya sehingga tidak ada cara untuk menyembuhkan luka itu lagi. Dengan percaya kepada takdir, Dhani berazam dengan harapan untuk mengubati luka itu sehingga hati Ryn dapat ditawan semula.Semuanya berjalan lancar, sehingga Ryn telah membuat keputusan yang dapat mematahkan azam Dhani. Namun, dengan masih percaya kepada takdir, Dhani terima dengan harapan keputusan itu dapat menggantikan dirinya untuk mengubati semestanya. Dan dia? Apakah pengakhiran untuk dirinya?…

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)

Aryan Wong : Badboy For Her (Complete)

311,561 11,803 61

Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu?Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? Kena pukul? Kena fitnah? Semua pernah. Sampai dihalau keluar dari rumah kerana difitnah. Dari situlah dia berjumpa dengan heronya.Aryan Wong, seorang lelaki yang digelar sebagai seorang badboy oleh orang yang mengenali dirinya. Dirinya dilimpahi dengan kesenangan dari kecil lagi. Tak pernah bercinta sehinggalah dia berjumpa dengan heroinnya. Mula-mula, tak nak pun ada walau satu perasaan. Lama-lama, terbit rasa cinta di dalam hati Alia dan Aryan. Dengan Alia yang menawan dan Aryan yang jenis melindungi, hidup mereka saling melengkapi. Namun, tindakan Aryan yang telah menolak cinta Alia membuatkan Alia beralih arah. Dan apabila Aryan mula menyedari hatinya mula terpaut pada Alia, adakah dia dapat menawan hati Alia semula? start: 7 March 22re-publish: 12 May 22end: 10 June 22…