PENGHARAPAN

Background color
Font
Font size
Line height

PENGHARAPAN

Asal kata HARAP yakni menaruh rasa mahu dibantu, didukung dan kerjasama melestarikan impian. Sudah tentu sesama manusia terhadap orang perseorangan atau sekumpulan manusia.

Sang bijak pandai sudah menggariskan pelbagai falsafah tentang HARAPAN.

"Jangan menyalahkan orang lain yang mengecawakanmu, salahkan diri sendiri akibat terlalu berharap secara terlalu,"

"Apabila kamu berharap kamu bagaikan bersedia untuk dikecewakan,"

"Aku tidak dihadirkan ke dunia ini untuk menyempurnakan harapanmu, begitu juga kamu tidak dihadirkan untuk memenuhi harapanku"

"Semangatkan diri berskala tinggi pada pengharapan pencapaian dan rendah terhadap manusia,"

Malah menurut William Shakespear PENGHARAPAN adalah akar umbi pada segala pening kepala.

Tidak dapat tidak kita berhubung dan tanpa sedar menaruh harap pada manusia lain, begitu jugalah sebaliknya. Apa yang mengambil tugas selepas itu adalah kualiti sebagai manusia. Menolak, beralasan, mengelak, menafikan, bersetuju, berkerjasama atau apa sahaja.

Bahagia sekiranya segalanya berjalan lancar dan selagu. Tidak kiralah harapan terhadap cinta kasih, kontrak perjanjian, menunaikan hasrat janji.

Jadi kesedaran terhadap HARAPAN jadi sangat penting untuk dinilaikan bersama sama sekiranya kita belum terbangun dari mimpi. Setiap langkah manusia haruslah dengan persediaan dan keraguan beralternatif.

Apa kata dia tidah hadir?

Bagaimana kalau dia menipu?

Menghadapi alasan dia yang berdolak dalik setelah bersetuju?

Permainan kata kata regu harap kamu bagaimana?

Mampu dilakukan sendiri atau diganti sahaja bahu harapan?

Persoalan persoalan di atas melibatkan pelbagai segmen hidup. Cinta kasih, urusan perkerjaan, mencari peluang baharu dan macam macam. Kamu pernah mendengar keluhan bukan selama ini? Cuba diteliti kembali keluhan keluhan manusia, hampir 100 peratus menjurus pada harapan yang terabai.

Ketika sedang kecewa PENGHARAPAN tidak berbalas akan terbit segala jenis kemarahan, rungutan kecewa dan paling hebat maki makian.

Jadi kita semua seharusnya mengambil langkah apa?

1. Tidak terlalu berharap dan berdoa pada keputusan yang baik

2. Bersedia dengan langkah langkah alternatif lain

3. Menilai kadar situasi MENANG-MENANG

4. Jelas dalam setiap urusan, kalau harapan gagal kita tidak akan ralat

5. Tidak terlalu ghairah, ada ketika gelojak tersebut membawa padah

6. Berlapang dada bahawa itu bukan rezekimu

Mana mungkin manusia tidak menaruh harapan? 

Setiap langkah kita bersimpang siur dengan harapan yang baik baik penuh jaya. Namun jangan lupa, dengan kederat upaya manusia ada takdir GAGAL menanti. Mungkin boleh ditangisi dalam kadar waktu yang singkat, bingkas bangun semula demi baik pulih segala silap pilih, masa, usaha dan membina keyakinan bahawa akan selalu ada perkara yang baik baik berada di hujung perjuangan.

Jangan ralat, ada harapan yang biasa-biasa boleh punah, apatah lagi harapan yang tinggi. Harus selalu sedar bahawa harapan awal yang hancur selalu menjadi TOK GURU kamu yang sangat berharga dalam pembentukkan diri yang lebih matang, tenang dan bijak.

Harapan akan selalu ada... jangan sampai kamu mencurangi harapan sendiri sudahlah.

You are reading the story above: TeenFic.Net

#mature