5

Background color
Font
Font size
Line height

Deretan kereta di hadapan rumah agam itu menarik perhatian mereka berdua. Perlahan saja Iryana menekan pedal minyak semasa memasuki lorong rumahnya sebelum berhenti di hadapan pintu pagar utama. Kelihatan beberapa khemah di hias renda dan bunga tersusun indah di hadapan mereka.

"Beb! Datuk dengan datin ada buat majlis apa? Ni..kenapa siap berkhemah bagai ni?!" soal Sofea pelik. Iryana hanya mampu menjawab dengan mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Pintu kereta di tutup lantas dia melangkah ke halaman rumah. Para tetamu yang hadir mula tertumpu pada mereka berdua terutama Iryana.

"Yana!!"

Jeritan kuat seseorang dari dalam rumah membuatkan Iryana terkejut. Dari jauh, kelihatan seorang gadis seksi berkebaya sedang memakai kasut tinggi lalu berlari anak dan terus memeluk Iryana dengan erat.

"Shae?! What are you doing here? Bukan ke sekarang kau patut ada dekat Kanada?" soalnya sebaik saja pelukan terlerai.

"Ish! Gila kau! Takkan aku nak terlepas majlis nikah sepupu aku ni. Aku sanggup tau ambik cuti semata-mata nak tengok kau nikah!" beritahu Shae dengan penuh riang.

Berubah terus riak wajah Iryana dengan jawapan itu. Sofea dilihat dan ternyata riak wajah yang sama sepertinya. Terkejut!

Kerutan di dahi Iryana membuatkan senyuman Shae mula meluntur. Sofea yang berdiri di sisi Iryana mula memeluk bahu sepupunya lalu mengusap lembut.

"Yana! Kenapa ni? Aku ada cakap something ke yang buu.."

"Kau tahu dekat mana mama?" potong Iryana dengan nada sedikit keras.

"Err...mak su ada dekat bilik dia.." beritahu Shae sedikit perlahan.

Pantas Iryana berlari meninggalkan Shae dan Sofea di belakang. Jeritan mereka di biarkan. Laju dia menaiki tangga lalu tiba di satu bilik yang merupakan ruangan peribadi. Terus pintu bilik di tolak dari luar.

Datin Suraya melihat ke arah pintu bilik bila di tolak dengan kasar dari luar. Riak muka Iryana yang tegang di lihat. Senyuman nipis di lemparkan lalu dia menggerakkan jari mengarahkan seseorang keluar dari situ.

Iryana perasan dengan arahan Datin Suraya tadi. Pantas dia melihat ke satu ruangan yang di pisahkan dengan dinding. Kelihatan satu lelaki lengkap berbaju melayu putih keluar melalui satu pintu lain. Wajah lelaki itu tak dapat di lihat dengan jelas. Siapa dia? Iryana memegang dada bila debaran di hati makin terasa seperti mengesan sesuatu.

"Apa benda yang kau nak sampai kau masuk bilik aku?" soal Datin Suraya perlahan sambil menuang air ke dalam gelas sebelum memandang semula kepada Iryana. Anak gadis itu menoleh pada Datin Suraya.

"Tadi dekat bawah, Shae bagitahu Yana yang Yana akan nikah hari ni! Betul ke? Kenapa Yana tak tahu apa-apa?" soalan di balas dengan soalan.

Datin Suraya menjawab soalan Iryana tadi dengan satu ketawa kecil. Air di gelas tadi di hirupnya. Sengaja di biarkan soalan Iryana tadi.

"Yana tak setuju dengan apa yang mama cuba buat ni. Jangan paksa Yana buat apa yang Yana tak nak buat. Yana nak mama batalkan majlis pernikahan ni sekarang juga! This is my life! Mama tak ada hak untuk tentukan hidup Yana!!" sambung Iryana lagi dengan lebih berani.

"Jadi kau cuba nak lawan aku la?" soal Datin Suraya. Dalam masa sama, dia bangun dari sofa lalu mendekati Iryana.

Prang!!

Tak semena-mena Datin Suraya menampar kepala Iryana dengan gelas di tangan. Terduduk gadis itu menahan sakit. Darah pekat mula mengalir sedikit dari celahan rambut Iryana. Begitu juga dengan tangan Datin Suraya tapi laju tangannya merentap rambut ikal milik Iryana dengan kasar.

"Aku cukup pantang kalau arahan aku orang nak tentang! Kau ingat sikit diri kau tu siapa?! Kau tu cuma orang luar yang langsung tak ada pertalian darah dalam keluarga ni!" tengking Datin Suraya dengan kuat. Lalu menolak kepala Iryana dengan kuat ke tepi.

Air mata yang bercampur dengan darah di kesat dengan belakang tangan. Datin Suraya yang berdiri di hadapannya di lihat.

"Yana tahu yang Yana ni bukan sesiapa dalam family ni. Tapi tak bermakna yang mama boleh tentukan siapa peneman hidup Yana! Mama tak ada hak!"

Pangg! Sekali lagi Iryana di tampar dengan kuat. Muka Iryana di cengkam dengan kuat.

"Hei! Cukup sekali si sundal tu malukan aku dengan laki aku! Kau nak cakap pasal hak?! Kau patut salahkan si sundal tu sebab dia la punca kau hilang hak kau! Bodoh!!" jeritnya lalu tubuh Iryana di hempas ke lantai dengan kasar.

"Memang patut kakak tolak peminangan tu! Itu! Bilik kakak tu jadi saksi yang kakak hampir di rogol oleh lelaki yang mama dengan papa pilih untuk dijadikan teman hidup! Kalau abang Kamal tak ada hari tu, entah-entah kakak dah mati! Tahu tak?! Kali ni, keluarga perogol mana pulak mama nak Yana jadi mangsa?!" balas Iryana dengan nyaring. Kali ini Datin Suraya menendang perut Iryana hingga senak gadis itu di buatnya.

"Kau bodoh eh?! Kau ingat aku peduli kalau si sundal tu kena rogol ke mati ke? Hah?! Itu bukan masalah aku! Yang jadi masalah aku sekarang, kalau kau tak nak ikut cakap aku, tahulah bapak kau tu buat apa dekat keluarga si sundal tu!!" ugut Datin Suraya.

Iryana terpana dengan apa yang di sebut tadi. Rasa senak yang masih lagi terasa di abaikan.

"Apa maksud mama? Apa yang papa nak buat dengan keluarga kakak? Cakap lah!" tengking Iryana.

Darin Suraya tersenyum sinis lalu duduk mencangkung di hadapan Iryana. Wajah Iryana di belai lembut.

"Depends pada keputusan yang kau buat. Pilihan ada di atas tangan kau sekarang! Antara kau nak ikut cakap aku atau kau lebih suka mayat kakak kesayangan kau berbungkus dekat depan rumah ni? Itu je." terang Datin Suraya perlahan tapi dalam nada mengugut.

Iryana terkejut. Dia melihat wajah Datin Suraya yang sedang tersenyum sinis melihatnya. Tanpa menunggu jawapan Iryana, Datin Suraya bangun lalu duduk semula di atas sofa sambil menyilang kaki. Iryana tertunduk melihat lantai yang di tutupi dengan karpet. Fikirannya mulai serabut dengan apa yang dilalui sekarang ini.

"Cepat sikit! Kau nak ke tak nak keluarga akak kau tu selamat?" gesa Datin suraya tanpa menoleh pada Iryana.

"Aku tak sangka, Suraya yang aku kenal dulu adalah iblis bertopeng manusia. Apa salah kami sampai kau hancurkan semua?" soal Iryana perlahan. Hilang sudah rasa hormat pada wanita lewat 30-an itu. Air matanya masih lagi mengalir deras di pipi.

"Shuhh! Aku bukan suruh kau membebel tak tentu pasal. Aku cuma nak jawapan kau. Dalam 10 saat ni, kau tak bagi jawapan jugak..." sengaja Datin Suraya biarkan ayat itu tergantung tapi di ganti dengan gelak kecil.

Telefon di tangan sengaja di layangkan di hadapan Iryana. Gadis itu menggenggam bulu tiruan yang di jadikan karpet itu. Kepalanya ligat mencari jawapan.

"Empat...tiga... Dua... Satt.." desak Datin Suraya sambil jarinya bersedia membuat panggilan pada telefon pintarnya.

"Fine! Kau menang kali ni Suraya." jawab Iryana dengan nada keras.

Datin Suraya mula tersenyum lebar. Laju dia bangun dari sofa lalu mendekati Iryana yang duduk menunduk melihat ke karpet.

"Good girl! Menyusahkan aku je untuk paksa kau kahwin. Baju nikah kau di siap atas katil kau. Pergi mandi dan makeup cantik-cantik! Okay, sayang!" arah Datin Suraya sambil mengusap lembut pipi Iryana. Tapi di tepis kasar oleh gadis itu.

Datin Suraya tergelak dengan tindakan Iryana lalu terus meninggalkan bilik. Tajam mata Iryana melihat wanita itu berlalu sebelum hilang di balik pintu. Iryana menyentuh dahinya yang luka akibat dipukul dengan gelas tadi. Sakit! Tapi tak sesakit hatinya kini. Perlagan dia melangkah keluar dari bilik puaka itu lalu menuju ke biliknya.






You are reading the story above: TeenFic.Net