MISS_SWEETAYA
325 34 17
TUAN ZAYN LUCIUS - Satu-satunya pewaris mafia The Lucius. Meneruskan legasi ayahnya bukanlah pilihan hatinya, namun tanggungjawab itu tetap terpikul di bahunya. Dunia mafia penuh dengan bahaya, tipu muslihat, dan pengkhianatan, tetapi Zayn tetap berdiri teguh sebagai pemimpin yang disegani.ELYSHA QALYANA - Seorang doktor veterinar yang periang, mesra, dan berani. Sifatnya yang pantang dicabar telah berjaya menarik perhatian Tuan Zayn. Namun, keberaniannya turut menarik bahaya yang tidak pernah dia bayangkan."Shit! Don't touch her!" - ZaynMenjadi pewaris mafia bukanlah tugas yang mudah. Setiap hari penuh dengan ugutan musuh yang tidak mengenal belas kasihan, lebih-lebih lagi apabila orang tersayang dijadikan taruhan."Try me if you can." - ElyshaKehidupan Elysha mula berubah apabila dia menjadi sasaran musuh-musuh Zayn. Dia tidak pernah meminta untuk terlibat dalam dunia gelap ini, apatah lagi menjadi kelemahan bagi seorang mafia. Malah, inilah yang dia mahu elak. Namun, dia enggan tunduk dan menyerah.Hari demi hari, cabaran semakin menggila. Musuh datang silih berganti, ancaman tidak pernah berhenti, dan cinta yang mula berputik diuji dengan begitu kejam.Adakah cinta mereka mampu bertahan dalam dunia yang penuh bahaya ini? Atau adakah mereka ditakdirkan untuk berpisah demi keselamatan satu sama lain?cinta di antara mereka bukanlah sekadar kisah dongeng, tetapi satu perjuangan.30 NOV 24 WARNING : DILARANG PLAGIAT, DILARANG MENGAMBIL SERIOUS SITUASIATAUPUN KEJADIAN DI KARYA INI. KARYA INI REKAAN SEMATA-MATA, TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MATI.…