MARIPOSA๐ฆ |โ|
~ SECOND BOOK ~๐ค๐นBagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merimaskan dirinya."Percayalah cakap aku Airis, kalau kau kahwin dengan aku. Kau lah perempuan paling beruntung dalam dunia ni"-Aidil Adha-Pada mulanya, Airis hanya fikir bahawa Aidil bergurau. Tapi sehinggalah Aidil mengatakan bahawa dia akan menghantar rombongan meminang, membuatkan Airis seperti cacing kepanasan."Aidil, kita masih belajarkan. Nanti-nanti lah fikir pasal kahwin tu"-Airis Nafeesa-Kini, kenyataan yang dibuat oleh abahnya pula seperti menambah beban di bahunya. Gila ke nak suruh dia kahwin dengan lelaki yang langsung dia tak kenal?"Abah bukan tanya persetujuan akak, tapi abah cuma maklumkan pada akak sahaja. Setuju atau tidak, akak tetap kene kahwin"-Encik Suhaimi-Dengan Aidil yang tidak habis mendesak membuatkan dia rimas, dia akhirnya menerima keputusan abahnya. Tapi satu lagi masalah... Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki di luar negara, dia pula di dalam Malaysia. Semuanya atas alasan bahawa pengantin lelaki menyambungkan pelajarannya ke luar negara dan tidak dapat pulang. Bagaimana dia mahu bertemu dengan bakal suaminya?"Jaga maruah kau sebagai isteri aku"-Harraz Irsyad-Itu sahaja pesanan yang ditinggalkan. Lima tahun Airis Nafeesa menjadi isteri kepada Harraz Irsyad tanpa dia tahu siapa suaminya. Langsung tidak bertanya khabar, hanya duit sahaja yang akan masuk ke dalam akaun Airis setiap bulan sebagai nafkah seorang isteri.Bagaimanakah pertemuan pertama mereka setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa bersua muka? Adakah Harraz Irsyad akan menceraikannya?โฆ