WanNurNajihah
KHILAF NAILAF

KHILAF NAILAF

848 29 2

Kisah curang. Bukan suami yang curang... tapi isteri!Coming soon. Jom layan blurb dulu. Mss tengah layout."Ila tak susahkan Man ke? Segan pulak Ila. Takut Ila dah ambik masa Man je. Nanti apa kata Farah." - NAILAH "Kami dah cerai." - HILMANSemuanya bermula dari sini. NAILAH seorang surirumah yang tak pandai berdikari. Tanpa sedar, kehadiran HILMAN buat NAILAH makin selesa. "Ila rasa sunyi sangat. Macam ada yang kosong." - NAILAH"Masa Man cakap Man menyesal lepaskan Ila, Man betul-betul serius. Man...masih cintakan Ila." - HILMANNAILAH tahu tak mudah menjalani hubungan jarak jauh. HILMAN bagi dia bahagia dan perhatian. RAID pula sentiasa sibuk dengan kerja sehingga hubungan mereka renggang. "Man sedar tak apa yang kita dah buat? Kita...berzina! Berzina Man. Ila ni isteri orang. Ila berzina dengan bekas tunang sendiri saat suami Ila takde dekat rumah." - NAILAH"Selama suami Ila takde kat sini, Ila boleh anggap Man pengganti dia. Memang mula-mula Ila rasa bersalah tapi lama-lama bila dah terbiasa perasaan tu akan hilang." - HILMANBahagia NAILAH menjalani hubungan terlarang bersama kekasihnya sehingga kepulangan mengejut RAID buat rahsia NAILAH pecah. "Kau mengandung anak siapa Ila?" - RAID"Tak baik abang tuduh Ila. Ila betul-betul kecewa dengan apa yang abang cakap. Ila ni isteri abang."Sekalipun kebenaran terbongkar, NAILAH takkan mengaku apa yang dibuat. Dia tidak mahu kehilangan RAID. "Salah aku bila kahwin dengan kau. Itu salah paling besar aku dah buat. Siti Nailah binti Ahmad Amirul aku ceraikan kau dengan talak satu." - RAIDBukan begini pengakhiran yang NAILAH mahu. RAID kembali dipujuk. Kemaafan dipinta. Mampukah RAID menerima maaf NAILAH setelah cintanya dikhianati? Adakah mereka akan kembali bersama? Dan benarkan selama ini HILMAN ikhlas dengan NAILAH?…

NA'AZ SUAMI GANTI

NA'AZ SUAMI GANTI

360 36 3

"Saya betul-betul cinta awak sampailah hari ni. Cuma saya kena terima bukan hanya awak ada dalam hati saya. Ada dia jugak. Dan makin lama saya sedar yang saya lebih sayang dia dari awak. Sebab tu saya pilih lepaskan awak dan pergi pada dia." - TAUFIQTak pernah ELMA sangka, dia akan ditinggalkan tunang tersayang sedangkan majlis mereka hanya berbaki lagi tiga hari. Merayu? Takkan! Dia tidak akan pujuk sekalipun terpaksa menanggung malu. ELMA menjalani hidup dengan status single and available sehinggalah..."Aku sudi kahwin dengan kau." - NA'AZ "So berapa kau nak?" - ELMA "Berapa kau mampu bayar aku untuk pengorbanan aku tolong kau?" - NA'AZELMA tidak tahu dari mana lelaki yang bernama NA'AZ itu muncul. Lagak NA'AZ seperti mereka saling mengenali. Tapi puas ELMA cuba ingat, nama NA'AZ tetap tiada dalam memorinya.Tapi itu tidak penting. Yang pasti kemunculan NA'AZ tepat pada masanya. Sekalipun merasakan ada 'sesuatu' pada NA'AZ, dengan berani ELMA menerima lamaran lelaki itu."Apa yang kau cuba buat? Kenapa kau kahwin dengan aku? Kau nak pergunakan aku?" - ELMATidak sampai 24 jam bergelar isteri, rahsia siapa sebenarnya NA'AZ akhirnya terbongkar. Kerana tidak dapat terima kenyataan perceraian segera dituntut!"Kita kahwin semata-mata untuk dapatkan anak. So sekarang kita fokus pasal anak dulu. Malam ni yang kau tunggu-tunggu, kan? Kata kau cepat kau mengandung, cepat hal kita settle." - NA'AZELMA buntu apabila NA'AZ mula menuntut anak daripadanya, sesuai perjanjian mereka sebelum kahwin."Aku tak nak anak, tapi kalau kau masih nak teruskan...kau boleh paksa aku." - ELMA"Jangan risau aku bukan lelaki gelojoh. Aku boleh tunggu dan sabar. Cuma aku nak ingatkan, aku takkan lepaskan kau selagi kau tak lahirkan anak aku. Itu janji aku." - NA'AZ…

HUD ZAALAN : THE HEARTLESS HUSBAND

HUD ZAALAN : THE HEARTLESS HUSBAND

1,334 71 10

Semua bermula kerana dendam & pengkhianatan. Dan dia balas dendam pada gadis yang tak bersalah.…

BUKAN SUAMI SEMPURNA

BUKAN SUAMI SEMPURNA

6,145 369 25

"Iza Ulya Mohd Bariq, aku ceraikan kau dengan talak satu."Penceraian itu berlaku tanpa kerelaan ULYA. Tapi kata HAZRIL, lelaki yang sudah memberinya gelaran janda..."Ini jalan terbaik untuk kita. Kita cerai bukan sebab abang curang. Abang tak pernah ada perempuan lain. Ulya pun tahu tu. Abang pun jaga Ulya dengan baik. Lepas abang dah capai apa yang abang nak, abang janji abang akan cari Ulya. Kita akan rujuk semula." Tujuh tahun berlalu, tiba-tiba ULYA dikejutkan dengan kemunculan semula HAZRIL yang mahu menunaikan janji. Enggan terima, dia lari tapi HAZRIL tetap mengejar."Kita rujuk balik." "Saya takkan tunduk pada awak yang ambik kesempatan atas kesulitan saya."Itu keputusan ULYA walaupun dia tahu hanya HAZRIL yang dapat menyelesaikan masalahnya. Gigih mencari jalan penyelesaian, kegagalan yang ULYA jumpa sehingga buat dia terpaksa akur pada takdir. Kembali bergelar isteri, bukan mudah untuk ULYA terima di saat dia masih belum rela."Abang nak mandi. Ambilkan tuala.""Sebelum kahwin awak boleh ambik sendiri, kan? Kenapa lepas kahwin minta saya ambik? Tangan awak cacat?" Perkahwinan itu bukan alasan untuk ULYA terima HAZRIL. Targetnya cukup sebulan dia akan lari. Dengan itu dia perlu mencabar kesabaran HAZRIL supaya menceraikannya buat kali kedua. "Jangan harap kita akan ada anak. Bukan setakat anak, tubuh saya pun awak tak akan dapat. Saya takkan layan awak." "Tak baik buat suami macam tu.""Kalau awak tak tahan sangat, pergi cari perempuan lain yang boleh layan nafsu awak tu."Fikir ULYA sabar HAZRIL makin nipis tapi sayang apabila HAZRIL langsung tidak tercuit dengan setiap masalah yang cuba ditimbulkan."Kalau tujuan Ulya nak abang mengalah, Ulya silap besar. Ini perkahwinan kita yang terakhir. Abang akan pertahankan sampai nafas terakhir abang."…

MAWAR ARIA : A BAD WIFE

MAWAR ARIA : A BAD WIFE

2,263 106 13

Target Mawar : Kahwin dengan suami pada arwah kakaknya!Kata Mawar : Dah lama dia sukakan abang iparnya tapi takkan dia nak mengaku sebab tu suami kakak dia.So berjaya ke Mawar dapatkan abang ipar dia?…

PEREMPUAN DIA

PEREMPUAN DIA

689 63 5

Yang pertama untuk dihargai...Yang kedua untuk dicintai...Kata seseorang🫣…

DUA KALI SAYANG vol 2

DUA KALI SAYANG vol 2

855 38 6

DUA KALI SAYANG (vol 2)…

YANG RASMI MILIKKU

YANG RASMI MILIKKU

8,627 256 27

Aku dan diakami tak sempurna...Kisah mereka yang hanyut dalam dosa.Kisah mereka yang terbuang.…

DOSA CINTA KITA

DOSA CINTA KITA

1,264 68 19

Kita yang tersilap langkah...…

ISTERI TERPALING EGO

ISTERI TERPALING EGO

4,724 184 15

"Ni masa untuk kau berubah." "Kau tak perlu ubah aku." "Aku nak kau berubah." "Tell me. Kau nak berapa ribu? Aku bagi." Bukan jawapan dia dapat tapi Riaz hanya ketawa. Ketawa menganjing. "Kau tak akan mampu bayar." "Cakap dulu baru kau tahu." Enggan kalah. Manusia, semua gelap mata. Sebut saja duit, terus lupa dunia. Lelaki perempuan tiada beza. Yang berduit melempar, yang miskin menyambut."Jangan malu dengan aku. Aku tahu kau dengan bapak kau tu sama je. Mana tumpahnya perangai celaka dia kalau bukan kat kau."Dipandang Nadia. Sengaja diam. Dia boleh membalas kata-kata pedas wanita itu, tapi dia memilih untuk mengunci mulut. Api jangan dilawan dengan api."Bapak kau dah ambik kesempatan, sekarang giliran anak dia. Memang anak beranak tak guna." Kebisuan Riaz, buat mulutnya makin rancak. 15 tahun dia pendam. Selama ini dia tidak pernah meluah apa yang disimpan. Tapi malam ini semuanya meletus."Hinalah aku sampai kau puas. Tapi satu benda kau kena tahu sikit pun aku tak tercuit dengan hinaan kau tu.""Sebab aku hina benda yang betul." "Elva Nadia, l'm your husband now. Dan kau isteri aku. Mulai saat ni, aku yang berhak sepenuhnya atas hidup kau." "Ceraikan aku." Berani meminta.…

DUA KALI SAYANG

DUA KALI SAYANG

19,154 137 13

NIA- Kebahagiaannya yang bakal menamatkan zaman bujang hancur sekelip mata apabila niat mahu membantu seorang wanita tidak dikenali daripada menjadi mangsa rogol bertukar tragedi."Kenapa akak tinggalkan saya? Saya panggil akak. Kenapa akak tak tolong? Kenapa akak kejam sangat? Akak lari macam tu je. Saya doa supaya akak datang balik, tapi akak tetap tak datang. Akak memang tak de hati perut! "HANIF- Apa yang dibuat semuanya kerana Adila. Hanya Adila dan untuk Adila. Betapa besar cinta dan sayang pada wanita itu sehingga apabila dipaksa berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dia setuju tanpa mengetahui si isteri ada agenda."Kalau dia boleh mengandung pun, dia tak akan pernah mengandungkan anak abang. Hanya sayang yang boleh mengandungkan anak abang."ADILA- Hidupnya dalam keadaan bersalah setelah sedar dirinya menjadi punca Nia merana dan dibuang keluarga. Perbuatannya tidak boleh diampunkan. Lantas demi tanggungjawab, satu janji mula terukir...Nia akan dilindungi sepenuhnya! "Bukan, ini bukan baby lelaki tak guna tu tapi ini baby Hanif, suami kakak."Satu tragedi menyatukan tiga hati. Kerana sayang, ada hati yang merana apabila perlu berbagi kasih, Namun demi kemaafan, setiap kepedihan itu harus ditelan. Mampukah satu kemaafaan melenyapkan derita Nia? Dan mampukah Hanif untuk mencintai wanita lain jika janji sudah terukir hanya Adila wanita yang akan dicintai?…

TENGKU THARIQ

TENGKU THARIQ

6,097 157 18

"Saya ingat awak akan paksa saya, awak akan ungkit pasal hak awak." - FAZIA "Awak ingat sebab itu yang awak fikir. Saya tak fikir pun apa yang awak fikir." - THARIQMakin mengenali THARIQ, makin FAZIA selesa sehingga akhirnya FAZIA nekad mahu menyerahkan hak lelaki itu sebagai suami"Kenapa awak tak nak sentuh saya? Saya dah serah diri. Sekarang awak. Jalankan tanggungjawab awak sebagai suami saya." - FAZIA "Saya tak sedia lagi..." - THARIQ FAZIA tahu ada sebab kenapa THARIQ menolaknya. Apabila THARIQ pilih untuk kunci mulut, FAZIA tidak putus asa. Kematangan FAZIA dalam perhubungan akhirnya berjaya menundukkan THARIQ. Mereka bahagia sehinggalah bekas kekasih THARIQ kembali muncul."Kami dah terlanjur. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Masa kat UK kami hidup macam suami isteri cuma kami tak kahwin." - RISSA"Thariq tak macam tu. Dia lelaki yang beragama." - FAZIA FAZIA yakin itu hanya fitnah untuk menjatuhkan THARIQ. Tapi bila akhirnya pengakuan itu keluar dari mulut THARIQ hati FAZIA hancur lebur. "Tak boleh ke awak maafkan saya? Semua orang ada kisah silam." - THARIQ "Tapi tak semua orang ada kisah silam yang jijik macam awak." - FAZIA Cerai. Itu yang FAZIA mahu. Tak sanggup lagi hidup dalam penipuan THARIQ. Tambah-tambah apabila satu per satu rahsia THARIQ terbongkar. Rupanya THARIQ ada agenda kenapa menikah dengannya."Biar saya kejam di mata awak, asalkan saya tak buat benda bodoh. Takde sebab saya nak ceraikan awak." - THARIQApa yang cuba disembunyikan THARIQ? Bagaimana nasib perkahwinan kedua FAZIA? Adakah akan menemui kegagalan seperti perkahwinan pertama? Apa yang akan dilakukan THARIQ untuk dapat kemaafan? Dan FAZIA...adakah benar-benar membenci THARIQ?…

DENDAM BEKAS KEKASIH

DENDAM BEKAS KEKASIH

23,497 574 17

"Awak pergilah cari perempuan yang boleh terima diri awak. Yang betul-betul setaraf dengan awak. Yang ada SPM, yang kerja gaji RM 1000 sebulan, yang ada motor buruk! Bukan cari perempuan yang high maintenance macam saya. Tolongkan sedar diri, awak miskin tapi nak perempuan yang high class!" -IzyanKata hinaan yang diterima lapan tahun lepas berjaya merubah hidup ZAHRIN. Roda berputar. Saat dia berada di atas, gadis yang pernah melemparkan kata hinaan itu berada di bawah.Kerana dendam itu tidak pernah hilang, IZYAN menjadi sasaran. Strategi dirancang. Ada hutang yang perlu dilangsaikan. "Mak kau dah jual kau pada aku.RM 5000 000. Itu harga kau. Kau nak bebas, bayar balik duit aku." -ZAHRINIZYAN enggan. Walau apa pun yang jadi, dia hanya akan setia pada RAFIQI, bakal tunangnya. Bukan kembali pada bekas kekasih yang sudah mempunyai kekasih hati. "Kau tahukan apa nasib kau kalau aku sebarkan video tu..."Ugutan demi ugutan hingga akhinya buat IZYAN jatuh terduduk. Tanpa rela, pernikahan itu berlangsung. "Sampai bila awak nak kurung saya dalam rumah ni?" -IZYAN "Sampai kau lupa betapa indahnya dunia luar."- ZAHRINDerita! Itu yang diberikan ZAHRIN padanya. Dan saat hati lelah dengan neraka ciptaan suami, IZYAN memilih untuk melarikan diri dan kembali pada RAFIQI. Namun tindakannya memakan diri apabila satu rahsia besar terbongkar. Apakah rahsia yang disembunyikan? Mampukah IZYAN untuk terus lari daripada ZAHRIN? Dan benarkan, dendam itu kerana benci?…

DIA TIADA DUA

DIA TIADA DUA

38,889 1,445 31

​"Kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Kenapa abang tipu saya? Abang tak sayang saya, ke?" Teresak-esak Lufiya menangis dalam keadaan duduk. Tidak dihiraukan belakangnya yang sakit akibat terlanggar dinding."Sayang, abang tak ada niat nak tipu."​"Abang dah tipu saya."​"Abang tak sengaja sayang..."​"Berhenti panggil aku sayang. Jangan sentuh aku," jerit Lufiya sekuat hati sambil jari telunjuknya dituding tepat ke wajah Bazlan. Sudah tidak peduli pada mata yang memandang. Hatinya hancur! Hatinya sakit! Hatinya pedih!​"Kalau ada pisau kat tangan aku sekarang, aku akan bunuh kau Bazlan."​"Ya Allah, sampai macam tu sekali Fiya nak buat kat abang. Ingat Allah sayang.""Habis kenapa abang sanggup buat saya macam ni? Saya bukan isteri yang baik ke? Apa kurangnya saya? Setiap hari abang panggil saya sayang, rupanya dalam hidup abang ada lagi perempuan yang abang panggil sayang. Bukan saya seorang. Saya rasa terhina sangat." Air mata yang jatuh tidak ditahan. Biarkan ia jatuh. Itu bukti hatinya sudah terluka dengan perbuatan Bazlan.…

RINDUKU MASIH ADA

RINDUKU MASIH ADA

8,085 377 17

"Saya nak minta encik untuk bertanggungjawab atas apa yang jadi malam tu.""Saya takde pun sentuh awak atau kita ni terlanjur ke apa."Kerana salah faham itu, majlis nikah ERENA dibatal oleh tunang tersayang. Terdesak, dia mencari lelaki yang menjadi punca kepada segala masalah."Saya cuma nak encik kahwin dengan saya. Saya janji saya tak akan tuntut apa-apa. Cukup setahun encik lepaskan saya. Atau encik nak cerai saya malam nikah tu pun saya sanggup.""Hal kahwin awak jangan buat main. Kahwin ni bukan untuk cerai."Tolak. Itu keputusan RIZQ. Mana mungkin dia terima ERENA kerana dalam hati hanya ada satu nama iaitu SYAFA, arwah isterinya. Tapi kerana satu janji ERENA, keputusan mula diubah."Saya tak mampu layan awak sebagai isteri. Saya boleh bagi nafkah bulanan pada awak, tapi untuk sayang, cinta atau bagi nafkah batin saya tak boleh."Setuju! Apa saja syarat yang RIZQ letak ERENA akan ikut. Janji mereka kahwin. Tapi bila sudah hidup bersama, lain pula jadinya. RIZQ yang betul-betul menjaga batas agar mereka tidak terbabas dalam perhubungan mula buat ERENA langgar janji. RIZQ digoda!"Buat apa saya nak malu kalau saya tahu suami saya takde nafsu pada saya." "Your body memang menarik, tapi tak cukup untuk buat saya tertarik. Kita baru kahwin. Dan mungkin sekarang awak dah ada rasa nak dibelai suami. Tapi sorry, saya tak boleh layan nafsu awak. Jangan salahkan saya sebab saya dah cakap awal-awal"ERENA gagal. RIZQ betul-betul menjaga keimanannya. "Touch me. Jalankan tanggungjawab awak sebagai suami saya." "Jangan bagi diri awak nampak murahan."Dan saat itu ERENA sedar, cinta itu hanya dia yang rasa. "Tell me, macam mana saya nak buang perasaan ni? Lepas awak sentuh saya, takkan sikit pun takde rasa cinta untuk saya?""Ada baiknya saya lepaskan awak."Dua pilihan. Teruskan bertahan atau melangkah pergi. Dan apa pilihan yang akan dibuat ERENA?…

Tiada Lagi Cinta

Tiada Lagi Cinta

2,633 167 13

"Mirza Rasyiqah binti Iswadi, aku ceraikan kau dengan talak satu."Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta musnah di saat Mirza berada di kemuncak kerjaya. Kecewa diceraikan oleh suami tercinta dia bawa diri. Ditinggalkan segala dunia glamor demi mencari kebahagiaan sendiri.Sembilan tahun menyendiri, kehadiran Jazri berjaya mengetuk pintu hati. Puas ditolak, lelaki itu makin mendekat. Berulang kali mengata hati ikhlas mahu memperisterikan dia. Tanpa mengira apa statusnya."Mirza Rasyiqah, saya suka awak."Peluang diberi. Berharap tidak disia-siakan. Perkahwinan berlangsung. Janji lelaki itu untuk menjaganya.Tapi sayang seribu kali sayang, bahagia yang diimpi derita yang datang. Janji yang terlafaz sebelum kahwin hanya penipuan."Mak nak tegur sikit. Ni semua tugas-tugas Mir. Tak patut Mir suruh Jaz basuh pinggan. Dia suami. Kerja dia makan je. Pinggan dia tu Mir yang kena cuci. Mir jangan buat anak mak macam bibik." - Puan Majeeda (Ibu mentua)"Alah, bosan akak asyik naik Viva dia je. Alang-alang Mir dah pakai Honda boleh akak pinjam. Boleh ya Mir. Nak jugak akak bergaya. Biar terbeliak bijik mata orang kampung tengok. Nak pakai dorang tak mampu." - Kak Linda (biras) "Abang buat loan. Tapi guna nama Mirlah. Sah- sah lepas."- Jazri (suami)Dalam pada berhati-hati rupanya Mirza sedar bahawa kali ini dia tersalah pilih suami. Tak pernah dia sangka keluarga mentuanya keluarga toksik. Cuba bertahan demi cinta, tapi sayang cintanya tak dihargai."Report polis. Bawak kes ni ke mahkamah. Ambil tindakan atas apa yang dia dah buat. Saman jugak biras awak sebagai orang ketiga yang ganggu rumah tangga awak. Jangan diam diri macam ni." - Elman…

BILA HATI MEMILIH DIA 2

BILA HATI MEMILIH DIA 2

6,579 228 12

"Sekali abang lepaskan Adra, jangan harap abang akan bagi Adra bawak Nara. Dan sekali Adra dah keluar dari rumah ni, Adra tak akan pernah jumpa anak-anak lagi. Jangan cabar abang!" - NazrielTak pernah Adra sangka, pada usia perkahwinan yang baru mencecah lima tahun ujian mula datang menguji hubungannya dan Nazriel."Tak payah nak nasihatkan saya. Awak lagi tak guna! Curang dengan bekas isteri sendiri."-Adra Sofea aka Kak Zura! Keputusan wanita itu untuk kembali menetap di Malaysia menjadi punca segala-galanya. Adra bersangka baik tapi dalam diam dia diperbodohkan!Dia lupa antara Sofea dan Nazriel mereka ada tali pengikat yang kuat. Nufail. Anak mereka."Abang sebenarnya tak nak anak, kan?" - AdraHancur hati Adra saat menyedari selama ini hanya dia yang beria-ria mahu mempertahankan rumah tangganya.Demi dua anak mereka Nufail dan Inara, dia bertahan lagi sehinggalah..."Awak cari dia sampai dapat. Kalau apa-apa jadi pada anak saya, sampai mati saya tak akan maaafkan awak." -AdraAkhirnya ujian yang paling besar melanda buat Adra jatuh terduduk. Semuanya sudah berakhir. "Ceraikan saya!" - AdraTiada apa yang perlu dipertahankan lagi saat hati sudah tawar terhadap sebuah perkahwinan.Namun, mampukan Nazriel untuk melepaskan Adra? Benarkan apa yang difikirkan Adra selama ini tentang Nazriel dan Sofea? Dan Sofea, benarkan kemunculan wanita tu untuk menghancurkan rumah tangga Adra?#bilahatimemilihdia2Adaptasi dramaSamarinda TV 328 mac 2022…

BILA HATI MEMILIH DIA

BILA HATI MEMILIH DIA

101,856 3,590 52

🌷Dan aku tewas dengan keikhlasan hatinya🌷"Kau nak cerai, kan? Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Puas hati kau?" - Nazriel Dan sejak itu dia menutup pintu hatinya serapat mungkin. Percintaan selama 8 tahun akhirnya sia-sia dan perit untuk terima hakikat perkahwinan dengan isteri yang dicintai gagal. Enam tahun bersama anak tunggalnya, hidupnya kembali diuji dengan kehadiran seseorang. "Nasiblah kahwin dengan saya dapat pakej sekali dengan Nufail."- Nazriel Bagi Adra tidak mungkin dia mahu menerima lelaki itu. Ternyata kerja sementara untuk menjadi pengasuh Nufail menjadi titik permulaan perkenalan mereka. Makin lama mengenali terbit rasa kagum pada bapa muda itu dan tanpa sedar hubungan mereka menjadi rapat. Tapi sayang apabila satu tragedi tidak dijangka menimpa. Hidupnya nanar mengenangkan keadaan diri. Dan Nazriel mula rasa bersalah. Atas dasar tanggungjawab dia diangkat menjadi isteri semata-mata mahu menjaga maruahnya yang cuba dicalar oleh lelaki lain. "Memang bagi awak kecil tapi saya tak boleh. Bila awak pegang tangan saya, saya rasa takut. Saya ingat apa yang jadi malam tu. Saya tak boleh."- Adra Sabarnya Nazriel melayan setiap kerenahanya. Sekali pun lelaki itu tidak pernah mengungkit. Dia dijaga dengan begitu baik sehingga hati yang kosong mula berlagu cinta. "Saya tak sempurna untuk awak." - Adra "Saya tetap nakkan awak."- Nazriel Kejamkah dia andai menolak seorang lelaki yang benar-benar ikhlas mahu menjaganya? Dan bila hati sedia memilih, perasaannya dilukai. "Adra hanya ibu tiri Nufail je. Bukan ibu kandung yang lahirkan dia. Naluri keibuan tak ada dalam diri Adra. Selagi tak bergelar ibu Adra tak akan rasa." Keikhlasannya diragui. Kasih sayang yang dicurahkan tidak dipandang. Nazriel yang dipuja akhirnya menunjukkan diri sebenar. Dan hatinya tidak tegar mencintai lelaki yang hidup atas dendam lama. *novel ni sudah diterbitkan bawah penerbitan KarnaDya pada Januari 2018.…

"T"

534 46 10

Villa yang lama ditinggal akibat kebakaran kini dijadikan rumah anak yatim. Aiman, kanak-kanak cacat yang kematian ibu dan ayah akibat dibunuh telah datang ke villa tersebut bersama pembantu rumahnya untuk minta perlindungan.…

Tetap Dia Di Hati

Tetap Dia Di Hati

137,804 5,527 49

"Kalau aku tahu ni yang terjadi, kau ingat aku akan mulakan dulu? Kau tahu tak selama ni apa yang aku rasa bila ingat balik perbuatan aku? Aku rasa baik aku mati."FALIQ NAZRAN- Dirinya tidak sempurna. Didikan agama yang diberi terbang saat diri berada di perantauan. Hidupnya bahagia dengan setiap dosa yang dicipta. Tapi kerana satu kejadian, kesedaran yang muncul sekelip mata mendatangkan rasa insaf.ZAFRAN- Kahwin? Perkataan itu lenyap sebaik dia memikul tanggungjawab menjaga si ibu yang lumpuh dan cacat. Tapi bila seru berkahwin itu muncul, demi kehendak si ibu dia redha."Bila awak dah jadi milik saya, saya tak akan sia-siakan awak. Saya sedar tanggungjawab saya bila saya ada isteri nanti. Walaupun kita tak pernah bercinta, saya akan cuba untuk sayang awak."AYUNI- Zafran adalah pilihan yang tepat. Walaupun berkahwin tanpa cinta dia bahagia dengan lelaki itu. Saat menyulam cinta, ujian terbesar datang melanda sehingga memutuskan hubungan mereka. Ayuni nanar saat sedar ada sesuatu yang berharga ditinggalkan Zafran untuknya.Nazran muncul kerana amanah. Tapi disebabkan masa lalunya yang dipenuhi dosa membuatkan dia berubah menjadi pendiam dan dingin sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada Ayuni."Beli kat mana air tu?""Tak ada soalan cerdik sikit yang kau nak tanya?"Kerana jodoh mereka bersatu. Tekad Nazran segala kisah lamanya akan menjadi rahsia sampai mati. Tapi kemunculan Aniza dengan seorang kanak-kanak lelaki telah membuka satu cerita lama. Bila kebenaran terungkap ada hati yang terluka dan ada insan yang dalam derita."Sebab saya nak mati dengan status seorang isteri."- AnizaKebahagiaan itu hilang sekelip mata. Kerana dosa lalu, tanggungjawab Nazran bertambah. Demi menuntut sebuah kemaafan ada hati yang perlu disakiti. Dan bila satu keputusan diambil, ada hati yang merana. Akan berbaloikah sebuah pergorbanan demi satu kemaafan?*Cerita ni sudah terbit versi novel. Berminat untuk dapatkan boleh whatsapp 019-6174343 (KarnaDya)…