Pakcik Hot 1301

Background color
Font
Font size
Line height

Pakcik Hot 1301

Bab 5

Ketika aku melangkah turun daripada van dan menapak mahu menuju ke lift seorang lelaki berhud dan berkaca mata hitam melanggar aku secara tiba-tiba. Mujur aku tidak terjatuh, sengal rasanya bahu.

"Tak nampak ke aku yang besar ni. ish..." Lelaki itu nampak tergesa-gesa seperti lari daripada sesuatu. Tanpa bersangka lebih jauh aku segera masuk ke dalam perut lift.

"Assalammualaikum." Aku memberi salam sebaik sahaja aku masuk ke dalam kondo tersebut. Lama aku menunggu tiada sesiapa menjawab salam, maknanya si pakcik memang tak ada. Entah ke mana dia pergi, maknanya apa yang dia cakap dalam mimpi tu mungkin benar. Pelik juga!

"Betul ke dia tak ada, maknanya mimpi tu macam betullah." Aku bercakap perlahan. entah kenapa langkah kaki aku laju sahaja naik ke atas menuju ke bilik yang di penuhi dengan buku. Teringat pesanan dia, kemaskan buku dia semula.

Sebaik sahaja aku membuka pintu, mata aku terbuntang! Aku tergamam!

"Ya Allah., ya Allah." Aku terduduk di ambang pintu. Cuba bernafas dengan teratur dan berfikir. Kerja siapa ni? Pakcik ke? Tapi bukan ke kelmarin pakcik dah cakap jaga buku dia elok-elok. Ni sekarang tengok apa dah jadi, buku berterabur atas lantai, di atas rak buku juga begitu. Memang bilik itu berselerakan macam dilanggar garuda.

Aku cepat-cepat mengambil gambar dan menghantar kepada Kak Wati. Lama aku menunggu balasan daripada Kak Wati. Sambil aku termenung menghadap buku-buku yang sudah tidak serupa buku lagi.

"Pintu ada kesan pecah masuk tak Hash?'tanya Kak Wati.

"Tak ada pun kak." Memnag elok sahaja aku membuka pintu tadi. Memang tiada kesan tombol pintu diumpil.

"Hurm, pelik ni. tapi Hash buat je kerja macam biasa, kalau ada apa-apa kejadian yang pelik Hash janganlah takut." Ujar Kak Wati. Nada suara Kak Wati ni macam nak merahsiakan sesuatu daripada aku. perkara pelik apa yang Kak Wati maksudkan?

"Hash kemas jelah." Macam tu je? Kak Wati pun macam endah tak endah sahaja. Aku pula yang memikirkan macam-macam. Kenapa jadi macam ni? Angkara siapa? Tuan ke? Segalanya berlegar di dalam kepala otak aku.

Aku kemas jugalah buku-buku tersebut, teringat mimpi aku malam tadi. Macam ada kaitan pula. Dia hanya suruh susun buku dia seolah-olah salah aku buku dia jadi carca marba tetapi bukan aku yang buat semua ni. Mungkin dia yang buat atau ada hantu tolong buat.

Scarynya! Mulalah mata aku melilau di dalam bilik bacaan tersebut. Bulu roma tiba-tiba menegak, dada terasa sendat. Ya Allah! Aku hanya mencari rezeki halal, janganlah kacau aku.

"Tok nenek moyang yang jadi penghuni bilik ni, jangan kacau anak cucu nak bekerja." Spontan sahaja ayat itu terkeluar daripada bibir aku.

Aku ambil salah satu buku yang berada di hujung kaki aku. Aku baca tajuknya. "Art of illusion." Tebal dan berat buku ni, macam menarik pula lukisan yang terpapar pada kulitnya. Aku membuka kulit hadapan buku tersebut tetapi apa yang aku buka sebenarnya bukan buku.

Ia adalah sebuah kotak berbentuk buku! Serupa sangat dengan sebuah buku, kotak apa yang diperbuat sedemikian rupa? Kotak misteri? Kotak menyimpan saka? Kotak yang dibuat begini kemungkinan besar adalah kotak yang menyimpan rahsia. Okey! Aku rasa aku dah terlibat dalam satu misteri aneh pasal Pakcik Hit ni. Aku belek kotak tersebut.

Di dalam kotak itu ada sampul surat berwarna kuning yang agak lusuh di mamah usia. Mungkin sudah lama berada di situ. Nak buka ke tak nak? Aku bertimbang- tara. Jangan buka, itu orang punyalah, akal waras aku menolak.

Tapi otak aku tidak dapat berhenti daripada memikirkan kotak dan sampul surat tersebut. Aku akhirnya menggunakan akal yang tak seberapa nak cerdik. Aku nak tengok isi sampul tersebut. Akhirnya aku lambakkan isinya, dan kemudian aku tarik nafas lega.

"Lah! Bukan benda penting pun, poskad dengan gambar lama je rupanya." Aku tergelak sendirian. Misteri nusantara sangatlah Hash!

"Cantiklah poskad ni, patutlah dia simpan dalam buku art of illusion tu. Memang lukisan pada poskad ni lukisan ilusi. Macam pernah tengok lukisan macam ni. Dekat mana ye?" Aku cuba berfikir. Rasanya aku pernah tengok lukisan macam ni, hampir serupa hanya gambarnya sahaja berbeza tapi tetap gambar pemandangan yang sangat indah. Seolah-olah pemandangan itu berkitar hanya pada satu tempat.

Aku belek poskad tersebut satu persatu, pada salah satu poskad tersebut aku terlihat contengan AH- the power off love. Pada helaian terakhir poskad tersebut ada sekeping gambar seorang wanita hamil dan dua orang budak lelaki seakan kembar seiras, anehnya gambar tersebut di conteng pada kedua wajah lelaki dan wanita t. Aku pusingkan gambar tersebut. Ada tulisan di belakang gambar itu.

"Hukuman lambat atau cepat, ia pasti datang."

Ish! Rasa takut aku semakin menjadi-jadi pula. Memang misteri betul poskad dengan gambar ni! Macam terjebak dengan siri penyiasatan aje dah ni walaupun aku tak tahu apa benda semua ni dan sekarang aku rasa aku menyesal mencuri melihat hak orang. Aku simpan poskad dan gambar tersebut kembali ke tempat asalnya. Aku tidak mahu menceroboh privacy orang lain walaupun aku dah pun menceroboh dengan jayanya. Kalau pakcik hot tahu ni matilah aku. Baik aku kemas macam biasa, aku cepat-cepat mengutip buku-buku tersebut, sebelum pakcik balik aku kena kemas elok-elok.

"Siapa yang buat buku-buku ni macam ni?" aku terkejut. Pakcik hot bercekak pinggang di muka pintu. Nak wajahnya manis? Jangan harap! Wajahnya sekarang memang wajah 'bapak nak telan anak'. Aku berdiri tegak, laksana tentera yang sedang bersiap sedia mahu menerima hukuman.

"Maaf tuan, saya tak tahu tuan. Saya sampai sahaja tadi buku-buku ni dah macam ni." aku berkata perlahan, rasa takut dan risau saling bertindih. Takut dia marah, risau dia menuduh aku sengaja, tak pasal-pasal aku kena buang kerja nanti.

Dia bergegas turun ke bawah, memeriksa sesuatu di luar pintu. Kemudian dia berlari kembali naik ke atas.

"Kunci kau mana?" soalnya.

"Ada saya sangkut dalam keybox." Ujar ku.

"Masa kau datang sini hari tu, kunci kau memang kau sangkut dalam keybox sahaja?" soalnya. Aku angguk, dah memang tempat kunci, aku sangkutlah situ.

Dia mencari sesuatu pada celahan buku yang masih berselerakan di atas lantai. Kelam- kabut.

"Tuan cari apa?" aku bertanya agak takut-takut.

"Art of illusion" jawabnya. Oh! Dia cari kotak itu.

"Ini ke?" aku menunjukan dia buku tersebut yang aku letak di belakang kerusi.

"Yes. Oh my god!" dia cepat-cepat mengambil kotak tersebut.

"Siapa pun yang buat ni, dia mencari benda dalam ni." ujarnya.

"Cari sampul surat lama, poskad ilusi dengan gambar family tu ke?" soal ku.

"Kau buka?" aku angguk laju dengan kedua belah tangan aku angkat. Ya ampun tuan!

"Rumah ni dah tak selamat, seseorang dah tahu dan akan datang selagi dia tak jumpa apa dia cari." Dia tergocoh-gocoh menghilang dengan sampul surat tersebut tetapi kemudian dia muncul kembali dengan sebuah beg sandang kecil.

"I want to go now." Ujarnya, aku pula terpingga-pinga.

"Ambil barang kau cepat." Dia berkata. Aku pula yang risau, alamak! Dia suruh aku ambil barang aku tapi dah kenapa?

"Go..go..now." Dia menyeret aku keluar daripada bilik buku tersebut. Aku menurut, berlari mendapatkan beg aku di atas sofa. Dia kemudian terus sahaja menuju ke arah lift. Aku terkial-kial mahu mengunci pintu kondonya, dia sudah pun masuk ke dalam lift. Terpaksa pula aku berlari mendapatkan dia. Di dalam lift dia memandang ke arah cctv dengan pandangan cukup tajam sebelum keluar dia menunjukan isyarat yang aku sendiri tak faham.

"Tuan, dah kenapa sebenarnya?" aku bertanya sambil mengekori langkahnya. Aku hanya mengikut arahannya supaya mengekori dia tanpa banyak soal. Kami berjalan kaki mencelah deretan bangunan sebelum sampai di area Kampung baru. Dia menarik tangan aku naik ke sebuah bangunan yang agak usang. Aku tahu ia sebuah motel lama yang menjadi tumpuan pendatang asing. Dia naik ke tingkat 3, membuka sebuah pintu berwarna biru dan dia menarik aku masuk ke dalam rumah tersebut. Seruis aku betul-betul takut, terfikir benda lain. Manalah tahu kalau pakcik ni ada niat nak rogol aku.

"Apa ni tuan? Tuan seret saya sampai ke tempat ni. Saya tengah bekerjalah." Aku cuba menutup rasa yang tidak selesa.

"Baru kau teringat kau bekerja? Kau sedang bekerjalah sekarang ni." Jawabnya, dia meletakkan begnya di atas sofa yang tak berapa nak rupa sofa. Dia mengeluh!

"Tuan patut cakap dengan saya apa dah jadi? Kenapa buku tu jadi macam tu, kenapa penting sangat poskad ilusi tu." Bertalu-talu aku bertanya kepadanya.

"I don't no." Jawabnya sepatah. Tak tahu tapi seret aku sekali dah kenapa.

"Tuan bawa saya sekali tuan sedar tak saya sedang bekerja?" Soal aku lagi.

"Aku tahulah kau tengah kerja tapi aku tak boleh biarkan kau dalam rumah tu lagi. kau faham tak? Kalau kau nak mampus kau duduk lah dalam rumah tu."tengkingnya, aku menelan air liur, dasar mulut puaka punya pakcik.

"Kalau saya tak boleh terus duduk dalam rumah tu, biarlah saya balik ke office buat laporan apa yang patut." Ujar ku perlahan.

"Pasti mereka dah nampak kau keluar masuk dalam rumah aku tu."

"Apa tuan cakap ni, memanglah guard pun tahu saya yang masuk rumah tuan bersihkan rumah tuan."

"Ya dan itulah masalahnya, bodoh!" dia menengking lagi.

Aku dia panggil bodoh? Memanglah mulut dia, mulut segala mak nenek puaka yanga da dekat tanahair ni, ikut sedap dia bodohkan aku.

"Aku tak cakap kau bodoh tapi alang-alang kau dah tengok poskad-poskad tu aku nak tahu apa yang kau jumpa pada poskad tu." Tanyanya. Aku geleng mana ada aku jumpa apa-apa aku belek-belek macam tu je. Paling habis tulisan AH- the power off love tu sahaja.

"Kalau kau nak tahu...." Dia pandang wajah aku, nampak dia menarik nafas panjang-panjang. Cuba mencari sedikit ketenangan yang telah hilang, ketakutan , kebimbangan yang mungkin sedang merajai jiwanya. Aku masih mematung menunggu dia meneruskan bicaranya.

"Can I trust you Hash?" tanyanya pula. Aku bungkam! Aku ni mulut tak ada insuran risau terbawang rahsia orang tapi kalau rahsia si pakcik hot ni mungkin aku simpan rapat-rapat. Perlahan aku angguk.

"Kalau tuan rasa nak percayakan saya, tuan boleh percaya. Tapi kalau tuan rasa tak nak percayakan saya , saya okey."

"Aku tak tahu tapi tengok muka kau aku tahu kau jujur."

Aku jujur? Ya aku mungkin jujur malah terlalu jujur sehingga kejujuran aku tu kadang-kadang buat orang benci. Contohnya si Sidek Jagung.

"Dan bagitahulah saya apa rahsia tu?" wajahnya aku pandang, dia membalas pandangan aku dengan renungan yang cukup redup.

"Oh my pakcik! Don't looked at me like a meowww..." Cair! Cair!

You are reading the story above: TeenFic.Net

#idaanuar