Pakcik Hot 1301

Background color
Font
Font size
Line height

Pakcik Hot 1301
Bab 2

Alhamdullilah temuduga maid hot tu berjalan dengan baik, hasilnya aku sudah boleh memulakan kerja hari ini. Aku memandang apartment mewah ini daripada bawah. Tinggi betul! Macam mana majikan baru aku ni boleh tinggal dekat tempat tinggi begini?

“Hash make sure lepas kemas, pastikan semua okey baru keluar sebab rumah ni kita kena kemas dua hari sekali je, tukar cadar seminggu sekali. Tukar kain langsir dua bulan sekali.”

“Sementara nak rotate balik Hash akan di beri tugasan lain, dekat rumah lain. Bos yang sama juga.”

“Berapa banyak rumah da…” Ops! Baru hari pertama kerja dah merungut.

“Dua je Hash, rumah yang satu lagi ni tugas Hash senang sahaja, tolong jaga nenek bos. Nenek bos tu duduk atas kerusi roda, so Hash kena mandikan, kena bagi makan, kena tolak keluar rumah. Jalan-jalan. Bila ada checkup dekat hospital Hash kena pergi temankan sampai habis.”

“Owh okey, beres Kak Wati.”

“Okey ini kunci apartment. Kunci ni buka daripada luar sahaja. Kalau nak buka daripada dalam ada keylock, password 1301.”

“Eh macam birthday Hash lah.” Aku gelak, senang betul nak ingat.

“Make sure jangan usik benda tak perlu,masuk semua bilik jangan tertinggal satu bilik pun. Tukar cadar, pastikan bilik air bersih.”

“Ahmad hantar pergi, balik pun Ahmad ambil. Pukul 5, jadi waktu kerja Hash pukul 8 pagi dekat office pukul 10 start ke apartment.”

Termati lamunan aku apabila seseorang melanggar aku daripada belakang. Hampeh betul! Dahlah tak cakap maaf pun. Budi bahasa memang tak ada agaknya. Aku merungut-rungut!

“Huznuzon, mungkin dia bisu dan pekak atau dia buta.” Aku merungut di dalam hati.

Aku melangkah menuju ke arah lift. Berpandukan alamat yang di beri aku naik ke tingkat 20, dada terasa berdebar-debar, aku ni sebenarnya gayat tapi takkan aku nak cerita pada Kak Wati betapa fobianya aku dengan tempat tinggi. Demi kerja, aku kena bertabah inilah satu-satunya harapan yang aku ada untuk menapak menambah simpanan KWSP yang baru nak bernyawa.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam sebaik sahaja aku berdiri di muka pintu. Terlopong aku sekejap melihat rumah tersebut, cantik betul! Rasa macam dah termasuk ke alam kayangan. Super duper cantik, kalau nak dibandingkan dengan rumah teres ibu.

“Assalammualaikum.” Aku memberi salam lagi.

“Walaikummusalam.” Aku terdorong ke depan, pantas aku berpusing mengurut dada. Aduhai! Dah kenapa jawab salam orang daripada belakang. Aku melihat fizikalnya, baru balik daripada jogging agaknya itu sebab dia muncul daripada belakang memandangkan aku terpacak di hadapan pintu.

Aku telek wajahnya!

Jambangnya!

Rambutnya!

Bodynya!

Pergh! Gila hot pakcik ni.

“Kau pandang aku macam aku ni telanjang apahal?” jerkahan suara itu menyebabkan aku cepat-cepat menutup mulut dengan kedua belah tangan.

“Sorry pakcik.” Terkeluar perkataan pakcik yang berlegar di dalam minda aku.

“Apa kau panggil aku? Pakcik?” lelaki itu menjengilkan matanya memandang aku yang tak seberapa nak comel. Control comel! Fuh! aku menarik nafas. Cara dia jengilkan mata buat aku jadi macam aiskrim baru keluar daripada peti sejuk.  Cair! Tampannya kau pakcik!

“Ops! Maaf tuan.” Aku cepat-cepat meminta maaf, hari pertama bekerja kena sopan santun. Kalau tak nak kena buang kerja.

“Siapa nama kau?” Soalnya, nada suara dia tak berapa nak indah menerjah cuping telinga aku. cubalah cakap elok-elok pakcik, muka elok dah tampan tapi mulut puaka pula.

“Ha…ha…”

“What ha, ha, ha…?”

“Hash encik.” Laju aku menjawab.

“Hash? Hash je nama kau?” soalnya lagi.

“Hash Lestari binti Abdul Halim bin Husin…” Dia mengangkat tangan menyuruh aku diam.

“Husin bin lempoyang, lempoyang bin halia, halia bin kunyit, kunyit bin Lada, Lada bin Padi. Okey done! Cukup tujuh keturunan.” Amboi! Sedapnya mulut kau bercakap pakcik. Dasar mulut puaka betul. Kak Wati!!! Aku nak resigned!

“Kau tahu apa kau nak buatkan?” tanyanya , dia beralih duduk di atas sofa mahal dia menghadap televisyen besar 43 inci.

“Tahu, Kak Wati dah cakap.” Aku menjawab jujur.

“Rumah ni dah dua bulan tak ada orang datang bersihkan, jadi banyak habuk. Aku nak kau bersihkan make sure satu habuk pun tak ada. Kalau aku check tak bersih kau jangan balik.”

Demand! Tapi aku hanya mampu angguk sahaja, aku perlukan kerja ni. aku tak nak menganggur lagi, aku tak nak kena kahwin dengan Sidek Jagung.

“Ada apa-apa arahan lagi tuan?” tanya aku polos.

“Tak ada, kalau ada aku cakap. Aku nak mandi then nak keluar balik.”

“Baik…” Aku tertunduk hormat. Bagus! Keluarlah balik, tak manis anak dara comel macam aku duduk dengan pakcik  yang kacak serupa Wak Doyok. Jangan cari pasal!
Ketika aku mengemas bahagian dapur, pakcik hot turun dengan baju kemeja berwarna merah hati dan seluar slack berwarna hitam.  Dia sibuk melipat lengan baju sehingga keparas siku. Bergetar dada tengok wajah selamba itu menuruni tangga.

“Aku nak keluar, make sure kerja kau siap.” Ujarnya sebelum menghilang di sebalik pintu.  Aku terpacak berdiri memandang pintu yang sudah tertutup, tak sempat nak cakap apa-apa dia dah pergi.

“Rumah ni sekali pandang macam so exclusive, dua kali pandang aku rasa macam seram pula. Sunyi sepi.” Aku merungut-rungut sambil membersihkan peti sejuk yang sudah lama tidak di bersihkan. Ada bau kurang enak datang daripada peti sejuk tersebut. Makanan yang sudah masam dan berbau masih tersimpan.

“Selekehnya pakcik ni, tak kanlah peti sejuk pun tak sempat nak kemas.” Aku membebel lagi. Habis mengemas bahagian bawah, aku naik pula ke bahagian atas.

Di atas ada dua buah bilik, satu confirm bilik pakcik hot, satu lagi mesti bilik tetamu. Aku masih bilik pertama. Kan dah agak, itu bilik pakcik, aku memandang sekeliling bilik. Kemas tersusun, cadar elok sudah berkemas, bantal juga elok seperti tidak di tiduri langsung.

“Ada juga lelaki macam pakcik ni kan, rajin macam ni. senang kerja aku tapi Kak Wati cakap gantikan cadar kedua-dua bilik. Ah! Ikut jelah.” Aku mula membuka cadar berwarna biru laut kepada cadar berwarna pink yang aku jumpa dalam almari. Aku confuse, cadar warna pink? OMG! Jangan cakap si pakcik hot kategori LGBT!

“Huznuzon beb, bersangka baik.” Suara hati aku menghalau cakap-cakap tak ada faedah yang muncul dibenak aku ketika ini. Mungkin wife pakcik suka warna pink manalah tahu kan. habis mengemas katil, aku lap segala habuk, aku basuh bilik air.

“Pheww! Pewai! Kalau hari-hari macam ni.” Aku meluruskan pinggang sebelum beralih ke bilik kedua.
Masuk sahaja ke bilik nombor dua aku terkejut, bilik  itu langsung tiada katil. Aku tak pernah jumpa benda macam ni, tapi apa nak hairan. Pakcik orang kaya, orang kaya boleh buat apa sahaja yang dia suka. Aku renung suasana bilik itu, macam mana dia duduk dalam bilik ni agaknya kan? Kalau aku pasti aku rimas sebab aku memang tak suka buku apatah lagi banyak mencecah siling.

“Itu buku.” Aku terkejut, terpelanting bulu ayam yang ada di tangan aku. Waduh! Bila masa pakcik balik ni, sekejap sangat keluarnya. Tak sampai dua jam dah balik.

“Ha ya tuan saya tahu itu buku bukan bulu.” Spontan aku menjawab, disebabkan terkejut bulu ayam aku terjatuh.

“Apa jadah aku nak simpan bulu banyak-banyak dalam rumah ni. bulu yang ada dekat aku ni dah cukup.” Ish! Jawapan pro dan kontra, double meaning je aku dengar.

“Aku balik just nak makesure kau buat kerja kau tapi aku tengok kau pasang cadar warna pink dalam bilik aku. Mana kau dapat?” tanyanya.

“Dalam bilik tuanlah.” Jawab aku perlahan.

“Kau tanggal balik, kau ingat aku ni gegirl ke? Like what…? Eeew tanjat gegirl.”

Aku gelak! Pandai pula pakcik ni buat lawak tapi dia haram kut gelak. Muka masam mencuka! Kelat masam asam kedondong.

“Aku tak suka warna pink, kau buka cadar tu, kau ambil bawa balik. Never ever pink in my bedroom.” Suruhnya dengan muka garang macam bapak singa.

“Saya ingat tu wife tuan punya.”

“Berapa jam dah kau kemas rumah ni?” soalnya.

“4jam tuan.”

“Ada kau jumpa wedding frame?” laju aku geleng.

“Maknanya aku tak kahwin lagi.” okey, ada peluang nak tackle pakcik hot ni. aku menyengih dalam hati.

“Jangan sesekali terfikir nak mengurat aku.” Alamak! Mati terus senyuman, sombongnya sampai kelangit.

“Tak nak saya, dahlah serabut banyak bulu, sombong pula tu.” Aku ambil bulu ayam yang terpelanting tadi, selamba aku kibas-kibas rak buku yang memenuhi dinding 4 penjuru bilik tersebut. Lantaklah nak sentap apa, yang penting kerja aku siap.

“Make sure buku tu tak koyak.” Ewah! Ingat aku spesis makan buku ke?

“Baik tuan, kalau saya tumpang baca je boleh ke tuan?”

“Kau baca buku ke?”

“Eh! mestilah, saya khatam buku sejarah tingkatan 5 tau.”

“Itu nenek aku pun khatam.” Jawabnya selamba, sakitnya tu disini!

Sebaik sahaja habis menyindir aku, dia kembali menghilang lesap. Mungkin masuk ke dalam bilik dan tidur. Aku menyiapkan kerja aku sehingga waktu bekerja aku habis. Tanpa mengucapkan selamat tinggal aku bergegas mendapatkan Ahmad yang sudah sedia menunggu di dalam van.

Lapang rasa dada yang sendat, kalau hari-hari aku jumpa pakcik hot ni mahu aku mati kena sindir, mati berangan, mati kecairan. Oh! My Allah bless me Hash Lestari.

You are reading the story above: TeenFic.Net

#idaanuar