Hani mengambil tempat ditengah, diantara Ariana dan Trisha. Mereka bertiga sekarang berada di dewan kuliah untuk sesi pembelajaran. Ariana dan Trisha memberi seratus tumpuan pada lecture yang sedang mengajar dihadapan. Hani pula tidak senang duduk. Kepalanya asyik kekiri dan kekanan untuk mencari seseorang lalu kembali kehadapan.
Tuk!
Hani berpaling kebelakang semula dengan wajah yang tidak puas hati. 'anak lahanat siapa pulak lah yang baling bola kertas dekat kepala aku ni!' jerit Hani dalam hati.
Dia hanya mampu menyimpan geramnya saja dari masuk dewan kuliah ni. Baru nak beri tumpuan, ada orang baling bebola kertas kecil di kepalanya. Kalau sekali dua takpelah.. ni banyak kali. Makin panas hati Hani dibuatnya.
Ziyyad yang berada di kerusi atas hanya tersenyum kecil melihat Hani. Nampak comel mula apabila melihat gadis itu menahan geram. Merah padam mukanya.
Tuk!
"eishh!!!" bentak Hani geram. Pen ditangannya genggam kuat. Laju kepala berpaling ke belakang.
Ariana dan Trisha mengerut kening memandang Hani.
"you ni dah kenapa Hani?" soal Ariana.
"haah, kenapa ni?" soal Trisha pula.
Hani merengus geram. "ada manusia mana tah yang baling bola kertas ni atas kepala saya. Banyak kali pulak tu!. Daripada kita masuk lagi" bentak Hani. Mejanya di tumbuk perlahan. Karang tumbuk kuat-kuat sakit pulak.
"huh? siapa?"
"mana lah saya tahu Ariana.. kalau saya tahu, dah lama saya campak pencil box ni dekat muka dia" kata Hani dengan tangan mengenggam pencil box miliknya.
Ariana dan Trisha mengerut kening. Terus mereka berpaling ke arah pelajar di belakang. Takde ape yang pelik pun?
"takde apa pun?" kata Trisha hairan.
"dahlah, sir pandang dah tu. Cepat pandang depan" lantas tangannya menarik wajah Hani supaya pandang kehadapan saat Sir Hanif memandang mereka bertiga.
Hani mengeluh kecil. Dengan terpaksa dia memandang ke hadapan semula.
Zariff tergelak kecil melihat Hani. Jarinya mengoyakkan lagi kertas lalu membuat bentuk bebola bulat. Tangannya diangkat untuk membaling lagi kearah kepala Hani. Bismillah.. Headshot!
"dahlah tu bro. Kesian aku tengok Hani tu" kata Ziyyad lalu menahan tangan Zariff daripada membaling.
"relax lah bro. Aku nak fun-fun pun tak boleh" rungut Zariff.
Ziyyad menggeleng kepala perlahan.
"kau nak mengusik pun agak-agak lah. Hani tu nak belajar lah.. Kesian dia tak dapat fokus" kata Ziyyad, sesekali dia memandang Hani yang sedang menumpukan perhatian pada sir Hanif.
"ah! biarlah!. Sape suruh haritu dia kacau aku tidur?. Sekarang memang mendapat lah dia" kata Zariff selamba.
Ziyyad terkedu beberapa saat. "kacau kau tidur?"
Zariff mengangguk tanda 'ya'.
"macam mana dia tahu bilik kau?" soal Ziyyad. Macam mana Hani boleh tahu private room Zariff?. Sedangkan bilik itu terletak jauh dari asrama-asrama lain?. Jantung Ziyyad mula berdegup laju.
"entah. Haritu cuti weekend. Orang semua bebas. Masatu dia jalan-jalan kot?. Entah macam mana dia boleh tersesat sampai private room aku. Nasib tak kena tangkap khalwat" balas Zariff selamba. Bibirnya terukir senyuman kecil.
Ziyyad mengangguk perlahan. Bibirnya tersenyum kelat.
-----------
"Hani, Trisha. I nak pergi toilet sekejap eh. Korang duduk sini dulu"
"okay" balas Hani dan Trisha serentak.
Trisha dan Hani melabuhkan punggung di kerusi batu pondok ilmu. Masing-masing bermain telefon. Tiba-tiba perut Hani berkeroncong tanda lapar.
"awak, saya lapar lah. Saya nak pergi cafe jap beli makanan" kata Hani lalu bangun dari duduknya.
Trisha mendongak memandang Hani.
"awak nak saya teman tak?"
Hani menggeleng laju. "takpe, awak tunggu je kat sini. Nanti Ariana datang tak jumpa pulak"
Trisha mengangguk perlahan.
Hani mengatur langkah kearah Cafe'teria. Sampai saja, Hani membeli kuih-muih dan air kotak laici. Seusai membayar, Hani kembali pada Trisha.
Buk!
"aduh!" adu Hani. Habis jatuh air kotak dan plastik kuihnya. Mujur kuihnya tidak terkena tanah.
"ups sorry Hani. Saya tak perasaan. Saya mintak maaf sangat-sangat"
Hani mendongak memandang lelaki dihadapannya. Keningnya berkerut.
"Ziyyad?"
Ziyyad tersenyum nipis. "sorry Hani. Saya betul-betul tak sengaja langgar awak" mohon Ziyyad.
Hani tersenyum kecil. "takpe. Saya okay je. Tak sakit pun" kata Hani lembut.
Ziyyad menggaru belakang kepalanya.
"okay macam ni. Saya pergi belikan makanan baru untuk awak. Kesian makanan awak terjatuh tadi" kata Ziyyad serba salah.
"tak.." belum sempat Hani bercakap, Ziyyad sudah pergi ke Cafe'teria.
Hani memandang tubuh belakang Ziyyad yang sedang berjalan. Kenapalah lelaki itu sangat baik dengan aku. Aku ni pun bukannya baik sangat. Tapi dia nampak ikhlas saja. Hani tersenyum kecil.
Beberapa minit kemudian, Ziyyad kembali dengan tangan yang membawa seplastik kuih dan roti pizza serta air kotak milo.
"eh banyak nya?" tanya Hani hairan.
"takpelah. Ini tanda minta maaf saya pada awak" kata Ziyyad ikhlas. Bibirnya tersenyum manis.
Hani mengangguk kepala. Nak tak nak kena jugalah terima.
"hm yelah. Saya pergi dulu ye. Assalamualaikum" ucap Hani serayu melangkah pergi dari situ.
"Waalaikumusalam"
-----------------
Selesai menunaikan solat Zohor, Puan Hana melipat telekung dan sejadahnya lalu digantung di tempat penyangkut. Baru saja dia mahu membuka pintu, tiba-tiba Hariz menolak daun pintu. Mujur tidak mengena pada muka Puan Hana.
"eh ibu!, maaf" mohon Hariz dengan senyuman nipis.
Puan Hana menjeling. "dah kenapa main terjah bilik ibu ni?. Ibu nak masak lauk untuk ayah dengan abang Haraz ni. Karang mereka balik, lapar pulak" kata Puan Hana.
Tanpa berkata, Hariz terus menarik tangan ibunya ke ruang tamu. Hariz menepuk lembut sofa kusyen sebelum menyuruh Puan Hana melabuhkan punggung. Puan Hana menggeleng kepala. Apalah yang anak aku buat ni, nampak macam membodek pun ada.
"apadia yang kamu nak bagitahu ibu?" soal Puan Hana, seolah dapat membaca fikiran anaknya.
Hariz tersengih menayang giginya yang tersusun. Sampul surat putih yang berada di atas meja kopi dicapai.
Vroom! Vroom!
Kedengaran bunyi motor diluar. Haraz memarkingkan motonya di bawah rumah. Encik Noah pula sedang membasuh alatan menebas.
Hariz berlari keluar rumah dengan riang. Bahu abangnya disergah kuat.
"oi mak!. Kau ni apahal Hariz, aku cepuk muka kau pakai sabit ni baru tahu" kata Haraz geram.
Hariz tersengih seperti kerang busuk. "alah sorry lah bang. Aku ada bende nak bagitahu ni" kata Hariz separuh berbisik.
Kening sebelah Haraz terangkat.
"apa?"
"nantilah. Tunggu semua masuk rumah dulu" kata Hariz dengan senyuman lebar.
Haraz menggeleng kepala. Apa-apa jelah Hariz..
Setelah Encik Noah dan Haraz masuk kedalam rumah, mereka melabuhkan punggung di sofa. Masing-masing memandang kearah Hariz yang tersenyum dari tadi.
"apadia yang kamu nak cakapkan sangat tu?" soal Puan Hana.
Hariz menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Tangannya mencapai kembali sampul surat putih di meja kopi lalu diserahkan pada Puan Hana.
Puan Hana menyambut huluran dengan dahi berkerut. Puan Hana mengeluarkan kertas didalam sampul itu sebelum dia membaca dengan perlahan. Secara tiba-tiba dia menekup mulut menggunakan sebelah tangan. Airmata gembira mula berlinangan.
"Ya Allah Hariz! kamu dapat kerja?. Astagfirullah.. kenapa selama ni ibu taktahu yang kamu pernah mohon kerja?" soal Puan Hana bertubi-tubi. Airmata gembira seorang ibu mula mengalir perlahan.
"ha? Hariz dapat kerja? Alhamdulillah.." ucap Encik Noah gembira.
Haraz membaca surat itu sebelum dia memandang kearah Hariz. Bibirnya tersenyum kecil. Bahu adiknya ditepuk berkali-kali.
"Tahniah bro. Jadi orang KL lah kau lepasni" kata Haraz berbaur perlian.
"eish!. Mana ada orang KL. Kerja je dekat sana. Aku asal kampung" kata Hariz. Bibirnya dijuih kedepan.
"yelah.. apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau"
Hariz mengangguk laju. Dia pun tidak sabar mahu pergi ke KL. Boleh jumpa Hani dekat sana. Eh? tapi kan tengah belajar, aku pulak kerja. Macam mana mahu berjumpa?.
"Lepasni mesti rumah ni akan sunyi tanpa kamu, Hariz. Kamu lah orang yang selalu buat bising dalam rumah ni. Dulu Hani, sekarang kamu pulak.." kata Puan Hana sayu.
Hariz melabuhkan punggung disebelah ibunya. Bahu Puan Hana digosok perlahan.
"ibu, Hariz pergi kerja saja. Kalau dapat cuti Hariz balik sini tengok ibu, ayah dan abang Haraz. Hani pun lagi 3 tahun lebih je lagi nak balik. Ibu jangan risau, kalau ibu bosan, ibu main tepuk amai-amai dengan ayah ke dengan abang Haraz ke? kan?. Buat senaman tangan" kata Hariz lalu tergelak kecil.
Encik Noah tergelak kecil bersama gelengan kepala. Anak keduanya ini selalu buat lawak bodoh dia. Ada saja bende yang menjadi bahan jenaka. Itulah Hariz, penyeri keluarga kecil mereka. Hani pula seperti puteri bongsu yang sangat manja. Haraz pula ibarat seperti pelindung utama keluarga mereka, kerana perangainya yang matang, pendiam dan mempunyai badan yang sasa. Haraz juga sentiasa melindungi adik-adik serta kedua ibuayahnya setiap masa. Sebab itu, Haraz sentiasa menolong dan menemani Encik Noah dikebun agar tiada perkara yang berbahaya mahupun buruk berlaku pada ayahnya. Sungguh hebat Putera sulungnya.
Haraz mengeleng kepala melihat adiknya. Ada dia suruh aku main tepuk amai-amai dengan ibu ayah?. Kau bagi sejuta pun aku taknak buat!. Jatuh maruah keluarga jika melihat Haraz yang sado, hensem dan dingin ini bermain tepuk-tepuk begitu.
"ada jugak yang kena tepuk dengan aku dekat sini kang" kata Haraz dengan nada keras.
Hariz mengekek ketawa. Puan Hana pun tergelak juga, diikuti dengan Encik Noah. Semua bergelak sakan.
Haraz merengus geram. Dia bangun dari duduknya lalu berjalan kearah biliknya. Baik aku mandi lepastu tidur lagi bagus. Daripada tengok mereka ketawa. Entah apa yang lawak pun aku taktahu.
"dah dah.. sudah sudah.. lenguh pipi Hariz gelak lama-lama" kata Hariz sambil memegang tulang pipinya yang terasa lenguh.
Puan Hana dan Encik Noah berhenti ketawa. Masing-masing tercungap mencari nafas.
"ibu.. Hariz lapar lah" rungut Hariz tiba-tiba.
Puan Hana tersentak. Terbeliak biji matanya memandang suaminya dan Hariz bersilih ganti.
"awak ni dah kenapa? kena sampuk?" soal Encik Noah.
"saya belum masak lagi bang!. Kita nak makan ape ni?" jerit Puan Hana
Encik Noah dan Hariz melopong. Ah! habistu aku nak makan ape?!. Dahlah tengah kebulur sekarang ni. Ah!!!!
You are reading the story above: TeenFic.Net