π‘π€π‰π€πˆπ„ 𝐅𝐀𝐐𝐄𝐄𝐇 : 9

Background color
Font
Font size
Line height

𝓑𝓲𝓼𝓢𝓲𝓡𝓡π“ͺ𝓱...

RING..
RING...
RING....

Afeena Maisara mencapai telefonnya lalu menekan punat hijau untuk menjawap panggilan walaupun dia masih mamai

"heylo , hape nii" ujar Afeena Maisara suaranya di sengaukan kerana masih mamai

"haha cute la babygirl ni baru bangun ya " kata Rajaie Faqeeh dicorong telefon dia sudah membantai gelak mendengar suara itu

terkejut Afeena Maisara mendengar suara pemanggil seperti Rajaie Faqeeh dia mula menggosok kedua belah matanya untuk melihat nama pemanggil dan pemanggil nya ialah....

"my fiance..."

"Ish awak nak apa pagi lagi ni " geram Afeena Maisara waktu tidurnya terganggu

"sorry babygirl , aku nak kejutkan kau je takut kau lupa pukul 9 ni kita nak keluar tau " ujar Rajaie Faqeeh tak sabar nak date

"Iyaaa,, saya tahu la pukul 9 pagi kan sekarang pukul 6:30 pagi agak-agak la nak call pun " marah Afeena Maisara waktu tidurnya terganggu kerana seorang Rajaie Faqeeh

"Hehe sorry baby, tak apalah dah bangun kan pergi la solat subuh lepas solat tu doakan la aku dengan kau ni semoga forevahh till jannah " tanpa segan silu dia berkata

"Ahuk , ahuk " terbatuk Afeena Maisara mendengar doa Rajaie Faqeeh lain macam doa dia ni

"Ehh... baby okay tak tu?" tanya Rajaie Faqeeh dari corong telefon risau kalau ada apa-apa terjadi

"S-saya okay cuma terbatuk sikit aje" bohong Afeena Maisara padahal blushing dengan ayat Rajaie Faqeeh

"Ouh ingatkan apa tadi , so my dear baby nanti keluar takyah pakai cantik angat tau , nanti orang tengok baby lebih , aku tak nak orang tengok baby macam tu " katanya dia bukan boleh orang tengok baby dia ni , naik darah dia silap-silap dicungkil nya mata orang yang tengok tu

"Ishh saya tahu la , dah la saya nak siap-siap nanti awak sampai call saya " ujar Afeena Maisara lalu bangun dari katilnya menuju ke bilik air untuk membersih diri

"Ha yela take care baby , i love you ..."

Aaaa hati Afeena Maisara rasa berbunga-bunga mendengar ayat terakhir itu

I.Love.You

'kalau hari-hari macam ni boleh pengsan aku' getus hatinya

"y-ya bye...assalamualaikum " jawap Afeena Maisara lalu memutuskan panggilan hatinya masih lari dari rentak

Dia menekup tangannya ke muka , lalu ditoleh ke arah cermin merah mukanya aaaaa malu

"Astagfirullah kalau macam ni sampai esok pun aku tak mandi " gumamnya sendiri lalu menghalakan diri ke bilik air dan menunaikan solat fardhu

Usai solat Afeena Maisara mengemas katilnya dan bersiap untuk mencari barang perkahwinan nya

TING!


my fiance : lagi 39 minit aku sampai , be ready


"Wow menepati masa ya " kagum dia dengan Rajaie Faqeeh

Sara : okay , saya dah nak siap nanti sampai hon jela

my fiance : okay baby

Afeena Maisara hanya menggeleng kepala dah biasa dengan panggilan baby ni

tanpa membuang masa Afeena Maisara terus turun ke bawah untuk bersarapan

"Morning semua " ucap Afeena Maisara setelah melabuhkan duduk di meja makan lalu membuka sebungkus nasi lemak ke dalam pinggan

"Morning , cantik-cantik ni nak ke mana ?" Soal Tuan Aafiyat Mustaqeem melihat anaknya yang cantik di pagi hari

"hehe , ni Faqeeh ajak cari barang kahwin sekali dengan nak fitting baju kahwin " jawap Afeena Maisara lalu menyuakan nasi lemak ke dalam mulutnya

"Ouh , bagus la macam tu boleh la kamu berdua berkenalan " kata Puan Alyanah Medina yang datang dari dapur

Afeena Maisara hanya mengangguk tanda dia bersetuju , tapi sebenarnya dah naik muak dengan perkataan 'kenal-kenal'  dia dah kenal lama kot Rajaie Faqeeh tu

PIN!
PIN!

"eh siapa pula hon dekat rumah orang pagi-pagi ni " ujar Puan Alyanah Medina lalu ke pintu masuk untuk memeriksa gerangan yang sedang membunyikan hon

"Ouh , kamu masuk la dulu " Afeena Maisara yang dengar sayup-sayup sahaja ayat Puan Alyanah Medina itu terus bangun dari duduk nya

Dia mengintai sedikit ke luar untuk memeriksa apa yang terjadi

"Mari la masuk dulu makan sekali  , Sara tengah makan tu " pelawa Puan Alyanah Medina dan menggamit tangan Rajaie Faqeeh

Rajaie Faqeeh hanya menayangkan senyum

"Eh tak mengapalah umi , Faqeeh dah makan tadi , lagipun faqeeh datang nak ajak sara cari barang kahwin " balasnya bukan niat untuk menolak tapi dia berasa tidak selesa dengan perangai umi

Afeena Maisara yang mencuri dengar perbualan mereka tadi terus menghabiskan makan lalu ke pintu masuk

"Faqeeh , lama ke awak tunggu saya?" tanya Afeena Maisara lalu menuju ke arah rak kasut untuk memilih kasut untuk dipakai

"Tak lama pun baby , sekejap je " jawap Rajaie Faqeeh matanya tidak lepas memandang kecantikan Afeena Maisara

Puan Alyanah Medina melihat Rajaie Faqeeh memandang Afeena Maisara seperti tidak ingin lepas itu berasa cemburu

"Ehem " Puan Alyanah Medina berdehem lalu menghentikan perbuatan Rajaie Faqeeh

"Hm Faqeeh nanti , jangan lupa cari baju cantik-cantik ya" ucap Puan Alyanah lalu menayangkan senyum menggoda sehingga menampakkan baris giginya yang cantik

"Y-ya baik umi , Faqeeh masuk dulu ya " kata Rajaie Faqeeh tak betah dia duduk dengan umi , makin lama makin pelik perangai umi buatkan dia rasa seram

'sedar sikit umur tu dah 40 lebih jangan la acah macam umur tu baru 20 , sepatutnya umur macam ni bertaubat bukan menggatal dengan jantan lain ' getus hati Rajaie Faqeeh geram dengan tindakan Puan Alyanah Medina sebentar tadi

Afeena Maisara yang memerhati gerak geri Rajaie Faqeeh seperti tidak selesa dengan umi nya . Dia mengerling kearah umi yang tidak lepas memandang Rajaie Faqeeh seperti ingin menelan

"Umi dengar sini ya , Sara masih hormat dan layan umi macam mak kandung sendiri jadi Sara harap umi dapat kawal mata umi tu sebelum hilang " bidas Afeena Maisara bukannya dia tak kenal perangai miang umi ni kalau boleh semua lelaki dia nak kebas

'dasar orang tua , apa bapak aku tu tak cukup ke?' getus hati Afeena Maisara lalu meninggal kan umi nya yang tercegat di hadapan pintu

Afeena Maisara memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan wajah mencuka

Rajaie Faqeeh disebelah melihat Afeena Maisara dengan pandangan hairan tadi elok senyum tiba-tiba masam

"Baby ? Are you okay ? "Soal Rajaie Faqeeh

"Hm" balas Afeena Maisara acuh tak acuh

"Are you sure ? Kalau tak kita cancel je plan kita harini?" Soal Rajaie Faqeeh meminta kepastian apabila melihat mood Afeena Maisara seperti ke laut

"I'm okay , jom la nanti lambat pula " balas Afeena Maisara lalu memakai sealbelt

Rajaie Faqeeh hanya akur dengan permintaan Afeena Maisara dia menghidupkan enjin kereta Audi RS 7 nya lalu memecut membelah jalan raya

DI MALL

Rajaie Faqeeh menghentikan kereta Audi RS 7 nya di parking yang khas untuk VVIP dia menoleh ke sebelah penumpang

"Masha allah , tidur pun cantik bidadari ni " ucap Rajaie Faqeeh apabila melihat Afeena Maisara yang tertidur di bahagian penumpang

Dia mengambil pen di seat belakang lalu di tolak ke badan Afeena Maisara untuk mengejutkan nya

"Bangun dah sampai ni" ucap nya

"Mmm malas " jawap Afeena Maisara dia masih dikuasai oleh ngantuk

"Okay la kalau macam tu , tunggu kejap ya " Rajaie Faqeeh keluar dari kereta lalu ke pintu bahagian penumpang

Afeena Maisara yang melihat tingkah Rajaie Faqeeh seakan dapat menangkap apa yang akan dilakukan olehnya , lekas-lekas dia bangun

Rajaie Faqeeh membuka pintu dan..

"S-saya dah bangun " kata Afeena Maisara lalu keluar dari kereta takut dia didukung oleh Rajaie Faqeeh

Hairan Rajaie Faqeeh dia hanya ingin membuka pintu bukan buat apa pun

"Alright , kenapa ni tiba-tiba gagap?"soalnya hairan dengan tingkah Afeena Maisara

'aik bukan dia nak dukung aku?" Getus hati Afeena Maisara

Rajaie Faqeeh tersenyum nakal dia faham apa yang difikir Afeena Maisara

"Ouh my baby , nak abang dukung ke " katanya sengaja mengusik Afeena Maisara

Merah muka Afeena Maisara apabila tahu Rajaie Faqeeh seakan dapat mentafsir kata hatinya

"M-mana ada " nafi Afeena Maisara

"Elelele comel je baby ni , nasib baik tak halal lagi kalau tak dah lama aku peluk " ujar Rajaie Faqeeh mengacah seperti mahu memeluk

"eee pervert dah la jom cari barang" ajak Afeena Maisara kalau di layan perangai Rajaie Faqeeh ni sampai esok tak habis

"Alright baby..... " jawap Rajaie Faqeeh lalu mengikuti Afeena Maisara dari belakangnya

Afeena Maisara menoleh ke arah Rajaie Faqeeh disebelah nya , dia melihat wajah Rajaie Faqeeh kelihatan agak merah seperti menahan marah ? Dia buat salah ke?

"A-awak okay ?" Soal Afeena Maisara ragu-ragu dia takut dimarah

" Okay "  balasnya acuh tak acuh muka nya hanya beriak dingin

'dia marah aku ke' getus hati Afeena Maisara

"A-awak okay ? Kalau tak okay kita b-balik ya " ajak Afeena Maisara takut dia dengan perubahan Rajaie Faqeeh sekarang ni

Rajaie Faqeeh menghembus nafas kasar , dia menahan marah dia tak boleh marah Afeena Maisara kerana ini bukan salahnya

" I'm okay , j-just feel uncomfortable with those eyes looking at you " jawap Rajaie Faqeeh dia sakit hati melihat mata-mata yang melihat kecantikan Afeena Maisara

Afeena Maisara seakan faham Faqeeh cemburu ya?

"Ouh , biarkan jela lagipun dia orang bukan buat apa pun " jawap Afeena Maisara selamba seolah tiada apa yang berlaku

"Seriously babyyy... " seakan tidak percaya Rajaie Faqeeh dengan balasan Afeena Maisara

"Ya lagipun awak yang akan kahwin dengan saya bukan nye dia orang , tapi awak " tambah Afeena Maisara dia tak nak sakitkan hati Rajaie Faqeeh dengan pandangan orang sekeliling

Sejuk hati Rajaie Faqeeh mendengar ayat Afeena Maisara , hatinya rasa berbunga bunga

"Comel la baby ni , jom saya belanja dior " ajak Rajaie Faqeeh lalu menarik beg tangan Afeena Maisara supaya mengikutinya

"Ee-eh taknak!" tempik Afeena Maisara

Berkerut dahi Rajaie Faqeeh mendengar Afeena Maisara bertempik di ada buat salah ke?

"Kenapa ni baby ?" Soalnya

"Ish awak ni simpan la duit kita kan nak kahwin , banyak lagi barang kita tak beli" ujar Afeena Maisara dia bukan sejenis yang suka boros

Rajaie Faqeeh ketawa kecil dengan tingkah Afeena Maisara yang nampak comel ni , ini lah sebab kenapa dia memilih Afeena Maisara seorang yang terlalu merendah diri . Dia menggeleng kepala sebelum meneruskan bicara

"Afeena my love , duit aku ni takkan habis sampai 7 keturunan kalau kau tak guna " katanya lalu menayangkan senyuman manis

"Ii-ish t-tak nak la saya tak reti shopping , jom la kita cari barang kahwin dulu la , lain kali baru cari barang lain" ujar Afeena Maisara tergagap dia memang lemah dengan senyuman seorang Rajaie Faqeeh

Rajaie Faqeeh melihat wajah Afeena Maisara yang memerah seperti penat ? Mungkin penat mengikutnya berpusing satu mall ni . Dia mengeluh

Rajaie Faqeeh menarik beg tangan Afeena Maisara , untuk ikutinya ke kerusi awam di dalam mall lalu melabuhkan duduk di situ

"Duduk sini , aku kesana jap " katanya lalu meninggalkan Afeena Maisara yang terpinga-pinga

"Lha dia tinggal aku macam tu je?" Gumam Afeena Maisara sendiri

Akibat terlalu lama menunggu Rajaie Faqeeh , Afeena Maisara bangun dari duduk nya ingin ke kedai ais krim yang berada dihadapannya 

baru beberapa langkah dia berjalan tiba-tiba

BUKK!!

"a-aduh" Afeena Maisara menggosok kakinya

"e-eh cik maafkan saya , saya tak sengaja " ujar seorang lelaki itu tergagap-gagap

Afeena Maisara menoleh melihat lelaki yang sedang bercangkung di sebelahnya , lelaki itu kelihatan seperti cemas apabila melihat Afeena Maisara yang terjatuh akibat terlanggar nya

"h-ha tak apa saya okay " kata Afeena Maisara lalu mengambil duduk di tempatnya tadi

'potong mood betul aku baru nak makan ais krim ', getus hatinya

"Cik okay ? Nak saya hantar ke klinik ?" Soal lelaki itu

"S-saya okay" balas Afeena Maisara acuh tak acuh

Afeena Maisara memandang kearah lelaki di depan nya , lalu ditilik

'sekali tengok macam doktor tapi badan macam ni tak sesuai jadi doktor , sesuai jadi apa ya.. hm ya mamat yang dekat gym ' getus hatinya tanpa sedar dia sedang menayangkan senyum kepada lelaki itu

"Nah" lelaki itu menghulurkan kad kepada Afeena Maisara

Afeena Maisara menjongket kening seolah bertanya

"Ini kad saya , kalau cik rasa perlukan bantuan boleh call saya " sambung lelaki itu

Afeena Maisara menyambut huluran itu lalu membaca isi yang tertulis di kad


- Tengku Hazif
- Pakar Psikologi
- 011********


'ouh pakar psikologi rupanya' getus hatinya lalu mengangguk

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya cik " pamit Tengku Hazif

Afeena Maisara hanya mengangguk malas berbicara

'hm berlagak , i like... kau tunggu ' getus hati Tengku Hazif

Rajaie Faqeeh datang ke tempat Afeena Maisara sedang berlabuh duduk , dia membawa dua cawan air coffee dan croissant kesukaan Afeena Maisara

"Baby , what happen to you ?" soal Rajaie Faqeeh apabila melihat Afeena Maisara
menggosok kakinya

Afeena Maisara menarik muka ,merajuk dengan Rajaie Faqeeh kenapa dia tak jadi hero tadi time dia jatuh

"Baby , are you okay ?" Soal Rajaie Faqeeh sekali lagi untuk kepastian

"Okay "balas Afeena Maisara acuh tak acuh

Rajaie Faqeeh hairan ada apa yang berlaku sampai tunang dia tarik muka ni

"Amboi dia ni , muncung lak aku cium kang baru tahu " usik Rajaie Faqeeh apabila melihat Afeena Maisara memuncungkan bibir seperti budak-budak

"Ish awak ni " Afeena Maisara berpeluk tubuh geram dengan Rajaie Faqeeh

"Kenapa ni , baby ?" Soal Rajaie Faqeeh lalu mengambil duduk disebelah Afeena Maisara badannya dipusing sepenuhnya ke arah sara

"T-tadi saya jatuh" kata Afeena Maisara perlahan

"WWHAAT!?!" Tempik Rajaie Faqeeh terkejut dia macam mana Afeena Maisara boleh jatuh

Terhinjut bahu Afeena Maisara mendengar Rajaie Faqeeh bertempik , muka Rajaie Faqeeh usah dibahas merah padam

"Siapa yg buat baby macam ni " soal Rajaie Faqeeh dengan nada serius tiada lagi suara lembutnya

Afeena Maisara takut akan situasi begini air matanya hanya menunggu masa untuk keluar

"S-saya t-terjatuh" gagap Afeena Maisara dia takut

Melihat air mata jernih Afeena Maisara jatuh Rajaie Faqeeh jadi tidak keruan , dia telah menakutkan gadis itu

"Shh baby , im sorry " ucapnya apabila melihat Afeena Maisara mula menangis

"  , awak suka macam ni , mesti dah tak sayang saya , huaaa" rengek Afeena Maisara seperti budak kecil

Rajaie Faqeeh tersenyum melihat telatah comel Afeena Maisara

"Sorry la baby ,tadi kata nak cari barang kahwin jom la , ni aku ada belikan favourite baby ni " dia menghulurkan coffee yang di belinya di RF's cafe tadi

Tersenyum lebar Afeena Maisara melihat makanan kegemarannya , dia menyisip sedikit coffee buatan RF's cafe memang kena dengan cita rasanya .... memang sodapp

"Mm okay jom cari barang " kata Afeena Maisara lalu bangun dari duduk nya dan mula mencari barang kahwin mereka

Usai membeli mereka memasuk kereta Audi RS 7 lalu Rajaie Faqeeh mula menghidupkan enjin untuk dipanaskan sebelum memulakan oerjalanan

Rajaie Faqeeh mengerling ke arah jamnya sebelum bertanya kepada Afeena Maisara

"Dah nak zuhur ni , ada banyak barang lagi ke? " soal Rajaie Faqeeh

"Hm .. dah cukup semua " jawap Afeena Maisara dia masih leka dengan novel yang sedang dibacanya

"Ehem " Rajaie Faqeeh berdehem dia inginkan perhatian Afeena Maisara sekarang

Afeena Maisara masih ralit membaca novel terus menghiraukan Rajaie Faqeeh

"Eeehemmmm" panjang Rajaie Faqeeh berdehem akhirnya Afeena Maisara menoleh ke sebelah dengan kening terjongket

"Nak apa" soal Afeena Maisara matanya masih ralit membaca novel

"Apa novel tu lagi penting ke daripada aku? " soalnya tidak puas hati

Afeena Maisara menangguk dan itu sudah cukup membuatkan Rajaie Faqeeh tak senang duduk

"Cuba cerita sikit apa yang spesial sangat mamat dalam novel tu " soalnya mahu juga dia tahu apa yang hebat sangat mamat tu sampai cik tunang tak nak toleh ke cik abang sebelah ni

Afeena Maisara menutup novelnya lalu mengetuk dagu seperti berfikir hm.....

"Diorang tinggi , greenflag but i love the redflag guy , they softspoken , so hot , they all perfectt " puji Afeena Maisara bersungguh apabila bercakap tentang fictional character bersamanya

"Ceh aku lagi perfect kot" kata Rajaie Faqeeh dengan angkuh

Afeena Maisara menjeling Rajaie Faqeeh di sebelah dan sambung membaca novel nya

Rajaie Faqeeh hanya membiarkan Afeena Maisara melayan hobinya dan terus memecut ke rumah Afeena Maisara

TING!

Afeena Maisara mendengar bunyi notifikasi masuk terus menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan telefon pintar

*UNKNOWN NUMBER*

" i found you babe.... "
*send you a picture*


pucat muka Afeena Maisara apabila menerima mesej tersebut... dan gambarnya bersama Rajaie Faqeeh di mall tadi


terketar-ketar tangannya memegang telefon pintar


"F-Faqeeh s-saya takut..." Ujar nya lalu memeluk lengan Rajaie Faqeeh

TBC.....

cringe amat ya guys...

... tak sabar rasanya nak raya . Jangan lupa vote untuk next chapter.... πŸ™πŸ»πŸ€


You are reading the story above: TeenFic.Net