ππ²πΌπΆπ²π΅π΅πͺπ±...
"I -i used to be..- " dia menggigit bibirnya susah untuk dia jujur tentang kerjanya dia takut isterinya tidak dapat menerima kenyataan
...Melopong mulut Afeena Maisara dia menekup mulutnya lalu fikiran nya mula berfikir negatif
"Aa-awak g-gay ke ?" Soalnya tergagap-gagap
Berkerut dahi Rajaie Faqeeh lain yang nak dibincang lain pula yang dicakap
"Eh apa cakap abang macam tu hah ?" Soalnya tidak puas hati apabila di cop gay
"Bukan gay ? habis tu kenapa ayat awak 'I -i used to be..- ' haa sebijik macam dalam novel yang saya baca apa ya tajuknya hmm.... Ha dia tetap sempurna dalam novel tu hero dia cakap macam tu la dia jujur cakap 'i used to be gay ' sebab tu saya ingat awak ni gay " jelas saya sungguh jauh pemikirannya terbang sekarang...
Rajaie Faqeeh menggeleng kepala melayan kerenah isterinya ini kuat betul baca novel sampai difikir suaminya begitu
"Astagfirullah sayang.. abang ni straight lagi " ujarnya tidak jadi serius kalau begini lah perangai isterinya
"Alright sayang macam ni , abang nak bagitahu sesuatu tapi janji jangan terkejut " katanya dia masih ragu-ragu dengan keputusannya yang ingin berterus terang tentang kerja sebenarnya
"Ya awak bagitahu ajelah... dari tadi lagi nak bagitahu tapi tak bagitahu pun . Awak sudah curi masa saya lama tau ada berapa chapter lagi saya tak baca ni dekat Wattpad " omelnya geram dari tadi nak cakap tapi tak cakap-cakap
"Abang sebenarnya... -" katanya terhenti apabila pintu bilik mereka diketuk dari luar
"Along sudah-sudah la bersanding nya dekat luar ni ada tetamu datang mummy suruh turun , ajak kak long kenal-kenal sekali dengan tetamu ni " ujar Rajaie Farish dari luar bilik
Terbantut niat Rajaie Faqeeh ingin berterus terang tentang kerja sebenarnya
"Ya nanti Along turun dengan kak long engkau " balas Rajaie Faqeeh dari dalam
Diusap pipi gebu isterinya
'one day you will know the truth' kata hatinya
"Sayang jom turun , abang nak kenalkan sayang dengan tetamu " ajaknya lalu berjalan bersama Afeena Maisara untuk menemui tetamu yang datang
Sampai di bawah Rajaie Faqeeh melihat Aunty Faisha yang sudah lama tidak bersua selepas dia bercerai dengan suaminya , Aunty Faisha merupakan adik kepada Datin Faiqah . Mereka datang mengunjungi rumah Datin Faiqah dengan niat ingin berkenalan dengan pengantin baru
Mereka ?
Rajaie Faqeeh dan Afeena Maisara mengambil duduk di sofa berhadapan Aunty Faisha itu , disebelah Aunty Faisha ada seorang gadis yang meminati Rajaie Faqeeh sejak dahulu lagi iaitu Farisha puteri sulung Aunty Faisha
Amboi sopan santun aje Farisha cantik orangnya , lembut tutur kata... serba-serbi lengkap
"Amboi pengantin baru , dah macam tak nak lepas genggam tangan kesian pengantin tu " tegur Aunth Faisha panas apabila melihat Afeena Maisara yang berada di sebelah Rajaie Faqeeh sepatutnya Farisha di situ bukan Afeena Maisara
"Biasa la aunty baru kahwin tak nak lepas nanti sudah kerja tak boleh nak selalu macam ni " seloroh Rajaie Faqeeh bersahaja
Afeena Maisara hanya senyum segaris tanda hormat dia terus meminta diri ke dapur untuk membuat air bagi tetamu asbab Bik Esah menemani Puan Faiqah ke pasar
Adik-adik Rajaie Faqeeh pula sibuk berada di bilik masing-masing katanya malas melayan kerenah keluarga ting-tong ni
Farisha yang melihat Afeena Maisara bangun dari duduk nya terus mengambil peluang untuk bersua muka dengan Afeena Maisara di dapur
Sedang Afeena Maisara ralit membuat air untuk dihidang datang Farisha dari belakang menegurnya
"So you ni la pilihan Faqeeh?" Soal Farisha berlagak ditilik Afeena Maisara dari atas sampai bawah
Terkejut juga Afeena Maisara apabila ditegur begitu nasib baik tak terbang sudu ni
"Astaghfirullahal'azim terkejut saya... Ya saya , kenapa ada masalah ke ?" Soal Afeena Maisara lalu menyambung kerjanya yang tertangguh tadi
"Yes , I memang ada masalah dengan you ! Eww sedar la diri sikit you tu so kampung " ejek Farisha dia tidak puas hati melihat perempuan itu bahagia
"Masalah apa itu ?" Soal Afeena Maisara lalu dia berpaling tubuh menghadap Farisha yang sedang marah itu Afeena Maisara sedaya upaya menahan sabar supaya tidak berkasar bahasa
"I benci you sebab you dah rampai F-Faqeeh dari I , you sepatutnya sedar yang I ni lebih layak daripada you!" Jerkah nya dihadapan Afeena Maisara namun Afeena Maisara hanya beriak kosong dan dingin
Afeena Maisara mengangguk kepalanya lalu berkata
"Layak?" katanya sepatah sengaja ingin melihat tahap kesabaran Farisha , dilihat Farisha dari atas sampai bawah
'baju tak cukup kain ada hati nak laki aku , deyy langkah mayat aku dulu la ' getus hati Afeena Maisara geram dibuatnya
"Ceh apasal you tanya I macam tu? Sepatutnya you yang tanya diri you layak ke you dengan F-Faqeeh dasar perempuan tak sedar diri " marah Farisha kesabaran menipis apabila Afeena Maisara berkata begitu
"Wowo sabar , mana Farisha yang ayu tadi tu ? dah hilang ke l? " soalnya serius
"You..." Farisha mendengus kasar
"You memang tak guna orang macam you ni juga yang F-Faqeeh pilih apa dia tak nampak ke i ni lagi perfect daripada you " kata Farisha dengan lagaknya
"Hmm sini I bagitahu you something, first of all you memang menepati cita rasa Faqeeh tapi sayangnya perangai dengan pemakaian you yang tak menepati keinginan dia sebab itu dia pilih i so.. " dia berhenti berkata lalu mengangkat dulang yang berisi air itu untuk dihidang ke ruang tamu
Dia berhenti di sebelah Farisha lalu berbisik
"So.. you better give up because he will never accept you" kata Afeena Maisara sinis lalu ke ruang tamu
Farisha hanya memerhati gerak-geri Afeena Maisara dengan rasa penuh dendam dihati kerana merampas Faqeeh darinya
"K-kau tunggu ,kau tunggu...Harini hari kau esok lusa hari aku " katanya dengan nada tidak puas hati seperti orang psiko
Farisha melihat cermin lalu dibaiki sedikit rambut nya yang hampir serabai akibat pertelingkahan tadi
Farisha mempamerkan senyum palsu selepas kembali dari dapur ,sebaik sahaja Farisha melabuh duduk Puan Faisha pula meminta diri untuk ke tandas tinggal la sepasang pengantin dan Farisha
Farisha membuat bunyi batuk olok-olok untuk mengambil perhatian Rajaie Faqeeh disitu
"Mmm...Faqeeh I tak sihat la.. cuba you check dahi I" kata Farisha tanpa segan silu sengaja ingin mengapikan Afeena Maisara
Rajaie Faqeeh meneguk air liurnya apabila melihat renungan tajam Afeena Maisara terhadap Farisha faham la dia erti tenungan itu
"Ehem.. Farisha I'm married... Sayang cuba tolong check kan Farisha boleh? " Soal nya kepada Afeena Maisara dia langsung dia mengerling ke arah Farisha
Afeena Maisara mengangguk lalu menuju ke arah Farisha baru sahaja kekura tangan Afeena Maisara ingin melabuh di dahinya terus di tepis
"Auh.. kenapa ni Farisha ?" Soal Afeena Maisara sengaja ingin berdrama
TBC...
mohon maaf atas kesalahan saya dan kecuaian saya ππ»hope you guyss enjoy this part
votes >>>
You are reading the story above: TeenFic.Net