โ‹†.เณƒเฟ” ๐‘ช๐’‰๐’‚๐’‘๐’•๐’†๐’“ 1 โ‹†.เณƒเฟ”

Background color
Font
Font size
Line height

"Harraz! Kau ni lambat lah. Dah 1 jam aku tunggu kau kat sini." marah Amanda yang sambil melihat Harraz baru terhegeh-hegeh sampai.

"Sorry Manda, jalan jem tadi. Okay, don't worry disebabkan aku dah biar kau 1 jam so kau order je apa-apa. Aku belanja." pelawa Harraz untuk memujuk rakannya.

Selesai makan, Amanda mengajak Harraz untuk ke PBAKL yang baru diadakan.

Berjalan bersiar dahulu sebelum Amanda menjadi rambang mata.

"Harraz, kau nak novel or buku apa-apa ke?"

"No thanks. Aku tak minat sangat buku." Harraz menggelengkan kepala perlahan.

"Okaylah kalau macam tu, aku nak masuk booth ni tau."

Tanpa dia sedari, Harraz tidak fokus padanya tetapi pada tempat lain.

"Manda, jom gi sa.... " dia lihat di sisi Amanda sudah hilang.

"Eh mana dia ni.."

Dia melihat booth di sebelahnya ada kelihatan seorang gadis yang memakai black outfit serta tudung bawal black juga.

Harraz mendekati gadis itu.

"Oooh disini rupanya Mikayla Amanda!"

"Eh kau ni dah kenapa? Aku dah cakap kan, aku nak masuk booth ni." sambil menjeling Harraz.

Harraz layankan saja Amanda ingin membeli buku.

Hampir 20 minit Harraz melihat Amanda memilih buku.

"Manda, japgi kau balik aku hantarkan eh? Takya la naik grab, kesian kau."

"Urmmm okay. Tapi masuk la dulu rumah aku. Macam la kau tak kenal mama papa aku, nanti bebel kat aku juga."

Harraz mengangguk perlahan. Ya lah dia kenal Amanda sudah lebih 5 tahun sudah tentu perangai keluarga Amanda dia tahu.

Ketika Harraz sedang memandu, Amanda bersuara.

"Raz, kau tak menyesal ke kenal dengan aku?"

"Kau ni mimpi apa Manda? Mana ada aku menyesal. Aku lagi bangga ada kawan baik macam kau ni. Kau lah orang yang sentiasa memahami aku."

Harraz melihat wajah Amanda seperti memikirkan sesuatu.

"Kau fikir apa? Aku tengok kau macam kusut je."

"Fikir pasal kau lah. Aku tak boleh brain kalau nanti kau dah kahwin. Hm sapa la yang aku nak luah semua benda lagi kan."

Muka Harraz terkejut.

"Eh! Sampai ke situ pulak engko ye. Manda, aku kahwin ke tak ke kau tetap kawan aku. Faham?"

"Hm faham."

Mikayla Amanda seorang yang manja kerana dia tidak mempunyai adik beradik perempuan. Harraz Zayden pula seorang yang tegas kerana dia pula tidak ada adik beradik lelaki. Harraz merupakan anak sulung daripada 5 beradik. Manakala Amanda pula anak ketiga daripada 5 beradik.

Destinasi yang ingin tuju sudah tiba.

"Thank you Raz. Jom masuk."

"Most welcome. Kau masuk la dulu."

Amanda menuju ke pintu rumah dan pintu diketuk.

"Assalamualaikum..."

Pintu rumah dibuka secara mengejut. Ingatkan siapa, rupanya adik sendiri.

"Waalaikumsalam. Ha balik pun sorang ni ingatkan tak reti balik dah." usik adiknya, Adriel.

Amanda tidak mahu melayan adiknya itu, pantas masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Harraz.

"Eh bang! Jom masuk." Adriel menyambut tangan Harraz untuk salam.

Mereka semua menuju ke ruang tamu.

"Ha Harraz, dah lama tak datang jenguk pakcik." tegur Tuan Ammar.

"Maaf la pakcik, selalunya saya datang hantar Amanda je. Pakcik apa khabar?"

"Alhamdulillah sihat."

Harraz mengangguk perlahan. Di ruang tamu itu ada Harraz, Tuan Ammar, Amanda dan dua orang adiknya iaitu Adriel dan Adrian.

Terpegun Harraz melihat apabila dia terbayang Amanda sebagai puteri kerana dikelilingi oleh lelaki.

"Abang Harraz, akak kalau keluar dengan abang dia manja tak?" soal adik bongsu Amanda, Adrian.

"Hey!" bunyi Amanda terlebih dahulu.

Tuan Ammar menjeling Adrian sambil menggelengkan kepala.

"Haha takde lah. Amanda mana ada manja. Dia lagi garang daripada abang."

Setelah itu mereka semua ketawa halus. Suasana menjadi damai tiada angin ribut.

Beberapa minit selepas itu, Harraz minta diri untuk balik.

"Pakcik, saya balik dulu ye. InsyaAllah nanti kalau ada masa saya datang jenguk pakcik." Harraz menghulur tangan untuk salam.

Tuan Ammar menyambut salam nya.

"Baiklah, terima kasih ye Harraz tengokkan Amanda."

Selepas itu, Harraz pun beredar pergi.

Seluruh keluarga Tuan Ammar mempercayai Harraz kerana mereka percaya hanya Harraz lah yang ikhlas berkawan dengan Amanda.


You are reading the story above: TeenFic.Net