๐ŸŒบ - Bab 67

Background color
Font
Font size
Line height

Emysha, Emylia dan Danisya berada di kantin dan mereka tengah tunggu Faizal yang muncul kerana Faizal akan makan di kantin bersama kawannya. Mereka membeli air sebentar dan berbual dengan plan mereka semalam.

Mereka sudah membuat keputusan ingin mencari pemandu yang taknak bertanggungjawab itu dengan sendiri. Polis pun lembab buat kerja, mereka akan menjadi seorang a.k.a polis yang bermasalah.

Semasa tengah berbual ada seseorang muncul dari belakang mereka, mereka sedikit terkejut apabila lelaki itu muncul tiba tiba sahaja. Mata lurus memandang lelaki itu.

"Korang.. aku dapat tahu Kai kena langgar. Betul ke?" Soal Faizal yang ditemani kawannya.

"Ha'ah betullah" jawab Emylia dengan jujur.

"Aku pun tengah tunggu kau Faizal, dalam masa yang sama kau pun cari kitorang. Kebetulan kan" beritahu Danisya kepada Faizal.

"Dia okey tak?"

"Tak" jawab Danisya pendek.

"Dia ada patah apa apa tak?"

"Banyak" bohong Danisya.

"Dia patah apa?"

"Kepala, bahu, tangan, pinggang, kaki, jari.."

"Ya allah. Teruknya. Dia ada dekat wad mana?"

"Ada lah" - Danisya selamba

"Kenapa boleh jadi macam ni?"

"Dia sakit" jawab Danisya bersahaja

"Dia dah sedar?"

"Tak"

"Aku nak melawat dia" - Faizal

Danisya memandang Faizal pantas dengan pandangan yang tajam membuatkan Faizal sedikit terkejut dengan pandangan itu, kau nak melawat dia eh? Pemintaan aku seperti dapat kau tunaikan je.. bisik hati Danisya.

"Tak.Bo.Leh!" Jawab Danisya satu satu.

"Kenapa? Aku just nak melawat je"

"Sebab kau tak cari secret admire tu!"

"Aku dah janji nak cari tapi bagilah aku masa nak siapkan assignment aku. Semalam pun aku nak cari tapi aku jadi tak nak cari sebab dapat berita pasal Kaisara, aku jadi tak bersemangat" - Faizal

"Alasan!"

"Eh betina ni! Dia dah kata dia ada assignment tu maksudnya ada lah! Kau ingat dia ni robot ke nak kena buat kerja dua puluh empat jam? Robot pun boleh rosak kau tahu tak? Kawan kau sakit pun still dengan secret admire tu!" Tutur Aiman yang suka menyibuk itu

Danisya malas nak layan Aiman! Sibuk je.

"Kau nak aku izin kan kau menziarahi kawan aku kan? Boleh..boleh tak ada masalah. Tapi ada syaratlah, mana boleh orang yang tak ada kena mengena dengan Kaisara melawat dia tanpa syarat eh?" Danisya dah mula senyum kepada Faizal.

Tetapi Faizal tidak membalas senyuman itu, malah mukanya makin risau apabila Danisya kata ada syarat untuk dia jumpa dengan Kaisara.

"Syarat? Syarat apa?"

"Syarat dia simple je bagi kau seorang lelaki, lebih kurang macam aku suruh kau cari secret admire tulah tapi aku tukar, aku nak kau cari si penyebab Kaisara jadi macam tu. Boleh?"

Faizal dan Aiman terkejut dengan permintaan Danisya. Faizal memandang Aiman dan turut sama dengan Aiman. Apa permintaan ni? Tak takut ke?

"Apa kau cakap ni? Kau nak aku cari dia tapi kau nak buat apa?" Faizal pelik dengan permintaan Danisya.

"Balas dendam" jawab Emylia pula.

"Haa?! Tak payahlah membahayakan diri korang! Korang ingat benda macam ni main main ke? Nak suruh aku cari dia tapi nak bahayakan diri sendiri. Baik korang berdoa suruh allah sembuhkan Kaisara bukan pergi serang siapa yang langgar Kaisara tu" balas Aiman yang a.k.a ustaz dari dulu lagi.

"Kau jangan sibuk boleh tak? Ni antara aku dengan Faizal! Kau tak ada kena mengena. Kau blah jelah! Sibuk memanjang kau ni" rungut Danisya.

"Tapi bahayalah" Faizal menyokong kawan dia.

"Kau tak cari tak adalah Kaisara kan?" Soal Emylia sengaja.

"Okey!" Pantas Faizal bersetuju apabila Emylia mengugutnya dengan cara tak boleh melawat Kaisara, dia nak pergi melawat orang yang dia suka je.

"Faizal! Kau tak payah buat gila lah!" Aiman sudah menegur kawannya "Pergi dengar plan bodoh diorang kenapa? Kau ingat tak bahaya ke?!"

"Rilex cukuplah! Aku cari maklumat yang simple simple je. Yang lain diorang buatlah sendiri, aku dah beritahu apa pekerjaan dia, dia tinggal mana tu okeylah tu!" Balas Faizal.

"Diorang nak bahayakan diri diorang, buat ah.. buat. Diorang nak mati? Aman kolej ni!" Sambung Faizal sambil menjeling mereka bertiga menggunakan ekor mata, Faizal sengaja berkata begitu untuk mereka tidak teruskan plan bodoh mereka.

"Kau jangan ingat aku takut" kata Danisya memandang Faizal dan Aiman tajam, macam nilah mereka akan jawab dan taknak dengar cakap langsung.

"Janganlah berdendam" tegur Aiman.

"Kalau kau pun kau akan buat benda yang samalah bro! Kau akan sakit hati bila ada orang cederakan kawan kau yang kau sayang! Cuba aku yang langgar mak bapak kau, kau mesti akan cari aku kan?" - Danisya.

"Aku akan cari maklumat siapa yang langgar Kaisara"

"Okey. Kalau aku bagi kau tempoh dua hari je boleh?"

Faizal mengangguk laju. Dia nak sangat melawat Kaisara apabila Danisya berkata Kaisara teruk sangat dan sampai patah seluruh badan. Kesian Kaisara!

Tiba tiba ....

"Faizal biy!" Jerit Lucy dari jauh dan cuba mendekati mereka berlima..

"Hallo everyone! Are you okey? Why so serius?" Soal Sally pelik dia ketawa sedikit.

Emysha, Danisya dan Emylia tahu Lucky Girls taktahu tentang Kaisara sebab semalam mereka tiada di kolej. Kalau tidak dah lama berperang.

"Biy apa you buat dekat sini? Muka you macam sedih je? You okey ke tak? You nak i bawak you pergi klinik tak? Ah.. Sally. Bak mai kunci kereta" minta Lucy seperti seorang bos sahaja, gedik.

"Tak payah lah. I okey" jawab Faizal.

"Emm.. lagi seekor mana? One, two, three, fourth is missing. Mana dia? Selalunya sekali. Sorang tak datang, yang lain kebulur taknak datang juga" perliSally dengan selamba. "Ke.. mama you all paksa you all datang kolej?"

"Opss! Terkentut pula" Zatty sengih tiba tiba dan dia menutup mulutnya sendiri tanpa berasa malu dengan kehadiran mereka semua.

"Kau jangan nak buat aku sakit hati boleh tak?"

"Hey. Kentut mana boleh tahan! Err.. bau tak?" Zatty menghidu sekelilingnya, nasib baik tak bau.

Danisya dan Emylia jeling tajam.

"Nampak gedik, makan bukan main sopan tapi tak senonoh!" Perli Aiman, dia membuat gaya kipas dibahagian hidungnya menggunakan file yang dipegang.

"Suka hati i lah! You pahal?!" Zatty membuat suara ganas

"Aku tanya ni.. mana Kaisara?" Tanya Sally.

"Hos.." jawab Danisya sambil meneguk airnya.

"Hos apa? Hos pengacara? Heloo! Aku tanya benda lain pergi jawab benda lain tu kenapa? Kau ingat kau tengah cakap tahi kambing kau kena nak jawab benda yang tak ada kena mengena dengan soalan?" - Zatty

"Hospital lah bodoh?!" Jawab Emysha kasar + tenang.

"Haahh?!" Lucky Girl kelihatan terkejut.







___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! ๐Ÿ˜‰

You are reading the story above: TeenFic.Net