🌺 - Bab 40

Background color
Font
Font size
Line height

Mereka keluar dari bilik pensyarah tersebut! Puas kena marah dengan Malik yang botak tengah tu. Dah insaf ke diorang? Tetapi ada sesuatu yang bermain di fikiran Amymas.

Siapa sebenarnya yang kenakan Malik dengan tepung and telur tu? Amymas tak ada buat begitu kerana mereka geli telur mentah.

"Beb, sapa yang kenakan Malik tu? Korang eh?" Tanya Danisya ingin tahu, dia menunjuk kawan kawannya.

"Apa kitorang pulak?! Aku buat mestilah aku bincang dengan korang! Alamak aii" balas Emylia, dia bengang dengan Malik dan Daniel sebenarnya.

"Habis tu sapa yang dengki dengan Malik selain kita?" Tanya Danisya pelik.

"Kita bengang dengan Malik tapi kita tak boleh kenakan dia sebab dia dah tua, orang tua cepat sakit. Kita tak boleh buat dia sakit berpunca daripada kita, orang tua dah sakit tak boleh buat dia sakit lagi. Jahat sangat tu" terang Emysha tenang.

"Aku tahulah tu. Sebab tulah aku ajak korang kenakan Daniel je tapi si Malik tu boleh jadi hero tua bangka dekat muka bumi ni pula!"

Dalam masa yang sama mereka memerhatikan Lucky Girls yang ada beberapa meter sahaja dari mereka. Lucky Girls seperti berbincang sesuatu, tapi apa dia? Amymas tak berapa nak dengar.

"Kau rasa diorang ke?" Tanya Kaisara memandang Lucky Girls.

"Aku rasa diorang sebab dekat sini siapa lagi yang berani kalau bukan kita tujuh orang?" Kata Emylia berlagak, bukan nak berlagak tapi kenyaatan.

"Aku tak boleh lah macam ni.. aku nak kena pergi tanyalah" Danisya terus berlari ke arah Lucky Girls.

Lucky Girls yang tengah bersembang itu berhenti bersuara sebaik sahaja nampak Danisya dan geng dia datang ke arahnya, nak apa pula rambut serabai ni?

"Aku nak tanya koranglah.. korang kena yang kenakan Malik tu?" Tanya Danisya kurang sopan.

"Apa kau cakap ni? Aku kenakan Malik? Excuse me! Aku tak ada masa lah nak buat benda yang tak berfaedah tu!" Balas Lucy gedik kebenor.

"Boleh percaya ke?"

"Hey pontianak! Aku dah kata bukan aku yang buat, bukan kitorang yang buat! Kau ni memang jenis yang tak faham bahasa lah!" Kata Lucy bengang.

"Ye ke?"

"Ye lah! Kau ingat aku macam kau ke? Suka kenakan orang macam tak ada adab?" - Lucy.

"Amboi kamu berkata-kata! Korang tu lagi teruk daripada kitorang tahu tak? Kalau kau cakap kitorang tak ada adab, korang seribu kali ganda tak ada adab, memang memang sah lah" sindir Emylia selamba.

Lucky Girls terus pergi tetapi Zatty tiba-tiba berhentikan langkah dan menoleh ke arah Amymas seperti kerang busuk itu.

"By the way.. kenapa sejak semenjak ni. I jarang nampak korang dekat club eh? Dah insaf ke?" Tegur Zatty buat-buat ketawa.

"Ha'ah.. kitorang dah insaf taknak dah pergi tempat-tempat macam tu lepastu menari sakan dengan lelaki tak kenal. Kitorang ni muda lagi.. nanti lama-lama.. takut tak laku" sindir Kaisara selamba kepada Lucky Girls.

"Kitorang nak juga datang masjid" - Emylia

"Menyesal betul aku tanya korang!" Zatty ingin blah tetapi dia terlanggar seseorang sebaik sahaja dia menoleh belakang.

Semua barang-barang Zatty jatuh ke lantai turut sama dengan barang budak itu. Budak itu terkejut dah panik apabila yang dia langgar iti adalah Zatty dari kumpulan Lucky Girls. Cepat-cepat budak itu minta maaf dan tolong kutip barang Zatty.

"Kau buta ke betina?! Kau memang tak nampak ke aku punya besar dekat sini? Memang sengaja nak cari pasal dengan aku ke apa?" Marah Zatty kuat, itu sudah menarik perhatian orang lain.

"Maaf kak. Saya tak sengaja" rayu budak perempuan itu.

"Maaf-maaf! Tak ayah lain ke nak bagi bila korang semua ni langgar aku? Tak habis- habis dengan maaf!" - Zatty.

"Maaf je lah yang boleh. Kau nak dia cakap padan muka ke dekat kau? Lagilah kau marahkan? Bodoh betul tak boleh berfikir" sindir Emylia selamba.

Budak itu cepat-cepat pergi dari situ, takut. Zatty yang memperbetulkan bajunya itu terdengar suara Lucy menjerit memanggil seseorang.

"Faizal baby!" Lucy lagi ke arah Faizal yang keseorangan itu.

Zatty dan Sally ikut dari bekakang.
"Biy, you tahu tak i kena denda tadi. I kena paksa cuci tandas!" Rungut Lucy manja.

"I pun kena denda juga" jawab Faizal bersahaja.

"You pun kena? Denda apa?" - Lucy

Amymas membuat aksi nak muntah, geli betul dengan cara Lucy yang gedik nak mampus ni. Yang si Zatty dan Sally ni ada boyfriend tapi tak pernah nampak pun sejak semenjak ini, boyfriend Sally last diorang nampak masa dekat club hari tu.






___________________________________
Jangan lupa vote dan comment ! πŸ˜‰

You are reading the story above: TeenFic.Net