PROLOG

Background color
Font
Font size
Line height

Hai May, novel ini adalah berkenaan engkau.

Maksud aku, kita.

Kita itu terhasil apabila aku bersama dengan engkau.

Engkau itu adalah roh yang terperangkap di dalam sebuah jasad.

Engkau itu adalah senyuman yang sukar untuk aku lihat.

Engkau itu adalah sakit yang engkau pendam dan aku tidak mampu merasakannya.

Engkau itu adalah kekuatan buat mereka yang masih bersama dengan engkau.

Aku bukan sesiapa untuk mencoret tentang engkau.

Semoga generasi yang seterusnya menemui hasil tulisan ini untuk mencari siapa sebenarnya engkau.

Kerana engkau istimewa.

You are reading the story above: TeenFic.Net