BUAT HAL

Background color
Font
Font size
Line height

"Eh sori tertumpah."

Buat hal la mamat ni, kami baru nak enjoy makan sedap-sedap dah tu kau buat camni. Aku melihat apa yang akan berlaku lepas tu. Nah relaks dia je tak lapkan balik tomyam yang tertumpah tu. Aku menuju ke bahagian dalam kedai mencari bekas tisu.

"Apa benda la sial buat kerja sampah. Baik resign je lahanet!"

Aku dulu relaks je kerja kedai makan. Dari cuci periuk sampai buat air boleh je. Tapi sebulan je la sebab aku rasa diorang dah macam nak gunakan aku.

Aku pernah la mention dekat diorang yang satu hari nanti aku nak bukak kedai makan lepak sendiri and cam konon datang kerja ni nak cari pengalaman la kononnya. Sekali nah memang betul-betul pengalaman dia bagi dekat aku.

Apa yang buat aku bengang sebenarnya adalah bahagian yang tertumpah tu terkena bahagian ruang meja Azizah. Aku pun lap lah bahagian meja tu sebab tak nak la kalau dia tak selesa nak makan. Azizah tengok je aku lap.

Kami makan dengan baik malam tu. Azizah begitu bersemangat menceritakan harga perfume mahal yang sedang discount sewaktu dia ke Genting Premium Outlet. Katanya JPO lebih meriah berbanding GPO. Azizah sangat menggemari minyak wangi antaranya Dunhill Red. Aunty melayannya, ye lah dua-dua perempuan.

Aku cuba mencari rokok di kedai berhampiran. Satu demi satu tidak menjualnya. Aku jadi nervous dan awkward sebab tak tahu nak bual apa lagi.

Azizah kelihatannya seperti orang yang ada sahaja perkara yang mahu dibualkan.

Timbul perasaan rendah diri serta serba kekurangan. Aku rasa dimensi dan ruang kami berbeza. Aku ibaratkan dia seperti kasut Supreme x Nike yang aku idamkan. Mana mungkin aku memiliki keduanya atau pun salah satu.

Selesai makan, kami membayar di kaunter yang berhampiran tempat membuat air.

"RM30.40."

Aku mengeluarkan sejumlah duit RM20.00 dan Azizah mengeluarkan RM10.00. Aunty kelihatan terkebil-kebil dengan matanya yang besar sambil memegang not biru RM50.00.

"Jap.", Aunty membelek dompet kecilnya mencari duit syiling lalu menghulurnya.

"Kita nak balik terus eh?", Aunty menyoal.
"Nak aiskrim Mcd? 👉👈", aku ingin mengheret masa agar perbualan kami lebih lama.
"Okay, lets go."

Aunty memandu keretanya menuju ke Mcd.

"Emm, jom main betul ke bohong?", aku cuba untuk menyerikan malam yang hening.

You are reading the story above: TeenFic.Net