BAB 4

Background color
Font
Font size
Line height

TIGA buah katil double decker menyapa mata sebaik sahaja aku membuka pintu bilik. Kosong tanpa penghuni yang lain.

Ada satu katil sahaja yang sedikit bersepah menandakan ada yang menghuni. Aku tarik nafas panjang.

Menarik.

Tak sia-sia juga aku berjimat bila pilih dorm untuk wanita memandangkan hampir semua katil kosong tanpa tuan.

Ini namanya rezeki!

Senyum simpul menghiasi bibir sebelum aku melangkah ke dalam. Kasut diletakkan bersebelahan pintu bila melihat seluruh lantai dilapisi karpet.

Beg seberat hampir 7 kilogram itu dihempaskan ke atas katil bersebelahan tingkap.

Katil tepi tingkap, favourite. Dapat tengok permandangan luar.

Sebaik sahaja angin sejuk menyapa pipi, bibir aku tersenyum lagi.

Alhamdulillah.

Badan dihempas ke atas katil sebelum aku mengeluarkan smartphonedari saku seluar. Applikasi Whatsapp dibuka. Jari jemari mula laju menaip pada skrin,

Kak, aku dah sampai bilik. Baru sampai je, aku dah jatuh hati dekat Perth ni.

Send.

Tak sampai seminit, WhatsAppberbalas.

Kak Hajar

Ya? Alhamdulillah. Enjoy your holiday!

Thank you! Tiba-tiba aku rasa macam nak pindah duduk sini je.

Kak Hajar

Hah, sehari kau dekat sana memang la. Cuba kau duduk sebulan. Licin la akaun kau tu nak bayar makanan.

Aku sengih lebar bila baca jawapan dari Kak Hajar. Memang pun, tadi waktu nak bayar harga untuk simcardpun aku dah rasa perit. Nasib baiklah banyak jugak 'data' yang diberi. Cukuplah untuk seminggu dekat sini.

Nafas dilepas perlahan. Mata dilemparkan di setiap pelusuk bilik yang sederhana besar itu. Cukup selesa walaupun ada tiga katil double decker. Ada ruang cukup untuk penghuni bilik ini untuk lalu lalang, ada ruang yang cukup untuk solat di satu sudut dan juga almari kayu yang cukup untuk semua.

Aku bingkas dari katil. Tangan cepat saja membuka almari kayu yang paling hampir dengan katil sebelum aku terkaku beberapa saat.

"Aku lupa bawa mangga!"

Automatik aku tepuk dahi sendiri. Macam manalah boleh terlupa yang aku perlukan padlock bila tinggal dekat dorm? Haish!

Common sense, Tihah. Common sense!

BAJU dan barang-barang yang dibawa dah siap dikemas masuk ke dalam almari. Segala dokumen penting pula dimasukkan ke dalam beg kecil sebelum aku keluar dari bilik.

Nak beli padlock.

Rasanya belakang kaunter tadi aku ada nampak macam-macam benda yang pemilik hostel ni jual. Mana tahu dekat situ ada padlockyang dicari?

Walaupun separuh hati aku kata tak apa kalau tak kunci pun, tapi separuh hati lagi berkeras untuk kunci. Bila difikirkan yang aku sekarang di negara orang dan manusia yang aku berkongsi bilik sekarang kesemuanya mungkin dari berlainan negara, aku jadi was-was.

Beringat sebelum kena. Dibuatnya satu almari barang kena rompak, macam mana?

Dahlah datang seorang diri. Pada siapa aku nak bergantung nanti?

Pintu ditutup perlahan. Seorang lagi teman sebilik masih tidak menunjukkan rupa. Lagipun, hari baru menginjak petang. Mungkin dia pun tak habis lagi jalan-jalan dekat luar.

Kaki pantas dihalakan ke pintu lif. Tak sampail lima minit, aku dah pun tercegat di hadapan kaunter pendaftaran tadi. Mata cuba meneliti setiap barangan yang ditayang pada dinding belakang kaunter.

Kabel untuk smartphone... bateri... pencuci muka...

Padlock... padlock...

"Mana padlock ni... takkan tak jual?"

"Sorry?"

Aku tersengih sendiri bila ditegur dari tepi. Tak sedar pulak yang bibir dah terkumat kamit sendiri. Wajah putih tinggi lampai si penjaga kaunter tadi aku pandang dengan senyuman.

Tadi tak ada orang dekat kaunter, entah dari mana pulak abang mat salleh ni datang.

"Kenapa?"

Satu lagi soalan dari bahasa lain menyapa telinga. Spontan dia menoleh ke kanan sebelum menjamah wajah lelaki yang ikut aku tadi. Apa pulak yang lelaki ni buat dekat bawah ni? Takkan nak cari padlock jugak?

"Padlock. Lupa." Sepatah-sepatah aku menjawab. Mata kembali fokus ke belakang kaunter.

"Nak guna padlockke?"

"Hmm." Masih tak memandang.

"Duduk dalam dorm?"

Kali ni aku menoleh ke arah dia. Lambat-lambat aku angguk, menjawab soalan dia tadi. Kening terangkat tinggi, pelik. Mana pulak dia tahu yang aku duduk dekat dorm?

Takkanlah dia ikut aku balik bilik tadi? Oh. My!

"What? Awak ingat saya ni stalker?" Pecah terus ketawa dia. "Common sense, cik kak. Sini ada dormdan bilik private. Dan kalau awak nak cari padlock, mestilah sebab ada orang lain dalam bilik awak tu.Right?"

Ah... Logik. Logik.

"So, kalau awak nak guna padlock, saya ada lebih. Nak tak?"

Penjaga kaunter tadi masih memerhati kami yang bercakap sesama sendiri. Sesekali dia mencipta senyum di sebalik komputer di atas meja.

"Awak ada lebih?" Bersinar terus mata aku.

Laju dia angguk. "Nak pinjam tak? Kalau beli berapa AUD jugak tu."

Memang pun! Tengok harga air mineral pun boleh buat haus aku hilang!

"Nak!" Cepat je aku terima pelawaan dia.

"Okey, kalau nak jom naik bilik saya."

Dengar saja perkataan tu, aku terus tarik muka. Hampeh betul! Baik ada niat tersembunyi!

"Muka tu kenapa?" Berkerut-kerut dahi dia pandang wajah aku.

"Awak jangan main-main dengan saya boleh tak? Apa hal sampai ajak ke bilik pulak ni?" Suara aku dah naik satu nada.

Geram.

Penjaga kaunter tadi turut angkat kepala, menjenguk. Mungkin terganggu dengan suara aku tadi.

"Laa... jom ke bilik ambil padlock tu la. Saya nak hantar ke bilik awak pun tak boleh, tak tahu bilik mana satu." Dia ketawa di hujung kata.

Oh, macam tu ke? Aiseh.

Aku ke yang over actingni?

Tiba-tiba muka terasa panas membahang. Malu!

Nasib baiklah abang mat salleh dekat depan ni tak faham. Kalau tak, double malu yang aku dapat!

"Okey." Rendah aku menjawab. Muka dah merah menyala tahan malu. Bila dia dah mula melangkah ke pintu lif, kaki aku terus mengekori dari belakang.

Kenapalah aku kena terikat dengan dia. Itulah, awal-awal tak bawa padlock sendiri, kan dah tak pasal-pasal terhutang budi dengan orang yang tak kenal.

Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba bertenang. Sempat aku mengerling sekilas ke arah dia yang setapak di depan.

Lemas sungguh bila terpaksa berdua dengan dia dalam lif!

"Datang sorang ke?"

Aku gigit bibir perlahan. Nak tak nak, aku kena juga jadi peramah. Tak mati pun kalau jadi peramah sekejap dekat negara orang, kan?

"Ha'ah. Awak?"

"Sorang jugak."

Suasana kembali sepi. Lif terbuka sebaik sahaja tiba di tingkat dua.

"Oh... awak bilik sorang..." Aku menggumam sendiri. Patutla dia tak guna pun padlocktu.

"Ha'ah." Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang masih belum terusik itu. Sempat juga mata aku meneliti segenap ruang. Tak besar, tak sempit. Muat-muat satu katil bujang dan ruangan untuk berjalan. Nak bentang sejadah untuk solat pun muat.

Yang paling penting, kenapa nampak selesa sangat bilik ni?

Jeles!

Boleh tahan 'berada' jugak dia ni kalau boleh sewa bilik sorang. Aku senyum sendiri membuat kesimpulan.

"Saja nak duduk sorang. Kalau ikutkan bukannya mampu sangat." Padlock dihulur ke depan. "Tiap-tiap bulan makan megi je sebab nak sewa bilik dekat Perth ni." Dia sengih sendiri.

Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.

"Thanks." Huluran padlock bersambut. Sekali lagi aku terasa bagai deja vu.

"Malam ni makan dekat mana?"

Aku sekadar angkat bahu. Belum ada perancangan pun nak makan dekat mana. Sekejap lagi dah Maghrib. Nak keluar malam-malam pun, aku tak tahu nak pergi mana.

"Makan megije kut."

"Dekat hostel ni?" Kening diangkat tinggi.

Laju aku mengangguk. Pelik sangat ke? Lagipun, kata penjaga kaunter tadi, dekat aras 1 ada disediakan pantry. Bolehlah aku masak air panas nanti.

Nak masak makanan lain, was-was pula nak guna kuali atau periuk.

"Tak nak keluar?"

"Tak tahu nak pergi mana malam-malam." Tak. Bukan tak tahu sebenarnya, tapi aku takut nak keluar sendirian malam-malam.

Walaupun banyak blog jugak yang bagitahu bandar Perth ni selamat dan orang semuanya baik-baik, tapi perasaan takut tu tetap ada.

"Saya nak keluar pusing area sini lepas Maghrib nanti. Kalau nak ikut, jom."

Lama aku pandang wajah lelaki di depan, cari keikhlasan. Sebenarnya aku sendiri tak tahu kenapa susah sangat nak percayakan dia. Rasanya tak pernah pula dia buat hal bukan-bukan selain gelakkan aku dekat airporttadi.

Antara takut, tak percaya dan peluang datang depan mata. Mana satu aku nak pilih ni?

"Don't worry, kalau awak nak snap gambar saya dan viral dekat Facebook pun takpe kalau masih tak percaya." Dia sengih lebar depan pintu. Sempat pulak dia angkat dua jari tanda 'peace'.

Aku senyum tawar. Tak rasa kelakar pun lawak dia tadi.

"Kalau nak ikut nanti, datang je sini. Saya ada sehingga waktu Maghrib."

"Takkan nak datang sini?" Aku terus buat muka. Kut ya pun aku setuju nak ikut, takkanlah aku nak datang ketuk bilik orang?

Lelaki pulak tu!

"Oh... tak manis... Right." Dia sengih senget. "Kalau macam tu, saya bagi nombor telefon. Kalau awak nak keluar, WhatsApp je. Saya tunggu dekat lobi." Dia dah meluru masuk ke dalam bilik dan menulis sesuatu pada buku nota kecil.

Muka surat yang bertulis dikoyak sebelum membali mendapatkan aku di depan pintu.

Lambat-lambat aku menyambut kertas kecil yang dihulur.

"Nak ikut ke tak?" Sekali lagi dia menyoal soalan yang sama.

"Nanti saya bagitahu." Kertas kecil tadi dilipat sebelum diseluk ke dalam poket jaket.

"Abid."

"Hah?" Kening aku terangkat tinggi.

"Nama saya Abid, kalau awak nak save dalam senarai contact nanti." Sempat lagi dia sengih tayang gigi. Bila nampak dia senyum, automatik bibir juga menarik senyum.

Kan dah cakap senyum ni boleh berjangkit!

"Abig? Big?"

"Abid. A. B. I. D." Sepatah-sepatah dia mengeja. "Big tu awak."

Kurang asam. Dia tahu tak ini bukan big? Aku chubby je...

"Okey. Nama awak Abid. Noted."

"And you?"

"Fatihah. Tihah"

Abid senyum segaris. "Fatihah," ulang dia sepatah.

Wajah dia yang masih santai bersandar pada pintu bilik aku tilik lama. Dari rambut panjang ikal mencecah bahu, naik ke cermin mata bingkai hitam besar dan juga sepasang anak mata coklat cair yang terlindung.

Sama macam tadi. Masih serabut.

Rasa macam tak pernah jumpa...

"So, jom Asar dulu. Lepas ni nak Maghrib dah."

Suara dia mematikan lamunan aku. Aku angkat padlock tinggi sebelum membuka mulut.

"Thanks untuk ini."

"No big deal."Abid lipat tangan, menghantar aku ke pintu lif dengan pandangan mata.

Dengar saja jawapan dia tadi, kaki aku tak jadi melangkah. Aku menoleh ke belakang sebelum kembali mencari wajah Abid di muka pintu bilik.

"Kejap, awak... yang saya jumpa dekat stesen Mid Valley tu, kan?" Teragak-agak aku meneka.

Abid senyum nipis. "Cik Kotex."

Jawapan dari dia terus membuatkan aku ternganga luas.

"Ya Allah! Betullah! Patutlah rasa macam pernah nampak!"

"Dari airport  lagi saya nak tegur elok-elok, tapi dapat jelingan tajam pulak." Abid tergelak kecil.

"Sorry!" Aku hampir tepuk dahi.

Patutlah dia asyik nak berbual dengan aku!

"Lain kali cakaplah yang awak tu siapa. Tak adalah saya nak fikir macam-macam."

"Saya bukan apa, takut pulak awak dah lupa hal dekat Mid Valley tu."

Mana boleh lupa. Setiap kali nampak barangan yang aku beli tempoh hari, setiap kali itulah aku teringatkan kejadian tertinggal beg plastik tu.

Dan secara tak langsung, lelaki yang dah tolong aku itu juga bermain-main dalam kepala.

Berhantu betul!

"Okey, sekali lagi thank suntuk ini." Aku angkat padlockdi tangan sesaat sebelum menuju je lif.

"Fatihah, wait."

Aku toleh ke belakang dengan kening terangkat.

"Bilik nombor berapa?"

Aku senyum nipis sebelum menjawab, "Rahsia."

Dan Abid terus menggeleng dengan senyuman.

SELESAI solat Asar, aku sempat termenung di atas tikar sejadah nipis yang dikhaskan untuk travel. Lewat Asar aku hari ni. Beberapa minit lagi dah nak masuk waktu Maghrib.

Hati masih berkira-kira untuk terima pelawaan Abid atau tak.

Fikiran mula bercampur baur sehinggalah selesai solat Maghrib. Elok saja selesai melipat telekung, pintu dorm kecil itu dibuka dari luar.

Spontan aku mencipta senyum sebaik sahaja melihat teman sebilik yang dari tadi tidak kelihatan.

"Oh,hi!" Jelas riak terkejut dia bila nampak aku.

"Hi!" Aku mencipta senyum.

Sempat juga aku bersembang ala kadar setelah bersalaman.

Emilie, dari Perancis. Tinggi lampai dengan rambut perang panjang mencecah bahu. Wajahnya yang sentiasa tersenyum membuatkan hati aku terasa tenang.

Best juga rupanya bila sewa dorm macam ni. Macam-macam manusia boleh jumpa. Dan, langsung aku tak sangka yang aku boleh buat kawan dengan orang Perancis!

Syabas, Tihah!

Walaupun Bahasa Inggeris aku tak adalah sefasih mana, tapi Emilie tetap sabar melayan aku. Dan, bila ditanya yang aku keluar tak malam ni, terus aje aku angguk.

"Alone?" soal Emilie.

Dia sengih nipis sebelum menjawab. "Nope. With my friend."

"Ah,okay." Emilie senyum lebar sambil mengemas kain bajunya yang sedikit berselerak di atas katil. "Take care."

Aku senyum lagi. Ramah betul Emilie ni.

Nafas ditarik panjang. Aku bersila di atas katil sambil memandang kertas kecil yang tertulis nombor telefon Abid tadi. Cepat saja tangan mencapai smartphone dari bucu katil sebelum nombor telefon dia dimasukkan ke dalam senarai contacts.

Keluar ajelah.

Saya jadi ikut awak keluar. Tunggu saya.

Abid

Nice. See you.

Aku gigit bibir sendiri bila baca jawapan balas dari Abid. Betul ke tindakan aku ikut dia ni?

Abid bukan saudagar yang jual rakyat Malaysia di negara orang, kan?

At least, nampak macam tak.

Tapi, tak apa ke aku keluar dengan dia dekat Perth ni? Bukan ke dia tu pakwe orang?

Ah, follow the flow ajelah!

You are reading the story above: TeenFic.Net