BAB 2

Background color
Font
Font size
Line height

"THANK you, awak!" Anum mula bersuara bila nampak aku diam membisu. Sempat dia siku aku di sebelah.

"Aa.. thank you." Tergagap-gagap aku mengucapkan. Langsung tak sanggup angkat muka. Bukan ke tadi aku dah ucap terima kasih? Anum ni pun...

Kenapa la Kotex aku tu je yang dia nampak? Biasa la tu perempuan beli Kotex. Kalau lelaki yang beli baru pelik. Heh!

"Janji dengan kawan nak jumpa dekat sini ke?" Anum dah mula buat perangai peramah dia. Wahai Anum, kau baru je jumpa orang tu tak sampai lima minit, kenapa nak tahu benda yang kau tak sepatutnya tahu pulak?

"Aaa... dekat dalam. Tapi dia pun tak sampai lagi."

Dekat dalam. Dekat Mid Valley la kot.

"Jom, Anum, balik." Aku dah tarik tangan Anum untuk naik ke atas dan tukar platform.

"Eh, kejaplah. Kita belanja la dia minum dulu ke. Makan ke. Tak pun, Roti Boy ke."

Anum, tak kelakar okey.

"Tadi kau jugak cakap dah lambat nak balik!" Aku bisik pada dia, geram. Lelaki tadi masih diam berdiri di depan aku dan Anum.

Dia tak ada rasa nak masuk Mid Valley ke ni?

"Eh, tak apa. No big deal."Tiba-tiba dia bersuara. "I'll go then. Bye."Tanpa menunggu walau sesaat, dia terus memanjat anak tangga ke atas.

Akhirnya dapat juga aku bernafas tenang.

"Thanksawak!" Aku mengajuk Anum. "Pantang betul!"

Anum ketawa lepas. "Alah, dia kan dah tolong kau. Kena la buat baik sikit. Orang berbudi, kita berbahasa."

"Tolong aku, pastu buat aku malu. Tak boleh ke kalau dia buat-buat tak nampak Kotex tu?" Aku masih tak puas hati. Langkah dibawa ke tangga untuk ke tingkat atas sambil diikuti Anum yang hanya beberapa tapak di belakang.

"Kau tak rasa dia baik ke?"

Soalan tiba-tiba dari Anum membuatkan aku menoleh ke arah dia sesaat.

"Ya, dia baik sebab dah tolong aku. Jadi?"

"Jadi..."

"Dah. Kau tak payah nak cakap apa-apa. Idea clichekau tu aku dah boleh baca." Laju aku potong ayat dia. Kita ambil Grab Cardari sini je la. Malas nak patah balik KL Sentral."

Anum sengih. Elok saja aku dan dia keluar dari stesen, langkah kaki terus di bawa ke escalatoryang menyambungkan stesen dan Mid Valley.

"Kita pun bukannya muda lagi, Tihah. Kalau tak ambil peluang ni nak kenal-kenal dengan orang luar, macam mana nak jumpa jodoh?" Anum membebel di sebelah sambil mengikut langkah aku masuk ke dalam perut Mid Valley.

Aku diamkan saja. Malas nak berbahas dengan Anum. Dia ada kuasa membalas satu ayat aku dengan berkajang-kajang teks syarahan. Jadi, lebih baik aku biar saja dia bersuara.

"Tapi betullah. Tak sangka pulak dia nak tolong kau ambil barang-barang ni. Dia ada ke dalam tren kita tadi? Tak nampak pun?"

Aku angkat bahu. Aku sendiri pun tak perasan dia dalam gerabak tadi. Yang aku perasan, budak kasut Nike yang Anum cakap handsometu.

"Mana kau nak sedar dia kalau mata asyik pandang budak muka K-Pop tu."

Anum ketawa lagi.

Suasana Mid Valley sekarang ini meriah dengan pengunjung. Jam hampir menginjak angka 7 malam. Betul cakap Anum tadi, dah lewat.

Jalan mesti tengah sesak punyalah!

"Grab Car tunggu dekat mana?"

"Selalunya dekat Plan B."

Aku angguk sesaat. Aku ikut saja rentak Anum menuju ke pintu keluar Mid Valley yang terletak di sebelah restoran Plan B.

"Lagi dua minit driversampai." Mata Anum melekat pada smartphonedi tangan.

Aku sekadar mengangguk mendengar.

Bila Anum menolak pintu kaca untuk keluar, kaki aku terhenti seketika bila terpandang sesuatu di dalam restoran.

"Tihah, cepatlah! Lagi satu minit!"

Suara Anum mengejutkan aku yang masih tegak berdiri di muka pintu. Spontan aku mendapatkan dia yang terjenguk-jenguk mencari kereta yang ditempah.

Lelaki tadi dah ada awek rupanya. Patutlah tak heranpun dengan pelawaan Anum untuk belanja dia tadi.

Sekali lagi aku mengerling ke arah meja yang dihuni dia dan seorang wanita yang membelakangkan aku.

Bila pandangan kami bertemu, dia terus mencipta senyum nipis sambil mengangguk dan spontan, aku turut mencipta senyum.

Pakweorang, Tihah. Behave.

BENCI!

Kenapa selalu je jadi macam ni? Kenapa asal buat planje, mesti takkan jadi? Tak patut betul!

Dah lama aku bayangkan road tripkami ke Perth kali ini akan jadi perjalanan yang sangat menggembirakan. Aku dah bayangkan macam mana nak bergambar dekat tengah-tengah lebuhraya Perth seperti yang aku selalu tengok di dalam blog travel.

Aku dah bayangkan kami semua bergelak tawa di dalam kereta untuk ke mana-mana.

Tapi, kenapa semua orang nak cancelbila dah sampai tarikh berangkat? Kenapa dalam minggu ni jugak baru nak cakap yang semua tak boleh pergi? Dah dekat setahun sama-sama rancang semua ni dan akhirnya sanggup semua orang tinggalkan aku sorang-sorangmacam ni?

Macam mana nak survivesorang-sorangdekat sana nanti?

Aku mengeluh untuk entah ke berapa kali. Tak tahulah berapa bakul bebelan yang dah aku keluarkan untuk Nani, Wana, Shikin, dan Najwa.

Stress! Itu yang aku rasa.

Haih!

Tak patut betul!

Pakaian yang dah aku lipat tadi dicampak tepat masuk ke dalam backpackyang ternganga.

Okey. Bertenang Tihah, bertenang. Fikir sewaras mungkin. Lagipun dalam hal ni siapa yang patut disalahkan?

Semua yang tak jadi pergi pun sebab keadaan yang mendesak, bukan suka-suka, kan?

Aku mengeluh untuk kesekian kali. Lima orang yang rancang nak buat road trip sama-sama dekat Perth nanti tapi tup-tup, aku saja yang jadi pergi.

Yang lain-lain semua beri alasan ada komitmen. Nak simpan duit untuk kahwin la... Untuk tunang la... Tak cukup bajetla... Cuti tak lulus la...

Habistu, takkan aku nak tercongok seorang diri dekat sana? Dahlah tak kenal sesiapa!

Fikirkan apa yang bakal berlaku dekat Perth nanti, nak je aku hantuk kepala dekat kepala katil. Nak teruskan atau nak batalkan jugak?

Tapi sayang! Tiket je dah dekat RM600. Itu pun nasib baik dapat yang promoAir Asia itu hari. Kalau tak maunya cecah RM1000!

Sayangnya kalau tak pergi...

Nafas dilepas perlahan. Masih berfikir tentang tindakan yang patut dibuat. Mata tepat pada backpackbaru di depan sila. Deutermerah 60L tu baru saja aku beli di Pertama Kompleks dua minggu lepas. Semangat nak travel dengan kawan-kawan punya pasal.

Sudahnya...

Aku mengeluh lagi.

Beg dah beli. Passportpun dah selamat direnew. Stok makanan pun dah beli minggu lepas. Flightlagi tiga hari. Dah siap buat web check-inpun.

Dan... aku seorang saja yang jadi untuk teruskan rancangan.

Masalahnya sekarang, berani ke aku pergi sorang-sorangni?

"Macam mana?"

Aku angkat kepala dari beg yang dah hampir tersembur dengan kepadatan isi. Bila pandang saja muka Kak Hajar di muka pintu, semangat yang berkobar-kobar tadi makin marak.

"Aku ingat nak pergi je la kak," putus aku akhirnya. Yakin.

Aku kena pergi jugak. Bukan ke selama ni aku juga yang beria-ia teringin nak travelseorang diri?

Bukan ke selama ni aku nak sangat jadi berani macam traveller-travellerperempuan yang aku followdekat IG?

Walaupun tak dirancang, tapi inilah dia peluang yang aku ada.

"Berani tak?" soal Kak Hajar lagi.

Lambat-lambat aku angguk. Selama ni memang dia tahu yang aku kaki jalan. Cumanya, tak pernah pulak aku travelseorang diri dan selalunya mesti berteman walaupun seorang.

"Kalau kau rasa kau berani, pergi ajelah. Aku rasa Perth tu tak adalah bahaya mana pun. Lagipun, dia orang guna english, bukan bahasa yang kita jarang dengar."

Terangguk-angguk aku mengiakan kata-kata Kak Hajar. Ini yang bagusnya ada kakak yang memahami macam Kak Hajar. Selalu je selesaikan kusut dalam kepala.

Semua blog yang aku baca sebelum ini pun ada cerita perihal Perth boleh dikatakan selamat. Cuma ada lah sekali dua kes pecah kereta sewa pelancong untuk curi beg yang ditinggalkan dalam kereta.

Kes lain tak ada nampak pulak.

"Okey. Aku jadi pergi." Muktamad.

Kak Hajar senyum nipis. Dia dah bersandar pada pintu bilik dengan melipat kedua-dua tangan ke dada.

"Kau ikut aku la kak. Jom! Kita traveldua orang." Tiba-tiba muncul idea gila. Manalah tahu kalau-kalau Kak Hajar setuju nak ikut, rasa selamat la jugak.

"Gila? Banyak duit aku nak beli tiket on the dot? Lagipun, nak aku kena backhanddengan bos? Esok lusa nak cuti baru bagitahu?"

Aku sengih senget. Geli hati tiba-tiba bila membayangkan Kak Hajar kena backhand.

"Dah bagitahu abah yang kau jadi pergi Perth?"

Soalan Kak Hajar membuatkan senyum aku mati. Moodteruja tadi terus hilang diganti rasa sayu yang tiba-tiba datang.

"Belum lagi?" Tekaan Kak Hajar mengena. Aku sekadar mengangguk tanpa angkat muka. Sengaja buat-buat sibuk menyusun itu dan ini ke dalam perut beg, bagi tak nampak sangat raut wajah yang dah mula berubah.

"Kalau aku cakap pun, abah bukannya kisah..." Rendah aje suara yang terkeluar. Rasa sebak tiba-tiba menyapa. Ish Kak Hajar ni, orang dah excitedboleh pulak dia potong bawang...

"Beritahu je lah. Setidak-tidaknya abah tahu kau pergi mana," pujuk Kak Hajar lagi. "Nanti beritahu abah ya?"

"Hmm..." Aku masih tak angkat muka.

"Good. VISA dah buat?"

Soalan dari Kak Hajar kali ini membuatkan aku ternganga luas. VISA! Adoi, macam manalah boleh terlupa pasal visa ni?!

"Tak buatlah tu..." Kak Hajar buat muka.

Aku dah tayang gigi. Sedar silap diri sendiri.

"Lupa!" Selama ni mana pernah aku pergi negara yang perlukan VISA. Nasib baiklah Kak Hajar tanya, kalau tak memang terkandas dekat airportla jawabnya.

Kan dah cakap yang Kak Hajar ni penyelamat keadaan.

"Cakap dah studysemua pasal Perth, takkan VISA kena buat pun tak tahu?" Laju Kak Hajar menggeleng. "Bak sini detailskau. Aku minta kawan aku buatkan."

Lebar terus senyum aku bila dengar offerdari Kak Hajar. Dah tahu sangat yang Kak Hajar memang ramai kenalan dalam industri perlancongan ni.

"Baik bos!"

"Makanan tu... tengok senarai betul-betul. Karang tak pasal-pasal kena buang." Pesan dia lagi.

"Orait!"

"Dah yakin betul boleh survivedekat sana nanti?"

Sekali lagi aku senyum. Dah puas godekgoogledan baca blog orang. Dah penuh buku nota dengan cara-cara untuk ke tempat menarik di bandar Perth.

Okey la kut untuk lima hari.

"InsyaAllah. Aku dah studyhabis-habisan ni. Lagipun, aku duduk dekat bandar tu je rasanya."

Kak Hajar senyum selapis. "Okay then. Good luck!"

Senyuman aku masih berbaki. Sebenarnya dalam kepala dah tercipta macam-macam rancangan untuk dijadikan Back-Up Plan.

Plan Adan Plan B.

Dan, harap-haraplah Plan Aaku nanti menjadi!

You are reading the story above: TeenFic.Net