Bab 9

Background color
Font
Font size
Line height

Uhuk! Uhuk! Ainalysha mula batuk bila berbual dengan Mia.

"Eh kenapa ni Ainalysha. Tak sihat ke?" Mia bertanya. Mereka masih berdiri di tepi kolam. Memandangkan Ainalysha masih bertanya banyak soal kandungan.

"Iya kak Mia. Semalam Shah ni tarik I mandi sekali dengan dia dalam kolam ni malam tadi. Dah lah sejuk. So I dah terdemam lah sikit." Ainalysha menjawab dengan nada yang meleret.

"Oh ye ke." Hanya itu yang dibalas oleh Mia. Dia sudah biasa mendengar dan melihat kemesraan pasangan ini. Walaupun sudah terbiasa hati tetap meronta untuk bertanya keadilan. Kenapa dia tidak sebahagia ini. Kenapa dia tidak pernah merasai.

"Kak Mia tak pernah mandi kolam sekali dengan Shah?" Ainalysha sekadar tanya.

"Tak, kak Mia tak pernah. Sebab kak Mia tak pandai berenang." Mia jujur. Suaminya tidak pernah mengajak dia. Dan tidak akan mengajaknya. Tetapi jika di ajak pun dia akan tolak. Kolam ni agak dalam. Dia takut.

"Ohh tak reti berenang." Ainalysha sekadar mengangguk. Mia hanya diam.

"Kak Mia." Ainalysha memanggil

"Ya." Mia bertanya

"Kalau kita gugurkan anak dalam kandungan yang nak cukup usia dosa tak? - Ainalysha

"Eh, dosa tu Ainalysha. Sebab mereka pun bernyawa." Terkejut Mia bila soalan itu yang ditanya.

"Kenapa tanya macam tu Ainalysha?" Mia mahu tahu.

"Takde lah I saja nak tahu." Ainalysha menjawan dengan tenang.

"Kak Mia mesti tak sabarkan nanti dalam beberapa bulan nak bersalin." Ainalysha bertanya dengan teruja.

"Iya tak sabar lah juga. Tapi kak Mia takut juga. " Walaupun hakikatnya dia risau. Dia bukannya ada pengalaman pun sebelum ini. Ini kali pertama baginya.

"Tak pe kak Mia tak perlu risau or takut." Ainalysha menjawab

"Aik kenapa pulak?" Hairan Mia kenapa.

"Sebab...." Pap! Terus Ainalysha menolak badan Mia jatuh ke dalam kolang renang. Mengakibatkan kepala Mia terus terhantuk dekat batu kolam. Kepala Mia mula berdarah. Dia mula meronta-ronta dalam. Kolam mandi ni agak luas dan dalam mengakibatkan Mia lebih sukar untuk mengawal bila dia hendak lemas

"Sebab you tak kan bersalin pun. Sebab anak you mati kejap lagi." Ainalysha terus beredar dari situ membiarkan Mia lemas di dalam kolam mandi.

Dia senyap-senyap masuk ke bilik dia. Bila melihat kelibat suaminya masih mandi dia terus berpura-pura baring di atas katil seperti sedang tidak larat.

"Eh, you tak turun bawah lagi ke?" Terkejut Shah bila melihat isterinya terbaring di katil. Dia baru sahaja keluar dari kamar mandi.

"I tak larat lah you." Ainalysha membalas.

"Aik kenapa?" Shah terus mendekati dengan risau. Ingatkan isterinya sudah turun tetapi isterinya masih terbaring di katil.

"Cuba you sentuh dahi I." Ainalysha menarik tangan suaminya dan diletakkan di dahinya.

"Panaskan?" Ainalysha soal. Shah mengangguk.

"Sebab you lah. Kalau you tak tarik I malam tadi mesti I tak demam pagi pagi ni." Ainalysha memberitahu.

Shah Izad tergelak kecil melihat karenah manja Ainalysha.

"You tunggulah sini. I pergi minta tolong Mia buatkan you bubur okay." Shah terus berdiri.

"Alah you lah buatkan untuk I. I minta tolong Mia buatkan okay." Shah terus keluar dari bilik mereka. Ainalysha hanya tersenyum menghantar kepergian suaminya.

Shah Izad mencari kelibat isterinya. Cari di bilik tiada. Di ruang tamu dan dapur juga tiada. Hampir kesemua ruangan rumah di mencari kelibat Mia. Jikalau isterinya keluar pasti meminta izin kepadanya. Tetapi dia tetap pergi ke luar rumah untuk cek sama ada kasut isterinya ada di situ atau tidak. Melihat kasut isterinya membuatkan dia mencari lagi.

"Mana Mia ni?" Dia mula bercakap sendiri.

Mia!
Mia!

Tidak henti dia melaung nama isterinya. Dia terus pergi ke belakang rumah. Kot lah isterinya menyiram pokok di belakang. Bila tiada kelibat isterinya dia mendengus kasar. Mana dia ni? Dari jauh dia dapat melihat kolam renang yang berlainan warna. Walaupun tidak jelas terasa seperti ada sesuatu terapung di kolam tersebut.

Tanpa menunggu Shah Izad terus mendekati kolam renang tersebut.

Mia!! Melihat saja isterinya lemas di kolam renang dia terus terjun untuk menyelamatkan isterinya.

Dia melihat kepala isterinya cedera berdarah. Dia melihat kaki isterinya juga berdarah. Membulat mata dia banyak darah di badan isterinya. Kolam renang pun hampir penuh menjadi warna merah.

Tanpa menunggu dia terus mengendong isterinya dan melaung nama Ainalysha.

"Ainalysha!"

"Ya you." Ainalysha segera turun ke bawah.

"Oh my god apa dah jadi dengan kak Mia." Ainalysha berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.

"Cepat, sayang pergi hidupkan kereta. Kita kena bawa Mia pergi hospital." Shah menjerit.

"Kejap i start. You angkat bawa masuk dalam kereta I drive. Ainalysha terus berlari mengambil kunci kereta dan keluar ke halaman rumah.

"Laju lagi Ainalysha." Shah mula gelabah melihat tiada riaksi dari isterinya.

"Ya I tengah cuba ni." Ainalysha memandu.

Sambil-sambil memandu dia cuba bertanya.

"Macam mana boleh jadi macam ni you?" - Ainalysha

"I tak tahu. I cari dia untuk minta tolong. Tahu-tahu dia dalam kolam renang." - Shah menjawab dengan merintih. Kenapa isterinya mendekati kolam renang sedangkan tidak tahu berenang.

"Entah-entah dia nak suicide,you." Ainalysha berkata dengan sungguh. Terus Shah mendiamkan diri sehingga tiba di hospital.


You are reading the story above: TeenFic.Net