Bab 7

Background color
Font
Font size
Line height

Sebaik sahaja turunkan Ainalysha di rumah. Shah terus memecut ke hospital. Dia terkejut bila mendapat panggilan bahawa isterinya dimasukkan ke hospital.

Tiba sahaja tiba di hospital dia terus mencari wad isterinya. Melihat kelibat sahabat baik isterinya duduk di situ dia mendekati.

"Mana Mia?" Shah mula menyoal

"Kau buat apa kat sini?" Siti terus bangun bila melihat suami kepada sahabatnya datang. Dia tidak suka langsung kehadiran Shah di sini.

"Mana isteri aku?" Dia tidak suka bila Siti berkurang ajar dengannya.

"Oh, isteri? Bari teringat yang dia isteri kau ke?" Siti mula bertanya dengan sinisan.

"Kau jangan sebuk urusan keluarga aku Siti." Shah terus meninggikan suara kepada Siti.

"Jaga sikit tutur kata kau bila berbual dengan perempuan." Shahrul menyampuk bila melihat sahabatnya mula berlebihan.

"Berjuta kali aku pesan yang isteri kau tu sakit. Dan dia mengandung sekarang ni. Tapi apa yang kau buat. Kau abaikan dia. Bukan sekarang tetapi sejak empat tahun yang lalu lagi. Kau melayan dia ala sekadar je. Hati perempuan ni lembut lah Shah. Sebagai lelaki kau kena tahu sebelum nak menjadi suami. Inikan pula dua." - Shahrul.

" Yang kau pentingkan hanya cinta kau. Habistu cinta Mia pada kau. Ada kau ambil peduli. Cinta terlalu mengaburi mata kau. Aku tau kau terlalu cintakan Ainalysha tetapi bila kau ditakdirkan dengan wanita lain kenapa kau susah sangat nak terima. Ingat jangan terlalu melebihkan cinta yang berbalas sedangkan cinta yang bertepuk sebelah tangan yang selalu akan ada bila kita susah." Shahrul sambung lagi.

" Sebelum berkahwin dengan Ainalysha lagi aku tak suka akan perangai kau Shah. Hampir selalu Mia akan telefon aku bertanya kelibat kau di mana. Kau tinggalkan isteri kau sorang sorang di rumah. Tapi ada Mia berkelakuan jahat dengan perangai kau tak. Dia ikhlas hidup dengan kau walaupun dia pun turut terpaksa hidup dengan kau. - Shahrul.

"Anak yang di dalam kandungan Mia ni pun sebab apa? Sebab mak pak kau mula bertanya soal anak kan. Sebab tu kau ambil keputusan untuk ada anak dengan Mia bukannya kerana cinta. " Semuanya Shahrul melepaskan. Sungguh dia kecewa dengan perangai sahabatnya.

Siti menoleh memandang ke arah dokter tersebut. Sungguh jika sahabatnya tahu bahawa anak di dalam kandungannya pun kerana hendak tutup mulut orang tua pasti lebih sakit.

"Aku tahu kau cintakan Ainalysha tetapi tidak bermakna cinta Mia kau boleh pijak. Patutnya dari awal kau berterus terang dengan Mia. Bukannya torehkan hati dia setelah memberi harapan untuk hidup bersama." - Shahrul memberitahu

Shah Izad tahu dia salah. Tetapi dia terlalu membutakan mata demi menghargai dan mencintakan Ainalysha saja.

Shah menundukkan wajahnya. Dia mahu bertemu dengan Mia.

"Please bagi aku jumpa dengan Mia." Shah Izad meminta izin.

"Boleh dengan syarat jangan sakiti dia." Shahrul memberi amaran. Siti memandang Shah dengan jelingan.

Melihat isterinya terbaring dia terus mendekati.

"Mia." Shah memanggil isterinya.

Mia tidak mahu memandang wajah suaminya. Sungguh dia kecewa dengan suaminya. Hanya kerana kontrak suaminya terima dia.

"Abang tahu abang salah. Tapi Mia jangan abaikan kesihatan Mia macam ni. Mia kena stay dengan abang." Shah mula berkata.

"Selama ini saya sakit juga. Abang tak pernah ambil peduli apa pun. Kenapa bari sekarang?" Mia menyoal dengan mendatar.

Bila tiada sebarang balasan dari Shah dia sambung lagi. " Ke sebab anak dalam kandungan saya ni. Kalau sebab anak abang, abang tak perlu risau. Saya tak kan sakitkan anak saya sendiri."

"Mia jangan cakap macam ni. Kalau anak tu takde pun Mia tetap perlu ada dengan abang." Shah memberitahu.

Tersenyum sinis Mia mendengar alasan dari suaminya. 'Kenapa takut saham di tarik balik ke?' Tapi apakah daya soalan itu hanya ditanya di hati. Dia tidak kuat untuk bersoal kasar dengan suaminya. Dia takut jika suaminya terluka walaupun dirinya terluka lebih dari itu.

"Mia dah makan ubat belum. Biar abang ambilkan." Shah cuba mengubah topik. Dia tidak mahu isterinya terus sedih.

"Tak perlulah. Kalau saya nak saya boleh makan sendiri. Bila abang layan macam ni jelas saya dapat lihat yang semua hanya lakonan. Selama ini ubat semua saya makan sendiri je. Saya dah biasa." Tenang Mia menjawab.

"Abang ikhlas nak jaga Mia." Shah menafikan hakikatnya.

"Ikhlas setelah semuanya berakhir hah?" Mia bertanya.

"Kenapa serba salah menggunung ke tengok saya sakit macam ni. Jangan lah. Saya dah biasa sakit." Dengan penuh kesabaran Mia jawab.

Tidak sempat Shah membalas pintu wad dikuak dari luar. Dia melihat kelibat sahabat isterinya dan Shahrul masuk.

"Mia awak dah boleh discharge." Shahrul terus memberitahu.

Shah terus berdiri dari duduknya. " Jom balik Mia. Abang bawak." Shah mengajak.

"Takpe biar saya ikut Siti je." Mia menolak.

Baru hendak menjawab telefonnya berbunyi.

"You, you kat mana. I duduk sorang ini kat rumah." Ainalysha membuat suara akan merajuk.

"Kejap sayang. Kejap lagi I datang." Shah terus mematikan panggilan Ainalysha.

"Pergilah dulu. Ainalysha rindu tu. Jangan abaikan dia macam mana awak abaikan saya selalu." Mendatar Mia menjawab. Shahrul dan Siti salin berpandangan mereka tahu Mia sungguh terluka.

"Tak saya yang akan bawakan. Jom." Shah Izad tetap berkeras.

Mia akhirnya menyerah. Dia ikut saja.




You are reading the story above: TeenFic.Net