SAMBIL genyeh mata, aku mundar-mandir di mesin ATM yang kebetulan lengang itu. Hanya 240 unit minyak wangi saja yang laku. Jadi, masih berbaki 60 unit lagi. Nak balik ke Pasir Gudang pun tak senang ni kalau bayaran stok sebelumnya tak selesai. Macam mana nak dapatkan komisen kalau stok yang dibeli belum dibayar? 60 botol yang berbaki itu bersamaan RM4200 juga. Mana nak cekau duit tu? Terus aku terduduk.
"Ida, macam mana? Kau dah transfer duit mak datin tu?" Das yang baru selesai mencari kawasan parkir kereta itu tercungap-cungap mendapatkan aku.
Aku geleng seraya mendongak.
"Tak boleh Das. Aku baru perasan syarat ke 10 dia ni. Aku kena 'clear'kan semua harga stok yang aku ambil tu dulu, barulah komisen akan dikreditkan ke akaun aku ni. Masalahnya, kan masih berbaki lagi 60 unit? RM4200 juga tu nak kena bayar," air mata aku kembali bertakung. Lirih saja nadaku tatkala menuturkan amaun tersebut.
Das turut mengeluh. Payah juga nak selesai. Kalaulah stok pesanan Lang Merah tadi berjaya disempurnakan, boleh buat pusing modal untuk raih komisen dalam masa terdekat ni.
"Jadi? Kita nak kena jual lagilah Ida. Rasanya kita kena...."
"Aku dah tawar hati Das nak jual,"cepat-cepat aku potong. Serius aku rasa macam tak berbaloi. Tengok botol minyak wangi tu pun aku dah naik benci.
"Aku nak balik Das. Aku dah tak ada jiwa nak teruskan benda ni. Sedihnya.." aku terus menangis.
Das turut terduduk di situ. Masalah ni jadi makin meruncing sebenarnya. Bukan hanya wang RM3K yang perlu dicari untuk lunaskan bayaran ganti rugi tersebut, tetapi bayaran bagi 300 unit minyak wangi yang diambil itu juga.
"Hanya ada satu cara aje Das. Tapi, aku takut. Sebab....." Kata aku mati di situ. Dalam fikiran memang terbayangkan Lang Merah, namun lelaki itu pasti tak setuju. Dahlah pesanan dia gagal disempurnakan, takkanlah lelaki itu bermurah hati sangat nak beri pinjam.
"Lang Merahkan?" Pandai Das meneka.
Aku angguk dengan wajah seribu satu kerutan. Aku tahu hal ini memang tak wajar, tapi ini aje satu-satu cara yang ada. Nak pulangkan stok 60 unit minyak wangi yang berbaki itu dah tak boleh! Menyalahi syarat yang ditetapkan. Itulah, aku tamak sangat dulu. Sepatutnya ambil stok yang minimum saja dulu untuk sesi percubaan. Sekarang, aku juga yang terpaksa terima padahnya.
"Kita cuba dulu nak?" Das memberi cadangan sambil menghela nafas panjang.
Aku pejam mata. Ya Allah, malunya! Dahlah aku tak kenal lelaki itu. Senang-senang pula nak minta pinjam! Aduhai....lemah segala otot badan mahu bersuara. Tapi, apakan daya....
Aku : 'Assalamualaikum... Awak...."
Sekali lagi aku pejam mata tatkala butang send di tekan. Seperti biasa laju saja balasan dari dia.
Lang Merah : 'Waalaikumussalam sayang. Rindu ya mesej pagi-pagi ni? Thank you sayang🥰😘'
Sempat aku tersengih. Gila betul mamat ni. Main hentam keromo aje tebak perasaan aku. Tapi rasa sayu pula bila baca bait-bait tulisan dia sekarang. Aku rasa dia naif. Bayangkan kalau aku tak jujur sekarang? Lesap macam tu aje duit RM35K dia tu. Siapalah empunya diri di sebalik nama burung helang ini.
Aku : 'Awak, saya ada benda duka nak beritahu awak ni. Sebelum tu saya nak minta maaf banyak-banyak dengan awak. Jujurnya, saya pun tak happy sebenarnya nak khabarkan hal ini. Harap awak tak marah ya?' Terus aku pergi ke pokok cerita. Lang Merah pun nampak profesional sekali memberi reaksi. Aku tak sangka pula dia berpihak pada aku.
Lang Merah : 'Tak patutlah datin tu buat macam tu. Sale kan dah jalan. Peniaga sepatutnya kena consider benda-benda yang macam ni. Lagipun, belian saya tu kan menguntungkan pihak dia. Peliklah saya. Macam tak profesional pulak. Tapi, it's okaylah. Saya tak marahkan awak. So, to make it easy awak gunalah duit saya tu dulu. Settle kan everything dengan datin tu dulu. Saya okey sayang,'
Menggigil aku baca mesej panjang dari dia itu. Terus aku tayangkan skrin bercahaya itu ke arah Das. Gadis itu pun turut menekup mulut terharu. Dia pun tak percaya kebaikan yang ditunjukkan oleh lelaki tersebut. Satu dalam seribu mungkin.
"Kau rasa macam mana Das? Okey ke aku pinjam duit dia dulu? Rasanya akan ada hal berbangkit tak antara aku dengan dia nanti?" Tanya aku lagi teragak-agak. Serba salah sebenarnya aku nak pinjam duit orang yang tak dikenali ini.
Das diam sejenak. Panjang juga dia mengeluh kemudiannya.
"Apa-apa pun keputusan kau Ida, pasti akan ada hal berbangkit juga nanti. Cuma sekarang kau kena pilih yang mana kurang memberi mudarat aje. Aku faham kau mesti tak selesa kan pinjam duit dengan Lang Merah yang entah siapa-siapa tu, tapi kalau nak dibandingkan dengan mak datin itu jauh lebih baik dialah dari wanita tu. Hmm...kalau aku di tempat kau sekarang, aku proceed aje cadangan dia," ujar Das pula bersungguh-sungguh.
Aku angguk. Betul juga kata Das. Aku dah tersepit sekarang. Pilihan yang ada hanyalah menimbang mana yang lebih buruk sahaja bagi setiap langkah yang dipilih.
Aku : 'Awak, saya pinjam dulu tau RM5K ni. Tapi, RM30K lagi tu saya nak pulangkan pada awak sekarang. Boleh minta nombor akaun tak? Saya dah ada kat mesin ATM ni'
Aku takut sebenarnya pegang duit banyak-banyak macamni. Lagipun, ini akaun peribadi aku, bimbang aje takut tersalah guna.
Lang Merah : 'Cukupke RM5K tu? Bukan tadi awak kena lunaskan ganti rugi RM3K tu sekali kan? Settlekan semua tu dulu sayang. Saya okey aje, jangan risau. Pasal refundtu nantilah saya bagi. Saya kat luar jugak ni. Kepala pun pening lagi. Dah kena on antibiotik jugak ni,'
Aku rasa nak meraung aje sekarang. Sikap dia tu betul-betul buat aku terharu. Dah macam ahli keluarga sendiri pula. Tak berkira langsung! Percaya betul dia pada aku.
Das pun turut bergenang air mata. Sekarang kami percaya, orang lelaki baik dan kudus itu masih wujud dalam kalangan bani Melayu ini. Aku beruntung jumpa dia sebenarnya.
"Takpe Ida. Kau pinjam RM8K dulu dengan dia. Lepas komisen dari Encik Shark masuk nanti, kau pulangkanlah RM30K tu pada dia. Dia pun macam tak rushing kan? Surely aku rasa dia tak kisah. Nombor akaun pun dia belum bagi kan?" Das mengusul kemudiannya.
Aku angguk sambil perlahan-lahan menekan punat-punat kekunci pada mesin tersebut untuk membuat transaksi dengan berhati-hati.
Alhamdulillah, tak sampai 10 minit segalanya dapat disempurnakan dengan baik. Tak sangka Encik Shark pun turut laju memberi kerjasama. Tak sampai 15 minit pun duit komisen hasil jualan tersebut terus dikreditkan ke akaun bank aku. Lega sangat! Kata 'okey' dari datin itu pun sudah cukup buatkan aku rasa tenang. Belenggu masalah yang merantai jiwa sejak dari kem itu berjaya dibuang jauh-jauh dari hati. Sekarang, urusan aku hanya dengan Lang Merah dan Das aje yang belum selesai.
"Das, hutang aku dengan kau...."
"Takpe Ida. Take your time. Kau bayar pelan-pelanlah nanti. Tak payahlah guna duit mamat ni untuk aku. At least RM5K aje kau pinjam dengan dia. Okey," cepat-cepat Das memotong. Laju sekali dia menangkap maksud tersirat. Terus aku raih dia ke pelukan. Menangis juga aku sekali lagi. Nak balik ke tempat kerja pun rasa tenang sedikit malam ini. Terima kasih Ya Allah... Sekali lagi firman Allah dalam ayat ke 6 dan 7 surah Al Insyirah itu dibenarkan! Syukur ....
Satu mesej panjang kemudiannya dilayangkan pada lelaki yang baik budi tersebut.
Aku : 'Awak, saya dah pinjam tau tadi RM5K tu. Komisen jualan saya ni pun dah masuk. Nanti awak sertakan nombor akaun awak tau untuk saya pindahkan duit awak ni. Thank you sangat-sangat. Saya terhutang budi dengan awak. Saya janji, setiap bulan saya akan bayar duit ni secara beransur-ansur ya,'
Emoji senyum bersama ros merah kemudiannya masuk. Baiknya dia. Aku rasa terpaut dengan hati budi dia.
Lang Merah : 🌹👌😉😘
Lang Merah : ' It's okay sayang. Jangan nangis-nangis lagi tau. Nanti saya belanja Mat Chicken Burger dengan ketiak ayam lagi. Hehe... I love you🥰😘'
Aku tergelak. Sempat lagi dia buat lawak. Konon, nak belanja lagi. Macamlah dia pernah belanja aku kan? Ayat dia pun bukan main Romeo. 'I love you' tu?! Tapi, yang hairannya aku dah tak rasa jengkel dengan ayat-ayat romantis dia macam awal-awal dulu. Rasa selesa pun ada. Ikutkan hati rasa macam nak balas aje kalimah 143 tu kan? Tapi, iman nipis di dada aku ni masih mampu melawan. Janganlah dilayan sangat rasa hati tersebut. Memang wujud lelaki yang 'soft spoken' dan 'sweet talker' ni. Lainlah kalau Lang Merah ini dah muncul dalam dunia nyata nanti. Bimbang juga kalau dia tak berkenan dengan rupa paras aku bila kami dah bersemuka nanti, sedangkan aku dah terpaut sangat dengan karakter dia. Jadi baiklah jangan mengharap sangat.
BERSAMBUNG...
P/S : haaa...akhirnya selesai urusan Ida. Tapi kena pinjam dengan Lang Merah la pula kan... Hehe. Baik betul LM ni, mana nak carilah lelaki macam ni zaman modenni... Hehe.... Limited edisengggg...🤣🤣🤣
You are reading the story above: TeenFic.Net