Esoknya
"Esya!!!"panggil Pn.Amalina dengan kuat.
" Ye ma"jawab aku tengah bersiap untuk ke sekolah.
"Cepat turun!!! Nanti kamu lambat nak ke sekolah sayang!"jerit Pn.Amalina lagi.
"Ye mama,Esya nak turun dah ni"kata aku balik masih betul kan tudung aku ni. Sebelum turun aku akan tengok diri aku dulu di cermin supaya aku nampak lebih kemas dan turun ke bawah untuk sarapan pagi.
"Mama masak apa je pagi ni?"tanya aku sambil duduk di kerusi.
"Mama sempat buat sandwich je sayang"balas Pn.Amalina dan letakkan
sandwich di dalam pinggan aku. Aku pun makan dengan berselera.
"Esya"panggil Pn.Amalina.
"Ye ma"balas aku sambil kunyah.
"Nanti balik sekolah pak mat tak ambil tau"kata Pn.Amalina sambil duduk di kerusi depan aku.
"Hah! Habistu siapa yang nak ambil Esya nanti?"kejut aku sampai nak terkeluar balik isi dalam mulut aku ni.
"Eisya balik sendiri lah"jawab Pn.Amalina dengan selamba.
"Hm,boleh tak kalau Esya balik dengan kawan Esya?"tanya aku lagi dengan muka merayu.
"Hm,boleh tapi dengan syarat"jawab Pn.Amalina dan pandang aku.
"Apa dia ma?"
"Lepas dah balik tu kena kemas rumah sikit lagi-lagi bilik si kembar tu entah dah kemas ke belum sebelum pergi sekolah tu"kata Pn.Amalina dengan muka marah sedikit. Mama ni pantang kalau nampak bilik bersepah dan itu akan buatkan mama keluarkan apinya.
"Hrm,yelah"kata aku dengan pasrah.
"Tapi kenapa pak mat tak ambil Esya?abah nak pergi mana-mana ke?"tanya aku dan pandang muka mama dengan nak tahu.
"Takdelah,mama dengan abah akan pergi rumah kawan abah ada lah tu nak ajak borak sebelum pergi Melaka"jawab Pn.Amalina dan bangun dari kerusi untuk ke dapur.
"Ooo"jawab aku dan bangun juga dari kerusi untuk basuh pinggan yang aku guna.
"Okey lah ma, Esya pergi sekolah dulu takut lambat pulak"aku salam mama dan beri kucupan di pipi sebelum bergerak ke sekolah.
"Jaga diri okey"kata Pn.Amalina dan peluk aku sekejap.
"Okey mama"aku balas pelukan mama dengan senyuman dan terus masuk ke dalam kereta.
Aku turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pak mat.
"Terima kasih pak mat"ucap aku dengan senyuman manis.
"Sama-sama cik Esya"balas pak mat dan balas senyuman aku.
"Aku masuk ke dalam sekolah dan macam biasa kawan-kawan aku akan tunggu aku didepan lobby sekolah itu.
"Assalamualaikum guys"bagi salam aku dengan senyuman.
"Waalaikumussalam"jawab mereka serentak.
"Aku lambat ke?"tanya aku sambil pandang mereka bertiga itu.
"Takdelah lambat tapi kau buat kiteorang tunggu kau lama"jawab Syafiyyah yang diketuai untuk balas pertanyaan aku.
"Ouh ye ek hihi"kata aku sambil garu tudung. Eh ke kepala ek?
"Dah jom masuk dewan nanti tak pasal-pasal kita kena denda pulak sebab masuk lambat"ajak Rose dan jalan kedepan yang diikuti oleh kami bertiga.
"Erm korang balik dengan apa?"tanya aku kepada mereka dalam perjalanan ke dewan.
"Aku kereta"jawab Mia
"Aku pun kereta"jawab Syafiyyah
"Aku pula naik motor"jawab Rose
"Erm aku nak tumpang boleh?"tanya aku dengan sengihan sambil pandang Mia dan Syafiyyah.
"Kau bukan selalu balik dengan Pak mat ke?"tanya pula si Mia dengan kerutan di dahi.
Memang mereka bertiga kenal keluarga aku. Aku pun kenal keluarga diorang yang aku dah anggap macam keluarga aku.
"Haah,tapi hari ni ayah aku ade temu janji dengan kawan dia jadi Pak mat kenalah hantar diorang petang ni "jawab aku.
"Oo"jawab mereka bertiga serentak
"Boleh tak?"tanya aku lagi dengan muka harapan.
"Boleh kut kau naik dengan aku lagipun rumah kau dekat je dengan rumah aku"kata Mia sambil pandang aku.
"Yeay,tq weh aku sayang kau sangat-sangat"kata aku sambil peluk Mia.
"Ha ye sama-sama, dah-dah lepaskan aku"kata Mia dan cuba untuk lepaskan pelukan aku.
"Hehe okey"aku pun lepaskan Mia dari pelukan aku.
Kami pun telah tiba di dewan untuk permulaan sekolah. Kami masuk ke dalam barisan kelas masing-masing.
Sepanjang perhimpunan tu aku rasa macam di perhatikan tapi aku abaikan dan mendengar guru besar di atas pentas itu berucap.
"Weh Aleesya"panggil Rose dengan perlahan.
"Ha apa?"aku pun perlahankan suara dan masih pandang di pentas itu.
"Kau perasan tak Firdaus tu pandang kau?"tanya Rose dalam bisik.
"Ha?"aku dengan kerutan di dahi pandang Rose dibelakang tapi secara diam-diam. Taknak cikgu disiplin perasan kami berborak.
"Tu dekat barisan kelas Jujur tu ha"tunjuk Rose dan muncungkan bibir ke kelas itu.
Aku pandang kearah itu dan aku ternampak Firdaus pandang aku tanpa berkelip. Tiba-tiba dia senyum dekat aku dengan senyuman manis dan aku terkejut. Dia pun pandang ke depan lepas dia sedekahkan senyumannya.
'ish dah kenapa dia tu? patutlah aku rasa meremang je bulu badan ni'bisik aku dalam hati dan pandang semula ke atas pentas.
"Aku rasa dia suka kau lah weh"kata Rose kepada aku.
"Ish kau ni takkan dia suka dekat aku kut"kata aku dan pandang sekilas Rose.
"Kalau tak, kenapa dia pandang kau sampai tak berkelip siap senyum lagi ingat aku tak nampak ke?"tanya Rose.
"Ish tak delah, dah-dah fokus dekat depan kang kita kena panggil pulak"putus aku dan pandang semula didepan.Kami hanya diam dan buat kerja masing-masing.Malas nak dengar cikgu besar ucapkan asalkan hati tenang.
"Okey murid-murid dah boleh keluar dari dewan dan terus masuk ke kelas bukan melencong ke tempat lain,faham?"kata cikgu Lina selaku guru disiplin dengan tegas.
Kami pun keluar dari dewan dan terus masuk ke kelas.Aku pergi ke tempat duduk aku dan terus duduk.
"Aleesya"panggil seseorang dengan perlahan.
Aku cari siapa yang panggil aku dan aku nampak Dahlia pandang aku jadi aku tahu dia yang panggil aku.
"Apa?"aku balas dengan kening kanan keatas.
"Aku nak borak dengan kau masa rehat nanti, hanya kita berdua"kata Dahlia dengan tegas.
"Ha okey"aku hanya memerhati Dahlia yang telah kembali ke tempat duduknya. Cikgu masuk ke kelas tepat masa kiteorang habis borak.
KRINGGG!!!
Kami sekelas terus keluar dari kelas selepas cikgu keluar dari kelas.
"Dah jom"ajak Syafiyyah.
"Korang pergilah dulu,aku nak pergi jumpa Dahlia kejap"kata aku.
"Tapi kat kelas tadi takkan korang tak jumpa?"tanya Syafiyyah dengan pelik.
"Jumpa tapi dia kata dia nak jumpa aku kejap mungkin ada benda nak bagitau dekat aku kot"balas aku.
"Ouh dah kalau macam tu takpe lah kau pergi jumpa Dahlia tu dulu lepas tu datang kat kiteorang okey?"kata Mia dan aku hanya menggangguk sahaja. Mereka pun pergi ke kantim manakala aku pergi cari Dahlia.
'mana dia ni kata dekat kantin tapi satu bulu kening dia pun aku tak nampak"kata aku perlahan. Aku pun pergi ke belakang kantin dan ternampak Dahlia tengah melukiskan sesuatu di atas bukunya.
"Dahlia?"panggil aku manalah tau salah orang ke?".
"Eh Aleesya"Dahlia terus tutup buku itu dan pandang aku dengan serius. Aku duduk di depannya dengan gerun sedikit.
"Er ada apa kau nak jumpa aku ni?"terus aku hiraukan pandangannya dan tanya dia dengan kening terangkat.
"Aku nak ucapkan terima kasih dekat kau yang pasal hutang aku tu"kata Dahlia dengan senyuman yang cukup manis.
"Sama-sama,aku hanya tolong yang mana mampu je"aku senyum kepada Dahlia. Aku happy sebab dia dah tak jadi macam dulu.
"Tapi kan macam mana kau selesaikan semua ni?sebab hari tu dia chat aku dan cakap hutang aku dengan dia dah langsai?"tanya Dahlia dengan kerutan di dahi.
"Er cerita dia macam ni,haritu aku chat dia macam yang aku nak dan minta dia kurangkan sedikit hutang kau dengan dia jadi dia pun setuju"jawab aku dengan gugup.
"Tapi takkan secepat itu je dia setuju?"tanya Dahlia lagi. Pelik sebab dengan mudah ahlong tu setuju.
"Haih,susah juga nak berurusan dengan dia sebenarnya"keluh aku. Memang susah kalau nak settle kan hal ini dengan mamat baran tu.
"Hal ini akan selesai jika aku jadi girlfriend sementara dia"sambung aku sambil pandang bawah.
"Hah! girlfriend!!"terkejut Dahlia dibuatnya apabila dapat tahu aku jadi gf mamat tu.
"Jadi kau setuju lah?"
"Erm haah"jawab aku dan..
Ppukk!!
"Ark sakitlah weh"aku gosok di tempat Dahlia pukul aku tu.
"Tahu pun sakit,dah kenapa kau pergi terima syarat dia tu Aleesya oi"marah Dahlia dan mahu cubit aku pula. Aku sempat elak dari cubitan Dahlia sebab cubitan dia tu bukan kaleng-kaleng guys.
"Alaa dah itu je yang boleh settle kan kes ni"kata aku dengan muncung sedepa masih lagi gosok tempat di pukul itu.
"Kau ni boleh fikir tak? kalau kau terima dia tu kemungkinan kau tak boleh keluar dah dari genggaman dia sebab dia tu apa yang dia miliki tidak akan sesekali dia lepaskan"kata Dahlia dengan serius. Hati aku berdebar dengan laju apabila dengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Dahlia.
"K-kau ni b-biar b-betul Dahlia, lagipun dia dah janji tempoh hubungan ini sekejap saja jadi lagi berapa hari jelah kan"kata aku dengan gagap.
"Haih aku dah bagitau dekat kau haritu dia tu bukan boleh dibuat main dia tu MAFIA Aleesya"kata Dahlia dengan tegas.
'Nasib dekat sini takde orang kalau tak mampuh aku'kata Dahlia dalam hati.
"M-mafia!!"terkejut giler aku apabila dengar mafia keluar dari mulut Dahlia sebab aku ingatkan mafia ni tak wujud dalam dunia ni.
"Yes,dia tu Mafia tapi bukan sebagai leader dia tu hanyalah ahli dalam group tu tapi walaupun begitu dia tetap bahaya jadi aku nak kau jauhkan diri kau dari dia"kata Dahlia lagi.
"Ooky aku cube,tapi apa nama group diorang tu?tanya aku.Yelah selalu dalam cerita ada nama-nama tu semua.
"Tiger of the kings"jawab Dahlia dengan santai setelah reda.
"Oo dengar nama group mafia diorang tu mesti berkuasa kan?"kata aku dan pandang Dahlia.
"Yep,diorang sangat-sangat berkuasa sampai polis pun tak dapat buat apa-apa tindakan terhadap mereka"kata Dahlia sambil makan roti kaya hasil buatannya.
"Jadi macam mana aku nak lepaskan diri dari si Mamat tu?"tanya aku dengan muka risau.
"Erm aku rasa kau kena jumpa lelaki tu dan bincang pasal ni dengan baik"kata Dahlia dan kemas apa yang patut.
"Hm,aku akan cuba tapi kalau dia taknak?"tanya aku lagi.
"Hm nanti aku pikir-pikirkan,dah sekarang kau pergilah rehat dah nak habis masa dah ni"kata Dahlia dan terus pergi dari sini.
"Haih,apalah nasib kau ni Aleesya dapat dugaan macam ni"kata aku dan terus pergi ke kantin dan beli makanan sebelum pergi ke meja kami.
"Kau borak apa je dengan Dahlia tu?"tanya Mia selepas aku duduk disebelahnya.
"Borak kosong je"balas aku dan terus makan.
"Aik punyelah lama tadi kau pergi takkan setakat borak kosong je?"pelik Mia sampai berkedut mukanya. Haha gurau.
"Haih yee,aku dengan dia hanya borak kosong mungkin aku terleka kut borak dengan dia sebab tu lama"balas aku dengan sengih.
"Ha yelahh"kata Mia walaupun tak puas hati lagi dengan jawapan Aleesya itu.
KRINGGG!!!
"Dah jom masuk kelas"kata Syafiyyah. Kami pun bergerak ke kelas masing-masing.
"Eh Aleesya kau nak pergi mana?"tanya Rose dekat aku yang hampir masuk kelas itu.
"Masuk kelas lah"jawab aku. Belum sempat aku nak masuk sepenuhnya ke dalam kelas Rose tarik baju aku sampai aku terundur kebelakang sedikit.
"Eh kau apasal ni? "tanya aku dengan sabar. Yelah Rose ni tarik baju aku kuat sangat. Nasib tak terkoyak.
"Kau tengok baju kau ni"arah Rose.
"Baju sekolah kenapa?"tanya aku dengan pelik. Rose tepuk dahi dengan perlahan.
"Ish kau ni takkan dah lupa hari ni ada pjk"kata Rose sambil betulkan sedikit tudung hasil dari kelakuannya tadi.
"Ouh haah lah,hampir aku lupa tapi pjk waktu bila?"tanya aku lagi sambil sengih.
"Ishhh kau ni Aleesya semua benda kau lupa kan, pjk tu waktu sekarang lah"kata Rose dengan geram.
"Ooo, jomlah kita pergi padang sekarang kang lambat kena marah pulak"aku terus tarik tangan Rose dan terus ke padang. Rose yang tengah geram tu aku abaikan. Nanti-nanti redalah geram tu.
Sampai je sana aku lihat ada ramai pelajar yang tengah berkumpul di situ.
"Weh ramainya, kemarin tak ramai pun macam ni"kata aku pada Rose.
"Haah lah"
Kami terus ke dalam barisan kelas kami. Aku tanya kepada Aina rakan sekelas aku.
"Weh Aina,apasal ramai sangat ni?"tanya aku.
"Cikgu kata harini kelas digabungkan sebab cikgu kelas sana cuti"terang Aina dengan jelas.
"Oo,kelas apa je digabungkan?"tanya aku lagi.
"Kelas Jujur dengan kelas kite je"balas Aina dan pandang ke hadapan semula.
"Jadi Mia pun Akan PJ dengan kitalah kan,Rose?"tanya aku pada Rose dibelakang.
"Haah"jawab Rose sepatah.
"Okey murid-murid kamu semua akan digabungkan untuk masa ini saja dan kamu semua boleh main apa saja untuk lelaki kamu boleh main bola sepak di sana dan untuk perempuan kamu boleh main barang di dalam bakul ini,okey?"kata cikgu Lina dengan kuat.
"Baik cikgu"kata kami semua dan mula ambil barang di dalam bakul manakala lelaki main bola di padang itu.
Rose datang bersama Mia dan di tangan mereka ada badminton.
"Kita main badminton ke?"tanya aku sambil pandang badminton di tangan diorang.
"Dah kalau kiteorang pegang badminton ni mestilah nak main"balas Mia dan terus ambil posisi sebelum mulakan main badminton.
Aku hanya abaikan perlian Mia dan terus ambil badminton di dalam bakul itu.Kemudian aku duduk sekejap di bawah pokok sambil tengok diorang bermain.
Setelah 15 minit,diorang datang ke arah aku dengan muka letih.
"Weh penat siot main tadi"kata Rose dan duduk disebelah aku sambil minum air.
"Itulah, kalau main dengan kau ni memang takleh serius asyik gelak je"kata Mia pula yang tengah duduk dibatu sebelah aku itu.
"Korang kalau main takleh berhenti sekejap ke?aku tengok pun letih dah"kata aku dan minum air sedikit terasa gatal sikit tekak ni.
"Hm itu kau,eh kau tak nak main ke?"tanya Mia apabila aku duduk saja dari tadi.
"Taklah kut sebab masa dah nak habis ni lagipun aku tengok korang fun sangat main jadi aku taknak lah potong"kata aku dan diorang terus pandang aku dengan tajam.Aku pelik'dah kenapa diorang pandang aku macam tu?'tanya aku dalam hati taknaklh tanya aku dekat diorang sebab diorang tengah pandang aku macam nak tembus je.
"Auu baiknya kamu"kata mereka serentak dan dengan mata berair sedikit. Drama betul diorang ni.
"Ish korang ni satu hari tak buat drama memang tak boleh kan?"kata aku dengan menyampah.
"Ceh,macam lah kau tak pernah join drama kiteorang"kata Mia.
"Haha,yelah"aku gelak dengan sedikit perlahan.
"Aleesya!"aku menoleh apabila terdengar ada seseorang panggil aku dan aku nampak Firdaus datang ke arah aku dengan sedikit laju.
"Ada apa panggil aku?"tanya aku apabila dia dah sampai di depan aku.
"Aku nak cakap sikit dengan kau 'berdua' "kata Firdaus pandang kepada Mia dan Rose.
"Eh kenapa pula?nak cakap tu cakap jelah"tanya Mia sedikit marah yelah penting sangat ke sampai nak halau bagai.
"Tapi benda ni penting dan aku nak hanya Aleesya sorang je disini dengan aku"kata Firdaus dengan serius. Mia mahu balas balik tapi terhenti apabila aku pandang dia dan angguk tanda biarkan aku dengan Firdaus.
"Haish,baiklah tapi kau jangan nak apa-apakan kawan aku ni ek kalau tak siap lah kau"kata Mia dengan tegas dan terus pergi bersama Rose yang dari tadi diam saja.
"Ha,apa yang penting sangat tu?"tanya aku dekat Firdaus yang dari tadi pandang aku. Aku perasan cuma aku abaikan je.
"S-sebenarnya aku..nak bagitahu yang aku s-suka k-kau"luah Firdaus dengan gagap. Aku hanya diam saja.
"Aku tak suka kau"jawab aku dan mahu pergi dari situ. Tapi sempat dihalang oleh Firdaus. Aku hanya banyakkan bersabar dari meletus .
"Aku tahu kau tak suka aku tapi boleh tak kalau kita kawan?"pinta Firdaus sambil buat muka berharap.
"Ok boleh tapi aku nak kau anggap aku kawan sahaja jangan lebih dari tu okey?"setuju aku dengan sedikit senyuman. Aku kalau orang luahkan aku akan tolak tapi kalau nak kawan aku terima dengan hati terbuka. Aku bukan sombong tapi kita kenalah tunjuk yang kita ni mahal jadi sebab tu aku tolak.
"Baiklah"kata Firdaus dengan senyuman. Tkpe tak dapat jadi bf dia okey tapi bila jadi kawan ni aku akan cuba ambil hati dia dengan cara aku sendiri.kata Firdaus dalam hati dengan yakin.
KRINGGG!!!
Waktu balik telah tiba maka semua murid mula keluar dari kelas masing-masing.
Aku dan Rose pergi ke pintu kelas apabila ternampak Mia dan Syafiyyah diluar kelas itu.
"Jom"kami semua pergi ke pagar sekolah.
"Okeylah aku balik dulu"kata Syafiyyah apabila ternampak ibunya di luar keretanya.
"Okey"jawab kami bertiga serentak.
"Aku pun gerak dulu lh ayah aku dah sampai tuh"kata Rose dan terus pergi ke ayahnya apabila mendapat anggukan dari kami.
"Haa jom weh papa aku dah sampai tu"kata Mia dan kami pergi ke arah kereta papa Mia.
"Eh Aleesya?kenapa kamu belum balik lagi?"kata En.Mazlan papa kepada Mia.
"Erm Pak mat tak dapat ambil Aleesya hari ni sebab abah ada temu janji dengan kawannya dengan mama sekali. Boleh tak kalau uncle hantarkan Aleesya ke rumah Aleesya?" Terang aku dan berharap.
"Boleh je lagipun rumah kamu dekat saja dengan rumah kami"kata uncle Mazlan dengan senyuman. Aku senyum sampai ke telinga dan Mia perasan akan itu.
"Ehem happy sangat nampak?"kata Mia yang masih pandang aku.
"Hehe"aku sengih saja.
"Dah jom masuk"kami semua masuk ke dalam kereta Mr.Mazlan dan terus bergerak ke rumah aku.
Kalini author buat panjang sikit dan jangan lupa
-komen
-vote
Dah?terima kasih sangat²❤️
You are reading the story above: TeenFic.Net