3🦋

Background color
Font
Font size
Line height

Alamak dah lambat"kata Aleesya sambil turun tangga. Pn.Amalina dari bawah hanya geleng kepala melihat anak perempuannya itu.

" Esya mari makan"panggil mama.

" Takpelah mama Esya dah lambat ni"kata Aleesya sambil pakai stokin dengan cepat.

" Ish kamu ni kalau ye pun isilah sikit perut tu"kata mama dan mula dekati Aleesya di depan pintu itu.

"Nanti dekat sekolah Esya makan k" kata Esya setelah siap memakai kasut sekolahnya itu.

" Ha iyelah,ni mama ada bekalkan sikit untuk Esya, nanti kamu makan dekat sekolah ok?"kata mama dan hulurkan bekas itu kepada Aleesya.

Aleesya pun ambil bekas itu dan mula salam Pn.Amalina." Oky mama, Assalamualaikum"jawab Aleesya setelah salam tangan Pn.Amalina.

"waalaikumussalam"jawab Pn.Amalina.Aleesya menuju ke kereta sambil melambai Pn.Amalina. Pn.Amalina pun balas lambaian Aleesya itu. Kereta pun mula bergerak menuju ke sekolah.






Pov Aleesya

Dalam perjalanan ke sekolah,aku sempat makan bekalan yang mama berikan kepada aku. Yelah disebabkan aku terbangun lewatlah aku tak dapat nak bersarapan dengan sekeluarga hm.

" Cik, kita dah sampai"kata pak mat iaitu driver dalam keluarga aku dan telah berkerja dalam keluarga ini selama 8 tahun. Lama kan?.

" Ouh baiklah dan tolong jangan panggil saya cik just call me Aleesya or Esya okey?"kata aku sambil pandang pat mat yang aku dah anggap macam dalam keluarga aku sendiri.

" Err baiklah Esya"jawab pat mat dengan segan. Aku pun mula turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada pat mat.

Oky depan aku sekarang adalah tempat aku diajari atau tempat aku belajar selama 5 tahun ini iaitu Sekolah menengah kebangsaan taman bukit indah. (author main reka je) Segala-galanya bermula dari sekolah ini.

Aku pun mula masuk ke sekolah itu dan ternampak kawan-kawan aku tengah menunggu aku di pondok sekolah. Aku pun mula dekati mereka.

"Oi lama dah ke tunggu?"tanya Aleesya.

" Takdelah, baru je ni ha sampai"kata Mia sambil jeling Aku tajam.Aku pun hanya sengih macam tiada apa-apa.

" Yang kau lambat sangat datang sekolah ni kenapa?mesti bangun lambat kan?"tanya Syafiyyah dengan mata dikecilkan.

"Memang pun tapi sekarang aku dah ada kan"kata aku.

" Ha iyelah,dah jom masuk"kata Rose. Kami pun mula masuk ke sekolah dengan gelak ketawa kami sekawan.

"Oky bye korang"kata aku dan Rose serentak sambil lambai Mia dan Syafiyyah.

" Oky bye"balas Mia dan Syafiyyah sambil lambai aku dan Rose yang masih didepan kelas ini.

" Dah jom"kata aku dan kami mula masuk ke kelas kemudian duduk di tempat masing-masing. Skip.










KRINGGG!!!

" Oky semua dah boleh pergi berehat dan macam biasa jangan lupa untuk siapkan kerja yang cikgu bagi terutama sekali kamu Aleesya, faham?"kata cikgu Hamidah dan sempat memberi amaran kepada aku. Aku pun hanya angguk sambil tersengih.

" Baik cikgu,saya akan buat tapi saya tak janji tau hehe"kata aku dan mula bangun apabila terlihat Mia dan Syafiyyah didepan kelas aku.

Cikgu Hamidah pun beri pandangan yang cukup tajam kepada aku. Aku hanya balas dengan sengihan sambil garu kepala.

Aku dengan Rose pun mendekati Mia dan Syafiyyah." Apelah kau ni Aleesya ada ke patut kau jawab macam tu dekat cikgu"kata Mia apabila aku dah sampai didepan diorang.

" Alaa chill lah cikgu pun dah terbiasa dengan perangai aku ni"kata aku dengan selamba.

" Yelah memang cikgu dah biasa dengan kau tapi kau tak rasa kesian ke dengan cikgu tu?aku tengok pun dah rasa simpati tau". Tanya Mia sambil berjalan disebelah aku untuk ke kantin.

" Haih tipulah kalau aku tak rasa kesian dekat cikgu tapi nak buat macam mana aku bukan ada mood rajin lagi nak buat kerja tu. Lagi satu, cikgu bagi kerja hari-hari pulak tu ingat aku ni robot ke apa dah lah banyak,kita dah nak habis sekolah ni pun cikgu bagi banyak macam tu". Kata aku dengan panjangnya.

"Hm betul tu tapi kau kena buat juga sebelum kita bebas dari bab sekolah ni"kata Mia.

" Hm tengok lah"balas Aleesya sambil beratur untuk beli makanan. Yang lain semua pergi ke pondok sekolah dahulu supaya tidak diambil pelajar yang lain.

Aku pun ambil apa yang aku nak makan dan bayar kepada acik kantin seterusnya pergi ke pondok sekolah tempat kami selalu berkumpul. Aku nampak yang lain semua dah ada disitu dan aku pun duduk disebelah Syafiyyah.

Baru aku nak makan roti yang aku beli di kantin tadi aku ternampak Dahlia di bawah pokok tengah makan seorang diri.

" Eh itu bukan Dahlia ke?"tanya aku masih setia melihat Dahlia. Serentak mereka cari di mana Dahlia berada.

"Eh haahlh tapi kenapa dia alone je tu?"tanya Mia sama macam aku masih melihat Dahlia.

" Betul tu,and kenapa dia macam tak okey je aku tengok?"tanya pula Syafiyyah.

Aku yang masih memerhati Dahlia mula dekati Dahlia tapi sempat dihalang oleh Rose.

" Kau nak pergi mana?kau nk pergi dekat dia ke?"tanya Rose.

"Haah,aku rasa macam ada tak kenalah dengan Dahlia tu"jawab aku sambil duduk balik di tempat aku selepas dihalang oleh Rose.

"Aku rasa baik korang jangan tegur lagi si Dahlia tu sebab dia macam betul-betul tak de mood je tu"kata Rose masih lagi lihat Dahlia.

" Hm ada betul juga tu,kita tegur dia balik nantilah"setuju Mia.

"Eh bukan dia sama kelas dengan korang ke? Takkan korang tak tegur dia?"tanya Syafiyyah.

"Hm aku rasa dia tak masuk kelas tadi"kata Rose.

" Betul tu,aku pun rasa dia tak masuk kelas tadi"kata Aleesya pula.

" Takkan dia ponteng kot?"tanya Mia pada kiteorang. Kami hanya angkat bahu.

" Ha takpalah,nanti aku tanya dia itupun kalau dia masih ada dalam sekolah ni"kata Aleesya sambil bangun untuk buang sampah.

"Baiklah,dah jom masuk kelas dah habis waktu rehat ni" kata Syafiyyah dan kami semua mula pergi ke kelas masing-masing. Sebelum bergerak ke kelas aku sempat lihat Dahlia buat kali terakhir dan mula gerak ke kelas bersama yang lain. Skip.













KRINGGG!!!

"Baiklah, semua dah boleh pergi solat"kata cikgu Ahmad. Ketua kelas iaitu Hadif mula mengucapkan terima kasih dan diikuti oleh kami sekelas. Aleesya dan Rose pun mula keluar dari kelas.

Di luar kelas,Mia dan Syafiyyah masih setia menunggu sehingga kami berada didepan mereka berdua.

" Ha ada tak Dahlia masuk kelas?"tanya Mia.

"tak masuk lagi"jawab Rose.

" Hm takpelah,dah jom pergi solat" kata Mia dan kami pun pergilah surau di depan kantin itu.

"Eh korang tak boleh solat ke?"tanya Mia setelah sampai di kantin untuk letak beg. Aleesya dan Syafiyyah hanya geleng sahaja.

" Ook" kata Mia.

Mereka pun masuk ke surau didepan kantin ini manakala Aleesya dan Syafiyyah duduk di kantin.

" Weh aku pergi dekat kawan sekelas aku sekejap tau?"tanya Shafiyyah.

"Ok"jawab Aleesya dan Syafiyyah terus pergi ke group meja sana setelah mendapat jawapan dari Aleesya.

Pov Aleesya

Sedang aku duduk sorang-sorang di sini tiba-tiba aku ternampak kelibat Dahlia yang tidak jauh dari tempat aku duduk sekarang. Aku pun mula mendekati Dahlia yang tengah alone tu.

"Hai Dahlia"sapa aku dengan lembut. Kang kasar-kasar ada yang kena makan penumbuk dengan dia ni.

Dahlia pun angkat kepala dengan malasnya apabila ada orang ganggu aktivitinya itu." Hm"balas Dahlia dengan malas.

" Boleh aku duduk sini?"tanya aku.

" Duduk jelah"jawab Dahlia sambil tulis sesuatu di bukunya itu. Aku pun duduk disebelah Dahlia.

" Kau tak solat ke?"tanya aku sambil memandang dia.

"Aku cuti"jawab Dahlia singkat.

" Ouh,aku pun sama"kata aku.

" Kau nak apa dari aku ni?"tanya Dahlia dan terus tutup buku yang dia tulis tadi.

" Aku cuma nak tahu kenapa kau tak masuk kelas tadi?kau ponteng kelas?"tanya aku.

" Kalau aku ponteng kelas sekali pun itu bukan hal kau pun"kata Dahlia dingin.

"Sapa kata itu bukan hal aku?kau tu kawan aku tau walaupun kite tak rapat macam dulu tapi kau masih kawan aku"kata aku dengan serius.

"Cakap jelah kau nak apa dari aku sebenarnya?"tanya Dahlia masih dingin.

"Baiklah aku terus terang ok,kau ada masalah ke?kalau kau nak luahkan sesuatu kau boleh je luah dekat aku"tanya aku dengan lembut.

"Benda ni memang susah aku nak luah dekat orang sebab benda ni melibatkan nyawa aku sendiri".kata Dahlia.

"Cuba kau luah dekat aku manalah tahu kau akan rasa tenang sikit".kata aku still masih lembut.

"Haih ok, aku akan bagitahu kau tapi kau kena janji dengan aku kau jangan bagitahu dekat orang lain, faham?"
tanya Dahlia dengan serius.

" B-baik aku takkan bagitahu dekat sesiapa selain kita"balas aku dengan gagap sedikit. Dahlia pun ambik nafas dengan panjang dan hembus dengan perlahan seterusnya pandang aku dengan muka serius.

"Aku...aku ada hutang dengan seseorang ni"kata Dahlia pada aku.

Aku terkejut dengan apa yang Dahlia bagitahu dekat aku." K-kau hutang berapa?dan dekat s-siapa kau hutang ni?"tanya aku dengan gagap.Yelah bab hutang ni jangan main-main dok lagi-lagi boleh melibatkan nyawa kita sendiri.

" Banyaklah juga dalam 5k macam tu"
Kata Dahlia sambil pandang bawah.

"Wth,5k?bapak banyak weh kau hutang dan dekat siapa kau hutang ni?"kata aku dengan terkejutnya. Yelah 5k tu weh bukan sikit tu siapa je tak terkejut?

"D-dekat ah long"jawab Dahlia masih lihat kasutnya itu. Memang kasut tu lagi cantik kut dari muka aku ni.

" Hah!ah long? Kalau dah sampai ah long ni memang dah bahaya ni weh"kata aku masih lagi terkejut. "Jadi kau dah bayar berapa baru dekat ah long tu?"tanya aku lagi.

"Aku dah bayar 2k baru dekat ah long tu tapi.."kata Dahlia."tapi apa?"tanya aku masih tunggu jawapan penuh dari mulut Dahlia ni.

"Tapi dia dah naikkan bunga sebab aku bayar lambat dari tempoh dia bagi"kata Dahlia dengan suara perlahan.

" Hah serius lah weh?berapa bunga yang dia naikkan tu?tanya aku lagi dan lagi.

"2k"jawab dahlia dan pandang balik kasut dia lepas tengok reaksi aku yang sangat terkejut.

" Apa!!2k?makin banyaklah kau kena bayar dekat dia weh"kejut aku sampai terbangun dari kerusi.

"Aku tahu lagipun aku hutang dengan dia bukan saja-saja ini semua sebab mak aku perlukan duit untuk bayar kos pembedahan ayah aku hari tu"kata Dahlia dengan sayu.

" Okey tapi kenapa kau tak pernah beritahu dekat kiteorang langsung? lagi-lagi Rose, bukan korang berdua kawan sejak kecil lagi ke?"tanya aku dengan serius.

"Macam yang aku kata dekat kau, aku lagi suka pendam dari menyusahkan orang lain"kata Dahlia.

" Okey, jadi macam mana kau nak settle kan benda ni?"tanya aku.

" Hm aku akan slow talk dengan dia melalui chat dan minta kurangkan sedikit walaupun aku tahu ia takkan jadi apa-apa perubahan pun"kata Dahlia dengan sayu.

Patutlah aku selalu tengok dia ponteng sekolah rupanya ada masalah tersendiri.

Tiba-tiba ada satu idea yang tak masuk akal dalam pemikiran aku dan aku mula beritahu cadangan ini kepada Dahlia. Manalah tahu cadangan yang gila ni dapat membantu dia kan?.

"Haa weh,aku ada satu cadangan untuk settlekan semua masalah kau ni" bagitahu aku dengan senyuman yang cukup manis bagi sesiapa yang memandang.

"Apa dia?"kata Dahlia dengan kerutan di dahi.

"Kau ada no dia tak?"tanya aku.

" Hm ada, kenapa?"kata Dahlia pelik.

" Aku nak no telifon dia boleh?"tanya aku dengan senyuman.

"Tak boleh sebab dia bukan orang sembarangan Aleesya dan aku tahu kau mesti nak chat dia kan? untuk kurangkan bunga tu? kata Dahlia dan pandang aku dengan mata tajamnya.

" Alah chat je bukan jumpa pun"kata aku dengan perlahan.

" Haih walaupun sekadar dalam chat ia tetap dalam bahaya sebab dia tu boleh buat apa-apa je untuk dapatkan apa yang dia mahu"kata Dahlia dengan serius.

" Habis kalau aku tak buat macam ni apa lagi kita boleh buat? Sekurang-kurangnya kita mencuba"kata aku dengan lembut.

" Ini hal aku Aleesya,aku tak nak libatkan orang lain biarlah aku yang kena asalkan bukan kawan aku"kata Dahlia sambil tundukkan kepala.

" Aku faham kau tak nak libatkan kami tapi aku tak nak kau dalam kesusahan dan takkanlah aku nak biarkan kawan aku dalam kesusahan? Jadi aku nak semua kawan aku rasa bahagia macam dulu"kata aku dengan begitu lembut.

" Tapi.." belum sempat Dahlia nak habiskan ayat aku dah potong

"aku cuma nak yang terbaik untuk kawan aku dan aku yakin dia takkan berani punya nak cederakan aku"kata aku dengan yakin.

"Ceh kau belum kenal dia lagi Aleesya tapi cara kau cakap tu macam kau dah kenal lama"kata Dahlia sinis.

"Eh betul apa,takda sorang pun lah yang berani nak cederakan aku ni yelah aku kan kuat"kata aku dengan bongkak.

" Hahaha, ada-ada jelah perangai kau ni,jangan sampai apa yang kau kata tu terjadi betul-betul dekat kau pulak"kata Dahlia sambil ketawa.

" Ish kau ni ada ke patut doakan aku macam tu"kata aku sambil jeling Dahlia yang masih gelak itu.

"hehe aku tak doakanlah cuma aku tak nak kau yakin sangat dengan kata-kata kau tu je"kata Dahlia setelah ketawanya dah reda.

"Yelah tapi aku yakin takkan ada benda buruk terjadi dekat aku sebab aku kan ada kau hehe kau boleh je lindungi aku kan?"kata aku.

" Ha iyalah, tengoklah macam mana kalau aku rasa aku ni mampu jaga kau yang jenis keras kepala ni"kata Dahlia dengan senyuman.

"Jadi bolehlah kan aku nak no telefon dia?"tanya aku kepada Dahlia.

" Tengoklah macam mana"jawab Dahlia dan mula kemas barang yang dia guna tadi.

" Alaa bolelah weh please"kata aku dengan mata yang sengaja dibulatkan.

"Haih fine,nanti balik aku bagi no dia dekat kau, puas?"kata Dahlia lepas penat layan perangai aku ni.

" Yay ,ini yang makin sayang kau ni"kata aku dan mahu peluk Dahlia.

" Eh jangan nak peluk aku kat sini"halang Dahlia.

" Hehe"

." Janji tau bagi?"tanya aku lagi untuk kepastian.

" Yee ,malam nanti aku bagi kau ok?"kata Dahlia dan terus tinggalkan aku disitu keseorangan.

"Hrm harap dia bagilah"kata aku sambil berjalan ke meja asal aku.

"Ha lama nau kau borak dengan Dahlia, korang cerita pasal apa?"tanya Syafiyyah apabila aku sudah tiba di meja kami.

"adalah"jawab aku dan duduk disebelah Syafiyyah.

"ceh,itupun nak berahsia dengan aku"kata Syafiyyah. Aku abaikan apa yang dikatakan oleh Syafiyyah.

Mia dan Rose pun mula dekati kami apabila kami terlalu leka sampai tak sedar Mia dan Rose ada didepan kami. Aku pun seakan sedar keberadaan diorang pun mula menegur mereka.

" eh sejak bila korang keluar dari surau ni?"tanya aku kepada mereka.

" Sejak korang terlalu leka berborak sampai aku dengan Rose dekat sini pun tak sedar" balas Mia sambil jeling kami yang tersengih ni.

" Jomlah kita balik"kata Rose dan mula memakai begnya.

Kami pun bergerak ke pagar sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing. Sedang aku berjalan ke pagar sekolah tiba-tiba Mia buka topik pasal Dahlia.

" Ha weh kau dah jumpa ke Dahlia tu?"tanya Mia kepada aku.

"dah"jawab aku sepatah." Oo,jadi macam mana? Dia jawab apa?"tanya lagi Mia. Aku pun pandang Mia dengan lama sebelum jawab soalan dia.

"Dia kata okey je cuma ada masalah sikit"jawab aku.

" Oo,harap cepat-cepatkanlah selesaikan masalah tu takut jadi makin teruk pula"kata Mia.

'Tak lama lagi masalah Dahlia akan settle juga sebab aku yang akan selesaikan misi ini. Aku takkan hampakan misi ini dan aku tak nak kawan-kawan aku dalam kesusahan'.Kata aku dalam hati dan mula masuk ke dalam kereta selepas perasan kereta abah di depan bus stop sekolah.























-vote 👇
-komen
Sekian terima kasih hehe


You are reading the story above: TeenFic.Net