Kedengaran bunyi kereta masuk di perkarang rumah Puan Ezrin. Setelah menyedari akan kehadiran kereta itu puan Ezrin pun pantas melihat dan keluar dari dalam rumah, dia melihat anaknya Aiza bersama seorang lelaki muda di dalam kereta tersebut.
" Boyfriend anak aku ke? Dia tak pernah cakap pula dengan aku dia ada boyfriend. " monolog Puan Ezrin hairan.
Aiman yang terlihat kelibat seorang perempuan yang agak berumur sedikit lantas keluar bersama Aiza.
" Assalamualaikum makcik.. saya Aiman kawan Aiza, Maaflah saya bawa anak makcik keluar tadi. " Aiman memulakan perbualan sambil menyalam tangan ibu Aiza.
" Walaikumsalam, Tak pe nak. Makcik faham muda-muda dulu makcik pun macam tu janji anak makcik selamat. " balas Puan Ezrin sambil tersenyum, hatinya suka melihat pemuda ini sungguh berbudi bahasa.
" Jangan risau makcik. "
" Mama ni kawan Aiza, kami baru kenal dalam 4 bulan dari internet " kata Aiza sambil tersipu-sipu malu apabila mamanya memandang penuh makna ke arah Aiman dan Dirinya.
" Eh.. Jemput masuk nak cerita kat dalam nanti cerita kat sini jadi panjang pula. " pelawa puan Ezrin.
Mereka pun masuk dan duduk di ruang tamu sambil bercerita. Aiza hanya mejadi pemerhati apabila melihat mamanya sangat seronok bercerita dengan Aiman. Tidak pernah dia nampak mamanya begitu mesra dengan orang luar kerana puan Ezrin sangat tegas dan garang dalam mendidik anak-anak. Namun, kerana budi bahasa Aiman agaknya Puan Ezrin suka.
* * *
Dikereta Aiman tersenyum sendiri mengingatkan pertemuannya dengan Aiza . Bagi Aiman Aiza seorang yang peramah dan sporting tetapi dalam masa yang masa ada keayuan dalam diri Aiza ini yang membuatkan Aiman selesa dengan Aiza .
" Haii Aiman apalah kau ni " Monolog Aiman sendiri dan meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumahnya .
Lain pula cerita Aiza di rumah yang tertekan dengan setiap pertanyaan yang di ajukan oleh mamanya sendiri sampai dia naik rimas .
" Za sape lelaki tadi tu Za ? Mak berkenaanlah dengan dia Za . "
" Kawan Za mama ".
" Yeke kawan mak tengok dia tenung-tenung kamu tadi lain macam je . Dia suka kamu ke Za ? "
" Eh mak ni kita orang cuma kawan jela mak "
" Kalau lebih pun apa salahnya Za . Tapikan dah berapa lama korang kenal Za ? "
" Baru je mak .. Yang mak tanya Za lebih2 ni kenapa mak ? "
" Mak bukannya apa Za kalau dialah pilihan kau mak setuju 100% dala baik berbudi bahasa lagi .. Mak suka sangat Za . "
" Aduii mak Za nak masuk tidur dulu ye .. Za ngantuk pula tetiba mak "
" Eh budak bertuah ni tidur je kerjanya nanti bangun lambat , Tidur nak awal .. "
" Za tidur dulu ye mak "
Aiza berlalu dari ruang tamu menuju ke bilik tidurnya takut dia kalau-kalau mamanya akan tanya lagi soalan yang pelik .
You are reading the story above: TeenFic.Net