I.R.I.S Neo

Background color
Font
Font size
Line height

Kajian yang dibuat oleh Ejen Geetha adalah kajian yang Ali paling tak masuk akal. Dia merasakan mustahil manusia biasa dapat minun cecair yang membunuh.

"Baiklah, itu sahaja kajian kami. Saya & Jeneral minta izin untuk undur diri." Ejen Geetha keluar dari bilik tersebut meninggalkan Ali, Iman, Alicia & Rudy bersama Ketua Teras.

"Baiklah, seperti yang kamu tahu, kita tidak mampu untuk menjalankan proses seperti yang mereka jalankan, mengubah struktur organ dalaman & mengubah genetik, kami hanya akan berikan kamu gajet yang boleh menyamai kemampuan mereka." kata Ejen Dayang.

"Oleh itu, saya telah melakukan sedikit penelitian untuk memberikan kepada Ali...." Ejen Dayang menekan butang hologram dan terpapar, "I.R.I.S Neo."

Iman, Alicia & Rudy terpegun. Sebuah I.R.I.S berwarna kuning jingga dengan rekaan yang lebih minimalistik terpapar di hadapan mereka.

"I.R.I.S Neo adalah I.R.I.S telah ditambah baik dari pelbagai ciri. Dengan I.R.I.S ini, sensor pada I.R.I.S ini juga lebih sensitif & mampu untuk mengesan pergerakan dengan lebih pantas. Override Mode juga sudah dapat dikawal dengan lebih bagus. Hasilnya, kami dapat mengaktifkan Override Mode secara manual.

Penerangan Ejen Dayang mengagumkan Ali.

"Sebelum itu, kami akan mengekstrak data pada I.R.I.S kamu yang lama. Dengan itu proses sync data dapat dijalankan dengan mudah." Ejen Dayang membuka sebuah compartment supaya Ali dapat meletakkan I.R.I.S-nya.

"Ujian akan dijalankan selepas data dari I.R.I.S lama kamu selesai diekstrak. Ujian kamu akan dibahagi kepada dua. Misi berkumpulan dan misi secara solo."

"Tapi sebelum itu, saya mahu cakap sesuatu. Iman, Alicia & Rudy, kamu bertiga akan dapat gajet baharu untuk menggantikan gajet kamu yang lama."

Ejen Dayang mengeluarkan hologram gajet baharu mereka. "Untuk Alicia, kamu akan diberikan pisau dan anak panah. Kamu juga akan diberikan tali pinggang untuk menyimpan pisau tersebut dan penembak anak panah di tangan dan di kaki." data gajet tersebut terpapar di hadapan Alicia.
(kalau korang tahu watak Mai dalam cerita avatar, senjata Alicia lebih kurang macam tu)

"Untuk kamu pula Iman, kamu akan diberikan kusarigama dengan sabit dan kunai plasma di hujung kedua-dua rantai untuk menggantikan tudung kamu itu. Saya tahu kamu mungkin tak selasa dengannya."

"Kamu Rudy, akan diberikan sut yang berkebolehan seperti Ejen Djin." Rudy terkejut. "Kenapa berikan saya sut macam Ejen Djin?" sebenarnya, dia sangkakan akan dapat senjata, tapi lain pulak jadinya. "Kami tahu, kamu antara orang terkesan juga dengan tindakan Djin mengkhianat M.A.T.A, jadi kami berikan sut berkebolehan sepertinya kepada kamu."

Data tentang gajet Iman & Rudy juga terpapar di hadapan mereka.

"Terima kasih, Ejen Dayang."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada malam hari yang sama, Ali, Iman, Alicia & Rudy datang menghadap Jeneral untuk briefing misi baharu. "1/2 jam yang lepas, intel telah mengesan ada pencerobohan berlaku di perlabuhan Cyberaya. Kami syak mereka hendak mencuri alatan canggih atau senjata dari situ. Tugas kamu, sekat kegiatan mereka dan bawakan bukti ke sini. Bertindak segera!"

Mereka berempat pergi ke pelabuhan.

Sampai sahaja di situ, mereka mencari tempat persembunyian. Mereka mendapati ada sekumpulan  orang lelaki berpakaian perisai dan memakai helmet dan terdapat logo di belah kiri dada baju perisai mereka.

Alicia mula mengatur strategi. "Iman dengan aku akan ambil perhatian diorang sebelum korang serang. Kita akan cuba heret sorang-sorang dan korang berdua akan serang."

Iman, Ali & Rudy mengganguk.

Alicia & Iman melakukan beberapa bunyi ketukan tidak jauh dari tempat pencuri tersebut berkumpul. Dua orang dari mereka perasan & menuju ke tempat Iman & Alicia berada.

Tetapi, Ali & Rudy sudah menggantikan tempat mereka berdua.

Pencuri tersebut sampai, dan mereka dibantai oleh Ali & Rudy. Disebabkan bunyi erangan, seorang yang berpakaian sedikit berlainan menyuruh seorang sahaja yang pergi. Malangnya, dia pun teruk dibelasah.

Dari kejauhan, Celeritas & Fortis memerhati melalui skop sniper mereka yang dipasangkan audio. "Diorang nampak macam tak dapat nak lawan budak ejen tu je. Baik kita tembak sekarang doh." kata Fortis tidak sabar.

"Sabar, kita tunggu peluang dulu."

Ketua pencuri tersebut melaung. "Woi ejen M.A.T.A., kau keluar sekarang. Kau ingat aku tak tahu ke? Aku bukan pegecut. Keluarlah, lawan aku depan-depan."

Rudy yang tidak sabar melompat dan melempar garinya. Ketua mereka bersama seorang lagi pencuri mengelak & melempar pisau Airborne. I.R.I.S Neo mengesan lemparan pisau tersebut menuju ke arah Rudy.

"Rudy, elak!" belum sempat dia mengelak, pisau tersebut terbenam di belakang bahu Rudy.

Iman & Alicia pergi menolong Rudy tapi, dihalang oleh disebabkan bom asap yang diletupkan.

"Ha, sekarang korang tak ada peluang langsung nak kalahkan kami!" Ali yang berada dalam kepulan asap, menahan diri dari batuk.

"Ali!" Iman & Alicia cuba memanggil Ali.

I.R.I.S Neo Ali mengesan perubahan yang berlaku di udara dan memberi amaran. Ali mengelak dan cuba mengesan arah pergerakan objek tersebut.

Di luar kepulan asap, Iman & Alicia ditangkap sementara Ali & Rudy berada di dalam asap tersebut.

Selepas asap itu reda, Ali mendapati Rudy yang tidak sedarkan diri & beberapa bilah pusau pisau terbenam pada bahu & pahanya . Iman & Alicia berada dalam keadaan melutut, pisau pada leher mereka & tangan mereka di genggam kuat.

"Jangan kau apa-apakan mereka!" Ali membentak. "Kalau aku cederakan mereka, apa yang kau akan buat?"

Ali tersengih. Dia menekan butang pada sisi I.R.I.S. Kaca mata I.R.I.S dari warna oren menjadi warna putih.

Override Mode.

Ali yang tadi tersengih berubah menjadi muka yang lebih serius. Dia mengeluarkan pedangnya dan memecut ke arah mereka.

Pergerakan Ali yang pantas memakda mereka untuk melepaskan Rudy,Iman & Alicia. Ali berlawan dengan pencuri tersebut.

Celeritas & Fortia yang memerhati dari jauh terkesima dengan apa yang berlaku. "Budak tu, pakai I.R.I.S baharu!"

Ali menghayunkan pedangnya kearah ketua mereka tetapi sempat ditunduk sebelum menebas kepala. Seorang lagi datang dari arah kanan Ali melempar pisau tapi Ali mengelak dengan mudah dan memecut ke arahnya.

Ali menghayun pedangnya sehingga pencuri tersebut terhempas pada container. Dua pencuri lagi bergerak serentak dan melompat untuk menetak Ali dengan baton elektrik. Ali menahan kedua-dua baton dengan pedangnya & menolak sebelum melepaskan tendangan yang kuat pada perut kedua-dua pencuri tersebut.

Pencuri yang terhempas tadi bertindak untuk menyapu lantai dengan kakinya untuk jatuhkan Ali. Ali melompat dan berputar ke arahnya sebelum menghayun pedangnya.

Tiga sudah tumbang.

Ali berpaling ke arah ketua mereka & pencuri yang berbaki. Raut wajah yang penuh serius dibalas dengan wajah dingin Ali.

Mereka mengeluar pedang yang tersisip di perisai bawah lengan.

Seoramg pencuri melompat dan cuba menikam Ali sebelum Ali mengelak ke belakang.

Beberapa hayunan dibuat tetapi Ali berjaya mengelak kesemuanya. Ketua pencuri tersebut yang hilang sabar menyerang hendap Ali dari belakang semasa Ali membelakanginya.

I.R.I.S Neo mengesan pergerakan ketua pencuri tersebut. Ali menetak pedangnya menyebabkan ketua pencuri tersebut tercampak.

Sekali lagi, I.R.I.S mengesan pergerakan dari belakang. Ali yang bersahaja menembak pencuri tersebut menyebabkan pencuri tersebut pengsan.

Lima sudah tumbang.

Ali memandang ke arah Iman & Alicia yang dijadikan tebusan. Dua pencuri yang sedang menghunus pisau pada leher Iman & Alicia bersuara. "Kalau kau nak kawan kau selamat, jangan dekat!" Ali menembak peluru lencong di udara & dua pencuri tersebut pengsan.

Iman & Alicia lega sebab selamat. Ali menyahaktifkan Ovveride Mode dan berlari ke arah Rudy.

"Rudy, Rudy. Kau okey tak?" Ali menggoncang badan Rudy. "Ergh, aku okay." balas Rudy. "Cepat! Kita kena tahan semua pencuri ni dan bawak ke HQ M.A.T.A."

Tanpa mereka sedari, tiga orang pencuri tersebut sudah sedar dari pengsan. Mereka membawa dua oramg lagi rakan mereka dan meletupkan bom asap.

Mereka hilang disebalik kepulan asap.

Tidak lama selepas itu, pesawat M.A.T.A dalam keadaan halimunan. Fungsi halimunan dimatikan selepas pesawat tersebut mendarat.

Para medik membawa Rudy yang cedera ke dalam badan pesawat.

Ali adalah yang terakhir masuk ke dalam pesawat. Dalam fikirannya, dia tidak berhenti memikirkan tentang kejadian tadi. I.R.I.S Override Mode dapat berfungsi dengan baik tetapi masih belum dapat menahan pencuri tersebut.

Iman dengan sifat ingin tahu, mendekati Ali. "Ali, awak okey ke?" Ali hanya mengganguk. Ali menunduk kepala seketika & menggeleng. "Tak sebenarnya. Pencuri berjaya lepaskan diri dan Rudy cedera. It didn't came out with a good result." Iman memahami perasaan Ali. "Tak apa Ali, kita akan cuba perbaikan lagi untuk misi akan datang."

Fortis & Celeritas melihat sahaja dari jauh. Kini mereka menggunakan cecair berwarna kuning untuk meningkatkan daya penglihatan.

"Nampaknya, kita kena berjaya mengelak dari mereka lagi." Fortis mengangguk dengan kata-kata Celeritas.

Mereka berdua melancarkan kabel besi dari perisai lengab mereka dan bergayut di kren & bangunan berdekatan sebelum hilang di kegelapan malam.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Assalamualaikum readers. Rasanya tak terlambat lagi untuk author ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Author mintak maaf sangat sebab lama sangat tak update. Busy sikit kebelakangan ini. Hopefully koramg suka dengan chapter kali ini.

Bila korang suka baca, author lagi semangat nak tulis lagi.

Btw, author ada post note dekat conversation. Boleh tulis pandangan korang tentang idea baharu author.

Okay itu sahaja.

Author out.

You are reading the story above: TeenFic.Net