BAB 21

Background color
Font
Font size
Line height

Apabila Qiyana mulai sedar mesej tersebut datangnya dari Haikal, dia menutup telefonnya laju. Malas mahu melayan.

Ting !

Ting !

Ting !

Qiyana Athelia mula rimas mendengar bunyi notifikasi telefonnya. Laju dia membuka dan menaip.

*Taktahu:
awak marah saya lagi ke?
saya dah minta maaf kan haritu?
kita jumpa nak?

*Me:

awak nak apa lagi ni? kan saya kata kita dua dah takde hubungan pape

Qiyana mendengus geram. Dia mula bengang dengan sikap tak faham bahasa Haikal.

*Taktahu:
memang takde peluang kedua ke diberikan oleh saya ? saya betul-betul minta maaf Yana..

*Me:
takde.

*Taktahu:
mudahnya awak lupakan saya macamtu je

Berkerut dahi Qiyana Athelia membaca pesanan oleh Haikal. Mudah melupakan? apakah Haikal lupa bagaimana Qiyana Athelia tetap menerimanya meskipun sudah berkali-kali dicurangi?

Dia tetap menerima dan berbuat baik walaupun lelaki tersebut telah menduakannya bahkan bertiga dan berempat !

*Me:
dahlah saya malas nak layan awak. Jangan ganggu saya lagi

Sejurus selepas itu Qiyana Athelia meletakkan Haikal di ruang archive.
Dia kembali menonton televisyen.

SELESAI sahaja Qayeed menyusun baju di almari miliknya, dia merebahkan badannya di atas katil. Letih.

Mulai subuh sehingga kini dia masih belum duduk atau baring. Dia hanya berhenti solat, makan dan menyambung kembali kerjanya.

Pulang sahaja dari masjid bersama ayahnya waktu subuh tadi, dia membantu mamanya mengemas halaman rumah, menanam, memotong rumput, membasuh pakaian serta menyidainya. Akhir sekali melipat dan menyusun pakaian.

Mata Qayeed Zhaqif sudah mula terkatup rapat. Dia mahu tidur. Bantal goleknya di ambil lalu memeluknya rapat.

"Abang Yeed !!" jerit Arissa, anak asuhan mamanya.

Hampir di jemput illahi Qayeed Zhaqif menarik nafas. Dia terkejut dengan laungan kuat oleh Arissa. Arissa berlari memasuki biliknya dan mula baring di sebelah Qayeed.

"Abang Yeed abang Yeed.. Arissa nak tanya, Abang Yeed dah ada gwenfriends ke" terkedip-kedip mata Arissa sambil melihat Qayeed.

"Kenapa tanya macamtu sayang.. Abang Yeed malaslah nak ada awek lagi, hati ni dah hurt.." tangannya di letakkan di dada membalas pertanyaan Arissa.

"Hurt? siapa sakitkan Abang Yeed? sampai hati dia" Arissa meniup perlahan dada Qayeed Zhaqif sambil mengelus lembut.

Qayeed Zhaqif tersenyum nipis sambil mengusap perlahan kepala kecil Arissa. Comel.

"Arissa datang sini pukul berapa tadi? kata harini taknak datang.." Qayeed bangkit dari perbaringannya dan menghadap Arissa.

"Baru jee, ummi nak hantar. Katanya ada kerja" petah mulut munggil itu berkata.

"Ooo, makan dah? jom teman abang Yeed makan. Laparlah" tangan diletakkan pula di perut.

Arissa berdiri dan menarik tangan Qayeed Zhaqif menuju ke dapur.

----

"Kakak nak stay rumah sewa ke nanti?" aju Encik Zahir.

"Ermm, kira-kira camtula. Memang kene duduk luar sebab degree dah kan. Takleh duduk kolej dah" ujar Qiyana Athelia.

Encik Zahir mengangguk. "Nanti gitahulah kalau dah dapat rumah"

Qiyana Athelia memberi thumbs up dan mengangguk.

"Duduk dengan Aisha jugaklah nanti?" aju Puan Aziah pula.

"Aah, dia la teman sehati sejiwa kakak dekat UKM tu" Qiyana Athelia gelak perlahan.

"Yelah, baguslah gitu. Dia tu baik, cantik pulak" puji Puan Aziah.

Qiyana Athelia yang sedang menjamu selera itu mengangguk dengan mulut yang penuh.

Siti Aisha, siapa sahaja yang tidak suka akan dirinya? wajahnya yang cantik, putih, tinggi serta sopan orangnya itu. Ramai lelaki terpikat kepadanya termasuklah Afnan, YDP bomba mereka.

Namun Aisha tidak meminati mereka kerana bagi dia, lelaki yang ikhlas sangatlah susah untuk di cari.

"Haritu yang tolong kakak tu siapa nama lelaki tu? Aisha kata ada dua orang laki, sorang drive. Sorang lagi bukak tingkap sambil jerit untuk orang bagi laluan"

Dengan serta merta pergerakan Qiyana Athelia berhenti. Fikirannya terus terfikir akan Qayeed dan Adam. Waktu kejadian mereka berdua lah yang membantu.

"Qayeed.. dan Adam?" ujar Qiyana Athelia satu persatu.

"Haa Qayeed tu kot yang duduk sebelah driver. Aisha cakap tak senang duduk dia waktu kakak pengsan tu. Dia lah yang lari pergi panggil beberapa orang untuk angkat kakak, dia jugalah yang bukak tingkap jerit suruh orang bagi laluan, ha dia jugak yang lari dulu panggil doktor" panjang lebar Puan Aziah bercerita.

Tak tertahan reaksi Qiyana Athelia waktu ini. Mulutnya terlopong luas sama dengan matanya yang terbuntang. Alangkah terkejutnya dia mendengar cerita Puan Aziah. Aisha langsung tidak menceritakan kepadanya.

"Biar..biar betul ibu? Qayeed buat macam tu ke"

Puan Aziah mengangguk beria. Hati Qiyana Athelia tika ini tak usah kata, berbunga macam ada taman !

Wajahnya jelas merah akibat malu. Dia tidak sangka sebegitu risaunya Qayeed Zhaqif terhadap dirinya. Hatinya mula bertaut sedikit demi sedikit.

"Ha , yang merah muka tu kenapa" tegur Puan Aziah sambil tersengih.

"Mana ada pape" sejurus selepas itu Qiyana Athelia bangun meninggalkan meja makan untuk basuh pinggan.

Encik Zahir dan Puan Aziah berpandangan antara satu sama lain. Mereka senyum nipis.

----

Superbike YZF-R25 memecahkan suasana halaman kediaman Qayeed Zhaqif. Dia menghidupkan superbikenya setelah sekian lama tidak dibawa. Kebetulan sem hadapan mereka dikehendaki duduk di rumah sewa, Qayeed Zhaqif ingin membawa superbike tersebut ke rumah sewa.

"Elok lagilah Ayeed. Along kau baru bawak semalam" ujar Amirah, kakngahnya.

"Ohh patutla senang hidup"

"Mana taknya, asal balik je kau pakai motor ayah, bukannya nak pakai motor sendiri pergi mana-mana" bebel Amirah sambil meletakkan pinggan berisi buah.

Qayeed Zhaqif menggaru kepalanya sendiri. "Manalah Ayeed nak bawak motor tu merata Kakngah, malu orang nengoknya"

Amirah gelak mengekek. Ada betul juga kata adiknya. Dia mula membayangkan Qayeed Zhaqif menaiki superbike tersebut ke pasar. Amirah gelak sambil menggelengkan kepala. Tak terbayang !

"Ayeed rasa nak keluar petang ni, nak pergi pusing-pusing pantai kejap" ujar Qayeed.

"Kat Melaka ni Yeed, kau pergi mana pun pantai jugak, pergi ler sementara belum mula kelas"

"Abang Yeed..." Arissa keluar dari rumah bersama patungnya. Gayanya baru sahaja bangun tidur. Arissa menggosok matanya perlahan.

"Nanak Abang Yeed..." Tangan didepakan.

"Dengan kau jelah dia nak, pergi ambik dia. Satgi mengamuk" Amirah memandang Arissa sambil tersenyum.

"Alo alo kesayangan Abang Yeed ni" sejurus itu Qayeed membongkokkan badannya dan mengangkat Arissa.

"Jom masuk"

SAMPAI sahaja Qayeed Zhaqif di pantai Klebang, dia turun dari superbikenya dan berjalan menuju ke arah pantai. Kelihatan ramai yang hadir di pantai tersebut memeriahkan suasana.

Dia mengambil tempat yang tidak ramai orang. Qayeed Zhaqif duduk dan mengeluarkan iphonenya. Dia mula membuka aplikasi kamera dan menangkap suasana pantai yang cantik tika itu.

"Qiyana Athelia.." tiba-tiba sahaja nama itu meniti di bibir merah Qayeed Zhaqif.

Dia tersenyum memandang pantai.

"Indah seperti pemandangan pantai, lembut bak gelora ombak"


You are reading the story above: TeenFic.Net