8

Background color
Font
Font size
Line height

Terlihat 3 orang remaja sedang melepak di pondok berdekatan dengan kelas mereka. Sekarang ni waktu rehat, Jadi mereka bertiga mengambil keputusan untuk rehat di pondok sekolah saja.

"So, ada cadangan untuk persembahan korang nanti? " tanya Kwangmin.

"Aku tak tau nak buat persembahan apa. Dengan keadaan macam ni, boleh tak aku undur diri? " sontak Taehyung dengan Kwangmin memandang ke arah Jimin.

"Eiii budak ni, kita dah isi borang, dan dah hanya dah dekat Hoseok sunbae. Tak payah nak mengada undur diri. Aku sepak kang " ujar Taehyung kesal. Jimin hanya menghela nafas.

"Aku yakin, kau menang macam sebelum ni " kata Kwangmin pulak.

"Tapi, tu dulu. Sekarang dah lain wey. Mana ada orang yang suka dekat aku dah. " lirih Jimin.

"Siapa kata tak ada siapa suka kat sunbae. " mereka bertiga memandang ke arah suara itu. Terlihat beberapa gadis dan budak lelaki junior sedang tersenyum manis ke arah mereka. Lalu mereka menghampiri 3 lelaki yang sedang tergamam itu.

"walaupun sunbae selalu buli kami dulu, tapi kami tak kesah. Perkara yang lepas, biarkanlah lepas. Kami nak tengok, Park Jimin sunbaenim menang dalam pertandingan yang akan datang. " ujar seorang budak lelaki.

"Korang" lirih Jimin dan tak lama itu, tangisan kecil kedengaran. Membuatkan mereka memandang Jimin.

"Aigooo, uri Jiminie menangis" usik Taehyung. Membuatkan Jimin tergelak kecil begitu juga dengan mereka semua.

"Dah la, kita hentikan drama semua ni. Mari kita tolong Taehyung dengan Jimin cari lagi. Kalau korang nak tau, selain Jimin akan persembahkan tarian dia, Jimin akan berduet dengan Taehyung!! " teruja Kwangmin membuatkan junior² mereka berdecak kagum manakala dua orang lain kesal.

"Ya! Kwangmin-ah. Habis la rahsia kami! "

Setelah itu kedengaran gelak tawa mereka. Tanpa di sedari, seseorang melihat semua itu dengan senyuman sinis.

"Senyum la, wahai Park Jimin. Setelah ini, mungkin tangisan yang akan mengiringi kau nanti"

Ya, Dia Jo Youngmin.

............

Sekarang ini mereka berada di satu ruang tarian yang khas untuk murik² seni tarian. Semua kagum melihat tarian Jimin yang sangat mempesonakan. Dengan mimik wajah sangatlah sesuai dengan tarian nya.

Jimin mengambil keputusan yang dia akan persembahkan satu tarian besertakan melodi yang slow.

Setelah selesai, ruang itu bergema dengan decakkan kagum..

"Wahhhh, Jimin! Jjang daebak! " puji mereka. Membuatkan Jimin tersenyum malu, dia mengusap lehernya dengan senyuman kekok. Tak pernah dia rasa macam ni. Rasa macam menyesal pulak apabila terkenang yang dia pernah membuli orang² yang ada di hadapannya ini sekarang.

"Okay, sekarang. Nak dengar tak suara Jimin dengan Taehyung? " ujar Kwangmin yang tiba tiba bangun dari duduk nya.

"Nakkkkk!! "

"Okey, mari kita dengarkan! "

.....................
Bruk!

Satu hentaman di badan Hyujin membuatkan lelaki itu jatuh terduduk. Menahan perih di perut nya.

Seorang lelaki berjalan angkuh ke arah nya membuatkan Hyujin memandang ke arah lelaki itu.

"Jo Kwon Hae" gumam Hyujin geram membuatkan Kwon, lelaki itu tergelak sinis.

"Kita jumpa lagi, Park Hyujin"

"Apa kau nak?! Kau dah hancurkan syarikat aku, sudah la!" bentak nya. Kwon ketawa besar lalu memandang tajam ke arah Hyujin.

"Kehancuran kau, tak setara dengan rasa kehilangan aku! " Hyujin mengeram kesal.

"kau tau Hyujin, aku kesian sebenarnya dengan kau. Lepas bankrup terus jadi gelandangan. " Hyujin diam sambil menatap Kwon tajam.

"Kau ingat aku tak tau? Kau dera isteri dengan anak kau semata mata nak kan duit untuk kau main judi? Tak sangka bekas CEO syarikat yang dah bankrup mengambil jalan macam ni" katanya sinis sambil menepuk pelan pipi nya.

"Bukan urusan kau la! "

"Ye, bukan urusan aku. Tapi kau tak kesian ke kat isteri kau? Anak kau? Bekerja hanya untuk bagi kau duit. Senang senang kan. Kau jual la isteri kau dekat aku, aku boleh bagi berapa saja kau nak" ujar nya lagi tak lupa dengan senyuman iblis nya itu. Membuatkan Hyujin terdiam.

"Kenapa, Hyujin? Kau berminat? " tanya la lagi.

Ye memang sekarang Hyujin memerlukan duit.

"Berapa kau boleh bagi? " Kwon tersenyum sinis lalu membisikkan sesuatu.

"Setuju? "

"Okay, aku setuju. Janji aku dapat duit tu" ujar Hyujin.

"Okay, aku nak kau bagi isteri kau pada tarikh dengan waktu yang aku tetap kan. "

"Okay, set! "

................

Jimin berlari masuk ke dalam rumah.

"Mama! Jimin dah balik! " kelihatan nya Jimin dalam keadaan gembira.

Tapi hanya sementara apabila dia melihat Tuan Park sedang tidur di sofa. Fikirannya melayang ke arah Puan Park. Tanpa menghiraukan Tuan Park, Jimin berlari masuk ke dapur.

"Mama! " terus Jimin berlari ke arah Puan Park sambil memeluk nya dari belakang.

"Eh, Jimin dah balik. Tak dengar pon Jimin ucap macam selalu " Puan Park sedikit terkejut apabila melihat anaknya itu tiba tiba memeluknya dari belakang. Lalu dia menghadap Jimin.

"Papa ada buat apa apa kat mama ke? Mama ada sakit kat mana mana? " tanya Jimin risau membuatkan Puan Park tertawa kecil. Lalu dia mengusap kepala Jimin.

"Tak ada la sayang. Kalau kamu nak tau, papa kamu dah berubah. Tadi dia balik. Ucap kata maaf kat mama sambil menangis. " jawab Puan Park membuatkan Jimin mengerutkan dahinya.

"Kenapa tiba tiba? Entah entah papa pura pura saja" ujar Jimin.

"Eh, tak baik cakap macam tu sayang. Mama kenal papa kamu. Dia ikhlas. Dan sekarang kamu pergi mandi, nanti tolong mama siap makan. Kita makan sama sama" jawab Puan Park. Jimin menghela nafas.

"Baiklah"

............

Ruang makan terasa sepi, kekok semua ada. Tak lama itu, Jimin bersuara.

"Mama, Jimin ada masuk pertandingan tarian dengan nyanyian. Pertandingan tu berlangsung minggu depan. So mama datang tau" ujar Jimin. Puan Park tersenyum.

"Mama selalu akan datang, macam tahun tahun yang lepas" jawab Puan Park. Jimin tersenyum. Lalu memandang Tuan Park yang sedang menunduk makan.

"Papa? " Tuan Park tersentak. Lalu dipandang wajah anaknya itu.

"Ye? "

"Papa datang ke? "

"Oh pertandingan tu. Tengok la macam mana. Papa takut masa tu papa kerja" ujar Tuan Park lembut membuatkan Jimin rasa nak menangis. Dah lama dia tak dengar suara papa nya yang terkesan kasih sayang. Selalu nya hanya bentakan sahaja

"Papa kerja? "

"Iya sayang. Papa kerja, tapi sebagai pengawal keselamatan saja la" ujar Tuan Park.

"Tak apa, janji papa tak buat kerja haram tu lagi. " Katanya Jimin. Tuan Park tersenyum nipis. Tapi dalam hati dia ketawa dah memperbodohkan anak dan isteri nya.

"Tak lama lagi, berjuta duit aku dapat" katanya dalam hati.

......

TBC......

You are reading the story above: TeenFic.Net