"πΊππ ππππππππ πππππππ ππππ πππ. π΅ππ ππππππππππππ ππ πππ πππ πππππ, ππππππΜ ππππ ππππππππ π ππ(πππ'ππ πππππππ ππππ ππππ πππ πππ πππ'ππ. π«πππ πππππ ππ ππππ π
ππ'π ππππ πππ, πππππππ π° πππ ππππ πππ)."
***
"Kau dah ready ke?" Latte itu dihirup perlahan. Jejaka itu direnung dalam, dia masih tenang membaca buku tanpa sebarang gangguan.
"Hazriel, kau dengar tak apa yang Kris tanya?" kini giliran Sky pula yang bertanya, pandangan mereka masih kepada jejaka itu.
Buku diturunkan sehingga paras matanya sahaja. Wajah kedua kawannya direnung dalam.
"Ready." sepatah sahaja dia menjawab. Buku ditutup dan diletakkan ke atas meja. Cappuccino dihirup lembut sebelum pandangan dihalakan ke arah Kris dan juga Sky.
"Kau tak nervous?" soal Sky lagi dan itu membuatkan Hazriel ingin tersenyum. Wajah jejaka itu direnung lama.
"Kita dah buat banyak misi bahaya kan? Macam tak biasa, tarung kan nyawa semua. Relaks, trust his plan." tenang sahaja dia berbicara.
Kris tersenyum begitu juga Sky. Jejaka itu terlalu tenang dalam apa pun. Sedangkan mereka? Sedang bergelut dengan minda sendiri.
"Haz, dia datang..." senyuman nakal diukirkan buat jejaka itu. Hazriel mengangkat keningnya tinggi. Sky yang tahu tentang perkara itu terus memandang dengan pandangan ingin mengusik.
"Terima kasih Nayla!!" senyuman diberikan buat gadis itu. Nayla memandang ke arah Sky bersama senyuman.
"Sama-sama..." pandangan dihalakan ke arah Hazriel sebelum beredar. Kris merenung pemergian Nayla dengan senyuman.
"Aku suka kalau Nayla jadi isteri kau." ucap Kris dengan selamba. Hazriel merenung Kris lama sebelum matanya menangkap satu kertas kecil yang berada dibawah roti Croissant miliknya. Kertas kecil yang sama seperti beberapa hari lepas.
Hai encik Haz,
I've heard that you have to do a mission. I just want to say that, take care, protect yourself, and goodluck for your mission. Even I didn't know what is your job actually, but I hope you're doing well, my hero. I'll pray for your safety. And, I can't wait to be your real roses.
NM
Buku diangkat tinggi untuk menyembunyikan senyuman kecilnya. Pandangan dihalakan ke arah gadis itu.
Nayla Marissa, gadis yang berani untuk mendekati dirinya. Gadis yang sedaya upaya menunjukkan usaha demi menjadi bunga mawar dalam hidupnya.
Kris memandang Hazriel dengan keliru sebelum pandangannya juga dihalakan ke arah Nayla. Senyuman terukir, meja diketuk beberapa kali.
"Oi, pandang apa?" soalnya dengan nada mengusik. Hazriel mengalihkan pandangannya ke arah Kris.
"Pandang cik Nayla ke tu?" soal Sky pula. Keningnya diangkat beberapa kali, bersama senyuman mengusik yang terukir.
"Jangan nak mengada, aku pandang gambar belakang dia bukan dia. Remember, I'm not interested into this boring scenario." ujarnya dengan tidak bernada dan itu membuatkan Kris dan juga Sky meletus kan gelak kecil mereka.
"Dah?" soal Hazriel perlahan dan dibalas dengan anggukan. Seperti biasa, kerusi disusun semula seperti mana susunannya sebelum ini.
Kaunter bayaran dituju, kad dikeluarkan. Pandangan dihalakan ke arah mata gadis itu. "How much?" soalnya lembut dan perlahan.
"RM 57.50..." Jawabnya dengan pipi yang mula membahang. Cara Jejaka itu merenung matanya membuatkan dia tidak tentu hala.
"Terima kasih, datang lagi..." ucapnya tetapi tidak dibalas. Pemergian jejaka itu direnung sebelum senyuman terukir. Kertas yang sama dia berikan telah pun kembali ke tangannya semula.
Thanks for the sweet message that you gave me. I'll appreciate your du'a too, and I'm wondering if I can see your other effort, roses. I'll wait for it, I want to see how far can you do to make me obsessed with your love, my roses.
HA
Mesin duit itu di tepuk beberapa kali. Senyuman bahagianya terukir. Dia merasakan yang dia merupakan perempuan paling bahagia saat ini. Kak Nad yang terhibur melihat perangai gadis itu juga turut tersenyum.
"My roses..." Dia membayangkan bagaimana jika gelaran itu disebut betul-betul dihadapannya. Kertas itu disimpan ke dalam poket apronnya. Makin angau dibuatnya, wajah jejaka itu melekat dilayar fikirannya. Renungan mata serta wajah tampan itu sungguh menangkap hatinya.
***
"Misi kali ni, adalah dibawah Mejar Alexander Sky. Jadi, segala arahan yang saya berikan, akan terus disambung ke Sky. Dan juga misi kita pada kali ini akan bekerjasama dengan pasukan khas PASKAL. Misi kita untuk hentikan kegiatan serangan secara berterusan di sebuah kampung. Faham semua?!" arahan yang diberikan oleh lelaki itu diterima baik bersama dengan tabik hormat didahi.
"Faham, tuan!" jawab mereka serentak. Hazriel merenung Sky lama. Bahu jejaka itu di tepuk perlahan.
"Kau boleh, aku dengan Kris belakang kau." ucap jejaka itu lembut. Mesyuarat antara mereka akhirnya selesai, satu demi satu beransur pergi tetapi bukan mereka bertiga.
"Aku risau yang aku tak dapat buat yang terbaik..." luah Sky perlahan. Keluhan kecil dilepaskan. Hazriel merenung jejaka itu lama.
"Selagi kau percaya diri kau, Allah semua. Kau akan berjaya, jangan hilang kepercayaan, kalau kau hilang kepercayaan pada diri kau, kau akan buat satu team hilang percaya juga." pujuk Hazriel lembut sebelum beredar.
Pemergian jejaka itu direnung lama. Kris mengukir kan senyuman sebelum dia juga turut melangkah pergi meninggalkan Sky sendiri.
"Percaya diri Sky..." bisiknya sebelum beredar, ada betulnya juga, dia harus percayakan dirinya sendiri jika dia mahu orang percaya padanya.
***
Barangan yang patut dibawa dimasukkan ke dalam kargo kapal terbang TUDM. Hazriel yang sedang bersiap mula mengalihkan pandangannya ke arah kargo itu.
Dadanya ditepuk sambil mata di pejamkan. "Trust him..." pujuk dirinya sendiri. Helmetnya dicapai, kaki terus diatur ke arah mereka yang lain.
"Semua dah siap?" soalnya dengan nada yang mendatar. Pandangan dihalakan kepada mereka. Wajah bekunya ditayangkan.
"Dah, Black..." jawab salah seorang dari mereka dan jejaka itu hanya membalas dengan anggukan sebelum beredar.
"Now team, let's go! Remember, Sky as our leader and we have to listen to him!" kaca mata hitamnya dipakai sebelum beredar pergi ke jet miliknya.
Tentera-tentera yang lain sudah pun naik ke kargo, begitu juga ahli medic yang ditugaskan.
Kris dan Sky memandang ke arah Hazriel yang sedang berdiri berhadapan sebelum mengukir kan senyuman.
"Kau dah ready?" soal Kris dengan senyuman. Bahu jejaka itu disentuh lembut.
"Always." jawabnya sepatah sebelum kaca matanya dipakai semula. Kris mengukirkan senyuman sebelum kaki melangkah ke arah jet miliknya. Kapal terbang itu telah pun berlepas begitu juga jet milik Sky dan Kris. Hazriel merenung ke sekeliling gudang sebelum matanya dihalakan semula ke hadapan.
Marshal mula melakukan tugas mereka. Jet milik Hazriel dilepaskan dan akhirnya hilang dibalik awan.
***
"Sky, ada bom dekat sini!!!" suara salah seorang dari mereka mula menerpa ke telinga melalui earpieces. Sky yang sedang mengawal jet diatas langit itu semakin tidak keruan.
"Panggil pakar bom sekarang!!" arahnya dengan tegas. Mata masih fokus ke arah musuh. Peluru dilepaskan, tetapi tidak terkena pada sasarannya.
Hazriel mengalihkan pandangannya ke arah jet milik Sky. Jet dikawal ke arah itu, peluru dilepaskan. Senyuman kecil terukir. Jet musuh akhirnya tumpas.
Tangan diangkat, ibu jari tunjukkan ke arah Hazriel dan dibalas kembali sebelum mereka kembali fokus.
"I'll cut the blue wire, everyone hide!!!" arahan yang diberikan oleh Dariel diterima baik oleh mereka.
Wayar berwarna biru dipotong dengan berhati-hati. Mata ditutup, dia menyerahkan nyawanya pada yang Esa.
Cluck!
Mata dibuka, bom jangka itu direnung dengan air mata yang hampir mengalir. Bom itu akhirnya mati, nyawa beribu orang akhirnya selamat. Tangan diangkat tinggi sebelum jari-jemarinya digenggam seerat yang mungkin.
"Commander Dariel berjaya!!" jerit salah seorang ahli pasukannya. Earpieces dicabut, senyuman diukir kan.
"Macam mana dengan pasukan udara?" soal Dariel dengan lembut. Pandangannya dihalakan ke arah Mejar Dini.
"Mereka juga berjaya, tuan!" jawabnya dengan semangat. Dariel tersenyum, dadanya ditepuk beberapa kali. Dia bangga dengan kawannya yang sedang berjuang diatas sana.
"Aku bangga dengan kau, Haz. Mama Lis pun mesti bangga." bisiknya sendiri. Para mangsa diselamatkan dengan diberi rawatan.
Akhirnya misi itu berjaya, kedua pasukan khas dibawa pulang dengan selamat tanpa sebarang masalah. Yang cedera dirawat dengan selamat. Hazriel merenung ke langit sebelum mata kembali fokus membawa jet.
"Mama, Haz berjaya lagi..." ucapnya lembut sebelum jet dibawa melepasi awan-awan di langit.
Wanita itu mesti bangga jika dia dapat tahu anaknya telah pun berjaya menyelamatkan mangsa tahanan yang ditahan.
.
You are reading the story above: TeenFic.Net