"π°π πππ πππππ, ππ πππ ππππ, πππ ππππππ, ππ πππ ππππ
π. πΊππ ππ..(π΄π ππππ, ππ ππππ, ππ ππππ,ππ πππππ
. π°π'π πππ...)"
***
Rumah Tuan Affendy: Hazriel Asytar p.o.v
"Sayang?" panggilku dengan lembut namun tiada sahutan. Aku memandang ke seluruh arah namun tiada kelibat sang isteri. Langkah terus aku aturkan untuk turun ke bawah, dimana abah dan juga mereka yang lain berada.
"Abah..." panggilku dengan sopan bersama satu senyuman yang terukir perlahan. Abah yang sedang menonton bola aku sapa dengan senyuman sebelum langkah aku aturkan ke sebelahnya. Duduk terus aku labuhkan dengan senyuman dibibir.
"Kamu baru habis solat ya Haz?"
"Ya abah"
"Ni datang kat abah nak tanya pasal isteri dia lah tu"
"Eh, macam mana abah tahu niat Haz?"
Abah tertawa kecil setelah mendengar soalan dari aku. Aku memandang abah dengan kerutan di dahi bersama mata yang berkedip-kedip.
"Nayla ada dekat dapur tu"
"Dapur?"
"Y-"
Belum sempat abah menghabiskan ayatnya, aku telah laju melangkah ke dapur, Figura kecil isteriku aku renung dengan senyuman sebelum pingagangnya aku peluk dengan erat.
"Sayang..." panggilku dengan lembuut sebelum pipi tembamnya aku kucup dengan perlahan.
"Haz ni, malu lah nanti abah nampak"
"Haz rindu..." aduku dengan perlahan sebelum tubuhnya aku pusingkan untuk menghadap diriku.
"Haz rindu Nayla ya?"
Laju sahaja aku menganggukkan kepala tanda setuju. senyuman yang terlakar dibibir merah delimanya membuatkan aku tersenyum bersama. Indah benar ciptaan-mu Ya Allah.
"Sayang, buatkn Haz air latte boleh?" pintaku dengan mata yang dibuat-buat bulat dan seakan comel. Muncung kecil aku keluarkan bagi menambahkan kecomelan namun yang aku perolehi hanyalah cubitan dipipiku.
"Ark, sayang!!"
"Siapa suruh comel sangat hm?"
Semakin panjang muncungku apabila Nayla berkata begitu kepadaku. Keningku dijungkit sedikit sebelum mataku dikecilkan dan memandangnya dari atas ke bawah.
"Haz handsomelah, tak comel"
"Tapi bagi Nayla, Haz comel"
"Eh sayang ni"
"Apa?"
"Gigit pipi gemuk tu baru tahu"
"Hey, pipi jangan bawa main eh"
"Tahu pun"
Senyuman kemenangan aku ukirkan, raut wajah isteriku aku renung dengan senyuman yang manis. Dahinya aku kucup dengan lembut dan perlahan sebelum aku mengusap pipinya.
"Nanti kita isyak sekali, abang ada dekat bilik kerja nak menulis"
"Okay abang"
Sempat aku memberikan senyuman kepadanya sebelum aku terus mengaturkan langkah untuk terus menuju ke bilik kerjaku. Laptopku aku buka dengan senyuman yang masih terukir, manuskrip yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi aku renung dengan renungan yang dalam sebelum jari-jemariku mula laju menaip.
20:25 pm
"Haz..."
Setiap tindakanku terhenti disaat pintu bilik kerjaku diketuk beberapa kali sebelum aku memberi kebenaran untuk masuk.
Laptop aku simpan ketepi dan mataku fokus kepada isteriku yang sedang berjalan bersama telekung yang menutupi dirinya.
"Solat jom, lagi 5 minit nak masuk waktu. Nayla dah ambil wudhu jadi Nayla tunggu Haz dekat bilik solat eh?"
Aku hanya menganggukkan kepala tanda aku menerima kata-katanya. cawan kopiku aku letak ke tepi sebelum langkah terus diaturkan kelua dan menuju terus ke bilik solat.
Kain pelikat aku sarungkan, kurta dibadan aku bersihkan dan songkok aku letak ke kepala. Sejadah aku bentangkan mengikut ke arah kiblat namun kelibat Nayla langsung aku tidak lihat.
Segenap bilik solat itu aku renung dengan kerutan didahi, tadi dia yang suruh aku kesini namun sekarang dia pula yag tidak ada. Aku terus melangkah ke arah sofa yang berdekatan dan duduk aku labuhkan bagi menunggu azan dan juga Nayla untuk berada didalam bilik ini.
End of Hazriel Asytar p.o.v
Telefon miliknnya dibelek dan aplikasi Instagram dibuka. Sempat dia membalas dan menyukai komen para pembaca yang memberikan reaksi tentang apa yang dia muat naik beberapa minit lepas.
Hazriel memandang jam tangan miliknya sekilas, jam ingin menginjak ke jam 8:40 namun kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.
"Haz..."
Anak matanya terus melirik ke arah Nayla yang sedang berdiri dihadapan pintu bersama senyuman nakal yang terukir dibibirnya. Telekung yang menyembunyikan tangannya dikeluarkan sebelum wanita itu membuka langakah dengan laju dan jari runcing itu ingin menyentuh Hazriel.
"Ya Allah sayang, batal wudhu Haz nanti!" kaki terus membuka langkah untuk melarikan diri daripada isterinya. Nayla yang masih idakk berputus asa terus- menerus mengejar suaminnya bersama gelk tawa yang nakal.
"Abang, Nayla nak salam ni!"
"Kita belum solat lagi sayang yang kita nak salam!" semakin laju langkahnya disaat dia merasa kehadiran Nayla yang semakin mendekat.
"Abang!"
"No sweetheart!" rayunya denga larian yang semakin laju. Hazriel membuka langkahnya dengan lebih besar supaya Nayla tidak dapat membatalkan wudhunya. Kaki terus melangkah ke arah penjuru bilik dan lengannya disorokkan ke dinding.
"Sayang..." rengeknya dengan nada yang manja namun dibalas dengan gelak tawa yang galak oleh sang isteri. Nayla melangkah ke arah Hazriel dengan perlahan bersama senyuman mengusik.
"Sayan-"
Ayatnya terhenti disaat Nayla sudah menyentuh permukaan kulitnya. Wajah Nayla direnung denga renungan yang tidak percaya, wudhunya yang dijaga akhirnya terbatal.
"Maaf abang..."
Hazriel merenung isterinya denga renungan tidak percaya. Geram sahaja dia melihat isterinya saat ini. Kaki terus melangkah laju untuk mengejar sang isteri namun Nayla lebih pantas.
Pinggang Nayla diraih lembut sebelum satu kucupan diberikan pada pipi sang isteri. Hazriel tersenyum kemenangan sebelum telekung yang ipakai Nayla ditarik sehingga ke belakang.
"Abang!!"
Hazriel hanya meletuskan tawa besarnya, telekung yang kini sudah ke belakang sehingga menunjukkan rambutnya membuatkan Nayla memandang geram sang suami. Hazriel mendekati isterinya dan dahi luas isterinya ditpuk sebelum kaki laju melarikan diri.
"Hazriel Asytar!!!"
Hazriel hanya meletuskan tawanya. Puas hatinya apabila dapat membalas perilaku sang isteri.
"Abang nak rasa macam mana permukaan padang bola je!"
"Kurang ajar betul!!"
Nayla merengus geram, kain telekung yang ke belakang itu dibetulkan sebelum kaki mengikuti langkah Hazriel. Sakit hatinya apabila dahi miliknya dipanggil padang bola.
"Abang jahat!!"
"Bila abang kata abang baik?"
"Eee abang ni!!"
"Apa sayang ni?"
"Dah lah panggil Nayla punya dahi padang bola!"
"Habis tu? Padang golf?"
Semakin berang Nayla apabila suaminya mengusik dia dengan galak. Hazriel direnung dari atas ke bawah. Bantal yang berada di sofa dibaling namun tidak kena pada wajah Hazriel namun mendarat pada wajah Tuan Affendy.
"A-abah..."
Tuan Affendy merenung anak gadisnya dengan gelengan dikepala. Nayla hanya terdiam manakan Hazriel sudah galak ketawa dek kerana Nayla yang tersalah sasar. Nayla mengecilkan matanya memandang ke arah Hazriel yang sedang galak ketawa.
"Adan uke" ternganga mulut Nayla disaat Hazriel berkata sebegitu padanya. Nayla merengus geram dengan jelingan yang diberikan pada suaminya. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang.
"Ada suami ada kuali, abang tunggu, ada hari Nayla bagi" ucapnya sebelum melagkah pergi dengan muncung itik. Hazriel masih lagi meletuskan tawaya sebelum kaki melangkah ke bilik solat bagi menunaikan solatnya yang terbatal.
.
.
You are reading the story above: TeenFic.Net