"πͺππ? π΄π? πΆπ ππππππ, πππ ππππππ. πΊππ ππππππ ππ πππ πππππππππ, πππ πΜ ππππ? ( πΎππ? π΄π? πΆπ π πππ, πππ π ππππππ. πππ ππππππ ππ ππ πππππππππ, πππ'π ππ?)"
***
Iphone miliknya ditilik beberapa kali namun notifikasi yang ditunggu- tunggu masih tidak muncul. Satu keluhan kecil dilepaskan, telefonnya dibaling ketepi katil. Pandangannya dihalakan pada beranda bilik, rindu yang berada didalam hati tidak dapat dibendung lagi. Semakin dia tahan, semakin rindu itu membukit.
Telefonnya diambil, aplikasi Whatsapp dibuka lalu chat jejaka itu ditekan namun tiada sebarang pesanan daripada jejaka itu untuk dirinya. Bibirnya dicebikkan ke hadapan, ingin merajuk dengan encik tunang kesayangan.
"Takkan satu teks pun taknak hantar? Katalah i love you ke...I miss you ke...Ni kosong!" omelnya sendiri. Bantal peluk yang berada disisi katil diambil dan dipukul-pukul dengan geram. Rasa ingin gigit sahaja bantal peluk ini tapi niatnya terbatal disaat dia sedar yang dia sedang puasa ganti.
Jam yang berada didinding dicerlung dengan menggunakan ekor mata. Jarum panjang yang hampir menginjak ke pukul 7 membuatkan dia semakin mencebik. Telefonnya diambil namun hampa disaat tiada langsung notifikasi dari jejaka itu.
"Eee, dah nak berbuka dah tapi dia tak chat pu-"
Kata-katanya terhenti disaat notifikasi jejaka tu melewati ke gegendang telinga. Pantas kepala dipusingkan menghadap telefonnya. Iphone itu diambil, aplikasi whatsapp dibuka dan notifikasi jejaka itu ditekan dengan senyuman girang yang disembunyikan.
Haz sayang:
Siap, Haz bawa Nayla keluar berbuka.
Senyuman nakal terukir, inilah masanya untuk dia membalas dendam. Chat Haz dibiarkan buat beberapa minit sebelum telefonnya mendapat pesanan dari jejaka itu lagi.
Haz sayang:
Sayang?
Sayang, you already read my chat but you dont replied?
Sa...yang
Sayang, are you okay?
aaaa sayang, janganlah macam ni
Semakin lebar senyumannya apabila jejaka itu gelabah apabila dia tidak membalas pesanan yang diberi. Dalam sedang menyiapkan diri, wajahnya yang mencebik sedari tadi terus terukirnya senyuman. Wajahnya yang memerah akibat panggilan sayang yang diberikan oleh jejeka itu membuatkan dia semakin angau.
'Sayang...'dia mengulangi nama panggilan yang dipanggil oleh jejaka itu, terus senyuman lebar terukir dan itu membuatkan Nayla mula membahang muka. Langkah terus diaturkan ke ruang tamu.
"Pergi mana tu?"
Nayla terus memandang ke arah Ammara yang sedang menonton drama korea kesukaannya.
"Berbuka"
"Dengan siapa?"
"Encik tunang..."
Senyuman diberikan pada gadis itu sebelum langkah diaturkan pergi. Pintu pagar dibuka dan tembok kecil yang berada disisi rumah dijadikan sebagai tempat duduk. Dari kejauhan telah kelihatan kereta Bugatti hitam milik Hazriel memasuki lorong perumahannya.
Nayla Marissa p.o.v :
Pintu kereta aku buka dengan sendiri, saja mahu menunjukkan yang diriku ini sedang merajuk. Pintu kereta ditutup rapat, Hazriel yang sedang mengorak langkah ke arah tempat pemandu dengan wajahnya yang bingung serta pelik membuatkan aku ingin meletuskan tawa.
"Sayang..."
Lembut sahaja suaranya memanggil nama sayang itu, bersama suara serak basahnya membuatkan aku bagai nak gila. Jantungku bagai nak gila, panggilan sayang itu terlalu mengunggat iman.
"Sa...yang. Sayang sayang sayang..."
Haih, makin banyak pula sayang yang Haz bagi, Dada dan jantungku mula berdegup kencang, rasanya seumpama ingin tercabut sahaja. Wajahku yang sudah berona merah membuatkanku menyorokkan wajahku dari dilihat oleh Hazriel.
"Sayang....merajuk ke?" sekali lagi dia menyoalku. Rasa seperti ingin melompat dari kereta ini melalui tingkap. Degupan jantung yang semakin rancak berdegup membuatkan aku tidak senang duduk.
"Sayan-"
"Hm?" sepatah sahaja aku menjawab, itupun ingin menutup rona merah yang telah muncul dipipiku serta hidung. Ekor mataku menangkap yang Hazriel sedang memandang kearahku dengan wajah yang agak bingung.
"Haz sayang Nayla tak?"
Secara tiba-tiba soalan itu muncul didalm fikiranku. Rasa ingin tahu yang ada didalam hati semakin lama semakin membuak. Wajah Hazriel aku renung dengan wajah yang penuh ingin tahu.
"Tak"
Aku terdiam disaat dia memberikanku tidak sebagai jawapan. Wajahnya aku renung dalam sebelum mataku dikecilkan semasa aku merenung wajahnya.
"Habistu kenapa panggil Nayla sayang?"
Sistem pendengaranku menangkap bunnyi tawa halus yang diletuskan olehnya kepadaku. Mataku semakin dikecilkan tanda aku benar geram dengan apa yang dibicarakan oleh jejaka ini.
"Aset negara yang dipertanggungjawabkan pada Haz pun dipanggil sayang"
Semakin kecil mataku apabila merenung jejaka ini dengan tajam. Geram yang sedang membuak didalam diri membuatkan aku semakin panas.
"Jangan panggil Nayla sayang lagi!"
Hazreil hanya ketawa sambil mata memandang ke jalan, dan sesekali matanya melirik untuk memandang kearahku.
"Kalau bukan sayang, boo? Lembu?"
Kata-kata cadangan dari dirinya membuatkan aku semakin geram. Rasa ingin mencekik sahaja jejaka itu.
"Eee Haz!"
"Ye sayang?"
Nayla Marissa p.o.v: end
Dia kaku, panggilan sayang itu membuatkan dia tidak tentu arah sekarang. Terasa ingin meloncat keluar sekarang juga. Ekor mata Nayla dapat menangkap setiap pergerakkan yang dibuat oleh Hazriel.
Bibirnya yang dijungkit sedikit membuatkan dia semakin handsome. Nayla terus memandang jejaka itu semakin hairan apabila Hazriel hanya tersenyum. dah kenapa tiba-tiba nak senyum senget, buang tabiat ke?
"Sayang"
Nayla merasa seakan darah miliknya semua menyerbu ke wajahnya. Hazriel yyang berada disebelahnya semakin membuatkan dia tidak keruan.
"H-hm?" lembut sahaja Nayla membalas panggilan sayang dari jejaka itu. Senyuman yang direka membuatkan Nayla tidak keruan.
"Sa....yang. Sayang sayang..."
Kini jelas pendengarannya mendengar menangkap senyuman serta ketawa kecil dari jejaka itu. Tingkap kereta ditepuk dengan kuat setelah imannya telah ditarik oleh panggilan lembut yang diberikan oleh Hazriel membuatkan jantungnya semakin luluh.
"Sayang..."
Semakin parah perasaan blushing seorang gadis bernama Nayla. Wajahnya semakin merah dan semakin panas dek kerana darah yang menyerbu ke paras wajahnya.
"H-hm?"
"I love you...." lembut sahaja luahan hati yang diberikan oleh Hazriel kepadanya, hatinya melonjak gembira disaat dia mendengar perkataan I love you itu. Seusai sahaja mereka tiba di restoran yang sepatutnya, Nayla terus berlari meninggalkan Hazriel sendiri.
"Cute Nayla..." bisik Hazriel sendiri, kaki terus mengorak langkah mengikuti langkah Nayla dengan tenang. Wajah Nayla yang berona merah membuatkan Hazriel berdegup kencang.
Belum sempat Nayla ingin menarik kerusinya, Hazriel melakukan perkara tersebut untuk cik tunang kesayangannya. Senyuman terukir, dan pesanan yang diletakkan adalah,
"Happy iftar sayang..." semakin tidak keruan Nayla dibuatnya. Jantung semakin lama semakin berdegup kencang, pandangan terus dilemparkan keluar. Mujur sahaja dia diberikan rezeki untuk duduk bersebelahan dengan tingkap.
Tidak fokus jadinya disaat Hazriel masih merenung gadis itu dengan tetapan yang sukar untuk ditafsir. Wajahnya semakin berona merah dan itu membuatkan Hazriel tersenyum.
ya Allah, semoga segala urusan kami dipermudahkan. Semoga perjalanan sepanjang pertunangan ini tidak dihentam oleh mana persilisihan faham. ya Allah, semoga segalanya berjalan lancar dan semoga tiada perasaan yang akan melukakan antara satu sama lain. Aamiin.
.
.
.
.
.to be continued
You are reading the story above: TeenFic.Net