part 1

Background color
Font
Font size
Line height

Setelah 6 bulan berkenalan, si lelaki jayakan watak dia sebagai boyfriend contract dengan markah yang paling tertinggi!

Dia lelaki tepat pada matanya!

Jadi, habis je contract as a boytriend, Hessa upgradekan contract. Dia ajak kahwin! Ya.
Kerja gila! Tapi, dia yakin. Lelaki depan mata ni, adalah jodoh tersepak. Jodoh tak diduga.
Kalau lepaskan, dia rasa rugi. Boleh katakan, lelaki ni, datang tepat pada waktunya.

Betul-betul jadi boyfriend idamannya. Lelaki ni, diamkan semua mulut yang mengata dia.
Bukan setakat kacak, gentleman pun ya.

Yang penting, sepanjang menjadi kekasih, dia bahagia. Dia tak rasa tersisih. Dia tak rasa perlu menagih kasih. Dia tak perlu meminta untuk diberikan perhatian. Jauh sekali rasa seperti melukut ditepi gantang.

Princess treatment dari lelaki ni, buat dia rasa dihargai. Dalam hubungan ni, bila kita dihargai, hati akan tenang.

Dan dia nak ketenangan!

Dia tak nak sakit kepala fikir kenapa lelaki tak pernah sayangkan dia? Apa kurangnya dia?
Dekat mana salah silap dia? Kenapa dia kena reject dulu? Dia tak nak fikir semua tu.

Dan bila dengan Luth Gabriel, dia tak pernah rasa semua itu. Dia bahagia dan tenang.
Sebab tulah, kontrak kedua ditawarkan. Jadi
suami dia!

Walaupun ada halangan yang menanti, dia tak kisah! Yang pasti hubungan ni mesti halal. Dia ada kepentingan dia. Dan Gabriel
pun ada kepentingan dia.

Kedua-dua belah pihak ada kepentingan masing-masing. Jadi perkahwinan ni, adalah
untuk kepentingan sendiri.

Tak salah kalau dia mencuba nasib, kan?
Bahagia atau derita.. itu kita yang corakkan.
Saling merenung, Gabriel jungkit kening.
Menyoal bisu. Hessa suka sangat pandang dia macam nak makan hidup-hidup.

"Why me?" Gabriel menyoal senada.
Hessa cebik bibir, jungkit bahu.

"You are the best one, maybe." Memuji yang tak nampak memuji sangat. Tak Ikhlas pun betul jugak.

"Sebab you kacak je. Kalau muka hauk macam bontot kuali, takdenya I nak offer tawaran jadi suami." Sambung Hessa lagi.

Tapi, dengan suara perlahan dan loghat Bahasa Melayu. Dia yakin, lelaki kacukan ni takkan faham.

Sebab selama 6 bulan berkenalan, mereka berinteraksi dalam Bahasa Ingeris.

"Kalau I buruk macam bontot kuali yang hitam legam tu, you takkan pandanglah I?

Hmm?"

"Hah?!" Jatuh rahang Hessa. Kuat suaranya menjerit. Terkejut bila Gabriel balas dalam Bahasa Melayu.

Mata terkebil-kebil dengan muka terkejut.

"Err...Se.sejak.. err.. since when..err." Dia jadi gugup tiba-tiba. Terkejut punya pasal.
Jemari garu kepala. Garu dagu. Tak tahu nak bereaksi macam mana dah.

"You faham Melayu ke?" Soal dia tak sabar.
Tak berkelip mata Hessa.

Gabriel balas dengan tawa halus. Kedua-dua belah tangan dalam kocek seluar. Tubuh bersandar pada kerusi. Dia renung je wajah terkejut si gadis.

"I orang melayu. Mestilah I faham."

"Sejak bila? Tak nampak Melayu pun." Hessa dah gelabah. 6 bulan mereka berbahasa Ingeris. Sejak bila jadi Melayu?

"You nak suruh I pakai tengkolok dulu ke baru nampak Melayu? Ataupun, letak keris dekat pinggang? Macam tu?" Sindir Gabriel.
Ketawa lagi.

"You said you Arabian!"

"Yes."

"You stay at Dubai!"

"Also yes."

"Then, how? Macam mana boleh jadi Melayu?" Hessa tak puas hati. Macam mana sekelip mata boleh jadi Melayu?

"My mom from here." Senada. Muka bersahaja. Dan roman tu, buat dia rasa serba tak kena.

Mereka saling merenung. Entah kenapa, Hessa jadi risau. Mulalah dia ingat segala kutuk maki yang dia lemparkan dekat Gabriel bila dia tengah marah! Kalau dia marah, dia maki je dalam Bahasa Melayu supaya budak tu tak faham. Malangnya...

Gulp! Liur ditelan perlahan. Muka dia cuak.
"Jadi, you faham semua apa yang I cakap sebelum ni?"

"Yang mana satu? Yang you panggil I bab 1 ke? Atau bodoh? Atau lelaki tak guna? Atau yang.."
"Stop-stop-stop!" Laju Hessa kibarkan tangan. Suruh Gabriel berhenti. Dia dah tak sanggup dah nak dengar. Tak pasal, dia memalukan diri sendiri.

Hela nafas, bibir dia ketap kuat. Wajah menahan rasa malu. Rasa diperbodohkan.
Selama ni, lelaki tu faham. Tapi, kenapa dia buat-buat tak faham?

"Kenapa you berpura-pura tak faham bila I maki you?"

"You sedang menguji I. Also, me. I sedang menguji you. Sebab I tak pernah jumpa perempuan gila ajak jadi boyfriend contract untuk 6 bulan je."

Logik. Alasan mereka berdua, logic akal.
Tarik nafas dalam-dalam, Hessa hela perlahan. Bukan setakat dia yang menyusun catur. Gabriel pun sama. Dalam diam, menyusun strategi.

"So, this is new contract?" Gabriel ingin capai fail koko, laju je Hessa rampas. Dia tarik ke belakang sambil gelengkan kepala.

"Since you dah faham Bahasa Melayu, so I tulis dalam Bahasa Melayu." Capai pen, dia pusing kertas.

Dia tulis kembali. Laju jemari menari di atas kertas putih.

Boyfriend contract agreement to husband!

1. Setia sehingga 6 bulan. Jangan curang!

2. Bagi bunga setiap kali bersedih. Rose much better.

3. Teman ke mana saja wife nak pergi. Jangan merungut!

4. Bahagiakan hati si wife. Biar nampak sweet di mata semua orang.

5. Dilarang maki, marah, menyakiti apatah lagi mengasari. Hanya romantic dibenarkan.

6. Dilarang ada skandal. If nak ada jugak, tunggu habis contract.

Kertas A4 dia pandang lama. Pen dipusing, dahi berkerut. Apa yang dia perlu tambah, dan apa yang dia perlu buang? Sebab, contract dah berubah dah ni. Dari boyfriend, jadi husband.

"Okay!"

Dia mula menulis atas kertas. Laju jemari menari mengikut alunan bahasa. Siap je tulis, dia terus tolak kertas ke depan. Di mana, giliran si lelaki pulak menilai dan menambah.
Hessa perhati je raut wajah yang berjambang rapi it. Bibir merahnya, bergerak sedikit.
Kening lebat dia, bertaut antara satu sama lain. Si lelaki angkat wajah, pandangan mereka bersatu.

"Loyal! Handsome without loyal, is nothing!"
Si jejaka tampan depan mata, tergelak kecil saat membaca ayat yang baru saja dia tambah. Hessa terus jungkit kening.

"Why? Any problem?" Hessa balas bersahaja.

"Only loyal?" Kedua-dua belah tangan, peluk tubuh sendiri. Gabriel bersandar santai.
Renungan tepat ke dasar mata si gadis. Saat ini, dia sedang berfikir.. apa yang perempuan ini mahukan sehingga ambil keputusan yang agak gila.

Ya, agak gila! Mana ada orang ajak kahwin macam tu je. Padahal, baru je kenal.

"Yes! You shouldnt have any scandal, or any girlfriends."

"Same like before. You changed nothing here." Bersahaja.

"For now, just that. Bila I rasa nak tambah, I tambah. Deal or no?" Saling merenung. Mata bulat, dilapisi bulu mata lentik, memandang tepat ke dasar matanya. Hessa tarik nafas dalam-dalam. Selain daripada aura yang hangat, rupa lelaki mix ini jugak menjadi punca utama dia buat kerja gila.
Kacak!

Itu yang buat dia sayang nak melepaskan.

Sinonim kalau kacak, mestilah playboy. Dia akan terluka sekali lagi kalau jatuh cinta.
Tapi, kali ni.. dia pegang prinsip. Biarlah dicurangi lelaki handsome, daripada lelaki biasa.

Ex-ex dia yang sebelum ni, dahlah rupa biasa-biasa je. Curang dia, luar biasa! Sakitnya tak terkata. Alang-alang dah heartless ni, redah jelah.

Itu yang dia fikir. Orang lain jangan tiru cara dia kalau tak nak terluka dan merana.

"What I get in return?" Si dia bersuara. Masih kedengaran pelat ayatnya.

"Anything you want."

"Anything?" Gabriel menyoal. Hessa menjawab. Angguk laju.

"Just be loyal? Are you sure?"

"Setia paling penting. Handsome without loyal, is nothing." Hessa bingkas bangun.
Handbag dicapai, dia balas renungan Gabriel kembali.

"Syarat you?" Dalam memberi syarat, dia terlupa akan syarat lelaki tu. Kalau dia sorang je yang bagi syarat, tak adillah, kan?

"Later." Senada.

Hessa angguk faham.

"10 February. Thats our wedding day."

"Secepat itu?"

"I'm getting old, Luth Gabriel. Dan I tak sabar nak buat makcik makcik bawang ternganga mulut. Anak dara tua bakal berkahwin dengan lelaki kacak dari oversea. How do you think?

It's wow! Is'nt?" Hessa ketawa sinis.

Dia dah bayangkan, betapa terkejutnya makcik bawang bila dia bawak balik lelaki bangsa Arab mix melayu ke rumah. Mesti macam-macam ayat puaka yang keluar nanti.

Kahwin dengan foreigner banyak masalah!
Main kaut je!

Tak sayang diri!

Macam-macamlah nanti. Paling tipikal, kahwin dengan foreigner, bila balik ke rumah mentua, kena deralah. Kena kurunglah.

'Siapa cakap aku nak balik negara suami aku?
Tak pernah terfikir sejauh tu.' Bisik hati
Hessa.

Yang dia fikir sekarang, macam mana nak ajar mamat mix tu adab melayu yang dah lama dia tinggal. Yelah! Nama je mix melayu, tapi langsung tak macam melayu.

Katanya, arwah mak dia orang Melayu.
Berkahwin dengan ayahnya yang berbangsa
Arab. Dorang migrate pergi Dubai, sampailah sekarang. Dan dia pulang, hanya untuk melihat tanah air arwah maknya.

Tak sangka pula jumpa perempuan gila ajak
kahwin.

"Okay. Meet on 10 Feb." Gabriel juga bingkas bangun. Namun, kerutan di dahi Hessa buat dia tertanya. Sekilas kening dijungkit.

"Any problem?"

"10 Feb is our wedding day! Come to me 2
days before the wedding day."

"Tak sabar nak jadi isteri I ke?" Hessa jeling.
Gaya menyampah.

"You nak suruh orang mengata I ke? Datang awal!" Tegas.

Pusing tubuh, dia terus berlalu. Kejar masa untuk mesyuarat. Banyak benda nak kena setel sebelum dia tamatkan zaman bujang.

First time dia buat kerja gila!

Ajak lelaki stranger menikah dan hidup bersama. Sedangkan dia tak kenal sejauh mana lagi lelaki ni. 6 bulan, tak cukup untuk dia mengenali. Tapi, dia terdesak. Terdesak untuk tutup mulut orang terutama kaum kerabat sendiri.

Setiap kali dia balik kampung, mesti kena kutuk. Dan kalau korang nak tahu, makcik puaka Hessa, siap bagi warning lagi jangan balik kampung kalau tak kahwin.

Betapa hinanya perempuan kahwin lambat di mata mereka. Kata mereka, dia pembawa malang. Sebab hanya dia saja yang kahwin lambat dalam keturunan mereka. Bosan dengan hinaan, Hessa pulang bersama lelaki stranger. Kehidupan selepas kahwin, biar
Allah SWT yang aturkan. Buat masa sekarang, niat dia hanya nak tutup mulut orang saja!
Sebab tu, dia ambil keputusan gila! Paling gila pernah dia buat!

Harap-harap dia takkan menyesal dengan keputusan gila yang dia buat! Harapnya, takde orang menangis berlagu sebab jatuh cinta! Malu je kalau semua tu berlaku.


You are reading the story above: TeenFic.Net