BAB 6

Background color
Font
Font size
Line height

"KAU serius?" Haqq kembali menyemak maklumat yang diberikan Azrel.

"Come onlah... Tak percaya dengan aku ke? Ini Azrellah." Azrel menarik-narik kolar bajunya dan tayang muka riak.

"Ni peluang baik. Tapi, aku kena pastikan projek ni akan menguntungkan GG. Kalau tak, daddy takkan bersetuju." Fail di tangan masih menjadi perhatian Haqq.

"Yang itu, tanggungjawab kau. Kau timbanglah sendiri benefit untuk GG jika kau bersetuju nak beli pasar raya tu. Aku cuma maklumkan kebaikan yang ada kaitan dengan misi kau untuk bawa Cik Amnesia tu datang ke sini."

"Ya. Aku takkan jejaskan reputasi sendiri semata-mata nak bawa dia ke sini. Anyway, thanks untuk info ni." Haqq menyimpan fail yang baru diterimanya ke dalam laci.

"No problem, bro."

"So... Ayah kau macam mana?"

"Getting better. Nak-nak bila Hefti kerap buat video call dengan dia. Ingatan dia pun semakin okey. Banyak pula cerita pasal keluarga dia dulu yang dia cerita dengan aku." Wajah Azrel berubah sayu.

"Kau tak suka ke dia ingat kisah lama dia dulu? Kan bagus kalau ingatan dia dah semakin pulih."

"Bukan aku tak suka. Cuma, aku kesian tengok dia. Aku tahu dia rindukan keluarga dia. Dia pernah cakap yang dia nak melawat kubur arwah atuk dan nenek. Tapi, doktor tak izinkan dia keluar dari rumah buat masa ni." Azrel menghela nafas panjang.

"Jadi ke Hefti balik Malaysia?" soal Haqq.

"Jadi. Tapi tak pasti bila. Dia kena settle apa-apa yang patut dulu, baru dia boleh balik ke sini," beritahu Azrel.

"Kau dah dapat maklumat tentang mak cik kau?"

Kepala Azrel tergeleng.

"Yang ada cuma sekeping gambar yang Atuk Bakar bagi hari tu." Dia menghela nafas.

"Alah... Kau kan PI. Insya-Allah, tak lama lagi jumpalah tu."

"Sekarang ni, yang tahu di mana mak cik aku hanya peguam arwah suami dia. Kalau aku dapat maklumat tentang arwah suami dia atau dapat cari peguam yang datang dan bawa mak cik aku pergi, tentu aku dapat jejak di mana mak cik aku sekarang."

"Kau belum dapat apa-apa maklumat tentang arwah suami mak cik kau? Err... Siapa nama dia?" Haqq pura-pura terlupa.

"Suffian bin Mukhtar."

"Haa... Suffian..." Kepala Haqq terangguk.

"Aku ingat nak ke kampung arwah atuk petang ni. Manalah tahu kalau-kalau ada something yang aku tertinggal. Mustahil takde langsung maklumat di rumah tu tentang mak cik aku atau arwah suami dia. Tentu aku terlepas pandang."

"Aku temankan kau."

"Kau nak temankan aku?" Sebelah keningnya terjongket memandang Haqq.

Haqq mengangguk laju.

"Rajin pula kau nak temankan aku."

"Jauh nak balik ke kampung kau tu. Kalau aku ikut sekali, bolehlah kita bergilir-gilir bawa kereta," cadang Haqq.

"Tak jauh mana pun. Sejam lebih dah boleh sampai."

"Itu kalau tak sangkut dengan traffic jammed. Kalau jammed, berjam-jam jadinya." Laju Haqq membalas.

"Kau serius nak ikut aku?"

"Seriuslah." Haqq tayang muka serius.

"Kau dah tak risau tentang Tengku Umar dan Tengku Izzuddin? Aku tengok, kau sekarang ni terlalu fokus dengan Nuh dan Cik Amnesia. Sekarang ni, kau nak menyibuk pula dengan masalah aku?" Sepasang matanya merenung tajam muka Haqq.

"Well..." Mata Haqq dilarikan ke siling pejabat.

"Siapa kata aku tak risaukan dia orang. Budak-budak kau ada kan perhatikan dia orang?"

"Emm..." Kepala Azrel terangguk. "Jam 6.00 petang ni aku nak gerak. Aku tunggu kat rumah aku. Kalau kau lambat, aku tinggal."

"Okey." Haqq menunjukkan tanda okey.


SESEKALI mata Haqq memandang cermin pandang belakang. Sebuah kereta hitam yang ada di belakang kereta mereka menjadi fokusnya.

"Nasib baiklah aku jumpa juga dengan gambar-gambar dan geran tanah lama ni."

Fokus Azrel di sebelahnya tertumpu pada barang-barang yang ditemui di rumah arwah atuknya.

"Geran tanah ni atas nama mak cik aku. Aku kena buat carian maklumat di agensi kerajaan. Mana tahu, dia orang ada alamat rumah terkini mak cik aku," kata Azrel.

Haqq langsung tak ambil peduli dengan kata-kata Azrel. Dia yakin, kereta di belakang sedang mengekori mereka sejak mereka keluar dari kampung Azrel. Dia menekan minyak. Kelajuan yang tadinya hanya 90 km/j kini sudah berubah menjadi 130 km/j.

"Kau dah kenapa?" Azrel menoleh memandang Haqq.

"Kereta belakang tu, dari tadi ikut kita."

Azrel terus memandang ke belakang. Seperti kata Haqq, kereta itu memang mengekori mereka. Ketika Haqq melajukan pemanduan, kereta itu turut meluncur laju.

"Kau slow sikit. Aku nak tengok nombor plat kereta tu." Azrel merendahkan sedikit tempat sandar di belakang. Telefon dikeluarkan dari poket. Dengan kelajuan yang dipandu Haqq, memang agak sukar untuk dia melakukan pergerakan.

"Slow sikit, Haqq." Suara Azrel agak tinggi apabila dia masih tidak dapat fokuskan kamera telefonnya pada kereta di belakang.

"Okey... okey..." Haqq menekan brek dengan perlahan.

Azrel terus melangkah dan bergerak ke tempat duduk di belakang. Dia kembali memfokuskan kamera telefon pada kereta itu. Bagaikan dapat menangkap apa yang cuba dilakukan Azrel, kereta itu tiba-tiba masuk ke lorong lain dan terus membelok keluar dari jalan itu.

"Dia dah pergi?"

"Dah."

"Dapat tak nombor plat?"

"Mestilah dapat." Azrel tersenyum lebar.


LANGKAH Haqq terhenti. Matanya ditonyoh beberapa kali. Namun, susuk tubuh yang sedang tertawa gembira itu tetap ada di situ.

"Aku tak mimpi ke ni?" Wajah Haqq bertukar.

Gadis yang berbaju kurung moden dengan corak polkadot itu menjadi perhatiannya. Dia tersenyum nipis. Tak sangka! Si penjual ikan berubah menjadi model Muslimah.

Saat itu dia melihat Hazel berada bersama kumpulan gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam bangunan Golden Twin Tower. Dia merapatkan diri di dinding dan mencuri dengar perbualan mereka.

"Aku ada benda nak minta tolong dengan kau." Terdengar suara Hazel.

"Apa?" tanya Zirra.

Ketika itu kedudukan dua orang gadis itu agak jauh daripada teman-teman mereka yang lain.

"Kalau ada sesiapa tanya pasal Kedai Jahit Ayana tu, kau kena pura-pura yang kau adalah taukenya. Aku ni, cuma kawan kau yang selalu datang kat situ aje," kata Hazel.

"Kenapa? Famili kau dah syak ke?" tanya Zirra.

"Belum. Cuma, aku nak kau berhati-hati. Jangan sampai rahsia aku terbongkar," pesan Hazel.

"Ya, okey. Jangan risau ek." Zirra membuat tanda okey.

Sampai sahaja di depan lif, mereka melambai Hazel. Mereka masuk ke dalam lif. Hazel kembali melangkah ke arah motosikalnya. Haqq mengambil kesempatan itu lalu mendekati Hazel.

"Tak susah ke nak naik motosikal dengan baju kurung tu?"

Hazel menoleh lalu menunjukkan wajah menyampah.

"Sibuklah awak ni." Hazel menyarung helmet ke kepala.

"Cantik awak hari ni. Ada apa-apa yang istimewa ke?" usik Haqq.

"Sibuk aje!" Hazel menjulingkan mata.

Haqq menahan tawa melihat Hazel terkial-kial cuba memanjat motosikal.

"Awak nak ke mana sebenarnya ni? Kalau awak nak, saya boleh tolong hantarkan. Kesian pula tengok awak. Dah pakai cantik-cantik macam ni nak naik motosikal pula. Dengan cuaca yang panas terik macam ni lagi."

"Tak payah. Terima kasih ajelah." Hazel mengherotkan bibir.

"Takpelah kalau awak tak sudi. By the way, awak buat apa kat sini?" tanya Haqq, pura-pura tak tahu yang gadis di hadapannya ini adalah pemilik Ayana's Online Boutique.

"Saya? Saya... err..." Hazel menggaru pipi.

"Amnesia lagi ke awak ni? Kalau awak nak hilangkan penyakit amnesia awak tu, saya ada tip." Haqq menunduk sedikit, mendekatkan jarak mukanya dan muka Hazel sambil tangannya diseluk ke dalam poket seluar.

Riak wajah Hazel berubah. Air liur ditelan beberapa kali.

"Kahwin cepat-cepat. Confirm lepas tu amnesia awak akan hilang." Haqq berbisik lalu menegakkan semula badannya.

"Uh? Kahwin?" Terjegil mata Hazel.

"Kalau awak setuju, saya ada calon yang sesuai untuk awak. Tapi bukan saya." Jari telunjuk Haqq bergoyang ke kiri dan kanan di depan muka Hazel.

"Terima kasihlah untuk tip tu. Well, saya rasa biarlah saya terus amnesia daripada saya berkahwin. Kalau tiba-tiba saya terkahwin dengan lelaki macam awak, lagi susah." Hazel tayang muka sinis.

"Lelaki macam saya? Maksud awak?" Terkebil-kebil Haqq memandang Hazel.

"Yup! Lelaki macam awak yang banyak ketul-ketul." Hazel mengangkat tangan dan menunjukkan lengannya.

"Nanti semua baju saya nak kena hantar ke kedai jahit. Asyik koyak aje." Hazel buat muka menyampah.

"Kenapa pula asyik koyak?" Kening Haqq berkerut.

"Mestilah. Awak tu kan Hulk Hijau."

"Hulk Hijau?" Haqq mengetap bibir. Dia terkena.

"Body saya tak hijau, Cik Amnesia. Nak cuba tengok ke? Saya boleh tunjuk sekarang juga. Untung-untung, amnesia awak terus hilang." Haqq membuka butang baju di bahagian atas.

"Err... Saya minta diri dululah. Jumpa lagi." Hazel sudah berpusing untuk melangkah pergi.

"Eh, nantilah. Saya nak hilangkan amnesia awak ni." Sempat Haqq memaut lengan Hazel.

"Tak naklah!" Hazel berusaha menarik semula tangannya.

"Baik awak lepaskan saya. Kalau tak, saya jerit dekat sini." Hazel segera memalingkan wajahnya apabila matanya menangkap dada Haqq yang bidang.

"Saya bergurau ajelah. Takkanlah saya nak buka baju dekat sini?"

Tangan Hazel dilepaskan. Hampir sahaja tawanya terburai melihat wajah pucat Hazel. Tahu pun takut!

"Sewellah awak ni!" Hazel terus mengangkat kain dan memanjat motosikal. Terlihatlah seluar fit hitam yang panjang di bahagian dalam.

Haqq ketawa melihat Hazel yang semakin menghilang. 

You are reading the story above: TeenFic.Net