Ch5: Goodbye Forest! Hello World!

Background color
Font
Font size
Line height

Semua Grim Gorila yang dikalahkan disimpan dalam (Storage System). Lily masih cuba memproses apa yang terjadi. Dia duduk di bawah pokok sambil pegang kepala.

Lily: *confuse*

BoBoiBoy dan yang lain berkumpul dan berbincang tentang perbuatan mereka.

BoBoiBoy: Kita ada buat silap ke? Kenapa Lily nampak macam sakit kepala?

Gopal: Normal. Kalau kau nak tahu, kita ni yang tak normal.

Yaya: Apa kau merepek ni?!

Gopal: Betullah! Kalau ikut reaksi Lily tu,gorila tu semua mesti ranking tinggi. Tapi kita kalahkan dengan mudah. Habislah kita..!!

Fang: Dah tu? Sekarang nak buat apa? Diamkan dia?

Ying: Woi! Kau takde hati perut ke?!!

BoBoiBoy: Kita kena yakinkan dia untuk simpan rahsia ni.

Yaya: Tapi,kalau dia bagitahu jugak...

Gopal: Jangan risau. Kita boleh serang dia serentak.

Y&Y: Gopal!!

Lily: Kenapa....

BBB,G,Y,Y,F: Eh?

Lily: Kenapa korang tak cakap yang korang ni Magus?!

Yaya: Magus?

Lily: Ya! Kalau korang bagitahu aku tadi,takdelah aku pergi lawan semua gorila tu sorang-sorang! Aku tinggalkan untuk korang pun takpe!!

KRIK KRIK~

Gopal: Er....kami saja tak bagitahu. Kami tak nak kau terkejut.

Lily: Malangnya aku dah terkejut. Sekarang ni macam mana? Patut aku laporkan pada pihak guild atau aku bawa korang jumpa guildmaster?

Fang: Pi-

Gopal: Bawak kami jumpa guildmaster!! Dan....kami pun nak keluar dari hutan ni.

Lily: Hm. Baiklah. Mari.

Lily berjalan terlebih dulu. Fang tengok Gopal macam dia nak makan Gopal hidup-hidup.

Fang: *bisik* Kenapa kau potong cakap aku ha?!?!

Gopal: Dey! Kalau kau tanya dia apa tu guild,mesti dia curiga dengan kita! Kau nak identiti sebenar kita kantoi ke?!!

Fang: Tch! Apa-apa jelah!!

Mereka mula berjalan mengikuti Lily keluar dari hutan itu. Mereka habiskan masa setengah hari berjalan dalam hutan. Bila mereka tiba di sebatang sungai,mereka berhenti berehat dan Lily isi bekas air dia untuk dia minum.

Lily: Oh ya. Mana Grimoire korang?

BoBoiBoy: Grimoire?

Lily: Haah. Tak pernah aku tengok Magus tanpa Grimoire sebelum ni.

Yaya: Kami.....takde Grimoire buat masa sekarang ni.

Lily: Oh. Mesti korang tak pernah pergi ke ibu kota kan? Nanti aku bawak korang pergi sana.

BoBoiBoy: Okey. Hehehe...

Mereka berempat memandang Gopal yang jeling mereka dengan tajam untuk tak cakap apa-apa yang boleh menimbulkan kecurigaan.

Gopal: *stare*

Fang: ✊

Mereka menyambung perjalanan mereka. Sepanjang perjalanan, mereka bertembung dengan beberapa raksasa kecil tapi mereka abaikan sebab Lily kata...

Lily: Tak perlu bazirkan tenaga serang mereka. Kalau mereka tak kacau kita,kita tak perlu ganggu mereka.

Gopal: *take note*

SKIP TIME

Selepas tengah hari,mereka akhirnya keluar dari hutan dan tiba di sebatang jalan.

Yaya: Kita dah keluar!

Fang: Akhirnya...!!

BoBoiBoy: Terbaik!

Gopal: Tunggu apa lagi? Jomlah pergi ke bandar!

Lily: Mari.

Mereka berjalan menuju ke bandar setelah berjaya keluar dari hutan. Dalam perjalanan,mereka nampak pemandangan padang rumput yang menghijau dan rama-rama berterbangan di udara. Kelihatan sekawan rusa berkeliaran di padang rumput dan angin yang bertiup lembut mencantikkan suasana.

Y&Y: Cantiknya!

Lily: Kan? Aku suka tempat ni. Banyak pemandangan yang cantik.

BoBoiBoy: Bandar yang kita nak pergi ni,ada kedai jual baju tak?

Lily: Ada. Banyak jenis kedai ada di Themalt. Kedai senjata,kedai magik, kedai baju,kedai kristal magik, macam-macam lagilah.

Gopal: *bisik* Boleh kita beli peta.

Selepas dua jam berjalan,mereka akhirnya tiba di sebuah bandar dikelilingi tembok batu yang besar. Terdapat menara pengawal di pintu masuk dan beberapa orang pengawal turut berkawal di situ.

Lily: Kita dah sampai. Inilah dia Themalt.

BBB,G,Y,Y,F: Woah....!!

Lily bercakap dengan pengawal di pintu masuk dan tunjukkan lesen pengembara dia. Selepas itu,dia berikan beberapa keping syiling perak pada pengawal di situ.

Lily: Mari!

Mereka berjalan masuk ke dalam bandar. Di sebalik tembok batu tersebut adalah bandar yang fantasi yang hanya terdapat dalam filem. Rumah gaya lama,jalan batu,air pancut di tengah bandar,kereta kuda barangan berjalan ke tempat penyimpanan, seakan-akan berada dalam filem fantasi.

Gopal: *crying* Aku dah lama impikan benda ni sejak aku mula tengok anime!!

Ying: Bandar ni betul-betul macam filem fantasi!

Lily: Jomlah. Kita terus ke guild. Kita proses dulu Grim Gorila yang korang kalahkan dan jumpa guildmaster. Dan....

Lily berikan sebungkus uncang berisi duit syiling pada mereka.

Lily: Nah. Untuk perbelanjaan korang.

BoBoiBoy: Eh? Takpe ke?

Lily: Takpe. Aku ada lagi ni.

Lily tunjukkan uncang berisi duit yang tergantung di pinggang dia. BoBoiBoy buka uncang tersebut. Terdapat syiling berwarna gangsa dan perak di dalamnya.

Lily: Memandangkan korang bukan dari sini,aku bayar dulu 50 Riul untuk korang masuk.

Gopal: "Riul mesti mata wang dunia ni!!"

Fang: Okey....cukup ke duit ni untuk kita BoBoiBoy?

BoBoiBoy: Aku tak pasti. Kita bahagikan nanti jelah.

BoBoiBoy simpan uncang tersebut dalam poket baju. Mereka berlima ikut Lily ke Guild Pengembara untuk proses raksasa yang mereka kalahkan.

SKIP TIME

Lily: Inilah dia.

Mereka berada di hadapan bangunan enam tingkat diperbuat dari kayu dan batu. Tingkap kaca yang bersih dan struktur binaan yang kukuh menunjukkan bandar itu mempunyai ekonomi yang sangat stabil.

Sebaik saja mereka masuk ke dalam, semua orang yang berada di situ memandang mereka. Lily dapat rasakan pandangan mereka tertumpu pada BoBoiBoy dan kawan-kawan.

Lily: Korang,dah lah tu. Mereka ni kawan aku.

Gopal: *gulp*

Yaya: Kenapa....mereka tengok kita macam ni?

Fang: Diorang dah kenapa?

Lily berjalan ke kaunter dan beritahu kerani di situ tentang raksasa yang ingin diproses.

Lily: Mereka kata boleh! Tapi....aku rasa tempat ni tak cukup besar. Apa kata kita ke belakang?

Mereka pergi ke halaman belakang guild yang digunakan untuk berlatih dan kerja memproses raksasa. Semua pengembara lain turut keluar untuk lihat raksasa apa yang akan dikeluarkan.

Lily: Baiklah. Perlahan-lahan. Jangan sampai bergegar tempat ni.

Lily berada agak jauh dari mereka dengan perisai di tangan. BoBoiBoy dan kawan-kawan memandang satu sama lain sebelum....

THUMP!!

Tujuh Grim Gorila dikeluarkan serentak. Semua pengembara tergamam,terkedu,terkejut,terdiam, terkaku dan terjatuh melihat tujuh raksasa ranking tinggi depan mata mereka sendiri.

BoBoiBoy: Boleh tak macam ni Lily?

Lily: 👍

Selepas itu,mereka masuk ke dalam. Lily berikan mereka uncang yang besar berisi duit yang banyak.

Lily: Hasil raksasa yang korang bawak. Seekor Grim Gorila dah 3500 Riul. Jadi,ganjaran korang adalah...

F,Y,Y: 21000 Riul.

Lily: Macam mana korang tahu?

Yaya: Belajar.

BoBoiBoy buka uncang tu dan tunjuk pada yang lain. Terdapat syiling gansga,perak dan emas di dalamnya.

Gopal: Wah! Baru tujuh,dah jadi kaya!

Lily: Seronoklah korang.

Lily ambil kerusi dan duduk dengan mereka.

Lily: Jadi? Apa korang nak buat lepas ni?

Fang: Kami rasa kami nak cari tempat nak bermalam dulu. Dan cari baju yang sesuai.

Lily: Aku tahu kat mana kedai baju yang bagus dekat sini. Tapi,kalau rumah tumpangan aku rasa duit ni lebih dari cukup.

Gopal: Satu malam berapa Riul?

Lily: Lebih kurang 200 Riul macam tu.

Ying: Lebih dari sebulan kalau macam tu!

Lily: Itulah. Cemburunya aku~

BBB,F,G,Y,Y: Ehehehehe.

Sedang mereka rancak berborak...

???: Hei!


You are reading the story above: TeenFic.Net