TENGKU Firash Ayden dan keluarganya hadir ke Hotel D sempena Family Anniversary mereka . Untuk segala urus acara sudah diserahkan kepada kawan-kawannya untuk menguruskannya. Acara makan malam Engku Mazlina pada kali ini beliau telah menjemput saudara mara terdekat juga kawan baiknya Engku Laila dan Tengku Hashim untuk hadir ke majlis makan malam mereka.Begitu juga dengan kawan-kawan baik Tengku Firash Ayden yang turut hadir untuk memeriahkan majlis.
Acara makan malam mereka dimulakan pada pukul 8:30 malam. Setiap Meja sudah di susun atur dengan nama orang yang telah diundang ke majlis itu . Kelihatan Engku Laila dan Tengku Hashim berdua hadir ke majlis tersebut. Dia duduk di meja bersebelahan dengan keluarga Engku Mazlina .
''Assalamualaikum Mazlina..apa khabar ? Terima kasih jemput kami.." Sapa Engku Laila. Sementara Tengku hashim pula sudah terus berjumpa dengan Tengku Firash Ayden.
''Waalaikumussalam..lama kita tak duduk sembang ya laila..aku sihat alhamdulillah"
''Eh Kau datang berdua aje? mana Tengku Airin Mellysya ?"
'' Dia ada ikut..kejap lagi masuklah tu..tadi dia tengah oncall..dia sekarang kan dah sebulan tinggal dengan aku ,mestilah dia kena ikut..tak ada alasan nak mengelak dah..."
''Oh ya..aku nak ucap takziah atas pemergian Darmien Rafiqi.."
''Terima kasih Mazlina.."
''Oh ya..Airin sekarang dah kerja dengan Hashim ke Laila.."
''Belum lagi, nak ambil pengalaman ditempat lain dulu..dia nak jadi architect dulu katanya.. dia kan sekarang Kerja dekat RAZ Holdings. Rash..tak beritahu kau ke ? "
''Eh bertuah betul si Firash ni..langsung tak ada beritahu aku.. haih. kau pun bukan tak tau Laila Rash tu sibuk memanjang dengan kerja siang malam.."
''Tak apa lah Mazlina ..dia tu sibuk mencari rezeki halal..bukannya tak ada arah tujuan.."
''Kali ni kau bercuti ke mana sekeluarga ?"
''Entahlah Laila , Rash yang plan kita orang ni macam biasalah ikut aje "
''Rash tu familyman orangya..bertuah kau Mazlina dapat anak macam Rash tu"
''Hei ,jangan kau mengada nak puji dia melambung ,kalau dia dengar mak angkat dia memuji dia macamtu , ada kang dia terus pengsan tak bangun-bangun"
Tengku Airin Mellysya masuk dengan mengenakan dress simple namun tetap terlihat cantik , namun malam ini dia mengenakan Shawl. Selalu dia free hair namun malam ini dia ingin tampil kemas .
Engku Laila melihat anaknya langsung dipanggil .
''Assalamualaikum..Engku Mazlina"
''Waalaikumussalam..panggil Bonda je sayang..ya Allah lela cantiknya Airin Mellysya sekarang, manisnya sopan bertudung "
''Jangan puji macamtu Aunty, Aimell sebenarnya belum bertudung pun ,masih on off lagi. "
''Tak apa perlahan-lahan yang penting kamu ada juga niat bertudung "
''Thanks Bonda Mazlina..doakan Airin ya "
''Kak Lysya ? " panggil Adyna Sofea.
''Aik kamu kenal kak Airin Mellysya ke Fea? Bila pulak kamu jumpa dia? Engku Mazlina sudah mengerutkan keningnya.
''Ish rahsia lah bonda "
''Tengoklah Laila ..sabar ajelah dengan anak-anak aku ni..nasib baik ada 3 orang, kalau 5 orang mahu pengsan aku dibuatnya"
''Ala biasalah Mazlina, anak-anak macam tulah."
''Eh Adyna Sofea..cantiknya malam ni..kemain mengerlip lagi dah macam princess." Aimell pun terus melabuhkan punggungnya di sebelah Fea.
''Jadi Kak lysya sebenarnya...." kini fahamlah sofea yang mellysya adalah anak orang kaya.
''Its okay Fea..akak okay je..".
''Kak Lysya cantik sangat lah, free hair cantik bertudung lagilah cantik.."
''Amboi kemain puji Kak Lysya ni..Fea dah makan ke ? Kalau belum jomlah ambil makan.."
''Kak Lysya , Fea nak minta maaf bagi pihak Emny ya.."
''Aip kak Lysya dah kata kan..its okay..no problem at all"
''Akak tak payah ambil makan..biar fea panggil je orang ambilkan "
''Eh tak boleh macam tu, akak ni dijemput di majlis fea..so untuk makanan kak lysya kenalah ambil sendiri..its okay "
Adyna Sofea hanya mengangguk perlahan . Dia hanya memerhati dari jauh Aimell yang sedang ingin mengambil makanan. Tengku Hashim dan Firash kembali ke meja makan mereka setelah berborak urusan kerja. Firash terpaku melihat sosok perempuan yang dia kenali iaitu Tengku Airin Mellysya.
Dia menatap wajah gadis itu lama sehingga Aimell tidak senang duduk dibuatnya . Sesekali Aimell menjegilkan mata ,namun Firash tetap tidak mengalihkan pandangannya.
''Ehem ehem, Abang Rash tengok apa tu? "
Soal Sofea sambil menjongket keningnya ,sempat dia memberi signal kepada bondanya. Engku Mazlina menepuk bahu Firash Ayden.
''Amboi kemain tengok anak dara orang tak lepas ya.. mama dia ada dekat sebelah ni..kang minta bayaran baru tahu"
''Eh taklah, cuma nak pastikan betul ke tu Lysya ,sebab selalu Rash nampak dia freehair dekat tempat kerja."
''Lysya ? Oh jadi Lysya tu Airin Mellysya lah ya...Okay that means this is not your first time to meet her and no wonder your younger sister knows her well..jadi bonda jelah yang tertinggal kereta api"
Engku laila sudah tersenyum melihat Engku Mazlina membebel kepada anak-anaknya.
''Bonda ni..kalau tertinggal kereta api, Rash boleh tolong belikan lagi tiket kereta api untuk bonda"
''Eh budak bertuah ni umur je dah tua ,tapi perangai macam budak kecil"
''Bonda slow sikit sebut tua tu ,nanti orang ramai lah tahu. Rash kan muka babyface"
''Kau tengoklah Laila , boleh sakit jantung dibuatnya melayan loyar buruk Rash ni setiap hari"
Firash hanya menyengih jahat. Sesekali dia memandang Aimell . Aimell sempat memberi pesanan whatsapp kepada Firash kerana dia tak tahu kenapa Rash hanya memerhati dirinya dari awal dia nampak Aimell. Sungguh dia pelik sebelum ni tak adalah macamtu .
Handphone Rash mendapat chat Dari Aimell.
Rash , You demam ke? Janganlah tengok I macam tengok hantu, I nak makan pun tak boleh nak tersuap tau kalau you pandang I macamtu. - Princess Lysya
Okay Sorry Lysya, malam ni je I boleh tatap you lama-lama sebab you cantik sangat bertudung , baju semua sopan menutup aurat..rasa sejuk dipandang.. kalau you freehair I jadi segan nak tatap you lama-lama.. - Firash Ayden
Oh ya ke ? Jadi selama ni you pandang I rasa panas je lah ya ? Okay I nak merajuk...Sila pujuk I . - Princess Lysya
Really you nak merajuk dengan I ? Its Okay I tahu macam mana nak pujuk you untuk you senyum dekat I - Firash Ayden
OK . So how is it ? - Princess Lysya
Look into my eyes first - Firash Ayden
Airin Mellysya pun terus menatap wajah firash ,
1
2
3
Firash Ayden mengenyitkan sebelah mata kepada Airin Mellysya , tanpa sedar Aimell seolah terpukau dan memberi senyuman sehingga pipi dia merona merah. Engku Mazlina dan Engku Laila sebenarnya dari tadi sudah memerhati tingkah mereka berdua ,mana taknya bunyi notifikasi tu pairing sangat seperti sedang berbalas whatsapp.
''Abang Rash ni dah kenapa ? Kalau nak berbual dengan Kak lysya pergi jelah meja sebelah..nak whatsapp bagai..fea dah tahu lah abang whatsapp kak lysya...untunglah dh ada princess sekarang"
''Aip ! Adyna Sofea....tak baik tau baca whatsapp orang.." fea hanya mengejek firash selamba.
Rash itu bukan pujuk tau..itu consider gatal - Princess Lysya
It's okay as long as you still smile right ? By the way mata I yang gatal.. - Firash Ayden
''Hai my love Rash ! Why you are not inviting me at this event ? "
''Belle what are you doing here ? How come you can attend this event "
''Weh Rash sorry tho ,minah ni nak buat hal dekat luar kalau tak bagi dia masuk..serabut aku. Kalau lelaki senanglah aku settle" Terang Afham.
''Its okay afham . Biar aku settle. Thanks tho. ".
''Hai aunty Mazlina.. can i have sit here please.."
''Okay sure .have a sit. "
''Rash , you kata just family you..habistu kenapa ada orang lain juga.."
''Its up to me Belle, if you dont have anything to say..please come back home "
Nadia Bella sudah mula memegang lengan Firash.
''Rash how many times I say that I love you, why you never give me a chance to prove it dear..aunty you tolong lah I pujuk Rash untuk kahwin dengan I.. " Kali ini Rash sudah membuat muka menyampah. Dia terus bangun dan keluar dari dewan tersebut. sudah naik rimas dia melihat gelagat Nadia bella yang tak faham bahasa .
Engku Mazlina sudah menggelengkan kepala. Dia pun sudah pening dengan Nadia Bella, mana taknya masih tak mengalah mengejar cinta Firash. Dalam sebulan mesti akan datang ke rumahnya untuk mencari Firash.
Tengku Airin Mellysya tekad untuk turut keluar dari dewan tersebut , entah kenapa dia ingin melihat apa yang terjadi antara rash dan bella di luar dewan . Bukannya dia nak kepoh cuma dia kesian dekat Firash diganggu seperti itu. Dia melihat Tangan Firash ditarik dan dipaksa untuk mengikut Dia.
Apapun yang Firash cakap semua dia tidak peduli ,nadia bella hanya memikirkan dirinya sahaja . Airin Mellysya sudah mula menyampah melihat Bella yang tak faham bahasa melayu dan Bahasa inggeris.
''Nadia Bella !¿no tienes vergüenza? Escucha, no lo vuelvas a molestar porque ahora es mío.."
(Nadia Bella! Awak tak malu ke? Dengar, jangan ganggu dia lagi sebab dia milik aku sekarang.)
Nadia Bella melirik Aimell dari atas ke bawah, dia sudah terkebil-kebil mendengar bahasa spanish dari Airin Mellysya.
''Lo siento por usted"
(Saya bersimpati dengan awak)
'' Gila punya perempuan"
''Me vuelvo loco cuando hablo con locos como tú."
(Saya jadi gila bila bercakap dengan orang gila macam awak.)
''Shut up your mouth ! "
''Estaré callado si te vas de aquí"
(Saya akan diam jika awak pergi dari sini)
''Arghh !! Bodoh punya perempuan ! You Just wait Firash Ayden , kalau I tak dapat you..jangan harap orang lain boleh dapat you..remember that! "
''Está bien, pero no me importa en lo más mínimo... si nos atrevemos a pelear... No soy una mujer débil como tú. Soy un luchador"
(Okay Tak apa, tapi sedikit pun saya tak kisah... kalau kita berani lawan.. saya bukan perempuan lemah macam awak. Saya professional fighter)
Nadia Bella sudah mulai stress mendengar suara Airin Mellysya , mana taknya dia langsung tak faham satu apa pun. Nadia Bella sempat membaling bag tangan kepada Airin Mellysya. Namun sedikit pun dia tidak membalas. aimell langsung tidak melakukan sebarang reaksi menyebabkan dia bertambah geram dan marah.
Akhirnya dia mengambil bag tangannya dan pergi dari dewan tersebut sambil memberi jelingan tajam kepada Airin Mellysya dan Firash. Kawan-kawan Firash hanya menggelengkan kepala melihat tingkah Nadia Bella yang sukar dikawal dan tak pernah berubah.
''Wah hebatlah awak Airin Mellysya! Tak tahulah pulak awak boleh cakap bahasa lain..saya sendiri tak faham awak cakap apa..tapi okaylah boleh buat Bella tu stress"
''Mestilah Karl..see the leg okay, saya pandai 5 bahasa tau"
''Oh really? Too bad ..still cannot fight with our love best friend Firash Ayden ,because he knows 7 language. "
''Maksud Karl, include Spanish ke? "
''Of course Airin..he really understood what you said just now"
Err. Maksud dia faham? Ya dia faham.
Padanlah muka kau Aimell.
Patutlah dia tersengih macam kambing .
Matilah nak.
Mana aku nak letak muka ni.
atau aku nak kena buat- buat pengsan ni .
Perlahan-lahan Airin memandang wajah Firash Ayden yang masih tersenyum kepadanya. Dia tersenyum kelat kepada Rash dan terus masuk dewan dan meminta mama dan papanya untuk pulang ke rumah. Mana taknya dia betul-betul malu ,niat nya hanya untuk menolong Firash sahaja,tapi tak sangka pula Firash boleh faham bahasa tersebut. Firash menghantar mereka sehingga ke lobby Hotel.
1 notifikasi whatsapp dari Firash .
I won't let you go no matter what happens. you have to remember that.
- Firash Ayden
Gulp.
Dia hanya membiarkan chat tersebut tanpa balasan , sungguh dia malu sangat . Dia tak tahu nak jawab apa dah. Dia menutup muka dengan bantal yang berada di kereta. Firash pula hanya tersenyum melihat tingkah Airin Mellysya.
Aimell kenapa dengan yakin kau boleh cakap macamtu tadi.
Gila.
Ish ke kau memang dah tersuka dia.
Arghh peninglah !
You are reading the story above: TeenFic.Net