scknessz
The stars that shine on the sky

The stars that shine on the sky

50 8 6

Sebut sahaja nama Rania semua orang sudah tahu siapa dia. Qas Nillya atau nama sebenarnya Danillea Qasreena merupakan pelakon yang kini mula menempah nama dalam dunia lakonan. Dirinya semakin popular setelah memulakan debut pertama sebagai watak antagonis dalam sebuah drama rantaian tv. Watak Rania berjaya menutup antusias penonton terhadap watak utama dalam drama tersebut kerana mempunyai figur wajah cantik pan asia. Lakonannya berjaya membuat penonton membenci wataknya sebagai orang ketiga dalam drama tersebut. Namun begitu, Qas Nillya dan Rania seperti langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan sifat sebenarnya.Harriz Mikhael menjadi Kapten pasukan Jaguar United pada musim ini menggantikan ketua pasukan mereka yang telah bersara. Walaupun begitu, dirinya umpama bayang kerana terselindung di sebalik bakat dan pengaruh pemain muda dalam pasukan tersebut sehingga dia disisihkan dalam pemilihan pemain kebangsaan. Kini, dia hanya bermain untuk pasukannya demi duit bagi membantu keluarganya di kampung.Cerita ini mengisahkan kisah cinta antara pelakon dan pemain bola sepak.…